Lautan luas akan direnangi? Api marak sanggup dilewati? Namun, bukan hanya kisah cinta yang sedang menanti. la perjalanan sebuah Armada yang berkorban dan berbakti. Ini kisah wira negara mempertahankan ikrar dan janji.
Siapa sangka, di sebalik amukan lautan, Badrol Iskandar bertemu kasihnya yang ditakdir Tuhan.
Saat Armada mereka hampir ditelan ombak mengganas tinggi, munculnya Jong Mentari Merah bagai memberi sakti, membawa ke pulau misteri.
Benarkah mereka itu makhluk bergelar manusia? Mengapa berpakaian seperti masyarakat Melayu Lama? Mengapa berbahasa tuan dan hamba?
Ikuti sebuah kisah pelayaran penuh debar dan misteri.
Jarang saya dapat buku dan terus baca. Biasanya simpan di rak dan baca "nanti-nanti". Tapi buku ni berjaya mengikat saya sejak di bahagian prolog dan bab 1 lagi.
Kisah pasukan elit tentera laut diraja Malaysia yang menyertai satu misi di lautan. Rasanya misi pencarian kapal terbang hilang (lupa 🤭). Ketika dalam misi tersebut, kapal mereka dilanda badai yang mengakibatkan kerosakan besar. Tambah memburukkan keadaan, sistem komunikasi mereka tidak dapat berfungsi akibat perbuatan khianat. Tak perlu teka siapa pengkhianat tu sebab author dah reveal seawal bab kedua 😊
Ketika detik-detik genting itulah, sebuah jong datang membantu. Mereka dibawa ke sebuah pulau misteri yang selama ini tersembunyi daripada pengetahuan umum.
Bagi saya idea cerita ni menarik. Jarang-jarang kita jumpa novel tempatan mengangkat kisah pasukan PASKAL, tanggungjawab, tugasan, kemahiran dan latihan-latihan mereka. Ditambah pula latar cerita adalah di lautan dan sebuah pulau dengan suasana Melayu klasik. Masyarakatnya sopan dan meraikan tetamu.
Watak utama seperti Iskandar, Kahar, Andika dan Jelita juga baik dan menyenangkan. Likeable, orang kata. Babak-babak cinta juga tak keterlaluan. Masih menjaga adab sopan pergaulan walaupun kalau difikir semula, berani sungguh seorang puteri keluar malam-malam untuk bertemu jejaka pujaan hati.
Namun begitu, terdapat juga beberapa persoalan yang timbul sepanjang saya baca novel ni;
1. Bagaimana SOP mereka ketika ada anggota yang tidak cukup/hilang ketika operasi? Sewaktu Iskandar didapati hilang di lautan terbuka, tiada usaha pencarian dilakukan malah tidak dimaklumkan pun kepada pemerintah Kerajaan Dermaga. Hanya bergantung kepada sangka baik bahawa Iskandar pasti selamat kerana dia seorang yang cekap.
2. Ada anggota yang buat keputusan untuk terus tinggal menetap di pulau/Kerajaan Dermaga kerana dah jatuh hati dengan suasana di situ. Semudah itu? Bukankah dia masih dalam perkhidmatan?
Ada lagi persoalan. Tapi cukuplah dua yang saya catat di sini.
Secara keseluruhan, novel yang menarik untuk dibaca. Pengakhirannya pun saya suka. Penutup yang baik buat Aduka, dan tentunya Iskandar dan cinta hatinya.
MasyaAllah, bestnye buku ni, Penggunaan bahasa Melayu klasik tinggi, penuh dengan ilmu tentera, ada beberapa plot yang buatkan aku rasa nak marah, geram dan sedih dengan karakter dalam buku ni. Di setiap perjuangan pasti akan ada nyawa yang tergadai, buku ni wajib dibaca oleh masyarakat, dan kalau perlu, wajib ditayangkan jadi movie, mantab sangat cerita ni. Rasa nak peluk-peluk je buku ni. 🥰