Seri membawa diri ke Jakarta untuk melupakan kekasih yang pergi tanpa pesan. Namun tanpa diduga, dia bertemu Radi, lelaki pendiam yang semakin hari semakin menawan hatinya. Pertemuan demi pertemuan membuat Radi yakin bahawa Seri adalah takdir yang tidak wajar dilepaskan.
Ketika hubungan mereka mula cuba dibina, kenangan lama kembali menghantui Seri. Dia mula ragu untuk membuka hati sepenuhnya kerana tidak sanggup melupakan cinta pertamanya. Perasaan bercampur-baur itu menjadikan hubungan mereka tidak semudah yang disangka.
Radi yang ikhlas mencintai Seri pula berasa keliru apabila rahsia masa lalu terbongkar. Pertemuan takdir di bawah hujan Disember itu akhirnya menjadi ujian besar buat kedua-duanya. Ternyata, Seri yang ditemui di Jakarta itu bukanlah gadis pertama dalam hidupnya. Antara melepaskan masa lalu atau berjuang demi cinta yang baru berputik.
“Rumah ini adalah tempat untuk saya pulang. Sejauh mana pun saya pergi, saya akan kembali ke pangkuan awak.” – Radi.
"Saya akan sentiasa menunggu awak pulang kepada saya." - Seri.
Buku yg sgt puitis dan melankolik. Luahan perasaan yg terlalu mendalam. Sampai ada yg mampu menjentik hati dan buat kita berfikir. Banyak menegur tentang kehidupan. Siap ke kita untuk melepaskan kenangan yg sgt indah?
Sepertinya kisah cinta Seri ini sgt nostalgia. Menyayangi jejaka yg telah melupakannya. Seri harus tabah dan perlu melepaskan. Walau dia masih wujud, tapi dia tak mampu mengenali Seri dan cintanya. Kenangan yg dicoret menjadi peneman Seri. Sakit ye perasaan macam tu.
Cerita yg penuh falsafah hidup. Bukan sahaja tentang kisah cinta yg terluka. Tapi ada terselit sama ikatan keluarga dan persahabatan. Memberi pengalaman ekspedisi ke Jakarta dan Dabong. Itu satu pengalaman yg menarik dan berilmu. Punya kisah tersendiri.
Saya ambil masa untuk proses setiap bait yg penulis luahkan. Ini kerana terlalu dalam maknanya dan info di luar pengetahun juga diberikan. Seperti membaca buku self-care yg dicoretkan dalam cerita. Bahasa yg sgt lembut dan bermadah. Memang dah lama rasanya tak baca buku macam ni.
Twistnya ada, endingnya menyucuk jiwa. Semoga semua dapat menggapai kasih yg didamba. Hargai setiap masa yg ada dgn sebaiknya sebelum sesal yg menjelma. Nikmatilah hujan di bulan Disember sebelum Januari menyapa. Lagu yg dirindu Seri kita jadikan pilihan. Kau kuat Seri.
Seri dan Radi bertemu di Jakarta. Tapi kenangan mereka bermula jauh sebelum itu lagi. Sekuat manapun cinta mereka bertaut, takdir mengatasi segalanya. Penyakit yang Radi hadapi mula meretakkan kaca cinta mereka. Apakah mereka utuh mempertahankan cinta, atau melepaskan demi kebahagiaan yang tak mampu mereka kecapi?
Ya Allah, sungguh aku jatuh cinta dengan keindahan bahasa yang terlakar dalam novel ini. Setiap bait kata sungguh enak dibaca.
Hujan Bulan Disember membawa sebeban emosi yang sangat menyentuh perasaan. Banyak babak yang begitu meruntun hati. Berkaca jugalah mata aku pada babak-babak tertentu.
Latar tempat, dari Jakarta, Jogjakarta, Dabong, I just love them all. The detailing and the expression of each place, memang buat aku terkesima dan jatuh cinta dengan tempat berkenaan. Jakarta dan Jogjakarta, antara tempat yang ingin aku lawati suatu hari nanti, membacanya dalam novel ini, sungguh begitu menyeronokkan. Sama juga halnya dengan Dabong. Hanya pernah berkunjung, namun tidak pernah aku lakukan aktiviti seperti meneroka Gua Keris. Insya Allah akan aku usahakan juga untuk melawat tempat-tempat tersebut.
