Blurb: Nama aku Orked Latifa. Tidak pernah bercinta, masih bujang dan pemilik Nurseri Anggerik. Hidup aku sudah cukup bahagia bersama keluarga dan ‘anak-anak’ di nurseri. Namun, tok wan aku nampaknya tidak sependapat. Baginya, ada satu perkara lagi yang perlu melengkapkan hidup aku.
Cinta.
Lalu, muncullah Luthfi Mirza, cucu kepada Hajah Zaleha, yang entah bagaimana tiba-tiba saja menjadi calon pilihan tok wan.
Luthfi? Dengar namanya sahaja sudah cukup untuk buat kepala aku serabut. Pantang berjumpa, ada sahaja benda yang mahu ditegakkan. Gaduh-gaduh manja, perang mulut, itu sudah jadi rutin.
“Orked, kalau aku hilang ingatan, kau tolong ingatkan aku tak?” - Luthfi Mirza “Tolong ingatkan apa? Yang kau suka kacau aku hari-hari?” - Orked Latifa
Aku bukan takut untuk jatuh cinta, cuma kisah perkahwinan mak dan ayah yang hampir musnah membuatkan aku sentiasa berwaspada. Aku tidak mahu mengulangi sejarah mereka.
Selain itu, tok wan dan Hajah Zaleha ada sahaja taktik yang mereka guna untuk menyatukan kami berdua. Tetapi, bagi aku, Luthfi adalah gangguan kecil yang boleh diabaikan.
“Aku ni boyfriend material tau, bukan katak.” - Luthfi Mirza “Boyfriend material? Kain jenis apa tu? Cotton? Polyester? Atau kain buruk?” - Orked Latifa
Tapi, entah kenapa, semakin kerap kami bertekak, semakin hati aku mula terusik. Siapa sangka pertemuan yang dirancang ini bakal mengubah kehidupan aku...
personal rate — 4.5/5🌟 trope(s) — childhood frienemies to lover, small town romance, resort owner ml x nursery owner fl, slowburn, found family, daddy issues, first born ml x second daughter fl, domestic romcom, cats and dogs dynamic, they fight but they care, grandma matchmaking
schaslee definitely my fav auto-buy romcom author!
plot — simple, warm, lighthearted yet easy reading. Luthfi balik kampung sebab nak uruskan resort Nek Za terjumpa balik dengan Orked, kawan waktu kecik dulu. Dari first day jumpa pon dah gaduh mulut HAHAHA. Mana tak sakit hati Orked sebab Luthfi macam judging dia kerja nursery and always has something to say that pokes her nerves HAHA Diorang ni takde la enemies mana cuma pantang jumpa mulalah macam anjing dengan kucing🤣 eloklah Luthfi pon panggil Orked munckin🙂↕️ haru pulak bila nenek memasing pasang niat nak jodohkan diorang so most of the scenes for me memang peak romcom la like watching a cozy kdrama. dengan satu kampung shippers diorang especially the way certain author describes the moments. You can literally imagine the shots if it ever gets adapted for drama😭🤣
paling lervee sebab cerita ni sangat vibe Welcome to Salmdalri which is my all time favourite kdrama🫶🏻 it heals some part of mine yang susah nak pick up book sekarang🥹 I adore the seaside + resort + nursery setting, it makes the story feel alive and breezy. The sisterhood between Orked, Odelia, and Iris is also one of my fav parts cuz it giving Dal sisters energy! lerveee sangat💗 ceritanya santai je even no heavy conflict, still buat aku suka selak every page. and among scha punya buku i think this book punya family issue more focus and sebenarnya agak berat tapi sebab ni romcom so masih ada humor diselitkan thus pembacaan tak rasa heavy sangat. faham sebenarnya kalau Orked dengan Odelia ni paranoid nak kahwin. cuma tak puas sangat apa jadi dengan ayah Orked like takkan semudah tu berubah after selalu menggila and sampai sudah tak tahu apa Luthfi cakap dekat ayah dia sampai setuju nak jadi wali tuu
