Jump to ratings and reviews
Rate this book

Anekdot ZRA

Anekdot Kenangan Jilid 1

Rate this book
Belahan masa lalu dan masa kini bukanlah seperti potongan kek; kecil atau besar, rasanya tetap sama. Masa lalu dan masa kini diikat oleh kenangan yang mengisi makna perjalanan waktu.

Masa lalu bukan untuk dimusuhi. Masa lalu adalah separuh dari masa depan. Itu sifat belahan masa. Pada saya, tiada masa lalu yang buruk. Bagi yang melihat masa kini, pastinya merasa bahawa masa lalu menjadi langkah mencari masa depan yang jernih.

226 pages, Paperback

First published April 25, 2025

5 people are currently reading
48 people want to read

About the author

Zainal Rashid Ahmad

43 books90 followers
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mencipta nama pada tahun 1990-an dengan cerpen-cerpen bernuansa eksperimental yang menjurus kepada menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama. Zainal memenangi deretan anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan. Sehingga kini Zainal telah menghasilkan dua buah kumpulan cerpen iaitu Alkisah (2012) dan Yang Tercinta (2012). Zainal mempunyai pengalaman luas sebagai wartawan; pernah bertugas di Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3. Zainal turut menerima Anugerah Seri Angkasa 2004, Anugerah Media Pertahanan 2009, Anugerah Dokumentari Terbaik 2010 dan pelbagai anugerah PPFM sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik. Kini Zainal merupakan Pengurus Besar, Jabatan Penerbitan sosial, Politik & Ekonomi TV Al-Hijrah. (2014)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
29 (50%)
4 stars
18 (31%)
3 stars
10 (17%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 15 of 15 reviews
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews348 followers
September 19, 2025
Anekdot Kenangan adalah himpunan naratif pendek yang bersifat memoir dan refleksi peribadi penulisnya Tuan Zainal Rashid Ahmad aka ZRA.

Jilid I banyak mengimbas masa lalu dan merenung masa kini sebagai 2 belahan waktu yang saling melengkapi. Bak kata tuan ZRA - "masa lalu bukan untuk dimusuhi" dan "tiada masa lalu yang buruk" - satu falsafah yang menjadi benang merah dalam keseluruhan jilid ini.

Jilid II pula lebih bersifat renungan tentang takdir dan kemanusiaan, di mana setiap kenangan, walau pahit atau manis - dilihat sebagai jalan untuk menjadi lebih manusiawi. Beliau menyentuh tentang luka yang menyembuhkan, jenaka yang mengalirkan air mata, dan keajaiban yang muncul dari pengalaman hidup.

Watak - watak dalam buku ini adalah individu - individu sebenar yang pernah hadir dalam hidup tuan ZRA - sahabat, kenalan, dan orang asing yang meninggalkan kesan. Dorang digambarkan dengan penuh empati dan kejujuran, tanpa glorifikasi atau penghinaan. Tuan ZRA sendiri juga tak cuba jadikan dirinya sebagai watak utama yang heroik, sebaliknya sekadar hadir sebagai pemerhati yang jujur, kadangkala naif, kadangkala sinis, tapi sentiasa berpijak pada bumi yang nyata.

Gaya bahasa digunakan penuh dengan kesederhanaan yang sarat makna. Nadanya santai tapi penuh renungan - seolah - olah kita sedang mendengar seorang sahabat lama bercerita tentang hidupnya di beranda rumah. Ayat - ayatnya pendek, tapi berlapik dalam menyampaikan maksud.

Bagi aku, kekuatan utama buku ini terletak pada keupayaan Tuan ZRA menyampaikan falsafah hidup melalui kisah - kisah kecil yang kelihatan remeh tapi menarik. Ada kisah yang membuat aku tersenyum, ada yang membuat aku termenung, tak kurang juga yang mengundang air mata.

Aku suka karya ni sebab ia relevan apabila menyentuh tentang perjalanan hidup, kehilangan, pertemuan, dan makna sebenar kebahagiaan. Ia banyak mengingatkan aku bahawa hidup bukan tentang pencapaian besar, tapi tentang detik - detik kecil yang membentuk siapa kita.

Kalau kau suku buku sebagai cermin kehidupan - buku ini adalah makanan kau - ia buku yang menjerit untuk difahami, tapi ia berbisik untuk direnungi.

4.6 / 5 stars
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
October 17, 2025
Untuk Jilid 1 ini penceritaan lebih kepada zaman kanak-kanak penulis. Kesusahan hidup-disleksia-kehadiran jiran-jiran yang prihatin-sahabat sama-sama rasa kesusahan hidup.

