Menjadi tukang masak kepada Puteri Zulaika, mengundang padah apabila dia dipaksa menjadi suami kepada puteri tunggal Tuan Besar Darman.
Dengan alasan ingin menjadikan puterinya yang berlagak-sombong-demand tahap dewa itu kembali normal, Azrul menjadi mangsa.
Secara paksa rela dia menerima amanah ayah mentuanya. Dia tekad mahu mendidik si keras hati itu dengan caranya sendiri.
Puteri Zulaika pula sehabis daya mahu pulang ke istana semula. Tidak sanggup rasanya untuk terus tinggal di rumah Azrul yang panas macam oven. Tidak sangka kehadiran tukang masak yang kekampungan itu membuatkan hidupnya berubah 300%!
hmm... biasanya akak memang belek goodreads nak mark buku yang akak start baca sebagai currently reading. dan akak akan tengok review yang ada sepintas lalu. tak baik tau... sangat tak elok bodohkan penulis. kalau bodoh, dia takkan pandai menyusun kata-kata menjadi buku ya. please... hormati pekerjaan insan lain selagi tak lakukan cela atau dosa...
back to this novel. penulis cantik Nur Mayani ni memang sangat berkebolehan menyakitkan hati para pembaca dengan watak-watak yang dibina. ada saja yang buat pembaca menyampah. puteri zulaikha, watak utama novel ini yang sangat-sangat boleh dibaling batu-bata. yelah kan, sebab tuan puteri jadinya dia ingat elok sangat perangai tu? boleh ke menongkat langit dengan perangai ego, berlagak, bangga diri dan entah apa lagi yang sangat-sangat annoying. eeii.. tak pandai nak gambarkan.
nak ada tukang masak peribadi. so tukang jahit peribadinya, sally doklah rekomenkan anak buahnya, azrul yang punya kelayakan ijazah untuk jadi tukang masak peribadi. azrul ni dalam permulaan cerita seorang yang baik, polos, jujur, warak walaupun sangat sempoi. dan bila satu perkara buruk datang dan dia dinikahkan sendiri oleh tuan besar darman, ayahanda pada puteri zulaikha sendiri, dia menerima takdir atas dirinya.
but then, lepas menghadap azab sengsara dengan puteri zulaikha yang langsung tak hormat dia sebagai suami, dia pulak jadi sangat kerek. menyampah pulak pada azrul dan kesian pada puteri zulaikha. bila masuk watak syira, semua dah jadi makin tunggang langgang. mak long, mak si syira ni pun sangat boleh diganyang. adoi!
itulah, sejahat-jahat manusia pun boleh berubah. sebaik-baik insan pun jangan terus kata ahli syurga. kehidupan, kita bukan peramal yang mampu meramal apa yang bakal terjadi. kehidupan kita pun yang betulnya kenangan semalam dan yang ditempuh hari ini. esok tak tahu lagi apa yang bakal terjadi. buang ego, buang bangga diri. setinggi mana pun, bak ayat zarul... 'bila mati kain kapan tetap putih, bukan boleh bangun dan mintak kain mahal untuk jadi kain kapan.' get it?
Terlampau x kalau aku bagi 5 bintang? Suka hatilah kan? sebab memang aku rasa layak penulis ni dapat 5 bintang... Tau sebab apa? sebab ni cerita kawen paksa yang paling best yg pernah aku baca.. kelakar, serius...aku gelak golek2 guling2 baca.. Tapi bab romantik tu tak tahan...perghhhh ayat di hero kamainnnnn... aku suka dialog dia yg santai, cerita dia yang macam tgok drama..tersusun dan konflik xberat besa2 je... yg penting xdelah cerita pmpn terinaya yang syik makan air mata pai bengkak usus... aku suka cerita ni..(dah berapa kali ulang)? kakakaka...memang suka sebab cara hero terbiah isteri dia..kakakakakakaka...terus kedebuk kena kat batang hidung sendiri...mesej agama yang menusuk jiwa pembaca... dan ending yang lain dr yg lain..xdelah beranak cucu bagai...buat kita pikir sendiri lepas tu apa jadi??? watak Putera Zuhairies pun best...watak Eman, Sally...Arghhh semua besttttt... Tahniah cik penulis..kalau ada buku baru bagitau, nak beli...
