Novel ini membawa premis yang sangat simple dan sederhana - 2 gadis dari latar personaliti bertentangan - Fida si tomboi dan Nia si diva, berdepan kemungkinan menjadi adik - beradik apabila ibu dan bapa dorang merancang untuk berkahwin.
Jadi apa yang diketengahkan melalui novel ini berpaksikan a collection of minor conflicts antara Fida dan Nia yang menjadi titik tolak kepada pelbagai situasi dramatik yang cuba digarap dalam bentuk naratif Slice of Life.
CUMA, sayangnya, the execution part by Melni sangat longgar dan jauh daripada meyakinkan untuk membina pengalaman membaca yang betul - betul berkesan.
Sebagai sebuah karya Slice of Life, novel ini sepatutnya menampilkan karakter yang berkembang secara halus dan realistik, emosi yang autentik, suasana yang hidup, serta naratif yang mengalir tanpa bergantung kepada konflik besar atau plot twist yang sensasional. Dan secara keseluruhannya, tidak satu pun berjaya memikat aku untuk bertaut sehingga usai bacaan.
First of all, karakter Fida dan Nia ni langsung tak di-set dengan kematangan yang sepadan dengan latar usia dorang sebagai pelajar universiti. Perwatakan dorang sebenarnya sangat childish dan menjengkelkan - dengan pertelingkahan yang tak perlu dan reaksi yang berlebihan untuk kebanyakan situasi, seolah - olah budak sekolah rendah. Konflik yang Melni bina hampir semuanya bersifat luaran dan dramatik, bukan introspektif, menjadikan aku waswas dengan psychology stage dorang ni. Ini pantang pertama - psychological setting yang tak rational dan karakter yang tak likable.
Yang kedua, dari segi gaya penulisan - naratifnya terlalu repetitif. Melni ada satu kecenderungan untuk menjelaskan semula apa yang telah dinyatakan dalam dialog, seolah - olah dia risau aku tak mampu memahami subteks. Dialog yang panjang dan penekanan berlebihan terhadap emosi yang sudah jelas menyebabkan pembacaan aku jadi berat dan tak organik. At times, aku terpaksa ulang baca perenggan yang sama beberapa kali, bukan sebab kompleksiti naratif, tapi sebab ia gagal mengikat fokus aku. This is frustrating. Ini petanda bahawa novel ini tak berjaya membina hubungan emosi dengan aku, walaupun sesudah berkali - kali aku mencuba.
Aku bebetul terasa macam membaca diari 2 watak yang bermusuhan tanpa sebab yang kukuh, dan aku dipaksa berkali - kali untuk menerima premis tu tanpa sokongan naratif yang meyakinkan. Terlalu mundane dan superficial dari segi emosi, suasana dan jalan cerita.
Sebagai novel ke-2 selepas Senyum Yang Tersembunyi, aku rasa Melni masih belum mampu menggali kedalaman psikologi dan emosi watak yang hendak dibawa untuk diceritakan, dia masih terlalu banyak “telling” berbanding “showing”. Aku sentiasa ada niat untuk menyokong penulis lokal, tapi dalam kes ini, aku terpaksa DNF pada 75% selepas 2 kali mencuba (kali pertama pada 25%). Even Senyum Yang Tersembunyi pun jauh lebih baik dari segi keseimbangan emosi dan naratif.
Mungkin aku akan cuba habiskan baki 25% pada masa akan datang, tapi buat masa ini, Cukuplah Sekali Sakit Ini.
1.5 / 5 stars