Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat. “Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” - Jemy
Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal! “Saya nak kerja sini.” – Aira
Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.
“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!” Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.
Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.
Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?
Biasa2 aje. Maybe aku yang muda remaja delulu akan suka cerita ni. Tapi bila dah meningkat dewasa feel tu hmmm. Apapun aku rasa off kat part 'rahsia' yang disimpan oleh parents hero 🥲
di saat sy membaca novel ni... sy mula terbayangkan heronya adalah Jang Keun Suk (pelakon Korea). seriously, memang pada mulanya otak sy tak boleh nak terima kerana setiap kali membayangkan Jemy sebagai JKS (mmg hakikatnya itulah heronya :( ) alhamdulillah, akhirnya dapat juga sy habiskan karya cik writer. cerita yg menarik. ada suka, gembira, lucu, sedih & sakit hati. bagaimana seorg bapa yg sanggup musnahkan mahligai anaknya hanya kerana lelaki pilihan anaknya tdk setaraf dgn mereka. Dan... bagaimana pula seorang ibu sanggup membenci anak kandungnya sendiri. congrats cik writer. sesungguhnya, masih lagi ada dalam masyarakat kita yg berperangai begitu.
bile bace novel ni.. terlintas di kepala love rain. tapi dengan jalan cerita yg agak berbeza. kesian jemy dan aira yg menjadi mangsa cinta 3 segi ibu bapa mereka.. hati x sabar2 nak tahu ending.. dgn gigihnya terus menyelak page by page sebuah karya best gile edisi addicted..
Ni novel adaptasi suatu ketika dulu. No wonder la masa aku layan episod pertama drama ni dulu, cringe namatey. hahaha. Dahlah ada family aku sekali time tu. OMG. aku tengok kejap je, lepas tu, tak tengok dah. Sebab rasa geli. Jujurnya, bila baca novel pun, rasa feeling yang sama. Tambah lagi memang duk terbayang Hannah Delisha dan Syafiq Kyle. Sebabnya, memang ada scene cuit hidung, cakap rapat-rapat bagai. hahaha. adeh, meremang bulu roma aku. .
Aira ni anak Tan Sri Miqdad. Aira ni pergilah blind date yang ayah dia suruh. Disebabkan tak nak kahwin, Aira ni sengaja pakai macam badut gitu dengan mekap pelik lagi. Time ni la, di restoran yang sama, Jemy si photographer amik gambar Aira. Since then, memang jodoh dorang tu kuat, asyik duk terserempak je, sehinggalah Aira bekerja dengan Jemy. .
Dorang ni, seawal 10 episod pertama lagi, dah saling suka. Tapi mendapat tentangan daripada ayah Aira. Hanya kerana Jemy ialah seorang photographer. Tapi dorang nekad, dorang kahwin senyap-senyap. .
Banyak la lagi dugaan mereka. Sehinggalah mereka decide untuk berpisah. Mampukah cinta mereka selamanya bersatu? .
Jujurnya, for the first half of this book, aku nak kasi 3 bintang je. Pertama, part cringe tu. Kedua, sebab hurm, cerita anak dato & tan sri ni, lepas tu konflik demi konflik lagi. Tapi second half tu, aku rasa better. Entahlah kenapa. hahaah .
Overall, ceritanya best je. Konflik tu pun konflik yang bagus. Dosa silam menyebabkan anak-anak menjadi mangsa. Cumanya, aku rasa babak pegang-pegang, cuit -cuit tu pun banyak.
Kerana cemburu, dendam & fitnah yg tiada kesudahan, ikatan suci terlerai. Kerana masa lalu emak dan bapa, anak jadi mangsa. Kerana takut mengaku kesilapan, sekali lagi ikatan suci anak menjadi taruhan. Dan anak sendiri seperti dah di yatim piatukan sebelum masanya tiba. Demi menagih secebis pengiktirafan kasih ibu, terpaksa hidup di perantauan.
Kejam betul seorang insan bergelar ibu dan ayah ni. Dah namanya manusia, tak lari dari kekhilafan. Sedihnya bila kenang nasib Aira dan Jemy. Hidup terumbang ambing angkara Bapa Aira dan Emak Jemy.
memang selalu sangat nampak buku ni dekat mph lah popular lah. last last beli jugak. first was was sangat nak baca takut tak best. but when i read it, it totally did captivate my heart. cair habis dengan hero novel ni. jalan cerita semua best
so cute romantik sweetttttt sgt10x!!!! suka dgn remy n sara...sedih bila dibuang n dibenci oleh wanita yg mengandungkan kita..sedih bila ego dan kekayaan menguasai diri...bila org yg kita syg tglkn kita..sy bg 10 bintang!!! weweweee...
Mencintaimu Mr.Photographer merupakan drama lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha adaptasi novel karya asal Emma Mariam, Malaysia 2017. Dunia yand dipenuhi dengan kisah cinta, konflik,rintangan dan dendam. Pertemuan yang berlaku tanpa dirancang. Aira Qaisara atau dikenali sebagai Aira seorang gadis yang menawan, lincah , manja dan bercita cita tinggi untuk menjadi seorang peragawati sebagai mamanya dan papanya seorang tokoh perniagaan, Tan Sri Megat Miqdad: yang terpisah dengan mama dan abangnya karana salah faham yang membuatkan mamanya diceraikan oleh papanya semasa dia kanak kanak. Aira yang tidak mengerti maksud perpisahan telah menanam sifat benci dan dendam terhadap mama tanpa tahu sebab sebenar . Manakala, hero novel ini iaitu Nazmi Elyas yang dikenali sebagai Jemy seorang photographer yang terkenal dengan hasil kerjaya di dunai modelling. Jemy seorang yang garang dan panas baran tetapi cair semasa bersama dengan Aira. Berkerja dengan pelbagai wanita model yang cantik hanya Aira sahaja yang membuatkan dia jatuh hati. Jemy seorang anak yang tidak diakui status sebagai 'anak' oleh ibunya sendiri. Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah memnyebabkan jemy menjadi anak buangan. Kerana terlalu menyayangi dan mencintai Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira diseberang kerana mendapat tentangan yang hebat dari papa Aira yang mahu nikahkan Aira dengan anak sahabat karibnya Datuk Roslan. Dan kerana peristiwa hitam itu ibu Jemy jugalah yang menjadi punca berpisahnya dua hati ini tanpa rela. Mampukah Jemy mempertahankan haknya? Dan apakah yang berlaku dengan ibu Jemy sampai Jemy menjadi anak buangan oleh ibunya sendiri ? Bagaimanapula dengan Aira ? Mampukah dia menjalani hidupnya tanpa nakhodanya?
habis pon bace novel ni... nak habiskan novel2 pending ni.. beli dh lame.. bace je tak. seriusly xsedar pon bace buku ni. tup2 dh nak habis... mase bace novel ni terbayang je muke syafiq kyle dgn hannah delisha.. even tak tgk pon drama dea..tertarik dgn novel ni sbb sempat tgk iklan dea.. cam best je.. nk tgk drama.. x follow dr awl.. ao decided bace novel jela.. lg feel. 😄..koleksi pertama dr penulis emma mariam n fajar pakeer..