Orked Latifa — i love her job! a nursery owner?? YES SIGN ME IN so banyak pasal pokok dalam ni sampai buat aku pon mcm tertarik nak tanam satu pokok bunga HAHAHHA it's so refreshing to read about a female lead with such a rare, passion-driven career. i can see her passion towards her 'anak-anak' and kelakar ya sebab dia sanggup genjatan senjata dengan Luthfi bila melibatkan bisnes pokok dia🤣 gaduh ya gaduh tapi kalau Luthfi ni sumber duit, auto lemah lembut terus HAHHAHA Orked ni matang and sangat hormat orang tua, kita suka awak Orked hehe. dia langsung tak berkira dengan mak, adik beradik and kawan2. Adab pon nombor satu maklumlah dibesarkan dengan suasana kampung. i love how contra and realistic character Orked as anak nombor dua. Odelia as first born memang nampak sangat dia anak sulung😔☝🏻 suka dengan sisterhood diorang🥹💗 suka jugak bila Orked sentiasa hargai orang sekeliling dia🫶🏻
Luthfi Mirza — green flag yang tak perlu try hard. masih ada perangai typical lelaki dia tu🤣 walaupon mulut selalu mengata Orked awal2 tu tapi deep down sebenarnya dia care tentang Orked. bro tak suka pon sanggup tolong kereta Orked yang rosak🌚 the day dia puji Orked cantik tuu!!! aku yakin most of the time yang kononnya Nek Za asyik suruh Luthfi ambik Orked, bagi Orked lauk itu ini, sebenarnya Luthfi yang sukarela nak🤣 backstory Luthfi quite sedih and kalau kita dapat tengok dari pov Luthfi mesti best, i love watching miserable look ml🙂↕️ lepas kahwin gedik weh mamat ni HAHAHA selalu soalan "awak tak sayang saya dah ke?" normal datang dari perempuan tapi ni dari Luthfi HAHAHA ADOI KO NI BANG😭 member sanggup bina Taman Anggerik for his Orked!!! yang comel jugak bila dia plan birthday Orked. also surat Luthfi time bachelorette party tu pon cuteee hilang terus anti romantik dia agaga the 'Orkedku'🥹 banyak je sebenarnya effort Luthfi ni tapi sebab dia dari pov Orked tu yang kurenggg dapat dihayati. aku suka jugak cara dia tenangkan Orked setiap kali masalah bapak dia datang. even dengar je pon, i know it means a lot to Orked. Dalam diam pon dia protect Orked dari ayah gila dia tu.
i love how their romance tak cringe. not forced, not sugary, tak over just two adults slowly falling in love while healing and learning about each other. it's sweet in the most grounded way. the banter, the awkwardness, the unspoken care, it all feels natural. The only thing I wanted more was Luthfi’s pov cuz this story written from Orked's pov only (pov 1 writing style). wanna see how exactly he fell for Orked, not just hear about it from her side😭 and sebenarnya tak faham jugak function dia suruh Orked simpankan cincin dia tu hahaha saje nak buat dramatic kot🤣
ending yang baik untuk semua watak. still a good and stress free read. looking foward another romcom from scha😚
Dah kenapa bila F baca karya ni terus teringat vibe Welcome to Samdalri… the whole cosy-kampung setting memang bagi aura sama! Sukalah!
Cerita ni simple but adorable. Orked kerja dekat nursery, sibuk dengan bunga dia. Scenes dia dekat nursery tu pun comel... F siap google nama bunga. Samalah cam Orked.. F tengok bunga pun tersenyum².
Luthfi pula baru balik kampung nak urus resort Nenek Zaleha. Dua² ni memang childhood friends tapi bila besar masing² buat hal sendiri.
Tokwan Orked dengan Nenek Za typical nenek² dok kenenkan cucu masing²... tak sangka commitment betul matchmaking team ni.
Pantang jumpa je, mesti gaduh. Luthfi asyik mengusik, Orked pula tak pernah puas hati dengan dia. Sampai satu hari Orked salah pilih timing tiket bas dan seperti biasa, Nenek Za terus arahkan Luthfi turun pick up Orked dekat stesen bas. Bawa balik hantar rumah parents Luthfi.
From that moment onward… well, you can literally feel their chemistry levelling up. Diaorang makin rapat, makin banyak scene usik-mengudik, makin obvious sebenarnya dua² pun suka tapi takda improvement..
Kisah ni juga selit sikit side story pasal ayah Orked yang kahwin lain dan Iris anak tiri yang mak Orked jaga dari kecil sampai besar.
