Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dendam Anak Jagoan

Rate this book
‘Sahabat itu bukan seperti pelangi- hari cerah hilang, hujan gerimis baru muncul. Sahabat mematri jiwa- susah senang tetap bersama.”

Kisah dua generasi jagoan jalanan yang memotret liku-liku hidup anak kampung yang punya jiwa besar. Cerita seorang lelaki yang dipalit dugaan maha berat untuk meneruskan kehidupan bersama isteri dan anaknya yang tercinta saat krisis ekonomi melanda pada tahun 1998. Tanggungjawab yang menggunung dipikul bagaikan terkalih sedikit bebanannya tatkala di sisnya masih punya sahabat sehidup semati, Remy yang kemudiannya membawa dia ke satu perlumbaan penting demi menyelamatkan anaknya yang disahkan menghidap penyakit jantung berlubang. Tetapi takdir menentukan dia mengalami kecelakaan yang menyebabkan Ustaz Shapirol terpaksa menjual tanahnya kepada seteru mereka, Joe Stereng. Semuanya dilakukan demi satu nyawa!

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Lima belas tahun kemudian, membesar dengan kasih sayang dan didikan ibunya, anak itu meneruskan hidup dengan kekuatan dan semangat yang diwarisi daripada bapanya. Tatkala masih mencari-cari hala tuju hidup, sahabat karib bapanya, Remy merencah bakat yang dimilikinya menjadi seorang jagoan bagi menebus dendam yang sekian lama dibiar terpendam. Ini dendam seorang anak jagoan!

“Sahabat bukan sekadar soal siapa yang mampu menggembirakan, tapi siapa yang mampu bersama kamu hingga saat akhir.”- Mak Jah.

227 pages, Paperback

First published January 1, 2013

3 people are currently reading
20 people want to read

About the author

Aisa Linglung

9 books29 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (17%)
4 stars
10 (28%)
3 stars
12 (34%)
2 stars
4 (11%)
1 star
3 (8%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Ummu Sulaim.
30 reviews4 followers
December 5, 2017
dah 2 tahun beli buku ni, baru ade kesempatan utk baca, kelakar, best untuk bacaan santai2..mula2 pelik juga dengan watak dr sally yg bengkeng semacam, rupanya ade twist di situ..hihi
Profile Image for Rehan Abd Jamil.
655 reviews34 followers
April 3, 2017
Bought this book just because of Nami..n sad to say, it's below my expectation..confused why Zarina (Jalil's mom) suddenly known as Mak Jah..n why the heck 'Mak Jah' couldn't recognized Remy since Remy used to be her late husband bff..hmm..n why i kept on finding minor mistakes like Salim n Shapirol names being used wrongly..guys, please proofread your materials properly..the story was ok, just too nice m unrealistic sometimes..
Profile Image for Rodzwan Katmon.
1 review
September 3, 2014
part paling gua suka bila Jalil taruk Colgate kat telur Razak Mohaimin sebab susah sangat nak bangun pagi. Tapi merungut bila tak ada kerja. Dah kau bangun pagi pon susah ada hati nak bekerja nak ada duit. Bangang. Benda ni realistik, belajar dulu bangun pagi baru boleh berjaya. Sebabnya, bangun awal pagi ni pintu rezeki terbuka luas. One of the inspiring.
Profile Image for Lola.
6 reviews2 followers
January 12, 2015
Semangat beli, tapi bila dah baca sikit, rasa mcm lost. Letak balik dlm shelf. Sekarang dah nak masuk setahun. Mungkin tak beberapa terkesan dgn lawak2 dia kot. Hope satu hari nanti masa betul2 dah tak ada buku nak dibaca lagi, dia seru aku balik untuk sambung baca dia. hmm.
Author 2 books29 followers
August 21, 2014
actually 3.5 stars
Lebih skit aku kasi stars
kisah. kampung gini.mmg aku suka
gaya santai,kelakar,dan ada juga scene touching2.
Profile Image for Riesna Zasly.
152 reviews1 follower
July 24, 2015
Menghayati karya ini seperti menonton filem fast & foriuos versi melayu.. suatu kelainan di sebalik lambakan karya pop dalam negara
Profile Image for Lipp.
67 reviews
January 30, 2017
Sebenarnya aku beli buku ni sebab pernah terbaca review di Instagram. Katanya buku ni kelakar. Sejak dari itu, aku masukkan buku ni dalam wishlist.

Agak kecewa selepas baca beberapa muka surat. Jalan cerita agak mengelirukan. Novel ni memang kelakar. Walaupun ada beberapa scene yang agak menggelikan.

Babak akhir dihabiskan dengan agak pantas. Penulis cuba meringkaskan sebaik mungkin. Mungkin perlu lebih aksi perlumbaan. Overall okay la.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.