Fathiah sentiasa istimewa di hatinya. Lima tahun Aqil mendidik hatinya agar terus mencintai gadis itu, namun sepatah pun tidak pernah diluahkan. Akhirnya perpisahan menjauhkan jarak mereka. Masih adakah cintanya untuk Fathiah setelah dirinya kini bergelar suami orang?
Seingat Fathiah, dia tidak pernah membenci Aqil walaupun mereka tidak pernah berkawan seperti orang lain. Dia sering menjauhkan diri daripada Aqil kerana dia tidak suka digosipkan dengan lelaki itu. Namun, mengapa setelah pertemuan semula antara mereka, dia berasa kecewa dengan sejarah lalu? Adakah nama lelaki itu sudah tertulis di hatinya?
Dalam waktu dia mengubati hatinya dan cuba untuk menerima kehadiran lelaki lain dalam hidupnya, tiba-tiba hatinya diuji lagi dengan kejutan yang sukar untuk dia percaya. Mampukah dia menerima kenyataan itu?
My first thought, Bahasa Dia santai dan entah macam mana macam dekat sangat dengan style saya, gaya dialog dan pemikiran wata utama Thiah. Agaknya penulis lebih kurang sebaya saya ke? Ceritanya okay juga bagi saya, konflik not too simple yet not too complicated. Suka juga cara Thia smash Firhan selepas bontot keretanya dilanggar, tapi sebelum tu Dia tutup mata, breathe in and out dalam kereta dulu, cari ketenangan. Nampak laaa, Dia pun temperamental juga macam Firhan. Aqil, hmmm tersangat sejuk orangnya
You have to be at the right place, at the exact moment and the right time to meet THE ONE.
Betul agaknya perumpamaan ini. Kalau tidak masakan Fathiah yang telah kecewa dengan cinta boleh memikat si-jejaka-singa-yang-kerap-putus-tunang dengan hanya satu pertemuan. Bak kata novel Naurah Iman..dari mata turun ke hati. Hati hanya memerlukan sedetik untuk jatuh suka dan mata hanya perlu satu pertemuan untuk terus menghafal wajah idaman kalbu sehingga mampu membuat insan itu gila bayang. Tetapi, masalah pula untuk Firhan mendekati Fathiah ni..si gadis hanya endah tak endah sahaja semua usahanya. Bunga tak jalan. Panggilan telefon tidak dilayan. Kesian kan ? Kalau saya jadi Firhan, rasanya saya pun mati akal. Nasib baik ada back-up plan ala Alwi..hehe. Agaknya memang benar, nama "si dia" untuk kita semua memang telah tertulis di hati kita. Cuma perlu sedikit usaha dan kesabaran untuk menanti saat hati itu disatukan.
Ceritanya tentang Fathiah yang tak boleh nak move on daripada penyesalan tak balas cinta Dr Aqil masa zaman sekolah menengah sebabnya masa sekolah, Fathiah suka Abang Yasir. Tapi Abang Yasir kahwin dengan orang lain. Bila dah dewasa, Fathiah mula rasa tergugat melihat rakan-rakan sekolahnya hampir semua dah kahwin dan beranak-pinak. Fathiah rekindled persahabatan dengan Dr Aqil yang dah kahwin dan ada anak empat orang. Dr Aqil confessed he still likes her but he got caught by wife, Nida. Fathiah kemudian kahwin dengan abang Nida, Firhan dan jadi kakak ipar Dr Aqil.