Berhenti Seketika: Tuhan Sedang Berbicara adalah sebuah karya yang mengajak pembaca untuk mengambil jeda dalam kehidupan yang penuh dengan hiruk-pikuk dan keresahan. Dengan berlandaskan dua surah dari Al-Quran, Surah Al-A’la dan Al-Ghasyiyah, buku ini membawa pembaca menyelami hikmah di sebalik setiap ujian dan perjalanan hidup.
Melalui pendekatan tadabbur Al-Quran, penulis membimbing kita untuk melihat bagaimana Allah mendidik manusia melalui alam, wahyu, dan perjalanan dakwah Rasulullah SAW. Setiap ayat yang dikupas membawa refleksi mendalam tentang: Bagaimana mencari ketenangan di tengah keresahan Mengapa setiap perjalanan hidup memerlukan fasa-fasa tertentu Pentingnya keyakinan terhadap takdir dan perancangan Ilahi Keutamaan untuk terus melangkah dan tidak berputus asa dalam dakwah dan kehidupan Buku ini bukan sekadar bacaan, tetapi sebuah terapi jiwa yang membantu kita memahami bahawa dalam setiap langkah, Allah sentiasa membimbing dan berbicara dengan kita. Hanya jika kita sudi berhenti seketika, mendengar, dan mengambil ibrah dari ayat-ayat-Nya.
Anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak Mei 2011.
Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s.” dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudhuie al-Quran.
Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 8 tahun dengan Puan Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fatihah Wajihah dan Aqeel Muhtadi al-Fatih.
Beliau mula menggilap potensi dirinya dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.
Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT 3891.
Terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Ibrah Institute Centre of Tadabbur yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran.
Tadabbur surah Al-A’la dan surah Al-Ghasyiyah. Persamaan kedua-dua surah ini berkaitan tentang kehidupan manusia yang terus berjalan tanpa jeda. Semua perkara mahu cepat dan perlu diselesaikan dengan segera tanpa kita sedar bahawa Tuhan ada menyuruh kita untuk berhenti seketika dalam dua surah yang diturunkan.
Hidup adalah sebuah nikmat dan satu kesyukuran yang patut kita selami. Persoalannya apa tujuannya kita hidup dalam dunia ini? Ada manusia, dia hidup hanya sekadar hidup dan lalui apa sahaja yang berlaku di sekelilingnya. Orang kata “redah je” dan “follow the flow”. Ada manusia, dia tahu apa tujuannya dalam hidup ini maka dia manfaatkan anugerah kehidupan yang dikurniakan oleh Allah dengan sebaik-baiknya.
Dalam kedua-dua surah ini, ada mengajar kita bagaimana mahu menghadapi keresahan dan kesedihan yang dihadapi dalam liku-liku kehidupan. Dalam hidup ini, tidak selamanya kita di atas, dan tidak selamanya kita di bawah. Bahkan anak-anak yang kita tatang bagai minyak yang penuh pun, sebagai hamba Allah mereka tetap akan diuji mengikut kemampuan yang telah Allah tetapkan. Begitulah kehidupan.
Dalam kesibukan bekerja, menguruskan keluarga atau kesibukan apa pun yang kita lalui hari demi hari, carilah satu masa untuk kita berhenti, merenung dan muhasabah diri. Dengan sedemikian, kita akan merasa terjentik dengan setiap ‘bicara’ Tuhan betapa hidup ini memerlukan kita untuk jeda dalam menjalani fasa-fasa tertentu.
Kecewa, putus asa, sedih, gagal dan seumpamanya, terimalah takdir dengan reda kerana setiap daripada semua yang kita hadapi itu, ada hikmah di sebaliknya. Dan kesemua hikmah tersebut adalah yang terbaik untuk hidup kita pada masa akan datang. Usah terlalu emosi, percaya pada perancangan Allah dan hanya Dia yang Maha Mengetahui disebalik setiap sesuatu itu.