Intinya tidak banyak jadi aku perasan banyak isi yang berulang namun masih ada pengajaran yang boleh diperolehi melalui pembacaan kenangan orang lain ini.
Profile Image for Jamizal.
31 reviews1 follower
October 12, 2025
Buku ini adalah anekdot kenangan ZRA. Ditulis pendek maklumlah anekdot. Penceritaan kisah kehidupan org kecil yang menghimbau memori 70 an dan 80 an . 80 an adalah dekat terbaik kehidupan yang menjadi zaman sebelum internet ke zaman bermulanya gelombang IT. Membaca anekdot ini juga menyentuh memori saya kerana saya juga Gen X. Berbaloi membaca kehidupan kecil yang kadang kala kita lupakan walhal banyak pelajaran yang boleh di kecapi.
Profile Image for Muhammad Faizuddin.
44 reviews1 follower
June 8, 2025
Aku jujur ckp mmg tak brpe kenal ZRA ni, aku dpt tahu pasal penulis pun kerana kwn aku selalu share live di fb. Byk ulas2 isu palestin. Dan yg menjadikn aku tertarik pada dia adalah dia seorg wartawan yg pernah pergi ke misi ke palestin dan ke acheh tak silap utk siarkn isu kemanusiaan semasa tsunami.

Jadi merupakn kesalahan aku utk tidak membaca apakah isi kandungan utk buku anekdot kenangan ini. Rupa2 buku ini berkenaan dgn kisah pengalaman penulis sewaktu kecil sehingga besar. Jadi nk bagi rating rendah sgt pun tak adil, sbb mmg tujuan buku ni nk cerita mengenai hidup penulis.

Daripada sudut objektif saya nk katakan susunan penceritaan yg kurang menarik, terlalu byk nama, lepas tu setiap msg cerita lebih kurg sama, si fulan ni mmg keras tp dia hormati org tua, si fulan ni garang tp hati baik. Entah la seperti penulis tidak membuat draf yg cantik tersusun. Satu lg yg saya perasan adalah; antara msg2 penulis adalah satu slogan ‘universiti jalanan’, seolah2 nk kata di jalanan byk mengajar seseorg tu tentang kehidupan, tp yg saya lihat penulis mcm di kelilingi oleh org2 yg bermasalah, selalu lepak ke sana ke mari, mencari duit dgn kerja2 kasar, dan penulis tidaklah begitu rajin dlm bacaan pun.

Kalau kita lihat buku2 di eropah penulis biasanya mempunyai editor-editor yg berkaliber. Yg mana editor ini akan mempunyai ‘circle2’ penkritik dalaman. Yg boleh memberikn maklum balas mengenai isi2, penyusunan cerita, contoh2 dan sbgainya. Dan apabila saya membaca karya ini, saya tak dpt nilai betulkah penulis ni merupakan seseorang yg selalu membaca kerana ayat2 yg di gunakan tidak seperti org yg luas pembacaanya.
Profile Image for bookmehnia.
338 reviews18 followers
October 25, 2025
(57/2025) 4/5🌟 Bukan Fiksi | 243 ms

“𝙎𝙚𝙢𝙖𝙠𝙞𝙣 𝙟𝙖𝙪𝙝 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙚𝙢𝙗𝙖𝙧𝙖 - 𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙠𝙞𝙣 𝙙𝙚𝙠𝙖𝙩 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙢𝙖𝙨𝙖 𝙡𝙖𝙡𝙪. 𝙆𝙞𝙩𝙖 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙠𝙞𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙝𝙖𝙧𝙜𝙖𝙞 𝙟𝙖𝙨𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙜𝙪𝙧𝙪 𝙙𝙖𝙣 𝙣𝙞𝙡𝙖𝙞 𝙞𝙡𝙢𝙪.”

Orang dulu-dulu sering mengatakan mereka terlebih dahulu makan garam. Anak-anak muda sekarang pula akan lebih berdebat menyatakan zaman mereka sekarang berbeza dengan mereka yang terdahulu. Arus kehidupan yang semakin laju serba moden, tidak memungkinkan orang zaman sekarang menggunapakai nasihat orang terdahulu. Pada pendapat saya, boleh sahaja. Nasihat orang terdahulu boleh sahaja kita guna sebagai panduan hidup kalau tidak pun mengikutnya dengan melulu. Pengalaman hidup orang yang lebih tua, sangat mahal. Antaranya, yamg sering dikongsi Tuan Haji ZRA.