Ada Luke dan El yang aku pernah baca dalam To Love You More dalam Everlasting Love - suatu hal yang buat aku teruja sangat-sangat bila baca dalam ni. 😍
Sebuah kisah tentang melepaskan, dan kuat dalam melangkah dan menongkah arus kehidupan - pengajaran penuh bernilai yang boleh kita pelajari dari watak utama cerita ini. Kehadiran circle yang betul dan positif juga membantu dalam proses memulihkan diri dari kesedihan lama.
Penutup yang menyedihkan buat segelintir watak, tetapi tetap BEST. Bagaimana watak yang tertinggal bangkit dalam sayup hujan yang membasahi diri, demi mencari kebahagiaan dalam sebuah kehidupan. ❤️❤️❤️❤️❤️
Apa itu novel bahasa melayu? Ini lah contoh terbaik. Kisah cinta yang turut diselitkan kisah persahabatan & kekeluargaan. Sesungguhnya saya kagum!
Penulisan yang kemas, penceritaan yang matang, plot yang ada naik turun, ada 𝑐ℎ𝑎𝑟𝑎𝑐𝑡𝑒𝑟 𝑑𝑒𝑣𝑒𝑙𝑜𝑝𝑚𝑒𝑛𝑡 & penyampaian emosi yang terus menusuk jiwa. Termasuklah, ilmu-ilmu secara tidak langsung. 𝐇𝐁𝐃 memberi kita kata-kata semangat & motivasi jika ditakdirkan kita satu kasut dengan Suri. Ayat tidak 𝑝𝑟𝑒𝑎𝑐ℎ𝑦 tetapi masih sampai untuk kita muhasabah diri.
Saya memang tak jangka 𝑡ℎ𝑒 𝑡𝑢𝑟𝑛 𝑜𝑓 𝑒𝑣𝑒𝑛𝑡 yang sangat meruntun jiwa. Mula nya ingat kisah cinta yang biasa. Tetapi sebenarnya tragis. Kita akan rasa pelik dengan Suri, kenapa cengeng & melankolik sangat. Rupanya...Radi itu…
Saya sebak dan terus sebak bermula dari 100 m/s ke atas.
Jujurlah kadang kala kita akan langkau sesetengah perenggan dan terus ke dialog. TETAPI ianya tidak terjadi di 𝐇𝐁𝐃. Saya baca setiap bait perkataan kerana semuanya indah & tersusun. Rentak cerita lancar seperti air sungai.
Paling penting, bahasa melayu nya. Apa yang ada dalam novel ini itulah yang ada pada 𝑀𝑎𝑦 & 𝐻𝑖𝑟𝑎𝑒𝑡ℎ. 𝑇ℎ𝑒𝑠𝑒 𝑡ℎ𝑟𝑒𝑒 𝑏𝑜𝑜𝑘𝑠 𝑎𝑟𝑒 𝑡ℎ𝑒 𝑡𝑟𝑢𝑒 𝑑𝑒𝑓𝑖𝑛𝑖𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑜𝑓 𝑤ℎ𝑎𝑡 𝑎 𝑛𝑜𝑣𝑒𝑙 𝑠ℎ𝑜𝑢𝑙𝑑 𝑏𝑒.
Ceritanya lebih pada perasaan. 𝑓𝑒𝑒𝑙𝑖𝑛𝑔-𝑑𝑟𝑖𝑣𝑒𝑛 not 𝑝𝑙𝑜𝑡-𝑑𝑟𝑖𝑣𝑒𝑛. Jadinya memang mudah terbuai-buai & mengusik hati. Watak-watak yang ada semuanya ada fungsi. Antaranya Radi, Bang Adit, El, Leya, Wani, ibu ayah Suri & Radi. Mereka itulah warna-warna yang ada dalam hidup Suri. Menunjukkan Tuhan hadirkan orang disekeliling kita dengan sebab & tujuan. Tiada yang hadir sia-sia.
