Budi Darma memiliki jumlah karya yang besar. Buku ini memberi tumpuan kepada tujuh buah cerpen beliau yang dimuatkan dalam kumpulan cerpen Orang-orang Bloomington. Penulis mengupas bagaimana watak-watak ciptaan Budi Darma membawa pelbagai sikap yang menarik untuk kita fahami. Selain itu, cerpen-cerpen ini juga diulas dari segi teknikal seperti pemilihan sudut pandang, susunan naratif dan imej-imej yang digunakan. Sesuai untuk pembaca yang ingin mendalami kumpulan cerpen Orang-orang Bloomington atau ingin meneliti gaya kepengarangan Budi Darma secara umum.