Buku ini untuk mereka yang: 🌸 sedang resah menghadapi ujian, 🌸 yang mencari ketenangan & makna hidup, 🌸 yang sedang melalui fasa perubahan dalam hidup 🌸 individu yang mahu berhenti seketika dan muhasabah diri.
Aku ambil buku ni tanpa expectation tinggi sekadar fikir “mungkin buku motivasi biasa”. Tapi lepas beberapa muka surat, aku mula rasa macam buku ni bukan sekadar bacaan… tapi teguran halus yang kena tepat pada hati.
Gaya penulisan Muhammad Syaari Ab. Rahman sangat lembut, tak menghakimi, dan paling penting mudah difahami. Dia tak guna bahasa berat atau terlalu ilmiah, tapi masih berjaya sampaikan maksud ayat-ayat Al-Quran dengan cara yang dekat dengan realiti hidup kita sekarang. Fokus pada Surah Al-A’la dan Al-Ghasyiyah nampak simple, tapi sebenarnya penuh makna yang kita selalu terlepas pandang.
Apa yang aku paling suka, buku ni buat aku “berhenti”. Betul-betul berhenti. Dalam hidup yang selalu laju, penuh tekanan dan overthinking, buku ni bagi ruang untuk tarik nafas dan fikir “kenapa aku rasa macam ni?” dan “apa sebenarnya Allah nak aku faham?”
Ada beberapa bahagian yang rasa macam kena sangat dengan situasi diri sendiri tentang keletihan, tentang rasa tak cukup, tentang kejar sesuatu yang tak pernah habis. Tapi cara buku ni tegur bukan dengan marah, tapi dengan mengingatkan bahawa semua yang berlaku ada sebab, dan kita tak pernah keseorangan.
Cuma kalau nak jujur, bagi pembaca yang dah biasa dengan buku tadabbur yang lebih mendalam atau teknikal, mungkin akan rasa buku ni agak ringan. Tapi bagi aku, itu sebenarnya kekuatan dia sesuai untuk semua lapisan pembaca, especially yang baru nak mula faham Al-Quran secara perlahan.
Secara keseluruhan, buku ni bukan jenis yang kau baca laju dan lupa. Dia jenis yang buat kau diam sekejap, termenung, dan mungkin… menangis sikit tanpa sedar.
Ringan dibaca, tapi berat kesannya. Sesuai untuk hati yang sedang penat dan mencari arah.
Buku ini membawa pembaca memahami keindahan dua surah dalam al-Quran - Surah Al-A'la dan Surah Al-Ghasyiyah. Buku ini menawarkan ketenangan dan harapan, untuk setiap jiwa yang resah gelisah.
Surah yang ringkas namun memberi makna yang begitu mendalam. Ayat yang pendek tetapi huraian yang dikupas menambah kefahaman. Buku ini juga menjadi refleksi diri yang mendamaikan, dengan ayat-ayat yang tersentuh rapi, menyentuh jiwa yang sepi.
Dengan peta minda dan grafik yang berwarna dan menarik yang ada pada setiap bab, perkara ini membantu dalam memahami pembacaan panjang dalam bab tersebut.
Tuntasnya, banyak hal yang saya pelajari daripada buku ini, tentang belajar dan terus melangkah.
Berhenti Seketika Tuhan Sedang Berbicara: Merawat Keresahan dengan Surah Al-Ala & Al-Ghasyiyah karya Ustaz Syaari Ab. Rahman, sebuah buku yang penuh hikmah. Apabila saya baca nama kedua surah ini sebagai isi kandungan utama untuk buku ni, lintasan pertama yang terdetik adalah, 'eh apa persamaan dua surah ni? Kenapa Karangkraf/Ust Syaari gabungkan tadabbur dan pemahaman kedua surah ini dalam sebuah buku?'. Itulah pertanyaan seorang yang kurang berpengetahuan. Itulah gunanya membaca dan menuntut ilmu, kan. Supaya kita lebih tahu dari sebelum nya.
