Koleksi penulisan yang merakamkan pengalaman kembara ke Jordan, Syria, Mesir, Haramain, Sepanyol, Itali, Turki, Swiss, Perancis, Belanda dan ke dalam diri.
Deskripsi :
Tidak keterlaluan jika dikatakan naskhah ini ditulis, kerana cinta, diadun dengan cinta, terhasil kerana cinta.
'Dar Baraka' kami pilih sempena nama sebuah kafe di kota sejarah kerana istimewanya pengalaman kami singgah di ruang kecil itu dan menikmati indahnya tamadun yang pernah singgah.
Semoga kalian kan tersenyum sepertimana senyumnya kami tika keluar dari Bocadillas Dar Baraka, kerana merasa telah memperkaya perbendaharaan jiwa.
Selepas kali ketiga ulang baca, dapat habiskan sampai muka akhir. Ternyata, lebih banyak tulisan-tulisan 'best' pada halaman-halaman belakang. Masalahnya, sangat susah untuk fokus membaca buku hingga halaman akhir.Baca depan, tinggal, ulang baca.
Tahniah kepada penulis yang membukukan pengalaman usia muda. Ada kisah-kisah kecil yang perlu kita perhati. Ada catatan terkena batang diri. Semoga ada sambungan.
Kerana buku ini, minat saya pada puisi bercambah. Isinya sangat indah disulami dengan bait-bait kata yang mengilhamkan dan menyedarkan. Kembara yang tidak dibiar sia-sia melainkan dengan mengutip butir-butir tarbiah untuk dibawa bersama. Terima kasih, saudara berdua. Moga Allahh merahmati kalian.