F paling suka watak Orked. Nampak kasar tapi soft-hearted and very respectful to elders. Luthfi pula, mulut memang laser kutuk Orked, tapi hati dia? Soft like marshmallow. F rasa dari awal dia dah risau Orked naik bas tu. Ice-cream scene tu… alahai, cute sangat. And F cam agak “nenek suruh bagi makanan” tu... F rasa itu semua idea Luthfi sebenarnya.
Cerita ni best, korang bolrh try nanti. Santai je.. yang over ayah Orked.. pungpang² senyap gitu je lepas minta maaf.
a light & witty story tentang Orked pemilik nurseri yang dah cukup bahagia dengan hidup simple dia not until tok wan tetiba masuk campur and decide nak jadi unpaid matchmaker. Luthfi yang balik kampung sebab nak ambil alih resort jadi calon pilihan tok wan tapi manusia terakhir yang Orked rasa sesuai sebab tiap kali jumpa confirm bertekak.
the type of frienemies relationship yang i genuinely enjoyed. love their banter so much. their first meet after so long pun dah bergaduh HAHA. tapi part best, lagi diorang bergaduh mulut lagi ramai yang ship diorang the whole village lowkey acting like their shippers in disguise🤣
also buku ni pun berlatarbelakangkan kampung macam biasa Schaslee memang pandai menghidupkan suasana. tambah pulak ada nurseri & resort, love dooh bila author describe moments tu. dan walaupun buku ni romcom, still ada plot regarding family issue yang author cuba ketengahkan. geram eh setiap kali scene ayah & Rokiah Gamat muncul, ni ciri ciri orang makan kismis angka genap💀 nasib baik ada fight scene between mak dengan Rokiah puas hati sikit.
talking about the characters, pekerjaan Orked memang delivered well. suka baca cara author portrayed dia as a nursery owner. walaupun tak delve too much into details, still we got a glimpse of her nature and sedikit sebanyak ada input pasal bunga☝🏻 love the sisterhood dalam ni esp between Odelia x Orked. diorang memang got each other’s back tambah tambah bila berkaitan dengan mak.
Luthfi from his actions alone, he is so obviously a tsundere. acah je kata taknak tolong Orked padahal action dia langsung tak reflect what he says classic tsundere behaviour😋 kalau dapat pov dia, confirm lagi nampak betapa tsundere dia sebenarnya very my type hehehe. cara dia memikat pun tak try hard, tak cringe, the feelings grow naturally without the overly sweet drama. paling best dia bagi doa dekat Orked as a subtle hint that he’s trying to push the relationship to the next step itu pun lepas kena tegur dengan tok wan baru memasing nak fikir soal hati HAHA.
tulis in first pov maybe author’s strength which i’m not condemning sebab gaya penulisan author memang sedap dibaca. cuma since everything is from the fmc’s pov, ada part yang rasa tak puas esp bila melibatkan perasaan pihak satu lagi (read: Luthfi). i nak tahu his pov so bad. nak tahu bila exactly his feelings started to develop sebab from narrative kita boleh nampak Luthfi ni macam someone yang not fully moved on from his past relationship. tapi tup tup dia macam okay pulak. so agak tak puas bila semua cuma based on “she said”.
papepun, the romcom is absolutely romcoming💕 this was a fun, breezy read, perfect kalau nak something manis but not too cheesy and cute in a very real life way
Takde takde nak jugak bagi 5 stars. Manis dia bukan takat potong kaki, tapi potong kepala aku terus. Amik lah bumi ni wahai orked dan lutfhi saya tak mampu nak hadapp😔🫂 seronok baca kisah dorg waktu stress2 ni
Best cite nie.. sy memang suke vibes kampung.. Orked yg bukak bisnes nurseri.. die jual bunga.. dalam buku nie macam² bunga kite tahu.. saya siap seacrh setiap bunga yg ada.. ye laa.. kite bukan tahu sangat pasal bunga..
Luthfi kelulusan luar negara.. balik ke kampung untuk bina balik Resort Nenek Za.. Orked dan Luthfi nie kawan masa kecik tapi da besar masing² buat haluan sendiri..
Mereka dijodohkan oleh Nenek² dorg tp macam biasa, dorg mengelak.. Nenek² dorg ni pulak bff + jiran.. haaa lgi kuat laa dorg berjumpe.. berjumpa macam ayam itik bergaduh.. tapi nampak macam Luthfi jenis suka mengusik Orked..
Makin lama dorg berkawan walaupun cara dorg kasar dan tak romantik, dorg selesa dan nmpk serasi..