Rupanya kedua surah ini sering dibaca oleh Nabi Muhammad (saw) semasa solat Hari Jumaat dan solat Hari Raya, sebagaimana diriwayatkan dalam hadis sahih. Jadi, apakah relevan nya surah ini dibaca apabila begitu ramai umat berhimpun untuk kedua-dua solat ini? Jadi, Ustaz Syaari ada menjelaskan sebab-sebab mengapa kedua surah ini dipilih. Bila baca buku ni, terngiang suara Ustaz yang suka bercerita dan mengajar dalam nada lemah lembut tetapi memberi penegasan dalam masa yang sama. Bahasa nya semua indah belaka, ada masa tu, menangis juga. Kerana sedar, masa pertemuan abadi yang sangat dekat tetapi sangat kurang jua amalan bekalan.
Saya sangat menghargai usaha pihak penerbit untuk memasukkan infografik latar belakang surah dan juga ringkasan isi kandungan. Jadinya, bertambah menarik untuk dibaca dan difahami isi yang ingin disampaikan penulis. Jadi, saya selitkan beberapa gambar isi buku untuk dibelek ya. Saya sangat rekomen buku ni untuk sesiapa sahaja yang nak tambah ilmu. Takkan pernah rugi untuk kita belajar tentang agama dan Al-Quran, insyaAllah.
Terima kasih Karangkraf untuk buku ni ! Saya sangat hargainya.
Naskhah tadabbur yang bagus dalam mendalami dua surah ini ; surah Al-A'la & Al-Ghasyiyah. Bukan sekadar tulisan, tapi dilengkapi dengan infografik berwarna & lifetime access video Youtube bagi lebih memahami ayat-ayat Allah ini.
Dalam nukilan Ustaz Syaari, beliau berkongsi bahawa surah Al-A'la mengajak kita bertafakkur tentang kebesaran Allah & kesempurnaan ciptaan-Nya. Juga menyeru kita untuk mensucikan hati & jiwa. Kita akan dibawa kepada 4 segmentasi : perjalanan alam, perjalanan wahyu, teruskan berjalan dengan dakwah & inspirasi toloh yang paling 'kuat' berjalan.
Surah Al-Ghasyiyah pula memberi peringatan tentang hakikat akhirat & perbezaan nasib antara mereka yang bersyukur dengan yang lalai. 4 segmentasi : azab neraka, nikmat syurga, ayat-ayat kauniyah & perintah Allah kepada Baginda s.a.w.
Kedua surah ini saling melengkapi & mengingatkan tentang keseimbangan antara syukur & insaf, juga antara dunia & akhirat.
Sedang merawat kegelisahan hati / keresahan jiwa / kerunsingan minda?
Cubalah hayati naskhah ini. Insha Allah ada permata yang dapat menyuntik semangat untuk terus melangkah ke hadapan.
Barakallahu feekum buat Ustaz Syaari & tim penerbitan. Didoakan moga Ustaz Syaari terus sihat & gagah menebarkan ilmu juga manfaat ilmu tadabbur yang sangat bernilai ini, Ameen Ya Mujeeb.
Mengambil ibrah daripada Surah Al-A'la dan Al-Ghasyiyah dalam menelusuri kehidupan. Bagaimana Allah mengajar kita untuk tidak berhenti berusaha bagi mencapai kejayaan?
Hasil tulisan Ustaz Syaari Ab. Rahman bagi saya sangat mudah difaham dan meresap ke jiwa. Penceritaan beliau untuk kita lebih memahami perjalanan kisah di sebalik surah sangat mudah dan dekat di jiwa.
Dalam buku Berhenti Seketika Tuhan Sedang Berbicara, beliau mengolah ayat dengan baik supaya mudah untuk pembaca fahami.
Melalui alam kita dapat belajar bahawa tiada usaha yang sia-sia dalam menggapai kejayaan. Bagaimana Allah menunjukkan kekuasaan-Nya melalui air hingga memberi sebuah kehidupan? Bagaimana alam atau tumbuhan mengajar kita tentang permulaan usaha akan membuahkan kejayaan?