Kisahnya tidaklah sama cuma perasaan saya bila baca 𝐇𝐁𝐃 ini sama dengan perasaan saya bila menonton 𝐴𝑦𝑎𝑡-𝐴𝑦𝑎𝑡 𝐶𝑖𝑛𝑡𝑎 (𝑡ℎ𝑒 𝑜𝑛𝑙𝑦 𝐼𝑛𝑑𝑜𝑛𝑒𝑠𝑖𝑎𝑛 𝑓𝑖𝑙𝑚 𝐼 𝑤𝑎𝑡𝑐ℎ𝑒𝑑).
Korang, please baca buku ini! 𝑆𝑎𝑑 & 𝑓𝑢𝑙𝑙 𝑜𝑓 𝑝𝑎𝑖𝑛 tetapi pada masa yang sama mengajar kita untuk redha & melepaskan kisah lalu untuk terus bahagia di kemudian hari walaupun rasa pilu kadangkala mengusik hati yang merindu.
sebuah karya yang sangat indah dan mempesona. sejak halaman pertama, saya terasa seperti dibuai dengan bahasa yang puitis, perlahan dan melankolik— benar-benar selari dengan makna hujan itu sendiri. hujan buat kita tenang dan nyaman, tetapi dalam masa yang sama menghadirkan rasa lelah dan sebak. novel ini juga begitu; ia buat saya terasa seperti dalam pelukan hangat namun tetap menyimpan dingin yang menyayat perlahan-lahan.
karya ini terasa hidup dan sangat manusiawi. latar antara Malaysia dan Indonesia menjadikan suasananya sinematik, seolah-olah saya sedang menonton sebuah filem yang sarat emosi. saya tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat-tempat itu, namun penulis membuatkan saya rasa hadir dalam setiap perjalanan Radi dan Seri— dari pertemuan pertama yang diatur takdir hinggalah ke detik terakhir yang memeritkan.
Radi dan Seri adalah jiwa kepada cerita ini. cinta mereka begitu tulus hingga membuat saya cemburu. namun kebahagiaan itu tidak kekal tanpa ujian. saat Radi mula kehilangan ingatan tentang orang-orang yang paling disayanginya, di situlah konflik menjadi paling menyakitkan. pada saya, yang paling pedih bukanlah perpisahan, tetapi proses dilupakan tanpa pilihan. bayangkan orang yang kita cinta sepenuh hati perlahan-lahan memadam kita daripada memorinya kerana keadaan dan takdir yang memaksa. babak dua sudut pandang mereka benar-benar meruntun jiwa kerana di situlah kita melihat cinta mereka dalam bentuk paling jujur—daripada saat paling bahagia hingga ke titik paling rendah dalam hidup. namun dalam banyak perkara yang terpadam dari ingatan Radi, ada yang tetap kekal— mata Seri dan senyumannya. di sini jelas kita dapat lihat, cinta mungkin boleh dilupakan oleh akal, tetapi ia tetap hidup di dalam hati.
saya juga memahami mengapa kehilangan Radi begitu menghancurkan Seri. cara Radi mencintainya begitu jelas dan lantang. dicintai oleh Radi bererti dilihat, dikenali, dihargai dan dihormati. setiap peluang dan ruang, Radi sentiasa membuat Seri rasa disayangi.
kisah mereka mengajar saya tentang reda dan percaya kepada ketentuan Tuhan. ada waktunya kita tertanya-tanya, mengapa Tuhan menguji manusia seberat itu sedangkan kita tahu Dia Maha Adil. namun apabila bahagia hadir, jarang sekali kita mempersoalkan keadilan itu. melalui Radi dan Seri, saya sedar bahawa ujian bukan tanda ketiadaan kasih Tuhan, tetapi sebahagian daripada perjalanan hidup yang membentuk sabar dan keikhlasan. tema hujan dalam karya ini bukan sekadar simbol, tetapi metafora tentang kehilangan, kesabaran dan harapan bahawa selepas setiap hujan, pasti ada cahaya yang menunggu.