Tup² Luthfi ajak kawin.. terkejut member.. hahaha.. Cuma satu jee.. kalo ade pov Luthfi kan best.. ape yg dia rasa masa die dpt tahu Orked ade kt stesen bas tu dan bile die buat Orked happy..
Cerita santai ni best laa.. korg tk boring baca.. die mcm buku² Airisz.. tentang keluarga + konflik semasa..
Rating: 4.25⭐ Trope: Bickering Couple/Playful Banter/Teasing Male Lead/Fear of Love/From Annoyance to Affection/Daddy issues/ etc...
My thoughts 💭 (my opinion)
Lepas habis baca karya ni baru saya tahu kenapa banyak yang rate cerita ni tinggi. Rupa²nya sebab cerita ni memang best pun!!😻 I like everything about this book, dari segi karakter dan interaksi antara ML dan FL memang seronok bila baca. Their banter tu cute hahahaha kalau sorang dah diam sorang lagi mengusik. 😝 ML pada mulanya tak pandang sangat FL, tapi lama² dia mula caring.
The humor in this book pun saya suka wkwkwkwkw 😂 banyak tabbing kuning sebab dalam interaksi dorang tu kadang² ada lawaknya. Saya suka cara penulis olah ayat sweet dan lawak dorang tanpa saya rasa cringe. It sounds okay to me, tak try hard sangat.
Let's talk about ML karakter. Green flag ML character spotted again! Pada mulanya, saya ingatkan ML ni jenis yang dingin, tapi rupanya kuat mengusik juga ya. 🤭 Walaupun dia ada past yang menyedihkan tapi bila ada FL dia jadi hidup balik. Bukan macam diri dia yang dulu, yang asyik mourning towards someone he lost. However it is i still love him! 😘
FL pula so playful 😝 we love this kind of FL hahahaha! Despite semua konflik yang tengah berlaku dalam keluarga dorang she still manage to control her emotion. I can say yang vibe FL dengan ML ni lebih kurang sebab masing² suka mengusik each other. 🙈 She less annoying too! Sebab kebanyakan FL yang i baca semua annoying kadang² hehehehe...
Konflik dalam buku ni sangat membantu build up jalan cerita, tak terlalu berat tapi just nice. Konflik dia pasal keluarga FL iaitu bapaknya kahwin 3 membelakangkan isteri pertama iaitu mak FL. So disini lah FL dan adik beradik dorang ada Daddy issues. Madu maknya pula bikin panas! Nah apa lagi... Kalau berjumpa tu bergaduh jelah dorang, pasal tanah lah, pasal duit lah. I must admit yang it's klise tapi still acceptable and enjoyable juga. 🤍
Overall, ia satu bacaan yang menarik. Korang yang suka cerita yang cute/sweet lepastu with not so heavy konflik, light² je boleh cuba baca cerita ni. Dijamin boekkk punya! Highly Recommended ✨
Kalau bukan anti romantik maknanya apa? Still romantik cuma gayanya aja tak sweet. Mahu tapi malu. Kalau bercakap tu kasar aje budak berdua ni. Belum lagi perangai suka mengusik masing-masing tu. Geram je eh. Dok tersengih sengih macam kerang busuk. Geleng kepala melayan.
Tipikal nenek2 suka kan nak jodohkan anak cucu. Itulah yg Luthfi dgn Orked kena. Tapi diorang buat tak layan je. Lutfi lah rajin juga hantar bekal yg nenek dia buat untuk Orked. Buat kerana terpaksa katanya. Lama2 layanan si Luthfi ni macam sesuatu. Orked rasa Luthfi macam makin caring. Atau dia syok sendiri?
Cerita ni ringan je guys. Buat hilang stress dunia kejap. Tapi konflik boleh tahan juga. Stress dgn ayah si Orked ni. Asal muncul je buat orang naik darah. Keakraban si Orked dgn Odelia ni lah penyejuk hati. Boleh dijadikan contoh. Dah mereka je yg ada untuk pertahankan mak yg banyak makan hati.
Kisah vibe2 kampung yang tak jemu saya layan. Sambil dapat ilmu pokok2 dan tanaman. Love watak si Orked yg kasar tapi behave. Part kenakan orang tu memang masuk air betul. Baik si Luthfi atau si Orked. Rindu dah dgn dorang ni. Rasa2 bila masa diorang romantik? Kena baca yeee.