Jump to ratings and reviews
Rate this book

Luka Nering

Rate this book
Sebagai seorang anak raja yang diasuh untuk menduduki singgahsana takhta kerajaan negeri, dendam TC terhadap Perjanjian Pangkor dan penulisan sejarah tentang tanah leluhur dan bangsanya seakan-akan tertangguh. Dia seorang anak muda yang berpelajaran tinggi dan faham pautan antara raja dengan rakyat. Saat takdir menyeretnya ke Rumah Sakit Otak, cakerawalanya berubah serta-merta. Mujurlah, persahabatan yang tidak terduga dengan Haji Pohon Nering, Dr. Uzai, Sister Yuria, Gina, Arbakyah, dan Abang Topi, menyuntik makna kehidupan sebenar buatnya. TC sayangkan bangsa dan tanah airnya. Mimpinya tidak tentang istana, tetapi sebaliknya berlegar di kampung-kampung - di rumah-rumah beratap nipah dan sungai. Dan, TC juga sayangkan Sharifah Atikah, seorang gadis kampung yang setia.

Hanya ketika tubuhnya terkunci dalam dunia baharu yang ditemuinya, dia menyedari betapa di istana juga wujud ketidakjujuran dan penipuan, dengan segala komplotnya. Apakah TC mampu melunaskan piutangnya terhadap Perjanjian Pangkor 1874 yang menurutnya menjadi titik hitam sejarah bangsanya? Luka Nering adalah sebuah teks persejarahan baru yang halus, yang dengan berani meletakkan prasyarat penulisan sejarah bangsa Melayu.

389 pages, Paperback

First published January 1, 2014

1 person is currently reading
79 people want to read

About the author

Malim Ghozali P.K.

21 books6 followers
Dr. Mohamed Ghazali bin Abdul Rashid or better known by his pen name Malim Ghozali PK (4 March 1949 – 18 June 2020) was a Malaysian writer and laureatte from Perak. He was crowned as the Sasterawan Perak (Writer of Perak) in 2014. He authored a variety of literary works such as Novels and short stories. He also received numerous awards including the Southeast Asian Writers Award (SEA Award) in 2013.

Mohamed Ghazali bin Abdul Rashid was born in Malim Nawar, Perak on 4 March 1949.

He began his studies at Sekolah Melayu Gunung Panjang before continuing his studies at Sekolah Menengah Anderson Ipoh. He then went on to graduate from the University of Malaya and graduated with a Bachelor of Arts in 1973. In addition, he also participated in the Creative Writing Fellowship program at the Center for Creative Arts in Virginia, United States.

On Thursday, 18 June 2020, he died of cancer at Serdang Hospital, Selangor at 11.20 am. His death occurred after a surgery to remove the tumor on the heart the day before. His funeral prayer was held in Surau Ad Duha, Kota Damansara after Asr and was buried in Kota Damansara Islamic Cemetery in Petaling Jaya, Selangor. He is survived by two widows and six children.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (39%)
4 stars
7 (30%)
3 stars
3 (13%)
2 stars
1 (4%)
1 star
3 (13%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Azrulazly.
7 reviews37 followers
September 17, 2016
Jemputlah baca novel ini.

Luka Nering karya seorang sasterawan tanah air kelahiran Perak, Malim Ghozali PK (penerima S.E.A. Write Award 2013). Novel ini telah diterjemah kepada Bahasa Inggeris dengan judul ‘Tree Of Sorrow’. Disenarai pendek dalam kategori utama novel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014 walaupun tewas kepada novel Nenek.

Pekat dengan unsur patriotisme dengan membawa pembaca menilai semula diri melalui renungan terhadap peristiwa sejarah yang dialami oleh tanah air dan bangsa kita. Dendam seorang putera raja negeri Perak terhadap peristiwa Perjanjian Pangkor 1874 telah menanam azam sehingga berjaya membawanya melanjutkan pengajian dalam bidang sejarah ke peringkat tertinggi di luar negara. Berlaku perdebatan antara beliau dengan sarjana sejarah Barat terhadap hakikat penulisan sejarah oleh Barat, pertikaian-pertikaian terhadap manipulasi dalam penyampaian fakta oleh mereka.

Benarkah Francis Light yang membuka Pulau Pinang? Adakah penjajahan yang berlaku semata-mata kesilapan pemimpin dan rakyat tanah air ini atau sebenarnya kesilapan-kesilapan itu merupakan sebahagian daripada perancangan rapi penjajah sejak awal lagi?
Pembelotan bangsa sendiri, kelalaian para pemimpin dengan kemewahan dan hiburan, kepincangan sikap penghuni istana, lemahnya keyakinan bangsa, tiada integriti dalam pengurusan pentadbiran dan yang paling utama melupakan sejarah punca kejatuhan bangsa dan tanah air ini, semua dikupas dengan berani di dalam novel ini.

Watak utama TC, seorang putera raja yang layak mewarisi takhta kerajaan negeri telah terlajak bertindak disebabkan oleh dendamnya dan rasa meluat terhadap penjajah, beliau telah membunuh pegawai Inggeris dan seorang saudagar Cina yang bersikap melampau, mengakibatkan beliau terpaksa dimasukkan ke wad sakit otak di Tanjung Rambutan. Di situ beliau merenung ke dalam diri dengan pergaulan dengan rakyat, menjadi lebih merakyat, dan muhasabah diri dan bangsa.
Pembacaan yang berbaloi, untuk membina semula jatidiri agar kita sedar bahawa penjajahan sebenarnya tidak pernah berhenti, masih wujud usahanya sehingga kini. Bukan sekadar tanah air tetapi juga jiwa dan agama yang menghuni di dalamnya.
Profile Image for Iryani .
54 reviews
May 25, 2025
Mengisahkan TC, seorang anak raja bertugas sebagai penolong pegawai daerah yang dimasukkan ke wad mental di Tanjung Rambutan selepas dituduh membunuh seorang pegawai daerah berbangsa Inggeris pada tahun 60-an untuk pemantauan sebelum diputuskan hukuman.

Di situ, TC bertemu dengan beberapa pesakit yang menjadi teman sepermainan sepanjang dia di sana.

Kita dibawa menelusuri pemikiran TC; imbauan kisah silam beliau yang disulam masa kini pembawakan diri seorang pemimpin berjiwa rakyat yang menempuh kehidupan berdasarkan prinsip serta penilaian seadanya.

Satu bacaan yang mengusik dan menarik.
Profile Image for Amin H.
18 reviews4 followers
February 1, 2016
Saya cari buku ni sebab ia tersenarai panjang untuk Anugerah Sastera Dublin. Tak ada apa-apa yang istimewa, tak ada apa yang baru. Novel setebal hampir 400 muka surat ini boleh dihabiskan dalam masa sehari atau dua kerana saiz fontnya yang terlebih besar.
Profile Image for Abdullah Hussaini.
Author 23 books80 followers
March 24, 2018
Tema novel ini tak menarik mana tapi mungkin gaya Pak Malim bercerita itu yang membuatkan aku terus membacanya.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.