Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sayangku Cik Tiramisu

Rate this book
19 tahun. Itu tempoh yang diberikan Faiz kepada Intan untuk mereka bertemu semula. Takdir ALLAH, Intan dan Faiz bersua kembali sebelum waktu yang dijanjikan. Namun, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. Pertemuan pertama, mereka saling berebut dan berbohong untuk memiliki kek tiramisu! Sejak itu, entah kenapa makin terjadi-jadi pula pertemuan mereka. Ada sahaja insiden yang membawa pertengkaran.

Cukup 19 tahun waktu yang dijanjikan, masing-masing terkedu saat bertemu pandang. Dalam masih kebingungan, Faiz buat perangai gila. Waktu itu juga diluahkan lamarannya. Mahu tidak sewel sekejap otak Intan dibuatnya?

Sejak pertemuan itu, makin kerap Faiz memburu Intan. Balik-balik, Faiz ajak kahwin. Rimas pula Intan jadinya. Tapi kata bijak pandai, usaha tangga kejayaan. Akhirnya Intan menerima lamaran Faiz.

Masuk ke dalam keluarga mertua, dunia Intan tidak seindah dijangka. Jika ibu mertuanya bersikap A, ayah mertuanya pula berperangai B. Bertambah parah dengan si adik ipar yang berkelakuan C. Naik pening Intan jadinya.

Paperback

First published September 1, 2014

5 people are currently reading
80 people want to read

About the author

Herna Diana

6 books57 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
33 (50%)
4 stars
20 (30%)
3 stars
9 (13%)
2 stars
2 (3%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Puteri Nurcahaya.
160 reviews12 followers
January 9, 2019
#42019
Its my first time baca buku herna diana. Tertarik sebab rating yang agak tinggi.. Pasal childhood friend seperti di atas sinopsis. What i feel is that, buku ni cliche. Kahwin tapi family mertua x suka. Yang memula sayang dia faiz jer la si husband aka hero.

Tp yg uniknya. Permulaan cerita. Yerla masa dorang kecik2 ,satu bab, and lepas tu bab pekerjaan si heroin as a cikgu and also cikgu disiplin ni yg akan selalu denda seorang pelajar yg kebetulan adik si faiz. 😆😆😆... Kelakar , and banyak plot2 sesi membalas kenakalan. And mcamna si faiz and si heroin ni bertemu buat kali ke 2. Sorry, ku jnis lupa nama..hahah..

This book walaupun cliche. Kekuatan dia pada character si heroin, how dia kuat hadapi semua dugaan, and mcmana dia boleh ubah semua org yg x suka dia, jd suka kat dia.

P.s : awat si hero ni suka percaya bulat2 without siasat dulu haaa..adoi...spoil mud masa last2 tu...😡😡

Good job writer...walaupun buku ni buku lama..heee...😆😆😆😘😘😘😘
Profile Image for Ella.
794 reviews93 followers
March 7, 2017
3.8*
Just as sweet as the title..tak begitu suka dgn sikap Faiz..at times can be insensitive basket..rindu pulak nak baca lagi..
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
November 16, 2014
Intan dan Faiz telah berjanji untuk bertemu kembali selepas 19 tahun berpisah. Pertemuan itu ditunggu dengan penuh debaran. Tetapi tanpa di sangka, mereka telah beberapa kali ketemu sebelum itu. Setiap kali bertemu, mereka sering bertelagah. Pada hari yang ditentukan, akhirnya mereka bertemu. Faiz rasa amat gembira dan terus melamar Intan. Intan rasa sangsi terhadap Faiz dan cuba untuk melarikan diri. Tetapi Faiz tidak pernah mengalah. Intan dijejaki hingga ke kampungnya di Cherating. Akhirnya, Intan bersetuju untuk menerima lamaran Faiz setelah ibu-bapanya merestui hubungan mereka. Setelah berkahwin, Intan sedar bahawa keluarga mertuanya pincang. Semua membawa hal masing-masing. Hanya Faiz yang menguruskan keperluan bapanya, Dr Fadhil, yang lumpuh. Intan bertekad untuk merapatkan hubungan mereka sekeluarga dan meringankan beban Faiz untuk menjaga bapa mertuanya. Intan sabar menghadapi ragam keluarga mertuanya kerana ada sokongan suami tercinta. Tetapi apabila suaminya mula menyepi kerana termakan fitnah ibu mertuanya dan anak saudaranya, Anita, Intan berkecil hati dan terus meninggalkan rumah. Fatin, Dr Fadhil dan Makcik Leha cepat-cepat menceritakan hal yang sebenarnya yang telah berlaku. Faiz rasa amat kesal kerana telah terpengaruh dengan hasutan ibunya. Dia dan Fatin terus mencari Intan dan memujuknya untuk pulang ke rumah. Setelah pulang ke rumah, Faiz dapat panggilan tentang ibunya yang telahkemalangan. Faiz dan Intan terus mendapatkan ibunya di hospital. Akhirnya, ibunya sedar dan menyesal kerana telah lama tidak melaksanakan tanggungjawabnya kepada suami dan anak-anaknya. Dia juga menyesal kerana telah berlaku tidak adil terhadap Intan selama ini.
Profile Image for Qayiem Razali.
897 reviews86 followers
January 31, 2018
#8