The book looks promising. Even pada permulaan cerita saya agak entertained. Bagi orang yang susah hendak ketawa pada sesuatu yang dibaca (well, tak banyak yang THAT lucu, to me lah) lah -- ONLY at the beginning of the story. Cerita dia pun pasal kisah seorang puteri di Istana. Ideanya ada cuma perkembangan ceritanya agak, well, tak seberapa. Aaaannnddd rasanya tajuknya tak sesuai. Anyhow, good attempt though.
bila dah termakan racun dengan JEJAK DOSA, makanya buku yg ini pun saya kena beli jugak..sebab dah mula jatuh sinta dengan penulis ni... Mula2 baca, aik? apsal bebeza sngat dengan novel yg lepas..oh yg dulu tu indie..haruslah bahasa dia lain sikit...yg inikan novel cinta.. Tapi tak pe, saya tak kecewa pun, sebab apa yg dihidangkan oleh penulis adalah sesuatu yang buat saya ternganga jugak. Novel ni walaupun tema dia macam klise amat ( kawen paksa) tapi pnulis berjaya bawa kepala otak say ajauh ke Indra Saputra yang tak tahu di mana...bijak penulis mengolah ceritanya supaya lain sikit dari novel yg lain2 yg nikah paksa dengan anak datuk bagai tu kan... Ini kisah dia lain benoooo...bestttt..walaupun jiwa saya ni bukanlah jiwang sangat...tapi saya suka cerita ni..watak AZRUL sama juga macam watak HADI dalam JEJAK DOSA...lain dari watak lelaki dalam novel lain... cara penghayatan penulis terhadap watak lelaki sangat baik... Saya pernah baca satu buku tu..dia tulis watak lelaki, tapi bila baca saya rasa watak tu pmpn..tu kegagalan penulis untuk menjiwai watak...
Apapun saya suka TMTP...banyak juga pengajaran serta buruk baik yg dicurahkan... Watak ibu, beri kelainan juga...watak EMAN...saya sukeeee...
Pertama saya nak cakap..TAHNIAH BUAT PENULIS!!!! sebab buku ni bagi saya walaupun idea utamanya KLISE tapi penulis berjaya membawa warna2 yang menarik dalam ceritanya supaya pembaca tak bohsan. Cerita ni lain dari yang lain sebab cara penceritaan dia yang unik. watak yang best dan realistik...jugak yang paling saya suka, penulis berjaya selitkan pengajaran agama yang santai dan boleh buat kita terpikir... gaya bahasanya ringkas, tak sama macam nobel dia sebelum ni JEJAK DOSA yang bahasanya bunga2 setaman...mungkin ini genre lain...
Apapun sebagai pembaca saya harap novel ni akan diadaptasi secepat mungkin..xsabar nak tgok watak Azrul dalam versi pelakon....
Ini buku pertama penulis jalan cerita menarik ada pengisian tak klise dan paling penting pesanan2 dalam novel ni terbaik😍😍😍 .
Tahniah penulis dah baca karya2 terkini dan sya dah bandingkan sendiri karya yg ni dengan yang baru banyak sangat perkembangan yg luar biasa.Penulisan juga sudah agak menghiburkan dan sangat2 menarik teruskan usaha utk sajikan pembaca dengan karya2 unik yang terbaik😍😍😍
mula mula ingat cerita ni biasa saja macam cerita cerita yang lain. tapi saya silap. cerita ni lain sikit. tak ada part manis bergula tahap kencing manis.
tah pape pny buku..penulis pun bodoh..dok campaign sana sini hargai karya penulis sbb konon penulis buat dgn susah payah..nk suruh org hargai kena buat karya bukan sampah..sory la ckp tp ptt pun publisher ni bankrupt..sape la y tukang tapis pemilihan novel ni sume main sauk je