perkembangan watak Seri juga antara kekuatan utama cerita ini. daripada seorang wanita yang rapuh dan tenggelam dalam penafian, dia bangkit menjadi lebih matang, tenang dan kuat. kebangkitan itu pula tidak berlaku sendirian; El dan Leya hadir sebagai cahaya baharu, membuktikan bahawa Tuhan tidak pernah mengambil sesuatu tanpa menggantikannya dengan hikmah yang lain. saya benar-benar tersentuh melihat bagaimana takdir mempertemukan mereka pada waktu yang tepat.
selain itu, setiap watak dalam novel ini; Radi, Leya, El, Bang Adit, Wani serta ibu dan ayah Radi—memainkan peranan masing-masing dengan begitu seimbang. tiada yang tenggelam. semuanya saling melengkapi dan membentuk siapa diri Seri hari ini.
kisah keluarga ibu dan ayah Radi mengingatkan saya bahawa setiap hubungan pasti melalui badai dan ribut. tiada yang sempurna, tetapi kitalah yang menentukan sama ada mahu mempertahankan atau melepaskannya. hubungan memerlukan usaha daripada dua pihak. bukan sekadar rasa, tetapi komitmen untuk terus memilih satu sama lain.
pengakhiran novel ini terasa sangat tepat— seperti pelangi yang muncul selepas hujan. dunia tidak akan selamanya gelap. melalui kisah mereka juga, saya belajar bahawa kehilangan bukan pengakhiran segalanya dan harapan sentiasa ada untuk mereka yang sabar. cinta mungkin diuji dengan kehilangan, tetapi sinar dan harapan sentiasa ada selepas setiap hujan.
akhir kata, saya ucapkan tahniah kepada penulis atas karya yang begitu indah dan antara yang terbaik pernah saya baca tahun ini. terima kasih kerana sudi berkongsi cerita Radi dan Seri kepada kami ❤️
Usai menamatkan bacaan naskhah ini, perasaan saya seakan-akan terpujuk. Diri ini berasa seperti dipeluk. Pelukan yang mengatakan, tak apa. Lepaskanlah. Terus berjalan. Ya, seperti itu. Andainya kalian ingin tahu apa rasanya mahu memiliki tapi dalam masa yang sama harus merelakan kepergian, HBD merupakan jawapan yang tepat. Bacalah dengan mata hati. Kalian takkan rugi.
Novel Hujan Bulan Disember ialah kisah cinta yang tidak cuba menjadi dramatik secara berlebihan, tetapi tetap berjaya menikam emosi dengan cara yang halus dan mendalam. Ceritanya mengikuti Seri, seorang wanita yang membawa luka lama ke Jakarta bukan untuk bercuti, tetapi untuk melarikan diri daripada cinta yang pernah menghancurkan hatinya. Dan di situlah dia bertemu Radi, lelaki pendiam yang kehadirannya terasa seperti hujan: tidak bising, tetapi menenangkan. Apa yang paling kuat dalam novel ini ialah emosinya yang jujur. Ia tidak memaksa pembaca untuk menangis, tetapi membuatkan kita diam lama selepas membaca beberapa dialog. Hubungan Seri dan Radi berkembang secara perlahan, natural, dan terasa real. Kita boleh rasa betapa Seri takut untuk mencintai semula, dan betapa Radi berjuang untuk tidak menjadi lelaki yang “sekadar singgah”.
Penulis menggunakan bahasa yang puitis tapi tidak berat, sesuai untuk pembaca yang suka ayat-ayat cantik tanpa terlalu meleret. Banyak dialog dalam novel ini terasa seperti petikan yang boleh disimpan tentang rindu, tentang pulang, tentang menunggu.
Namun, bagi pembaca yang suka konflik besar atau plot twist dramatik, mungkin novel ini akan terasa sedikit perlahan. Ia lebih fokus kepada pergelutan emosi dalaman daripada peristiwa luaran. Tapi bagi yang pernah melalui cinta yang belum selesai, cerita ini akan terasa sangat dekat.