Bacalah Berhenti Seketika Tuhan Sedang Berbicara, pasti anda akan temui keyakinan sebuah usaha yang tak pernah sia-sia di sisi Allah.
Alhamdulillah berjaya tadabbur 2 surah Al-A'la & Al-Ghasyiyah. Saya suka buku ni sebab ringkas, mudah faham and ada mind map yang cantik. 2 surah ini yang Rasullullah baca dalam solat hari raya dan solat Jumaat. 2 surau ini memang sesuai dibaca dalam 2 waktu ini untuk kita buka mata tentang kebesaran Dan kesempurnaan ciptaan-Nya serta menyeru kita untuk mensucikan hati Dan jiwa. Juga mengingatkan kita tentang keseimbangan antara kesyukuran Dan keinsafan dunia Dan akhirat. Saya mula mengenali ustaz syaari ini dari isteri beliau Melalui usrah yang saya join yang disampaikan oleh isteri beliau sendiri. Saya suka dengan penyampaian isteri beliau ketika usrah Dan dari situ isteri beliau mengatakan notanya ketika usrah itu telah disusun Dan disediakan oleh suaminya sendiri iaitu ustaz syaari.
Melalui buku ini, penulis menghurai secara lebih mendalam dua surah yang dibaca Rasulullah SAW dalam dua solat eid dan solat Jumaat. Surah berkenaan adalah Surah al-A'laa dan Surah al-Ghashiyah.
Setiap surah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap segmen tersebut akan ditutup dengan rumusan dalam bentuk nota infografik yang cantik dan kemas untuk memudahkan ulangkaji.
Saya kongsikan satu petikan menarik dari buku ini:
🔹Kita tahu dunia ini sementara tetapi kita tetap bersungguh-sungguh mengejarnya. Kita tahu syurga itu kekal tetapi kita tetap berlengah-lengah untuk berusaha meraihnya. (m/s 48)
•Dalam hidup yang sibuk dan penuh perjuangan, kita sampai lupa... 𝙗𝙚𝙧𝙝𝙚𝙣𝙩𝙞 𝙞𝙩𝙪 𝙟𝙪𝙜𝙖 𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙠𝙚𝙥𝙚𝙧𝙡𝙪𝙖𝙣. Berhenti bukan sebab malas ke apa, tapi sebab kita manusia. Kadang ada rasa letih, goyah atau hilang arah.
•Buku bukan fiksyen seperti ini 𝙗𝙖𝙣𝙩𝙪 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙥𝙖𝙪𝙨𝙚 𝙨𝙚𝙠𝙚𝙟𝙖𝙥, fikir lebih dalam, dan sedar semula arah hidup. Bukan sekadar tambah ilmu, tapi buatkan kita mencari diri kita semula🥲
•Melalui tadabur dua surah agung; 𝑺𝒖𝒓𝒂𝒉 𝑨𝒍-𝑨’𝒍𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝑺𝒖𝒓𝒂𝒉 𝑨𝒍-𝑮𝒉𝒂𝒔𝒚𝒊𝒚𝒂𝒉 -penulis mengajak kita melihat makna di sebalik ‘berhenti’. Bahawa perhentian itu bukan kekalahan, tapi satu bentuk persiapan. Untuk kita kumpul semula kekuatan, dan bangkit dengan jiwa yang lebih reda dan yakin.
•Baru tahu yang 2 surah ini menjadi pilihan untuk dibaca oleh Nabi SAW dalam solat Jumaat dan solat hari raya. Ada sebab kenapa 2 surah ini sering dipilih -ia menyentuh hakikat kehidupan, peringatan akhirat, dan nilai sebenar kejayaan.
•Buku ini membuka ruang untuk kita tadabbur ayat-ayat Allah bukan sekadar untuk tahu, tapi untuk 𝙠𝙚𝙣𝙖𝙡 𝙏𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙣𝙖𝙡 𝙙𝙞𝙧𝙞 𝙨𝙚𝙣𝙙𝙞𝙧𝙞. Bahawa setiap perhentian itu mungkin adalah teguran. Mungkin juga rahmat. 𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘯𝘵𝘪𝘯𝘨, 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘱���𝘴 𝘪𝘵𝘶 -dengan jiwa yang lebih tenang dan hati yang lebih bergantung pada Tuhan.
