dengan mengenal pahit, barulah dapat merasai nikmatnya manis
Muna lahir sebagai anak tunggal yang lama dinantikan. Namun hidupnya tidak mewah dan dirinya tak pernah dimanjakan. Sedari kecil dia sudah memasang niat. Dia ingin mengerjakan haji bersama ibu dan ayahnya dan mati di Makkah!
Setelah Muna ke asrama penuh, dia semakin jauh daripada ibu dan ayahnya. Jiwanya memberontak entah pada siapa. Muna terus lupa diri. Kasih sayangnya pada Muhsin dan Khalidah berubah benci. Akhirnya dia lari dari rumah. Namun, Muna diburu pula oleh bayangan Kaabah. Semakin hari, semakin Muna resah dan gundah.
Suatu hari, Muna teringat semula dengan impiannya dahulu. Dapatkah Muna mencapai segala impiannya? Siapa pula Mahfuz yang datang mengusik kalbu?
mungkinkah ada muna dalam dirimu?
Seruan Hati merupakan buah tangan daripada AZILAWATI MAT ANGSAR yang sarat dengan pengajaran dan ditulis dalam lembutnya bahasa dari pandangan mata Muna. Sebuah kisah yang membawa pembaca sama-sama menelusuri hidup seorang wanita yang mencari puncak kerinduannya.
Memandangkan memang dah dimaklumkan tentang penghujung kisah ini jadi mmg tidak berniat langsung hendak menyelak bahagian hujung2 tu.
Walaupun rasa sgt letih dgn orang sekekeliling Muna tapi tak pernah lah rasa letih dgn Muna cuma sakit hati sahaja.Sakit hati dgn sikap memberontak Muna, yg kerap jadi sasaran rajuk dan marahnya ialah kedua org tua dia tapi orang tua Muna sgtlah sabar walau adakalanya hilang punca dgn anak sendiri.
Kalau rasa nak cuba sesuatu yg lain,yg buat anda tertanya adakah Muna dlm diri anda bolehlah cuba2. baca kisah ini.
Menutup buku dengan perasaan gembira,gembira untuk Muna jadi saya simpan sahaja air mata itu dan bolehlah tidur dgn lena setelah beberapa mlm asyik memikirkan Muna,biyah,biyah muna.
Naskhah yang sarat pengajaran, menginsafkan dan penuh emosi -sedih, benci, marah, dendam- yang dihujungnya ada bahagia yang tak terungkap dengan kata. Dan saya bagaikan hilang aksara untuk bina ayat buat berkongsi rasa dengan anda semua. Saya tidak tahu nak tulis bagaimana...
Apa kata anda baca dan nilai sendiri? TAPI apa yang mampu saya kata...
Andai ada rasa bosan ketika mengadap naskhah ini, bosan dengan karenah dan olah Muna, bertahanlah. Baca. Jangan mudah mengalah dengan rasa bosan itu. Bisikkan pada hati, akan ada cahaya dihujung jalan yang sedang menanti anda!
Andai ada rasa tidak suka pada kisah Muna, jangan dipupuk rasa benci itu kerana mungkin kisah 'Muna' adalah cermin diri kita yang kita sendiri tak mahu lihat. Muhasabah diri...
Andai ada rasa benci pada mereka yang pernah berbuat khianat pada kita, ampunkan. Jangan simpan rasa benci dan tanamkan benih dendam kerana mungkin itu adalah kafarah pada kita akan salah dan dosa yang kita buat tanpa kita sedar...
Dan Seruan Hati ini mungkin seruan hati kita yang tak mampu kita zahirkan...
Bacalah... dan tidak sekelumitpun timbul rasa rugi ketika saya membacanya!
Seruan Hati...buku ni terpikat bila baca review kwn di GR ni...dan mmg berbaloi membacanya!
Pelbagai rasa waktu membaca SH... bergelora hati dgn karenah biadap Muna kpd kedua orang tuanya! Bagai ingin menampar Muna saja rasanya! Apa yg dibawa dlm SH yg mgkin ada disekeiling kita...yg terjadi dan prnah terdengar...itu yg membuatkan SH menarik utk dibaca...
Endingnya diluar jangka...ternyata seorg Muna yg nakal mampu juga berubah dan dpt membuatkan kedua org tuanya tersenyum setelah menangis!
Seawal pembacaan, seluruh jalan cerita itu dapat dijangka berdasarkan blurb pada buku. Sejujurnya aku tak suka cerita begini. Sebab aku takut, kisahnya terlalu dekat dengan realiti kita sekarang.
Isu-isu sosial remaja daripada hubungan zina, hubungan sejenis, pergaulan bebas, sumbang mahram, arak, judi dan meletakkan agama di carta terbawah sebenarnya sudah menjadi lumrah dalam masyarakat sekarang.
Tapi yang membezakannya ialah adakah kita sebagai pembaca akan merasakan isu itu isu yang biasa dan tidak mengendahkannya atau isu yang seharusnya kita berusaha untuk banteras.
Yang paling ketara ialah gaya bahasa penulis. Indah, sehingga yang dirasa sepanjang pembacaan hanyalah tenang. Memang pada permulaannya aku mahu tak mahu sahaja baca buku ini, tapi sampai di tengah-tengah, aku yang terdesak untuk melihat Muna kembali semula kepada fitrah.
Yang penting, kisah ini sangat dekat kerana setiap daripada kita mungkin pernah menjadi "Muna", hampir menjadi "Muna" atau pernah bersua dengan "Muna".
Pengakhirannya pun ditutup kemas oleh penulis sehingga yang aku rasa di hujungnya ialah bahagia, melihat watak-watak yang lain mengecap gembira.
sedihnya naskhah ini, menangis- nangis dibuatnya. alangkahnya indahnya andai hidup pernah tersasar namun allah masih beri peluang untuk kembali ke pangkal jalan, begitulah hidup muna, tapi itu juga atas doa orang tuanya. persoalan penulis buat pembaca ' adakah muna dalam dirimu', iya jawapan saya. manusia adakala hilang pedoman, tidak tahu bersyukur dan mengharap kasih manusia melebihi kasihnya allah.