Jump to ratings and reviews
Rate this book

Empunya Hikayat

Rate this book
Empunya Hikayat menampilkan 13 buah cerpen yang membawa aliran Realisme Baru dengan mengemukakan persoalan semasa khususnya isu politik, sosial dan budaya. Zainal Rashid Ahmad boleh dikatakan antara pelopor aliran Realisme Baru menampilkan teknik penceritaan yang menggabungkan magis alam Melayu, sejarah, naratif dan falsafah yang begitu menarik. Realisme Baru di tangan Zainal menghunjam kritikan-kritikan poliitk yang tajam, sinis dan memukau. Empunya Hikayat adalah karya sastera yang memberikan sesuatu yang berlainan dalam dunia sastera dekad mutakhir.

163 pages, Paperback

First published January 1, 2014

2 people are currently reading
32 people want to read

About the author

Zainal Rashid Ahmad

22 books88 followers
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mencipta nama pada tahun 1990-an dengan cerpen-cerpen bernuansa eksperimental yang menjurus kepada menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama. Zainal memenangi deretan anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan. Sehingga kini Zainal telah menghasilkan dua buah kumpulan cerpen iaitu Alkisah (2012) dan Yang Tercinta (2012). Zainal mempunyai pengalaman luas sebagai wartawan; pernah bertugas di Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3. Zainal turut menerima Anugerah Seri Angkasa 2004, Anugerah Media Pertahanan 2009, Anugerah Dokumentari Terbaik 2010 dan pelbagai anugerah PPFM sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik. Kini Zainal merupakan Pengurus Besar, Jabatan Penerbitan sosial, Politik & Ekonomi TV Al-Hijrah. (2014)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (43%)
4 stars
8 (50%)
3 stars
1 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews336 followers
October 8, 2025
Tuan Zainal Rashid Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Tuan ZRA, adalah antara karyawan tanahair yang paling aku sanjungi. Beliau antara nama paling prolifik dalam dunia sastera Melayu kontemporari moden. Dilahirkan di Alor Setar, Kedah, beliau telah menghasilkan lebih 300 karya. Beliau juga bekas wartawan yang pernah menyelinap ke Palestin dan Israel untuk menghasilkan dokumentari yang memenangi anugerah. Tuan ZRA dikenali dengan gaya penulisan yang menggabungkan unsur sastera Melayu klasik dan moden, serta keberaniannya menyentuh isu - isu politik dan sosial yang sering dielakkan penulis arus perdana. Antara karya terkenalnya termasuk Al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Hikayat Tanah Jauh (2015), dan Sekuntum Bunga Neraka (2019). Kumcer ini, Empunya Hikayat (2014) juga salah satu karya terpenting beliau, sebab kekuatan naratifnya, dan juga keberaniannya dalam memperkenalkan aliran realisme baru dalam sastera Melayu.

Kumcer ini menghimpunkan 13 cerpen yang membentuk satu panorama naratif yang kompleks, berlapis dan penuh makna. Cerpen - cerpen ini tak berdiri secara terpisah, sebaliknya saling berinteraksi dalam 1 ekosistem pemikiran yang mengangkat persoalan politik, budaya, agama, dan sejarah bangsa. Tuan ZRA menggunakan pendekatan Realisme Baru - 1 aliran yang menggabungkan unsur magis alam Melayu, sejarah, dan falsafah dengan teknik penceritaan moden — untuk menyampaikan kritikan sosial yang tajam dan sinis. Dalam cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil dan Segala Yang Tercinta Ada di Sana, beliau menyentuh is u -isu seperti hipokrasi agama, kekuasaan yang menindas, dan pencarian makna dalam dunia yang semakin kehilangan nilai.

Watak - watak dalam kumcer ini bukanlah watak - watak konvensional yang mudah difahami atau disukai. Dorang adalah cerminan masyarakat yang sedang bergelut dengan identiti, sejarah, dan trauma kolektif. Ada yang kelihatan seperti arketip klasik - sang pengembara, sang pencinta, sang pengkhianat - tapi semuanya diolah dengan pendekatan yang dekonstruktif. Dorang tak diberi nama pun, latar pun tak jelas - lebih sebagai simbol atau metafora kepada keadaan masyarakat. Cuma dalam kekaburan itu, dorang menjadi lebih universal dan relevan.

Gaya bahasa Tuan ZRA satu kekuatan yang tidak boleh dinafikan. Beliau menulis dengan gaya yang puitis tapi tidak sentimental, eksperimental tapi tak kehilangan arah. Struktur cerpen yang kadangkala fragmentari, penggunaan metafora yang padat, dan dialog yang sarat dengan ironi menjadikan setiap cerpen ni medan tafsir yang terbuka. Kau kena banyak relate dan maybe hanya pembaca yang peka yang akan menghargai bagaimana Tuan ZRA bermain dengan bentuk dan isi, menjadikan bahasa selain sebagai alat penyampai cerita, juga medan pergelutan makna.

