Jump to ratings and reviews
Rate this book

Payung Negara : Antologi Puisi Penyair-Penyair Indera Kayangan

Rate this book
Payung Negara merupakan kumpulan puisi karya 17 tokoh karyawan dan
penyair muda negeri Perlis, bergabung rasa menghamparkan 83 bicara sukma bertemakan perjuangan, bahasa, alam sekitar, agama dsb.

Antara tokoh karyawan dan penyair muda yang ikut terhimpun menerusi naskhah ini ialah A. Ghafar Bahari, A. Hamid Halim, (Dr.) A. Rahim Abdullah, Amylia Hussain, Harties, Jimadie Shah Othman, Mokhtar A.K., Nahmar Jamil, Nilamsuri, Nordin Saad, Dato' Rahman Shaari, Rejab F.I., Ridzuan Kamis, Roslan Bidin, Saleha Ahmad, Shukri Abdullah dan Solihin Osman.

149 pages, Paperback

First published January 1, 2014

Loading...
Loading...

About the author

Rejab F.I.

50 books6 followers
Rejab bin Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena Rejab F.I. merupakan seorang penulis dan penyair. Beliau bukan sahaja berbakat menghasilkan cerpen, novel dan sajak malah beliau juga berkebolehan menulis skrip drama televisyen. Pernah memenangi Hadiah Sastera Nasional, 1971 (Puisi) dan Hadiah Sastera Esso-Gapena, 1985 (Cerpen).

Bekas guru ini dilahirkan di Kampung Bongkok, Padang Lati, Perlis pada 12 September, 1941. Anak kepada pasangan petani Ismail Salleh dan Yah Saman ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Santan sehingga Darjah V, 1950, Sekolah Melayu Paya Darjah VI, 1954, Sekolah Melayu Kangar (Lelaki) Darjah VII, 1955 (dalam masa penjajahan Inggeris).

Di samping itu Rejab FI mengambil inisiatif belajar sendiri ketika masih seorang guru, beliau lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP = PMR), 1961, Sijil Pelajaran Persekutuan (SPP = SPM) 1962, Sijil Tinggi Pelajaran (STP = STPM), 1975 (setelah kemerdekaan). Melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) - Mahasiswa Luar Kampus - Lulus Sarjana Muda Kesusasteraan dengan Kepujian (B.A. Hons.) 1980, (ketika menjadi guru).

Kerjaya dalam bidang perguruan bermula apabila dilantik sebagai guru pelatih pada 1956. Dilantik sebagai Guru Besar Sekolah Rendah pada tahun 1970-1979. Mengajar pula di Sekolah Menengah dan sebagai Guru Penolong Kanan pada tahun 1982-1991. Rejab FI bersara pilihan sendiri sebagai pendidik 1991 (ketika berusia 50 tahun) kerana ingin menumpukan perhatian kepada penulisan sepenuh masa hingga kini.

Nama Rejab F.I. pula merujuk kepada nama dua orang yang menjadi kebanggaannya, isterinya Fatimah Taha dan bapanya Ismail Salleh.


Rujukan : http://rejabfi50.blogspot.com/2008/05...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (50%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
1 (50%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Haniza Nilamsuri.
1 review7 followers
Read
December 6, 2014
Payung Negara merupakan kumpulan puisi karya 17 tokoh karyawan dan penyair muda negeri Perlis terbitan Persatuan Melayu Negeri Perlis (PEMANIS).


Displaying 1 of 1 review