Jump to ratings and reviews
Rate this book

ZA`BA Ahli Fikir dan Ahli Bahasa

Rate this book

Paperback

8 people are currently reading
41 people want to read

About the author

Asmah Haji Omar

58 books45 followers
Prof. Emeritus Dato Asmah Haji Omar lahir di Jitra, Kedah. Mendapat pendidikan di Alor Setar dan Kuala Lumpur. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda (1961) dan Sarjana Sastera (Doktorandus 1963) di Universitas Indoensia, Ijazah Doktor Falsafah, Univ. of London (1969) dan merupakan wanita melayu pertama memperoleh ijazah tersebut. Beliau memulakan kerjaya di Univ. Malaya (1963) dan terakhir sebagai Penyandang Kursi Zaba dan Pengarah Institut Peradaban Melayu, UPSI. Antara karya penting beliau adalah Nahu Melayu Mutakhir . Beliau dianugerahi pingat kebesaran A.M.N. (1963) Setia Diraja Kedah (1979) dan Dato Setia Diraja Kedah ( 1983).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (57%)
4 stars
8 (28%)
3 stars
3 (10%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Anita Awang.
45 reviews
December 3, 2021
Untuk kali ni, aku rasa aku belum berapa mengerti dan faham. Bukanlah sebab ia berat tetapi kurangnya ilmu terhadap bahasa dan juga banyak buku tentang Za'ba belum aku baca. Dalam buku ni, penulis banyak memetik petikan-petikan daripada buku Memoir Za'ba, Pendeta Za'ba Dalam Kenangan dan juga Jejak-Jejak di Pantai Zaman. Dan aku juga tidak boleh 'claim' setelah baca buku ni aku tahu serba-serbi tentang Za'ba.

Dalam buku ni menceritakan tentang kehidupan Za'ba dan watak juga nilai murni yang ada dalam dirinya. Hasil tulisan-tulisan beliau yang menggugat pemerintah kolonial masa itu sehinggakan seringkali dipindah-pindahkan tempat kerja. Malah buku beliau Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri juga tidak dibenarkan terbit pada masa itu sehinggalah anak beliau iaitu Puan Zaharah menemui manuskrip itu dilaci dan barulah diterbitkan pada tahun 1982.

Za'ba juga seorang yang fasih dalam berbahasa Arab dan juga Inggeris. Dan beliau juga telah menterjemahkan buku Mark Twain ke dalam bahasa Melayu. Pengorbanan Za'ba terhadap Tulisan Jawi juga ada dinyatakan dalam buku ni, dan ianya tidak boleh disangkal lagi, begitu juga dengan tulisan rumi.

Malah Za'ba juga memberi ilmu tentang cara-cara mengarang. Dimana beliau mahukan kita semua mengarang dengan ikhlas dan juga mengarang menggunakan bahasa atau ayat yang mudah difahami oleh umum. Usah menggunakan bahasa bombastik kerna ia mungkin membawa malu pada diri sendiri.

Za'ba juga takut kalau-kalau bahasa Melayu ni luntur dalam diri masyarakat Melayu. Tapi aku rasa ketakutan itu menjadi nyata kalau masih lagi beberapa manusia yang memperlekehkan dan mencemuh bahasa Melayu. Dalam buku ni juga, Za'ba kata belajarlah banyak bahasa kerana disitu ada ilmu.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.