Hujan Bulan Disember ialah novel tentang menerima bahawa kita tidak boleh memadam masa lalu, tetapi kita boleh memilih bagaimana untuk hidup dengannya. Ia tidak menjanjikan cinta yang sempurna nhanya cinta yang berani mencuba.
Cover cantik, ayat berpuitis dan melankolik, manakala penulisan buku ini juga membuatkan kita terasa seperti kita berada pada tempat, waktu, dan suasana yang digambarkan oleh penulis.
Buku cinta. Itu adalah satu satunya pandangan saya sewaktu saya memulakan pembacaan novel ini. Tetapi semakin banyak bab yang saya baca, semakin saya tahu bahawa buku ini sangatlah tidak sesuai untuk digambarkan sebagai novel cinta semata.
Selari dengan pembacaan saya yang menghampiri penamat, saya belajar banyak benda. Tentang kedewasaan, dan terutamanya tentang cinta. Erti cinta. bukan hanya kepada kekasih, tetapi kepada keluarga, sahabat, alam, dan yang paling indah, cinta kepada TUHAN.
Sudahlah penulisan novel ini amat puitis, membuatkan saya jatuh hati dan terbuai hanya dengan setiap patah yang ditulis, ditambah lagi dengan jalan cerita yang amat menyentuh hati, novel ini telah memberi kesan mendalam pada saya. Penulisan, penceritaan novel ini tersimpan cermat dalam hati saya.
Sepanjang kita menjalani kisah Seri dan Radi, kita akan belajar bukan untuk melupakan, tetapi untuk menerima takdir dan melepaskan di samping menyimpan cermat memori tersebut sebagai nikmat kebahagiaan dari TUHAN.
Indah. Sangat indah.
Novel yang jenis sebegini biasanya mempunyai pengakhiran yang tidaklah tergantung, tetapi kita agak tak berpuas hati. Tetapi, dengan bakat penulis novel ini, dia berikan pengakhiran bukanlah yang kita mahu, semestinya; tetapi kita dihidang dengan pengakhiran yang amat memuaskan hati. No complain. Jarang seorang penulis novel mampu melakukannya. Kesimpulannya, penulis novel ini seorang yang amat hebat dan berbakat. Tabik! 🫡🫡🫡
Kalau nak saya simpulkan novel ini dengan hanya satu perkataan, memang tak ada perkataan lain yang mampu saya fikirkan. INDAH. That's it. Amat INDAH ❤️❤️❤️❤️
Ketika melihat Hujan Bulan Disember, ada 2 perkara yang menyebabkan saya tertarik untuk memiliki naskhah ini. Pertama, kerana tajuknya. Kedua, kerana Jakarta. Sejujurnya saya tertanya-tanya, mengapakah HBD ini diterbitkan bawah Novel Karangkraf? Namun selepas baca - fahamlah saya akan sebabnya.
1. HBD ialah sebuah cerita yang romantik, melankolik dan perlahan. 2. Penulis rajin menerangkan dengan sangat terperinci buah fikiran yang diperlukan mengenai isu-isu yang ada pada watak. Sebagai contoh tentang Seri dan menutup aurat. Buah fikir tentang ini sahaja sudah hampir 3 muka surat! 3. Pembaca boleh mengagak sebenarnya siapa Radi ketika awal pembacaan lagi. Terdapat banyak hint yang diberikan. 4. Gaya bahasa yang digunakan adalah puitis. 5. Membacanya mengingatkan saya tentang beberapa drama dan filem dari negara seberang. Bab puisi, auto teringat Rangga dan Cinta - watak Ada Apa Dengan CInta itu, hehehe. Nak pula latar cerita ada yang berlaku di sana. 6. Bukan ending yang klise. 7. Saya suka untuk lihat HBD di angkat ke layar perak dengan sedikit sentuhan.