•Buku ni sangat menarik dan mesra pembaca. Ada 𝗶𝗹𝘂𝘀𝘁𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗮𝘆𝗮𝘁 yang bantu kita nampak mesej utama dengan jelas, ditambah pula dengan 𝗹𝗶𝗻𝗸 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗦𝘆𝗮𝗮𝗿𝗶 - boleh feeling2 join kelas tadabbur sambil rujuk buku🫢. Bahasanya pun mudah difahami. Penerangan surah pun padat, ringkas, tapi sampai ke hati. 𝑺𝒆𝒔𝒖𝒂𝒊 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒂𝒕 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒏𝒂𝒌 𝒎𝒖𝒍𝒂 𝒇𝒂𝒉𝒂𝒎 𝑨𝒍-𝑸𝒖𝒓𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒄𝒂𝒓𝒂 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒂𝒉𝒂𝒏-𝒍𝒂𝒉𝒂𝒏, 𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎.
This is my first book from Ustaz Syaari. Cara penulisan yang membuatkan kita, just like the book title.. 'berhenti seketika' to reflect. The two surahs really teach us to not live our life in rush, to take our time, to look at the sky and the world and think about its Creator.
✨ Ulasan Buku: Berhenti Seketika, Tuhan Sedang Berbicara Penulis: Ustaz Syaari Ab Rahman ⭐⭐⭐⭐⭐ (5/5)
Buku ini mengetuk jiwa dengan cara yang sangat halus dan penuh hikmah. Ia mengupas dua surah indah – Surah Al-A‘la dan Surah Al-Ghasyiyah – sebagai penawar kepada keresahan hati.
Apa yang membuatkan buku ini begitu istimewa?
✅ Penyampaian yang mesra dan mudah difahami. Penerangan ustaz sangat jelas, tidak kedekut ilmu, dan disokong pula dengan nota artistik oleh Syafini Romli yang berwarna-warni dan menjadikan pembacaan sangat menyenangkan!
✅ Lengkap dengan link video YouTube Daurah. Kita boleh ulang semula sesi pengajian bila-bila masa – sangat membantu untuk memperdalam kefahaman.
✅ Bahagian rumusan dan renungan sangat menusuk. Disampaikan bersama pandangan pakar tafsir al-Quran yang membuat kita merenung jauh. Infografik dalam buku membantu kita melihat hala tuju keseluruhan surah dengan lebih jelas.
📌 Namun sedikit kekurangan: Link video untuk Surah Al-Ghasyiyah tiada di bahagian akhir buku. Tapi jangan risau – isi dalam buku itu sendiri sudah sangat menyentuh hati. Saya jatuh cinta dengan Surah Al-Ghasyiyah. Ayat-ayatnya terasa begitu dalam di permulaan, dan diakhiri pula dengan nasihat serta peringatan yang membina jiwa.
📖 Petikan yang melekat dalam hati:
> "Tiada mata yang pernah melihat, tiada telinga yang pernah mendengar, dan tiada hati pernah terlintas untuk membayangkannya."
> "Diberi minum daripada mata air yang menggelegak panasnya."
> “Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).” (Surah Al-Ghasyiyah: 22)
🌱 Dua surah ini saling melengkapi: Teruskan berdakwah, jangan putus asa, dan buka mata hati. Engkau hanya menyampaikan – bukan memaksa.
Tiga sebab kalian perlu memiliki buku tadabbur ini:
1. Lebih jelas tentang hikmah penurunan surah Al-A'la dan Al-Ghassiyah Surah Al-A'la mengajar kita untuk berhenti seketika dalam kesibukan dunia Surah Al-Ghassiyah pula memberi kita ilham dalam memilih untuk berhenti
2. Isi kandungan yang tersusun dan inforgrafik yang mudah difahami
3. Ayat-ayat sangat praktikal untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian