Kematian kakaknya membuatkan Rozi terpaksa menjejakkan kaki di vila milik abang iparnya. Sejak Rozi berada di vila itu, bermacam-macam gangguan misteri telah dia alami. Bisikan-bisikan aneh kerap menyapa sehingga membawa dia ke bilik hujung di aras dua yang menyimpan misteri. Penampakan pocong sering kali mengganggu Rozi. Dia yakin semua itu pasti ada kaitan dengan keluarga abang iparnya yang berketurunan dukun. Kemunculan budak lelaki berbaju hitam tanpa wajah dari bilik hujung itu juga mengundang tanda tanya. Misteri apa yang ada di dalam bilik hujung di aras dua itu? Andai benar di dalam bilik hujung itu terdapat saka warisan daripada keluarga abang iparnya, kenapa Rozi yang diganggu?
“Apa yang saya tahu, kalau daripada keluarga dukun ni, mesti ada membela. Dan apa yang dibela tu mesti nak tuntut waris dan sebangainya.” - ROZI
“Saya yakin pocong tu ada motif. Untuk selesaikan masalah ni, awak kena tahu apa tujuan ‘dia’ ganggu awak.” - SUFIAN
“Ada sesetengah budak akan ada kawan olok-olok untuk mengisi kesunyian dia. Lebih-lebih lagi anak tunggal macam Dani tu.” - SARAH
sesungguhnya buku ini menimbulkan banyak persoalan dalam otak saya. kenapa itu kenapa ini. mengapa itu mengapa ini.
tipikal kisah hantu. ada jumpscares, ada watak yang menguji kesabaran dan ofc ada hantu.
1. kenapa dengan rozi? annoying sangat bagi saya. rozi ni dah tahu kakak dia kena ganggu dengan benda mistik previously, patutnya one night kau dah kena ganggu, kau terus cau. ok fikir pasal dani. boleh je direct dekat sarah, kenapa ada hantu kacau sekian sekian. annoying sangat.
2. rozi ni juga skeptikal tak bertempat. kemain buruk sangka dekat family bapak mertua rosmi. tapi time hantu ganggu, oh husnuzon. banyak pula masa nak husnuzon ye. org macam rozi ni selalunya akan mati dulu dalam cerita hantu ataupun org yg last sekali hidup tapi ending dia gila atau still kena ganggu hantu.
ye, saya tak boleh tolerate dengan rozi ini. oh and one more, terlalu depend on her bf. saya faham dia takde kawan kot tapi sufian dah literally bagitahu takut, jangan stay situ. haih - mungkin inilah reason kenapa saya single kot sebab saya tak boleh tolerate partner perangai macam ni 😭👏🏻
cukup pasal rozi. sekarang pasal jumpscares dan hantu. eh shukop eh 😀 apa ke ocong dgn manja nama nicknames. amboi 😀 ocong ye ingat cute ke??!!! geram rasa nak cubit!!! sudahlah sekejap sekejap chok chek chok chek amboi biasa dia.
saya benci ye hantu kacau org solat! eh neraka tau tempat org yg ganggu org solat! amboi!!! itu saya geram. honestly kalau buku ini jadi movie, memang gempak. even semalam pun dah berapa kali hantu munculkan diri ek aku LELAH 😞🫰🏻
cerita menarik. olahan menarik. apa yang kita ingat betul rupanya tipu. ecehh aku dah fikir org tu betul sekali amboi dia!!! rupanya ada plot twist lain ye. lepas dah tu ending dia amboi!!! LAGI TWIST HMMM - penat eh ☺️
apa-apa pun saya recommend. ada certain parts saya rasa drag tapi still acceptable. oh dan buku ini kurang sikit, rawatan dan ayat Al-Quran huhu. so agak slack di situ haih - lagi satu, saya benci OCONG!!
Nak diringkaskan cerita, kakak si Rozi meninggal dunia lalu Rozi ke vila kakaknya untuk membantulah sepatutnya walaupun tak ada buat apa-apa sangat urusan pengebumian kakaknya. Dan semasa dia tinggal di vila itu, Rozi mula melihat bayangan dan kelibat yang mula menganggunya.
Sebenarnya, kalau nak ikutkan ceritanya merupakan tipikal cerita seram yang dah banyak kali diceritakan. Gangguan yang dialami tidak begitu menyeramkan dan lebih kurang sama saja. Dan walaupun dah ada pocong di kulit depan dan kemudiannya dah dijelaskan kewujudan pocong, masih terdapat ayat yang sering diulang berkali-kali yang agak mengganggu pembacaan. Sebatang tubuh berbungkus kain putih lusuh dan kotor persis pocong. Pocong pun dah buat penampilan banyak kali tapi persis pocong tu tetap tak berhenti. Berapa kali nak acah kemunculan pocong yang dah disuluh lampu sorot lima empat biji pun tak tahulah.
Selain itu, naratifnya juga terlalu sesak dengan pengisah yang banyak. Ada pengisah utama, penjelasan tambahan dan komentari yang sepertinya datang daripada penulis. Naratif yang sesak menyebabkan cerita menjadi terlalu jelas. Tiada kesamaran yang boleh membantu menaikkan unsur misteri atau debar. Dah macam tengok cerita hantu dengan lampu terpasang terang-benderang. Nak rasa seram pun tak boleh.
Tapi yang menariknya, cerita ni menggunakan gaya penceritaan unreliable narrator atau mengikut terjemahan yang dijumpai, pengisah lancung. Cuma masalahnya, melalui pengisah ini, terlalu banyak sudut pandang yang diambil untuk dimasukkan dalam cerita pula. Bagi cerita tentang pengalaman seram, sepatutnya sudut pandang adalah terhad dan sempit. Kerana melalui sudut pandang yang terhad dan sempit itu jugalah yang boleh menambah perasaan misteri dan tanda tanya dalam cerita.
Walaupun boleh dirasionalkan sebabnya dengan pendedahan cerita yang diberikan, tetapi keadaan semasa cerita disampaikan oleh pendengar yang tidak hairan dengan sudut pandang yang ditambah membuatkan cerita semakin longgar. Dengan naratif yang sesak dan sudut pandang yang terlalu luas menyebabkan setelah cerita menuju ke penamatnya, kelonggaran dan kelompongan cerita menjadi terlalu jelas dan kemudiannya menyebabkan cerita tidak disimpulkan dengan baik.
Setelah semua itu, malangnya satu lagi perkara yang tidak memuaskan adalah pengabdian yang menjadi tajuk dan motif cerita tidak dijelaskan dengan baik latar belakang kewujudannya. Dalam banyak-banyak perkara yang boleh dipanjang lebarkan, perkara yang menjadi pusat cerita pula tidak diberikan perhatian sepatutnya.
Fuadi sekali lagi mendapat tawaran projek menulis. Dia diminta untuk menulis satu cerita based on true event. Maklumat yang terlibat dalam kejadian itu disediakan. Jadi dia hanya perlu usaha untuk mengali lebih dalam lagi untuk hasilkan projek yang A+. Sepanjang proses dia mencari info. Dia bertemu dengan beberapa orang -- Sufian dan Pak Pandak. (ada kaitan dengan watak utama Rozi).
Cerita Rozi: Jadi, selepas mendapat khabar berita yang kakak & abang iparnya meninggal dunia. Rozi dan Sufian bergegas ke rumah si mati. Kakaknya telah berkahwin dengan anak si dukun. Jadi sejak dari itulah. Rozi lost contact dengan Rosmi. Nak dijadikan cerita, Rozi mula mengalami gangguan tanpa henti di villa. Apa yang terjadi seterusnya?
Kalau nak dihighlight satu benda dalam buku ni. Mungkin, saya suka part explanation dari Ustaz - Fuadi di ending. Yang juga tidak la terlalu jelas sangat explanation tu sebab masih banyak benda yang tergantung. Tapi saya suka reaksi Fuadi. Dia rasa happy dengan novel terbaharu dia mendapat sambutan dari pembaca. But then, dalam masa yang sama. Dia sendiri tak boleh nafikan yang dia sendiri tak boleh nak bezakan cerita Rozi tu realiti atau penipuan. Dia sebenarnya tahu 0.5% je cerita Rozi. Itupun dari mulut orang lain.
Kalau difikirkan. Iya. Pocong itu menakutkan kalau jumpa irl. Tapi kalau terlalu banyak scene pocong yang diulang. Saya rasa mungkin akan rasa turn off sikit. Lepastu, ada scene yang berulang terlalu kerap. Maybe kita rasa benda paling okay pun bila dia dengan tiba-tiba terdengar lagu Kelohan Lela Manja. Itu scary. Idunlikeit.
POV Sufian: Sometimes, watak Rozi kelihatan sangat tidak bijak. Sebab kita tak pasti kenapa dia masih nak stay dekat villa tu eventho dia tahu villa tu bukan lagi tempat selamat untuk dia. Diganggu nonstop. Siap kena extra effort setiap kali nak cari line telco dan banyak lagi. Kita rasa dia patut ziarah dan blah je lepastu. Tak perlu jadi penyiasat.
POV Pak Pandak: Semua kelihatan sungguh menyakinkan. Hshs rasa tertipu. Sekian.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Selepas habiskan novel Pengabdian, rasa jatuh cinta dengan genre seram. Aku habiskan novel ni pada waktu tengah malam, tapi siang siang baru berani nak review. Dengan aku sekali turut berdebar setiap kali watak dalam novel berdebar.
This is new, something I never thought I'd enjoy. But I do. The thrill, unanswered question, and mystery. All about suspense and uncertainty that keeps me coming back for more. The kind that leaves you guessing until the very end. Curiosity is... indeed killed the the cat.
Petikan ayat al-Hijr dalam novel: Iblis berkata, Tuhanku, oleh kerana engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan menjadikan kejahatan terasa indah bagi mereka di bumi dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambamu yang terpilih di antara mereka.
Dalam ayat ni iblis dah berjanji untuk menyesatkan dan memperdaya seluruh umat manusia. Mari kita berdoa supaya dilindungi daripada segala tipu daya iblis 🥺😭
Kalau kita tengok filem seram, mesti ada scene watak utama tu tak nampak "benda" yang kita nampak kan? Ha macam tu la dalam buku ni. Kita yang jadi takut lepastu cemas sendiri like kenapa laaa si Rozi ni berani sangat, rasa penat baca pasal dia, restless 😭
Pada awal cerita aku banyak tak suka perangai Rozi ni yang banyak buruk sangka dengan family mentua kakak dia, Rosmi. Tak sepatutnya dia bersikap begitu hanya kerna berlainan agama, kepercayaan dan mungkinlah profesion bapa mentua Rosmi yang tidak tipikal sebagai seorang dukun. Dia asyik mengelak je nak bercakap dengan keluarga mentua Rosmi. Penyegan sampai tahap Sarah nak kena hantar makanan pula dalam dulang naik ke atas bilik Rozi.
Seterusnya, amalkanlah membaca ayat Kursi. Baca setiap lepas solat, nak keluar rumah, nak tidur. Bila bila masa pun tak apa. Aku selalu kalau takut anjing pun baca ayat Kursi. Takut dengan stranger pun baca ayat Kursi. Bila bila takut dekat mana mana la 🥺 dalam novel ni ada scene Rozi baca ayat Kursi walaupun dia tak nampak ada yang ada dekat sebelah dia masa tu 😭😭😭
Antara perkara yang aku belajar dalam cerita ni, tentang duit yang kita dapat sekiranya ada kematian dalam kalangan keluarga terdekat. Masa tu kan ada sumbangan daripada orang ramai. Menurut scene dalam Pengabdian ni, duit tu hanya waris si mati yang boleh guna. Rozi pun ada bagi duit juga untuk kos pengebumian, dan kenduri tahlil.
Latar tempat ni di sekitar Kuang, Rawang. Aku pun baru tahu dekat sana ada perkampungan orang asli. Walaupun berbeza agama dan kepercayaan, masyarakat kampung sangat membantu dalam urusan pengurusan jenazah.
Pernah tengok tak filem Melayu lama - Lela Manja? Lagu Keluhan Lela Manja tu macam favorite hantu tu la aku rasa. Aku pun terdorong cari pasal filem ni, probably dah pernah tengok dulu masa kecil. Cuma tak ingat jalan cerita. Lagi 1, aku rasa hantu ni asal Indonesia. Sebab dia banyak cakap jawa je. Secara tak langsung, aku pun tambah vocabulary bahasa Jawa, mujurlah chatgpt banyak membantu 😂
Setelah kematian kakaknya, Rozi mendatangi vila milik abang iparnya. Itulah kali pertama dia menjejakkan kaki di situ. Dia yang tidak berkenan dengan pekerjaan ayah mertua kakaknya, bagaikan berpatah arang dengan mereka setelah perkahwinan kakaknya. Dan di vila itu dia mula diganggu sosok pocong dan sebagainya.
Ceritanya agak laju penceritaannya. Cuma apabila babak gangguan pocong itu terlalu banyak diulang dengan cara yang hampir sama ia agak membosankan. Tapi SH rasa kalau SH dekat tempat Rozi, diganggu sedemikian rupa, tak tunggu lama dah. Sehari dua je lepas tu terus cabut lari.
Kerana buruk sangka dan rasa paranoidnya, Rozi tidak lagi berhubung dengan kakaknya. Dan akhirnya dia yang menyesal sendiri. Faham kadang-kala kita ada rasa tidak elok dengan seseorang. Tapi janganlah disebabkan rasa itu, terputusnya satu hubungan.
Menuju ke hujung cerita SH rasa ada banyak persoalan yang ditinggalkan oleh penulis. Sebenarnya apa yang terjadi pada Sufian. Dan yang paling pelik siapakah yang sebenarnya memberi cerita ini kepada Haji Ismail?
Cerita bermula bila watak utama, Rozi, terpaksa jejakkan kaki ke sebuah vila milik abang iparnya selepas kematian kakaknya. Aura misteri bilik hujung di aras dua vila, tambah pula dengan latar belakang keluarga abang iparnya yg berketurunan dukun, memang dapat jangka ada yg tak kena dalam rumah tu.
Penulisan penulis sangat visual. Masa membaca, saya seolah2 boleh nampak setiap babak dalam kepala, seperti sedang menonton filem seram paranormal.
Babak yg membuatkan saya geram, bila pocong tu kacau Rozi tengah solat, sampai ikut rukuk sekali sambil mukanya menghadap Rozi. Geram! Tak cukup dengan tu, dia siap 'teman' tidur sebelah Rozi juga. Eh eh, ingat engko tu kekasih hati ke sampai kena teman si Rozi tu tidur bagai? Menyemak laa wey! 😇
Kacau solat dah, teman tidur dah. Noh, banyak bunyik juga. Bunyi melompat2 tu pun buat serabut. '𝘤𝘩𝘦𝘬..𝘤𝘩𝘦𝘬..𝘤𝘩𝘦𝘬..', menyampah betul bila dengar. Nak main lompat tinggi ke jauh ke, pergi la join acara sukan! Nak berbunyi macam cicak sangat, pergi masuk hutan then berbunyilah sepuas hati. Ihhh, annoying!
Dalam pada saya geram kat hantu tu, saya geram juga dengan watak Rozi ni. Dah tahu kena ganggu teruk macam tu, keluar je la dari rumah tu secepat mungkin. Ni tak, nak juga acah berani pergi siasat sana-sini. Rozi ni orait ke tak orait sebenarnya?
Plot twist buku ni memang bertindan-tindan sampai ke penghujung cerita. Pening juga la nak proses.
Walaupun dah habis baca, kepala saya masih penuh dengan persoalan yg tak terjawab. Siapa sebenarnya sumber yg bagi cerita Rozi ni dekat Haji Ismail? Ke mana sebenarnya Rozi menghilang? Dani tu apa cerita sebenarnya? Takkanlah watak dia tiba2 hilang macam tu je? Si Sufian tu, apa function dia? Ada kaitan dengan Pak Pandak ke?
Memandangkan cerita ni seram mistik, saya jangkakan akan ada part guna ayat2 pendinding Al-Quran yg lebih. Malangnya, tiada 😅.
Apapun, terima kasih kepada penulis dan penerbit sebab berjaya buat saya meremang sepanjang membaca babak Rozi tu!
Nak kata seram , xdela seram lebih kepada meremang je😖🤚🏻. bila sampai part dialog jawa terus meremang ya , baca pula time malam 😌 Hanya Allah Sahaja yang tahu 😖🤏🏻 - “ᴛᴀɴɢɪꜱ ꜱᴀᴋᴀ ᴛᴜʀᴜ ꜱᴀᴍᴘᴇʏᴀɴ.” - "Aku Teka..." 👻
💀 Mengisahkan tentang Rozi yang menetap disebuah Vila milik Kakak & Abang Iparnya iaitu Rosmi dan Hisham . Rozi berada disini kerana menghadiri pengebumian Kakak & Abang Iparnya yang meninggal dunia ditimpa kemalangan . Rasa terkilan dalam hati kerana hubungan Rozi dan kakaknya renggang disebabkan salah faham antara mereka (Berkaitan dengan Ayah kepada Abang iparnya ialah Dukun yang bukan islam) ,yela Rozi hanya ada Rosmi sahaja mereka tiada ibubapa .. kini darah daging yang dia ada cuma anak saudaranya Dani .
Sepanjang Rozi tinggal di Vila mereka , dia sering diganggu perkara aneh . Solat kena kacau , tidur kena kacau , radio rosak boleh keluarkan Muzik 🎶 ᴍᴇɴɢᴀᴘᴀʟᴀʜ ɴᴀꜱɪʙ. ᴀᴅɪᴋᴋᴜ ᴍᴀɴᴊᴀ. 🎶. Siapa je tak takut , dia seorang sahaja yang diganggu sedangkan Anak saudara & Adik ipar kakaknya tenang je tinggal di Vila tu.
Rozi Cuba untuk merungkai misteri di Vila itu seorang diri sehingga lah sesuatu terjadi padanya tanpa pengetahuan sesiapa (Hanya Rozi sahaja yang melalui perkara itu) .
Rozi mensyaki Entiti-ii ini adalah belaan Pak Pandak (Ayah mentua Rosmi) tapi kenapa Pak Pandak yang Tolong lindungi Rozi dari entiti-ii tu tanpa pengetahuan Rozi ?
Dalam cerita ni Entiti-ii ni betul ke saka keluarga Mentua Rosmi atau Kakak & Abang Iparnya ada sembunyikan sesuatu tanpa pengetahuan Rozi ? Sepanjang cerita ni kenapa Adik ipar Kakaknya dan Dani tak diganggu? Banyak persoalan yang memeranjatkan 😖🤏🏻
✅ Ya Allah sumpah baca ni penat ! sebab dalam Plot Twist ada Plot twist 😏. Yang Paling merinding baca Epilog 😱. Tolong la korang baca sekali , kita meremang bersama 🤯. ‼️ Recommended untuk dibaca sebab tak ada part yang boleh hilang semangat 🙏🏻. Seram yang Masih boleh kita kawal 🤚🏻.‼️ Dan Fav watak saya adalah Sufian boyfriend Rozi , watak dia menyimpan seribu rahsia 😌🤚🏻. dan siapakah Sufian sebenarnya 🤏🏻. ?
Sejak Rozi jejakkan kaki ke vila kakak & abg iparnya, macam2 gangguan dialami. Dia pun ke situ selepas menerima berita tentang kemalangan mereka. Seramnya tu, bukan watak je kena ganggu, kita yg baca pun turut diganggu!
Terasa macam tengok movie! Pocong merayau, kacau orang solat, melintas sana sini, melompat2 dekat belakang, lagi tu siap tidur sekali! Seriau jugalah saya baca novel ni. Dah la memang tak suka pocong! Haha
Siapa sangka twist dalam cerita ni bertindan2 juga. Kita rasa kita dah tau cerita sebenar, rupanya ada lagi cerita yang lain!
Debaran dari buku ni memang sesuai untuk pembaca cerita seram. Merungkai apa gangguan yg dialami Rozi. Betul ke kakaknya pernah kena hal yg sama? Apa yang dikurung dalam bilik hujung?
Saya suka POV penulis dimana menggambarkan bahagian yg watak tak nampak. Keseraman itu ditujukan kepada pembaca. Meremang weyh!
Novel terbaharu Hasrudi Jawawi yang diterbitkan pada Mac 2025 akhirnya berada di dalam genggaman saya, sudah lama rasanya tidak membeli karya beliau dan kali terakhir adalah ' Wujud ' yang dicetak bawah syarikat penerbitan Karya Publika.
Di awal permulaan cerita, beliau menceritakan nasib periuk nasi penulis dan syarikat penerbitan sepanjang wabak covid19 melanda.
Banyak syarikat penerbitan gulung tikar dan terpaksa menutup syarikat mereka, rasanya dalam beberapa tahun ini banyak syarikat penerbitan baharu ditubuhkan. Sebab itulah melambak novel di pasaran.
Namun saya berasa lega kerana syarikat penerbitan dikenali masih bertahan di pasaran walaupun selepas wabak covid19 melanda satu dunia, membuatkan saya tertanya-tanya bagaimanakah keadaan penulis novel menempuh kehidupan mereka sepanjang masa itu?
