Jump to ratings and reviews
Rate this book

Akulah Si Jelita

Rate this book
Kesat air matamu, Jelita! Orang yang sepatutnya menangis, Asfahan. Dia harus menjilat setiap dosa yang dia tinggalkan buatku. Luka ini terlalu lama. Kini, masa untuk melunaskan dendam. Bukan lagi meratap tangis. – Jelita

Aku ingin merasainya. Aku amat merinduinya. Biarpun hatiku telah digilis berkali-kali, aku tetap menyimpanmu jauh di sudut hati. Aku teringin menjadi yang dicintai dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Berikan aku sedikit cinta… - Lara

Adakah ini balasan yang adil buat aku? Ya ALLAH… sungguh aku manusia berdosa. Bila cinta itu masih boleh dipupuk, aku sia-siakan. Bila cinta itu jadi dambaan, aku ditolak seperti sampah yang kian membusuk! Maafkan aku kerana tidak mampu berhenti daripada terus mencintai kau! – Asfahan

519 pages, Paperback

First published July 24, 2014

Loading...
Loading...

About the author

Syaida Ilmuna

7 books9 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (23%)
4 stars
8 (30%)
3 stars
8 (30%)
2 stars
1 (3%)
1 star
3 (11%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,119 reviews381 followers
April 12, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Jalan cerita yang sangat menarik, cuma tak sangka ia ada unsur thriller. Jadi bila baca thriller time diri ini yang tengah stress, memang tidak membantu dalam melegakan tahap stress lah. Tambahan lagi bila heroin macam ada penyakit sakit jiwa atau inner-conflict.

Personally, N kurang gemar baca atau tengok malay thriller but for those who do, you'll probably enjoy this novel more than I do.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books110 followers
May 29, 2016
Garapan, olehan memang cantik.. Start jer baca buku ni, dah letak perasaan pembaca jauh di atas... Tak perlu nak ada pembukaan, klimaks and done... Anda terus mencetuskan pergolakan emosi dalam jiwa pembaca buku ini...

Masih ada gaya sinetron dari amerika selatan.. Babak-babak bertampal antara satu sama lain buatkan keterujaan membaca makin meningkat.. Nak tau apa jadi seterusnya.. Next.... Next.... Cik penulis berjaya membuat kita tahu apa yang berlaku dalam kisah tetapi watak-watak di dalam novel ini masih mencari-cari jalan cerita sehingga membuatkan adakala seperti nak menyumpah-nyumpah watak-watak mana yang sengal, bodoh piang.. Ha.. Hambik kau.. Konon macam kita lak director. Tapi, pasti ke pembaca tahu semua apa yang berlaku? Pasti ke kisahnya boleh di duga perjalanannya?.. Lara adalah Jelita tapi kisah seterusnya, pasti ke dia akan kembali pada asfahan, suaminya yang cintakan kecantikan? Apa kata hati suaminya itu bila tau wajah tak cantik lara digantikan dengan wajah cantik jelita namun insannya tetap sama?.. Korang faham tak ni?..

Jelita bertemu asfahan di cappadocia dan asfahan jatuh cinta dengan jelita. Tanpa asfahan tahu yang sebenarnya jelita hanya mahu sakitkan hati asfahan yang mendera dia sewaktu dia masih Lara. Perubahan wajahnya disebabkan pembedahan plastik yang dilakukan setelah dia dilanggar lori sewaktu mengejar asfahan yang meninggalkannya kerana tidak cintakannya dengan alasan wajahnya buruk!! Dendam menjadi barah... Watak-watak lain jyga berdiri teguh membantu menguatkan olahan cerita. Memang ada pincang sikit here and there tapi keseluruhan dengan teknik imbas kembali yang dapat menceritakan pada pembaca apa yang berlaku membuatkan novel ini menjadi amat menarik...
Profile Image for Qayiem Razali.
929 reviews89 followers
June 25, 2017
#44
Akulah Si Jelita...