Sayangku Cik Tiramisu membawa pembaca mengenal kisah cinta Intan dan Faiz yang penuh warna! Cinta yang tertangguh selama 19 tahun akhirnya mekar kembali dek kerana kek tiramisu.

Sungguh, sangat terhibur membaca naskhah ini. Bagi saya penulis benar-benar berjaya mewujudkan elemen kelakar dalam novel ini. Langsung tidak membosankan. Lagi pula, novel ini punya jalan cerita yang ringan. Konflik pun tidaklah sampai beratus-ratus muka surat.

Secara keseluruhannya, novel ini sangatlah sesuai dibaca bagi mereka yang stress. Ditambah dengan watak Fatin yang gila-gila, menjadikan novel ini lebih warnanya! Tahniah buat penulis!
Profile Image for Miz_Yanie.
105 reviews3 followers
November 7, 2018
Novel2 Herna Diana ...ada aje nama2 samaran yg kelakar...Mcm

Iman Brutal yg Comel aka Minah Sewel & Mamat 3 Suku

Anak Tabuan Comot & Terhangat Di Pasaran

Kali ni pulak ada Singa Comel & Nyamuk Tiruk....

19 tahun.... Itu tempoh yang diberikan Faiz kepada Intan untuk mereka bertemu semula di bawah sebatang Pokok,Golden Shower....
Takdir ALLAH, Intan dan Faiz bertemh kembali sebelum waktu yang dijanjikan. Tapi, masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. Pertemuan pertama, mereka saling berebut dan berbohong untuk memiliki kek tiramisu!
Si Intan bohong, kononnya Hari Lahir Neneknya...Faiz lak,ckp si Isteri mengandung anak pertama n He yg mengidam nak makan kek tiramisu..( padahal masih bujang...)
Sejak itu, entah kenapa asyik terjumpa aje... Ada sahaja insiden yang membawa pertengkaran...Pertengkaran yg melucukan....
Intan suka sgt pijak kaki Faiz untuk melepas geram....Faiz kuat menyakat sehingga Intan Marah sebab...Faiz suka sgt tengok Ingat mengamuk,comel!

Cukup 19 tahun waktu yang dijanjikan,
Intan pergi ke tempat yg dijanjikan. Sedih hati Intan bila si Dia tak dtg,lupa kot....Tapi sebenarnya,Inta yg kalut...hahaha...Hari yg dijanji, 8Mac Tapi,Intan leh salah date pulak....Dia pergi di Golden Shower 7Mac lak. Masing2 terkedu saat bertemu buat kali pertama selepas 19thn. Siapa sangka....yg asyik bertekak aje bila terjumpa...itu lah org nya.Dalam masih kebingungan, Faiz buat perangai gila. Waktu itu juga diluahkan lamarannya....
"Jom Kita Kahwin...." Mahu tidak sewel sekejap otak Intan dibuatnya?