Pada pandangan saya, novel ini terlalu banyak persoalan tidak terjawab sama sekali dan membingungkan saya seperti :
1) Ke manakah Dani, anak saudara Rozi menghilangkan diri selepas kemalangan?
2) Ke mana menghilang menghilangnya Pak Pandak dengan isterinya selepas kematian anak dan menantu mereka?
3) Tidak menjawab persoalan mengenai asal usul Pocong dan Manja, budak lelaki berbaju hitam?
4) Adakah Rozi telah menjadi tuan baharu keris itu?
5) Makhluk yang mana satukah yang menyamar sebagai Suffian, Pak Pandak, Dani & Sarah?
6) Bagaimanakah kemalangan itu berlaku kepada Rosmi dan suaminya? Adakah angkara perbuatan ' makhluk itu' ?
7) Mengapa Rozi melarikan diri dari hospital sakit jiwa selepas itu dan munculkan diri di Pesta Buku? Kalaulah masa itu dia membenarkan Ahmad Fuadi menemu bualnya, semestinya dua tidak akan menemu ramah makhluk yang menyamar sebagai Pak Pandak.
8) Siapakah yang memberitahu Rozi mengenai novel itu telah dikeluarkan?
9) Siapakah sumber yang memberikan cerita ini kepada ketua penyunting Tuan Haji itu?
Mengapalah novel penulisan Hasrudi Jawawi kali ini banyak persoalan tergantung, adakah disengajakan ataupun cerita ini ada kesinambungannya?
Sedikit mengecewakan juga setelah menamatkan pembacaan, tidak berapa menyeramkan kerana saya bukannya penakut orangnya. Cuma terkilanlah juga, diharap novel ini ada kesinambungannya!!
“Dalam takut dan geram... akhirnya aku habis juga baca Pengabdian karya @hasrudijawawi. Tapi kepala ni penuh persoalan yang masih menghantui!”
Watak? Jujurnya tak ada satu pun watak yang aku suka. Tapi paling geram dengan tindakan Rozi — kalau aku, dari awal cerita dah lari jauh, tak tunggu dah! Buat apa nak siasat2 dah😒😵💫🧐😱
Plot yang melekat? Setiap kali Ocong datang. Aduhhh... kau nak expect apa bila makhluk tu muncul tiba-tiba? Seram dia bukan biasa-biasa. Babak kemunculan Ocong tu terbayang-bayang sampai ke sudah. Cakap lebih jelas sikit boleh tak Ocong?! Serius, Ocong tu mimpi buruk material.
Petikan paling tak boleh lupa: "Chek...chek...chek..." Bunyi amaran Ocong nak datang. Lagi menyeramkan bila masa baca tu, cicak kat dinding pun join sekali berbunyi! Nasib baik hero kecik mama ada dalam bilik, boleh tarik nafas balik... steady sikit baru sambung baca. Kalau tak, tutup buku terus!
Dan bila sampai ending... Masih banyak yang tak terjawab:
Kemana perginya Pak Pandak & keluarganya?
Apa nasib Dani?
Masa kenduri tu... betul ke Sarah & Dani wujud?
Siapa yang panggil Rozi ending??
Apa sebenarnya jadi dengan Rozi? Nak tahu cerita side watak utama...😮💨😮💨
Sufian? -apa terjadi dekat dia sebenarnya?🤔🫣
Ocong vs Manja — apa mereka nak sebenarnya?
Dan yang paling besar: apa motif sebenar Ocong?
Apa kisah sebenar?!😮💨😮💨😮💨
@hasrudijawawi, saya rayu... Pengabdian 2 kalau nak buat tu jangan lama sangat! Open ending bagi akulah..ni menyeksa emosi dan fikiran.
Setelah lama menyepi akibat pandemik dan kebuntuan idea, Fuadi kembali dengan novel terbaru tentang sebuah kisah seram yang diinspirasikan daripada kejadian sebenar.
Semuanya bermula dengan satu panggilan. Rozi menerima berita tentang kemalangan yang meragut nyawa kakaknya, Rosmi, dan abang iparnya, Hisham. Mereka meninggalkan seorang anak kecil bernama Dani. Walaupun hubungan mereka renggang sejak Rosmi berkahwin, Rozi tahu dia tiada pilihan selain hadir sekurang-kurangnya untuk melihat mereka buat kali terakhir.
