Hidup ni bagi aku macam puzzle. Cantum, susun, tampal. Kau jumpa, kau cantum, kau dapat gambaran yang sebenar
Ain seorang yang lepas bebas. Dia buat apa yang dia suka. Dia tak pernah ambil endah suara mereka yang menegur caranya. Dia tak pernah peduli apa yang orang lihat pada dirinya.
Ketenteramannya mula terganggu apabila Iman menumpang di rumahnya. Tindakan Iman yang suka menegurnya selalu membuatkan Ain hangin satu badan.
"Anak dara tak manis kalau minum tuang daripada botol masuk mulut. Tak ada siapa nak masuk meminang nanti."
"Nama mak saya bukan Dara!"
Setelah Iman melanjutkan pelajaran ke Australia, mereka tidak berhubung lagi. Ain seboleh-bolehnya mahu mengelak daripada Iman dek ‘penipuan' Iman dahulu.
Ironinya, mereka berdua terlibat pula dalam perancangan keluarga yang tak terduga. Bersediakah Ain menerima takdir yang tersurat?
Bahasa novel nie cantik dan santai, mudah nak hadam. Tapi cerita dia ada macam Rooftop Rant sikit. Sikit jela, tak banyak pun. Cerita ni tak perlu nak belit sana sini pun dah sweet melangit. hehe :)
I give 5 star to this novel.
Mungkin sebab saya suka gaya bahasa dan cerita yang tak sarat dengan konflik sangat macam novel nie kut. hehe ;)
Goodjob N Husna, tak sabar nak tunggu karya seterusnya :D