Sejak pertemuan itu, makin kerap Faiz memburu Intan. Balik2 Faiz ajak kahwin. Rimas pula Intan jadinya. Tapi kata bijak pandai, usaha tangga kejayaan. Akhirnya Intan menerima lamaran Faiz...

Masuk ke dalam keluarga mertua, dunia Intan tidak seindah dijangka. Berkahwin dengan Faiz bermakna...kahwin ngan Family Faiz jgk. Intan tau, Puan Azizah mmg tak SUKA ngan Intan dari dulu lagi...alasan...Mereka tak Sekufu! Jadi, Puan Azizah sanggup pindah untuk pisahkan Faiz dan Intan. Siapa sangka, jodoh mereka panjang! Layanan dingin diberi oleh Ibu Mertua.Jika ibu mertuanya bersikap A, ayah mertuanya pula berperangai B. Bertambah parah dengan si adik ipar yang berkelakuan C.
Adik Ipar,Fatin...ada lah pelajarnya yg sering diDenda oleh Intan...now,da dudul serumah...mcm mana tu? Naik pening Intan jadinya...

Terjadi 1 kejadian, Intan ditolak Puan Aizah dan si Ulat Belungkas....mengalir darah dari celah kelengkangnya...Mengandung ke Intan?? Kalau betul Intan mengandung... Sungguh,she tak tau...kalau tak dia akan jaga sebaik-baiknya. Nasib baik saat itu,Fatin (adik ipar) baru sampai rumah...Terperanjat dia bila Si Kakak Ipar sudah berlumuran darah.... Satu yg bagus Fatin ni..walaupun Kakak Ipar aka Cikgu dia sendiri yg dianggap mcm "musuh",she ttp pertahankan Intan dari Mama & Ulat Belungkas...

"Kalau apa2 jadi pada kakak ipar aku,siaplah kau..."

Selepas insident tu...Intan dan Fatin berbaik2...no more kena2 kan each other...Tapi,Faiz layan Intan ngan dingin sgt2...berbual pun,nak ngan tak nak....Sebab ape??? Faiz percaya ke fitnah yg di tabur Ulat Belungkas & mama nya?Kalau betul Intan mengandung...Baby selamat ke??

Akhirnya,Intan ambik keputusan tinggalkan rumah itu....Intan pernah berpesan pada Faiz...

"Abang janji jgn buli Intan tau. Kalau abang buli..Intan tak kuat...."
Profile Image for Suzyanna yap.
118 reviews9 followers
May 21, 2018
Intan Dan Faiz dua kawan baik dari kecil berjanji akan berjumpa semula selepas 19 Tahun.Namun mereka ditemukan lebih awal dan saling tak mengenali serta berebutkan kek tiramisu...Bagi Faiz intan adalah Cik Singa Comel kerana adiknya Fatin selalu mengadu pasal cikgu yang selalu marah dan denda Fatin..

Bagi Intan Faiz adalah si nyamuk tiruk haha..sampai macam tu sekali..namun pertemuan yang seperti drancang akhirnya membawa kepada sebuah ikatan perkahwinan..Ibu Faiz , Ayah Faiz dan Fatin semua x menerima Intan seadanya...

Nasihat yang diberi oleh ibu Intan membuatkan dia kuat untuk berhadapan dengan Keluarga Faiz...Bagaimana dia mampu untuk membuka pintu hati ibu dan bapa mertuanya?dan si anak murid aka adik iparnya...

Bila semua seakan seperti sudah menerima Faiz pula yang berubah...Bak Kata Intan dia kuat hanya kerana Faiz ada disisi..kalau Faiz pun sdh berubah maknanya dia tidak perlu duduk di rumah itu lagi..

Adakah penantian intan dan faiz selama 19 tahun akan berakhir dengan satu kemusnahan rumahtangga..Jom baca novel ni..tak berat sangat..bahsa pun mudah difahami....siap ada watak Mr London & Ms Langkawi lagi tau....kalau nak tau perkembangan ML & ML kena baca novel ni...
Profile Image for Yattie Norhayatie.
75 reviews4 followers
July 23, 2020
Sweet ...jalan ceritanya best. Boleh layan time takde benda ko nk buat...