Dari segi pemikiran, Empunya Hikayat ni sebuah karya yang sarat dengan falsafah. Ia mengangkat persoalan tentang kuasa dan penindasan, tentang sejarah yang ditulis oleh pemenang, dan tentang agama yang dijadikan alat kekuasaan. Tapi Tuan ZRA tak menulis dengan nada dogmatik - beliau lebih cenderung mengemukakan persoalan daripada memberikan jawapan. Seperti selalunya, karya ini boleh dijadikan medan renungan dan perdebatan. Dalam dunia yang semakin terpolarisasi, kumcer ini memaksa kita untuk berfikir semula tentang siapa kita, dari mana kita datang, dan ke mana kita mahu pergi.

Walaupun hanyalah sebuah kumcer, ia memperkaya dengan wacana sastera Melayu yang memperluas horizon pemikiran kita sebagai bangsa. Dalam dunia sastera yang kadangkala terlalu selesa dengan formula lama, Tuan ZRA tampil dengan suara yang segar, berani dan intelektual. Buku ini bukan untuk hiburan, ia ada makna besar dalam kekacauan.

Cuma pada pengamatan aku lah, gaya eksperimental Tuan ZRA kekadang terasa agak hermetik - susah sikit nak hadam kalau kurang biasa dengan pendekatan intertekstual dan metafora berat. Tapi aku suka teka - teki sebegini, mungkin sedikit keseimbangan antara gaya dan isi boleh menjadikan buku ini lebih mudah diakses tanpa mengorbankan kedalaman intelektualnya.

Ini sebuah karya yang hidup - ia menuntut pemikiran, perasaan, dan tindakan - bukan sahaja ia harus dibaca, tapi juga direnungi dan dibicarakan.

4.4 / 5 stars
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
December 28, 2016
Realisme Magis dengan bahan dari budaya dan sejarah alam Melayu serta Nusantara pada era penjajahan menjadi kekuatan yang tidak dapat dinafikan milik Zainal Rashid Ahmad. Membaca karya Zainal Rashid juga memerlukan kefahaman terhadap latar politik dan ekonomi tanah air kerana dua elemen penting itu menguasai karya pengarang kelahiran Kedah ini. Ada dua cerpen yang saya siarkan dalam ruangan Sanggar Sastera yang antara karya terbaik beliau tetapi sayangnya tidak dipertimbangkan untuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM).
Profile Image for Hani.
Author 4 books24 followers
January 8, 2015
Seperti perkongsian menerusi sebuah acara di PENA seminggu yang lepas, Zainal menyatakan bahawa beliau bukan seorang penulis tetapi lebih kepada pencerita (storyteller) kerana mementingkan aspek ritma dalam penulisan karya beliau. Pengalaman beliau sebagai seorang pengamal media juga turut menyongsongnya ke penceritaan yang lebih memilih visual. Kesemuanya boleh kita nikmati menerusi kumpulan cerpen Empunya Hikayat ini. Kekuatan cerita yang dihidangkan sekaligus 'bunyi-bunyian' yang digabungjalin menerusinya cukup memikat. Kisahnya memaparkan visual yang dapat dibayangkan penonton. Hal ini dapat dilihat dengan jelas terutamanya dalam kisah Alkisah Ahmad Pualam.


"Sejarah takkan berbohong...sejarah adalah cermin yang menyimpan tiap wajah dan peristiwa. Manusia mungkin berfikir, bila tidak lagi berdiri di depan cermin, maka cermin akan melupakan mereka."-Amir Daulasa (Hikayat Tanah Danu: 158)
Profile Image for Hanom Taib.
Author 5 books12 followers
December 30, 2014
Alhamdulillah...Pencarian saya terhadap sebuah hasil karya yang disebut-sebut oleh seorang editor tersohor berjaya ke titik penemuan. Bukan sekadar penemuan jasad sebuah buku tetapi ruh sebuah hikayat tinggalan sejarah yang lama terpendam. `Empunya Hikayat'yang mengandungi 13 cerpen membawa gaya penceritaan yang tersendiri. Hantu Toro Lasim, Hantu Che Mat Kuning, Sekuntum Tulip Beracun dan Al-Kisah Tuan dan Saksi menyentuh kefahaman saya lebih dekat berbanding Alkisah Ahmad Pualam, Menentang Kawanan Anjing, Orang Laut Selatan, Layar Fatah Jalang,Misa Orang Bakup dan lain-lain membuatkan saya perlu membaca dua tiga kali. Seluruh karya penulis membawa pembaca berfikir bukan sekadar di permukaan malah hingga ke dasarnya, membentuk pembaca yang berfikir bukan sekadar membaca pastinya.

Sebuah karya yang perlu dibaca dan dimiliki serta dikaji oleh seluruh lapisan masyarakat.

Jom baca!
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.