Saya seringkali “terlalu” siaran strimnya terutama melalui Facebook di mana beliau sering membincangkan topik-topik berkaitan dan antaranya tentang perbukuan. Nama Tuan Haji ZRA pasti lebih “meledak” lewat ini, dan tidak hairan kerana beliau ialah salah seorang daripada sukarelawan Global Sumud Flotilla yang berlayar baru-baru ini. Lebih hebat lagi, sukarelawan yang berada di atas bot yang dinaikinya, kesemuanya otai-otai belaka. Pasti anda tahu, sekiranya anda rajin mengikuti siaran langsung pelayaran atau “live” mereka.

Perjalanan karier Tuan Haji ZRA sangat hebat. Beliau pernah menjadi wartawan dan merupakan antara sekumpulan wartawan Malaysia yang pertama menyelinap masuk ke Palestin untuk merakam dokumentari kebenaran bagi disebarkan ke seluruh dunia.
Tapi puncak kekaguman saya ialah sisi masa lampaunya dan kegemaran beliau iaitu, membaca. Sering beliau bincangkan dan cadangkan bahan bacaan kegemaran beliau di live strimnya.

Di dalam “Anekdot Kenangan” Siri 1 ini, Tuan Haji ZRA banyak menceritakan kisah awal kehidupan semasa zaman kanak-kanak dan remajanya di alam persekolahan. Beliau menceritakan kepayahan hidup keluarga beliau yang susah. Justeru, beliau sangat memanfaatkan hidupnya tatkala sudah berada dalam kehidupan yang lebih senang sekarang. Masalah ‘dysleksia’ yang dihadapinya sejak kecil, di samping kesulitan hidup, hanpir sahaja mematahkan semangatnya. Namun, Tuan Haji ZRA beruntung dikelilingi orang-orang yang sentiasa memberi semangat kepadanya. Baik kedua ibubapanya dan juga guru-guru beliau, mereka adalah antara orang-orang penting yang berjaya mencorak kehidupannya. Saya sangat terharu membaca bagaimana rakan-rakan beca ayahnya mengumpulkan duit untuk membeli hadiah kasut sekolah setelah sekian lama Tuan Haji ZRA hanya berselipar ke sekolah. Lebih bermakna, hadiah itu diterima tatkala Tuan Haji ZRA berjaya mendapat tempat pertama di dalam kelas.

Membaca penulisan Tuan Haji ZRA seumpama mendengar nasihat seorang ayah pada anaknya. Ayatnya lembut, tapi berbisa; tegas tapi penuh makna, supaya kita yang membaca menghargai peluang yang ada di depan mata. Ayat-ayatnya tiada kata-kata berbunga, meskipun beliau seorang penulis dan pernah menulis banyak cerpen, supaya kata-katanya langsung masuk terus ke dalam pemikiran kita.

Sungguhlah pengalaman hidup itu rencah kehidupan seseorang. Semakin banyak rencah yang kita gunakan maka banyaklah perisa yang kita akan nikmati - namun terpulanglah pada kita untuk memastikan akhir rasa kepada rencah yang kita gunakan. Akan sedapkah ia, atau sebaliknya?

Buku ini sangatlah sesuai dibaca oleh anak-anak muda sekarang lantaran banyak kejadian yang melibatkan kumpulan manusia ini kebelakangan ini. Pengalaman hidup Tuan Haji ZRA ini eloklah dibaca supaya kita lebih mensyukuri segala peluang yang diberikan dan supaya kita tidak mudah patah semangat waima apa jua halangan dan cabaran yang melanda. Terdapat buku kedua untuk siri “Anekdot Kenangan” di samping siri-siri penulisannya yang lain.

#justreaddontbawang #bookmehnia #2025reads #OctoberReads #OctoberTBRs #spookyOctober #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #bookworm #anekdotkenangan #jilid1 #zainalrashidahmad #ZRA
Profile Image for Hasliza Rajab.
177 reviews8 followers
October 24, 2025
Setiap dari diri kita mesti punya kenangan kan, sama ada manis atau pahit, gembira atau duka, atau sekadar serpihan kecil yang masih tersisa di dalam hati. Buku ini menghimpunkan kisah-kisah dan refleksi kehidupan seorang Zainal Rashid Ahmad di mana beliau menulis naratif melalui bentuk catatan yang sederhana namun penuh dengan nilai insani.

Apa yang menarik perhatian saya di dalam buku-buku beliau ini ialah beliau mengangkat pertemuannya dengan manusia biasa yang pernah hadir dalam hidup beliau, bukan hanya sekadar hadir tetapi mereka menjadi guru kehidupan yang mengajarnya erti syukur, erti sebuah kesabaran dan erti sebuah kehidupan. Setiap pertemuan yang berlaku, ada hikmahnya! Setiap insan, walau sekecil apa pun peranannya, hatta seorang perempuan di lorong belakang yang sedang menunggu pelanggan, meninggalkan kesan dalam hidup beliau, bukan hanya sekadar kenangan, tetapi cerminan diri sendiri tentang makna sebuah kehidupan.