Cinta yang tertangguh 19 tahun...antara Faiz dan Intan...

Kalau nak review kisah ni rasanya macam dah biasa dengar ...tapi di olah dengan lebih lancar dan tersusun. Watak2 yang ada sesuai ditempatnya...masing2 memainkan peranan yg sesuai...

Keindahan cinta faiz dan intan ditambah dgn kenakalan fatin adik faiz (teringat kek tiramitsu intan diletak lada hitam...waduhh)... Si ibu mertua yg tak suka pilihan si anak sbb darjat dan suka anita sbgai menantu pilihan... Cikgu Amran yg dah macam gila talak mahukan Intan...menambah dugaan betul.

Pelbagai rintangan dan dugaan dihadapi intan ..ada ketika jatuh juga airmata kita yg membacanya bila tiba waktu Intan membawa diri kerana sangat sedih dgn perlakuan Faiz yg mengabaikannya kerana salah faham...

Namun keran jodoh itu urusan Allah, apapun berlaku tetap bahagia menanti buat yang sabar dan tabah...

Novel ni bukanlah genre berat...sederhana sahaja tapi jalan ceritanya seperti org biasa2 yang buat kita leka membaca dan merasainya... Happy ending....


Alhamdulillah... Habis baca...tahniah buat penulis... 👍
Profile Image for Zzati Alydrus.
124 reviews
December 11, 2022
Bagi saya, novel ni 90% story line dia ringan (sbb lawak, santai) dan pada akhir (selebihnya) berat. Kisah kekeluargaan, kepercayaan pasangan, kasih sayang keluarga & sahabat. Tapi saya perasan, banyak sangat pengulangan ayat dalam novel ni. Tapi untuk pembacaan santai, buku ni sgt sesuai.
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
September 29, 2014
SCT berjaya dihabiskan dlm sehari aje...satu citer santai yg sgt baik dan tdk mampu diletak bila dh mula baca! tak rugi beli... bacanya mmg tak hilang senyum2 .. sengih sorang2... seronok baca sbb mcm2 jd bila Faiz dan Intan berjumpa semula ! dr masa berebut kek Tiramisu kemudian jumpa lg sbb kes Fatin...yg tak menahannya bila Faiz terus melamar .. tak jemu memujuk Intan utk berkahwin mau tak menggong sekejap Intan...hehehe

Isu dibawa juga biasa ada dan mmg biasa terjadi ..dgn bahasa mudah...ayat yg disusun mudah difahami buat saya rasa dekat dgn citer ni...

suka semangat Intan..walau tau tdk disukai ibu mertua dan adik ipar tp ttp mendekatkan dirinya dgn mereka... dia terus sabar malah memberi sokongan kpd Faiz yg menjaga kebajikan ayah yg uzur...sgt menyentuh perasaan!

Puas beradu pelbagai cabaran..Intan mampu tersenyum juga! Dgn kasih sayang..dia mampu menambat hati keluarga mertuanya! akhirannya mmg buat senyuman melebar dgn rasa puashati!!!
11 reviews
October 23, 2014
Jalan cerita yang sweet dengan menampilkan pelbagai watak dalam satu keluarga. Fatin yang membesar dengan seorang abang, tanpa belaian ibu yang sibuk dan ayah yang sakit, menjadikannya seorang yang kasar dan berani. Benci tapi suka antara Fatin dan kakak iparnya Intan, sungguh mencuit hati sehingga boleh membuatkan membaca sambil tersenyum dan tergelak kerana Fatin yang mempunyai mulut celupar dan lepas laku. Kasih sayang antara Faiz dan Intan menjadi kekuatan jalan cerita buku terbaru HD ini.
Profile Image for Mommy Farah.
363 reviews14 followers
October 6, 2014
karya yg tidak mengecewakan..tahniah HD..nsb baik bkn peminat tiramisu. .kalau tak agaknya menjejeh2 air liur bila baca novel ni..
Displaying 1 - 12 of 12 reviews