Ketika buku ini diterbitkan, ia adalah tahun 2015. Jadi, saya rasa pada waktu itu, genre cerita sebegini memang agak popular dan digemari.
Untuk bacaan ringan, dan tak perlu fikir lebih-lebih, buku ini sesuai jadi peneman. Ada part kelakar, ada juga part childish, ada juga part menggeramkan.
Cuma kalau ditanya pada saya, selepas membaca lebih separuh buku, saya tetap tidak dapat menyukai kedua-dua watak utama. Mungkin Arif Ilham tu sahajalah yang berfungsi dengan baik. Zeta dan unclenya pun mungkin lebih bagus, sebab jahat mereka jahat yang betul punya jahat. Walaupun ini cuma sekadar fiksyen, masihlah saya menyukai watak yang jatuh dalam lingkungan yang logik.
Keseluruhannya, ia satu buku yang ada penceritaan yang menarik, dan ada plot twist yang tidak terjangka. Sesuai untuk bacaan santai, minum petang-petang.