Daripada catatan-catatan yang beliau coretkan di dalam buku-buku ini, beliau mengajak kita untuk menghargai momen-momen kecil yang kadangkala kita sering pandang remeh. Ianya mengingkatkan bahawa setiap kenangan itu bukan hanya untuk diingati, malah ianya berfungsi sebagai satu peringatan dan pedoman untuk kita menempuhi hidup mendatang.

Kesemua siri Anekdot ini menggunakan laras bahasa yang mudah tetapi maknanya mendalam, membuatkan saya merenung kembali kenangan-kenangan hidup yang saya tempuh, dan insan-insan yang pernah hadir dalam hidup saya hingga ke saat ini.
Profile Image for Abdul Rahim Abd Kodir.
39 reviews
June 10, 2025
Seperti biasa tulisan ZRA tak pernah mengecewakan apatah lagi kisah-kisah yang dimuatkan dalam buku ini sangat dekat dengan kehidupan sendiri dan garis masa pun tidak jauh berbeza. Kekeluargaan, persahabatan, perjuangan hidup, kemiskinan dan banyak lagi, semuanya disentuh dalam bentuk kisah benar daripada pengalaman hidup beliau sendiri. Tak ramai yang boleh bercerita dalam bentuk tulisan, maka buku ZRA ini boleh dikatakan mewakili mereka yang hidup pada zaman tersebut melalui liku-liku kehidupan.
Profile Image for Syazam.
1 review
October 17, 2025
Pengalaman yang sangat berharga dan tidak semua orang pernah melaluinya. Perjalanan hidup penulis agak asing bagi saya yang dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Sangat menginsafkan, sukar untuk dibayangkan betapa susahnya hidup pada zaman tersebut. Hal yang menarik perhatian saya adalah latar belakang penulis semasa remaja, yang pada pandangan saya melangkaui kebiasaan figura terkenal. Namun, ini membuktikan bahawa kedewasaan dan pengalaman hiduplah yang membentuk cara berfikir dan identiti kita.
3 reviews
November 17, 2025
Biasanya kalau saya baca anekdot, saya akan mengantuk. Sebab tulisan dalam tu kebiasaannya tidak kronologi. Kejap sana, kejap sini, pastu patah balik sampai pening. Tapi buku ni, ia berjaya membawa saya kembali ke zaman kanak-kanak. Rindu sangat~~~ Ada bab pasal ayah beliau tu, saya nangis teruk. Tersentuh sangat, mungkin sebab saya teringat kat ayah saya sendiri.
Profile Image for Ayda Razak.
391 reviews24 followers
September 15, 2025
Anekdot Kenangan Jilid I menceritakan kisah membesar penulis sewaktu kecil di kampung dan sewaktu remaja di Kuala Lumpur.

Terdapat beberapa kesalahan ejaan dan cerita yang sama diulang-ulang. Cerita yang agak tidak tersusun seperti mendengar cerita dari A ke C, kemudian ke B, terus sambung ke D.
37 reviews3 followers
November 30, 2025
Penuh suka duka cerita kehidupan Tuan ZRA.

suka ayat yg ni , "Hidup bukanlah berjalan seperti yang kita mahu. Hidup adalah tentang mencapai apa yang wajar berdasarkan apa yang kita mampu."

dan sedikit pencerahan tentang terapi memori yang boleh dipraktik kan.
Profile Image for Amir Ikhmal.
3 reviews
November 20, 2025
Sebuah buku yang memberi kita banyak pengajaran. Susah senang dlm menempuh ranjau hidupan. Masa lalu yg memberi seribu makna
Profile Image for Ahmad Fauzan.
4 reviews
December 9, 2025
Dalam meniti perjalanan hari ini, mencorak hidup di masa mendatang, sesekali tolehlah kebelakang. Kerana pengalaman hidup di masa yang lalulah yang mencorakkan siapa kita yang sekarang.
Profile Image for anis.
70 reviews
June 9, 2025
buku ini tentang meraikan orang yang berjasa dalam hidup, memuliakan orang sekeliling dan bagaimana pengalaman hidup yang susah menjadi sebuah teladan kepada kehidupan masa kini. kebaikan, walaupun tak semestinya akan dibalas, akan pasti dikenang. sebab ia bersifat kemanusiaan yang datang dari hati, dan akhirnya menyentuh hati lain.
Displaying 1 - 15 of 15 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.