Jump to ratings and reviews
Rate this book

Wasiat Untuk Anakku

Rate this book
Buku ini sarat dengan nasihat seorang bapa terhadap anaknya dalam menempuh arena pembelajaran. Ia persis kepada buku Ayyuha al-Walad karya Imam al-Ghazali yang menasihati kepada muridnya. Isi kandungan buku ini berkenaan amanah seorang bapa betapa pentingnya pentingnya menuntut ilmu, menjaga adab, memelihara masa, berinteraksi dengan sebaik-baiknya sesama rakan dan menghormati guru. Ia diperkukuhkan lagi dengan tambahan suri teladan dan mutiara kata pujangga dan cendekiawan berkenaan dengan erti kehidupan.

75 pages, Paperback

First published January 1, 2012

15 people want to read

About the author

Zulkifli Mohamad Al-Bakri

94 books78 followers
Anak jati kelahiran Terengganu ini merupakan seorang graduan bidang Syariah daripada Universiti Islam Madinah. Ketika di sana, beliau berpeluang untuk belajar secara talaqqi dengan beberapa orang ulama besar di Madinah. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Syria, di samping bertalaqqi dengan ramai ulama seperti Syeikh Sadiq Habannakah, Syeikh Rusdi Qalam, Syeikh Dr. Muhammad Abdul Latif Farfur dan lain-lain.

Seterusnya menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Sains Malaysia (USM). Pernah bertugas sebagai pensyarah di USIM dan menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Terengganu (2005). Selain itu, beliau turut menjadi Panel Kajian Aqidah JAKIM, Panel Kajian Syariah JAKIM, Panel Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji dan Panel Syariah Bank Muamalat. Beliau juga telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul bagi peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1433H/2012M.

Beliau kini menjalankan tugas sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (46%)
4 stars
7 (46%)
3 stars
1 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books106 followers
December 3, 2014
Bismillahirrahmanirrahim.

Subhanallah. Alhamdulillah saya bertemu buku sebaik ini yang saya kira amat sesuai untuk santapan anak-anak khususnya.

Dimulai dengan "Ada Apa Dengan Nama" yang mengingatkan kita akan harapan ibu dan ayah di sebalik pemilihan nama kita semua. Dalam bab-bab seterusnya penulis banyak membincangkan mengenai pembetulan matlamat kehidupan dan pembacaan. Teknik membaca, Kepentingan membaca dan beberapa isu lain.

Buku ini juga telah dibedah serba sedikit di dalam usrah remaja baru-baru ini. Alhamdulillah, semoga anak-anak ini beroleh manfaat dan mempraktikkan di dalam kehidupan mereka.

Sepanjang mengikuti tulisan Dr Zulkifli ini saya dapati beliau kerap mengingatkan mengenai kepentingan membaca. Subhanallah. Jarang saya temui penulis yang akan mengkhususkan topik "membaca" di dalam setiap karya mereka (mengikut pembacaan saya yang terhad ini).

Barakallahufik :-)
Profile Image for Faridahyunos.
144 reviews5 followers
April 11, 2023
Saya baca buku ni yang telah dikemaskini dengan tajuk baru salam terakhir.. wasiat2 yg dikongsi sangat on point.. beberapa muka yg terakhir, Dr Zulkifli menulis tentang anaknya Hammad yang telah kembali ke rahmatullah.

Terharu dengan perkongsian Dr Zulkifli. Bagaimana dia dan keluarga nya bersama2 menjadi tulang belakang Hammad tatkala beliau mula jatuh sakit.

Semoga Allah merahmati nya. Buku ni sangat bagus, dan boleh dibacakan kepada anak2 juga.
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
Read
May 18, 2015
Wasiat berupa nasihat adalah lebih bermanfaat berbanding wang berjuta yang mana wang itu akan membuatkan kita buta
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.