Walaupun begitu, saya tinggalkan rating 4 bintang sahaja kerana HBD bukanlah untuk saya. Sebolehnya, saya mengharapkan “lebih” dari naskhah ini. Expectation saya HDB ini tidak hanya novel cinta biasa sahaja. Jalan cerita mendayu-dayu kadangkala buat saya sedikit bosan. Ada elemen yang boleh dikatakan try hard untuk menggambarkan situasi terutamanya situasi Radi yang bersikap romantik kepada Seri dan ketika Seri sedih. Saya gagal merasakan keromantikan dan kesedihan itu. Jadi secara amnya, saya mengharapkan sesuatu yang lebih dari sekadar cinta dengan HBD, namun itulah hakikat yang perlu di telan, ini novel cinta!
Akhirnya, saya mahu ucapkan tahniah kepada penulis. Saya yakin, lebih banyak cerita berkualiti boleh dihasilkan oleh beliau di masa akan datang.
Saya membeli buku ini kerana kulit bukunya yang cantik (5 bintang). Ceritanya biasa-biasa. Slice of life bak kata orang putih. Sedikit sahaja yang mengelirukan saya. Garis masa (timeline) yang digunakan. Atau ini saya sahaja yang keliru. Seri bekerja di kedai buku larut malam pada tahun 2022. Kemudian melompat ke masa kini. Kemudian dijelaskan dalam bab bonus-lima tahun. Apa yang Seri buat dalam tempoh tersebut? Ada dinyatakan Seri sambung belajar. Katakan master hanya 2 tahun sahaja. Seri juga dikatakan membina kerjaya dengan sangat berjaya (berdasarkan bab temubual di TV). Di sinilah seakan-akan tidak kena.
Oh ada beberapa perkara lagi.
Watak Seri bagi saya masih muda. Pada tahun 2019, usinya 27 tahun.Namun temubual di TV menjadikan watak Seri nampk terlalu berusia (40-50 an) sedangkan menurut garis masa Seri baru berusia 30-an sahaja pada masa kini. Ini mengambil kira pada tahun 2022, Seri berusia 30 tahun dan lima tahun kemudian berjumpa dengan Hadi menjadikan usianya 35 tahun.
Ok, maaf kepada penulis jika pengiraan saya salah.
Novel ini mengisahkan seorang watak lelaki yang perlahan-lahan bakal melupakan segala yang ada di sekelilingnya—termasuk insan yang paling dia cintai. Sedih, wei. Serius. Bersedia dengan tisu, sebab kita akan dibawa menyusuri perjalanan dua insan yang bergantung pada ingatan untuk terus bertahan.
Apa yang unik tentang novel ini ialah elemen journaling, puisi yang turut diselitkan dalam cerita. Ia bukan sekadar kisah cinta, tapi satu proses memahami emosi dan kenangan melalui dua sudut kehidupan yang berbeza. Bacaan yang tenang, perlahan, tapi menikam perasaan.
Menariknya, ada juga sedikit penceritaan tentang perjalanan hidup heroin selepas itu. Sampai tahap aku sendiri tergoda untuk Google—betul ke tempat ni wujud? 😅🤣 Cara penceritaan buatkan semuanya terasa dekat dan nyata. Gaya bahasa penulisan penulis - saya suka. terbaik!!!
Secara jujur, penulis benar-benar break my heart. Cerita ini buat aku terimbau kisah 20 tahun yang telah berlalu. Moga dia tenang di sana.
Ada pertemuan yang bukan untuk penyatuan—hanya persinggahan, dan perpisahan… sebelum menuju ke dunia abadi.😭😭😭😭😭
Buku ini menceritakan kisah Seri yang sangat mencintai Radi. Siapa sangka kita merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang. Cinta Radi kepada Seri sehingga mati walau tanpa kerelaan hati Seri. Seri perlu kuat dah tabah mengharungi hidup tanpa Radi di sisi. Kita perlu bangkit walau diuji pelbagai ujian demi kebahagiaan diri kita. Melepaskan tak bermakna melupakan. Itu pasti!
saya suka kan buku ini.sgt menepati jiwa saya yang mencari2 buku yg ditulis seindah rupa..sgt puitis dan indah bahasanya.siapa yg suke bahasa indah,klasik,buku ini utk anda!!