Tapi sejak dia jejakkan kaki ke rumah mereka, ada sesuatu yang tidak kena. Dinding yang seakan bernafas. Dan gangguan-gangguan kecil yang lama-lama menjadi bayangan menyesakkan. Rozi yakin semuanya ada kaitan dengan latar belakang abang iparnya, anak kepada seorang dukun bernama Pak Pandak. Dia mula percaya bahawa ‘sesuatu’ sedang mencari waris. Dan Dani adalah sasarannya.
Namun, apa yang membuat Pengabdian lain daripada cerita seram biasa adalah cara ia diceritakan. Pak Pandak dan Sufian ialah unreliable narator. Apa yang Rozi alami...adakah benar-benar berlaku, atau cuma bayangan yang dicipta oleh rasa bersalah, trauma, atau sesuatu yang lebih gelap?
Ada bahagian dalam buku ini yang mungkin aku rasa klise pada awalnya kematian misteri, saka turun-temurun, rumah berhantu tapi, penulis membawanya ke tahap lain dengan bab demi bab, kita akan meragui sama ada ini cerita rekaan atau satu pengakuan.
Pengabdian bukan hanya tentang warisan ilmu hitam. Ia tentang dendam, keturunan, dan kebenaran yang ingin disembunyikan.
Aku ingat aku dah cukup jantan, tidak rupanya. Pastu bacanya pulak waktu malam? Ah memang mencari nahas aku ni 😭
Seram tu sampai! Aku dari tak takut pocong dah tiber jadi takut dgn dia pula aduhhh. Scene solat tu aduhhhhh gawat betul 😭😭😭 patut ada warning label: Jangan baca pada waktu malam dan bila waktu iman lemah! ⚠️
Semua watak function, even aku cam banyak mempersoalkan apa si Rozi ni buat, “eh ko ni kenapa?” tapi logik je dia buat apa yang dia perlu buat. Dan dan pulak aku suspicious dengan semua orang jugak kalau melibatkan benda benda mistik ni. Aku dok fikir apa lagi plot cerita ni haaa sekali mai plot twist diaaa tuhh perghh!
Dalam aku takut, aku banyak berfikir bila membaca ni sebab aku ade akal kan, aku kena gunakan sebaiknya. Biar kita penakut, jangan kita tak pandai dikkk.
Kak, saya pun tak sedar apa yang berlaku masa tengah baca buku ni, knowknow habis. Pastu termenung. Kita memang nak biarkan cerita tu habis macam itu je ke?! Hoiii 😭
Dalam banyak banyak gangguan, gangguan penceritaan tak habis ni lagi syeramm!!! Please, I want more! (ceh padahal penakut)
Siapa rasa dia penakut, tapi nak try buku seram, highly recommend buku ni: Pengabdian // Hasrudi Jawawi (p.s penulisan Hasrudi sangat best ya! santai tapi menusuk!)
Pengabdian adalah antara karya terbaik Hasrudi Jawawi setakat ini. Cerita ini menggabungkan elemen mistik kampung dengan psikologi gelap yang mengganggu secara perlahan. Setiap bab membuatkan saya teruja dan tidak senang duduk—penuh debar dan ketakutan yang tenang tapi menjalar.
Babak paling menghantui? Saat Rozi tertidur dan “dia” berbaring menghadapnya. Tak dapat dilupakan.
Watak kegemaran saya: Sufian. Diamnya menyimpan seribu rahsia. Dan plot twist di penghujung cerita—memang tak dijangka langsung. Kejutannya terasa sampai ke dada.
Kalau anda suka cerita seram yang lebih dari sekadar hantu—yang menyentuh persoalan kepercayaan, pengorbanan dan sisi gelap manusia—Pengabdian wajib dibaca.
Bismillah. aku ni jarang review buku. Tapi novel ni..
Masyallah..karya kali ini, membuatkan aku meremang habis! meneliti tiap penceritaan yang di sampaikan oleh sufian dan pak pandak dan kemudian daripada rozi dan kemudian daripada ustaz rosman..Ya Allah plot twist dia, aku terkejut!!! aku was like what??? aku mengharapkan ada sambungan jalan cerita ni. aku recommended buku ni!
psst.. dengan siapa yang fuadi berbual tu ya utk dapatkan hasil penulisan beliau tu ya..huhuhu! korang baca lah novel ni! Highly recommended! Semoga abg hasrudi jawawi teruskan berkarya dalam genre yang sebegini.