Apa yang saya suka tentang kisah ini adalah perjalanan cerita yang disulami unsur thriller selain unsur cinta itu sendiri sebagai tunjang utama.

Tapi... entah mengapa saya kurang gemar betul dengan semua watak yang ada dalam cerita ini. Geram kerana perwatakan masing-masing seperti kebudak-budakan.

Tahniah buat penulis!
Profile Image for Ahmad Azman.
Author 6 books23 followers
October 14, 2014
Tahniah untuk Cik Syaida atas buku keduanya!

Cerita yang menarik, konflik yang berputar-putar dan penghabisan yang kemas dan teratur. mungkin sebagai lelaki dan peminat thriller, saya tidak dapat menghargai sepenuhnya kisah-kisah romantis dalam buku ini. tetapi tak apa! konfem ramai perempuan yang baca akan menghargainya.

Pujian utama untuk penulis ini adalah kehebatannya dalam mereka suasana latar tempat. seperti contoh scene di Cappadocia, walaupun sy tak pernah pergi, tapi bila baca rasa memang ada di sana!

Tahniah! Masih ada satu gear teratas yang boleh dicapai untuk next novel! :D
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,620 reviews38 followers
February 14, 2020
Yang menariknya, ini cerita cinta yang tebal dengan teka teki. Lebih kurang seperti cerita Ruslan Ngah 'Yang Tercinta', langsung tak boleh agak kisah dalam buku rupanya ada crime thriller. Lagi-lagi buku Di Sebalik Wajah karya Elee Mardiana yang juga saya baru baca, memang best giler, penangan ASP Aslan 👍👍👍 cenggini. Cuba korang search buku tu, tak sangka punya kalau tengok tajuk dan gambar macam cintan biasa.

Akulah Si Jelita ni, kurang menyengat sikit crime thriller nya, maybe lebih kepada jealousy driven, crime of passion. Pegawai polis yang terlibat pun, hanya di penghujung cerita, dan kurang hype nampak lorong pemikiran Inspektor wanita dan Sarjan Indian guy tu. Bangga juga zaman penulisan untuk cerita Akulah Si Jelita ni, dua watak utama plus Ikhlas, menjawat jawatan eksekutif penting juga di Loreal Paris. Dan pembukaan cerita, actually memang menarik saya untuk commit to read, ialah adengan pertemuan luar jangka oleh Asfahan / pertemuan yang telah diatur oleh Jelita yang penuh misteri, di Cappadocia. Naik hot air balloon dan naik motor skuter turun Bukit curam. Canggih.

Siapa Lara. Siapa Jelita. Ada yang membunuh Dato' (lupa namanya)? Langar lari? Demi harta atau demi Cinta?
Profile Image for Asmah Hashim.
Author 14 books14 followers
November 14, 2018
AKULAH SI JELITA (ISBN 978 983 124 971 0)
SYAIDA ILMUNA
2014
ALAF 21
RM21.00
M/S: 519

Jelita hadir tiba-tiba dalam hidup Asfahan ketika pemuda itu bercuti di Cappadocia. Memikat dan hati Asfahan terus terpikat, sedangkan ketika itu hati Asfahan sudah diisi oleh Nadya. Namun sememangnya cinta tidak pernah kekal sesiapa, bujang, suami orang atau duda. Mudah sahaja Asfahan melahirkan rasa cinta kepada gadis yang dianggapkan teramatlah cantiknya. Sesuai dengan nama gadis itu ‘JELITA’
Mereka menghabiskan masa bersama, bercuti dan bergembira. Jelita melayan Asfahan dengan baiknya. Mesra dan manja. Lelaki manalah yang tidak tergoda. Ketika perpisahan bakal terjadi. Asfahan berharap dapat bertemu dengan Jelita lagi. Di satu tempat dan masa ditentukan. Kerana cinta di hatinya tidak main-main, sanggup setia sehingga ke mati.
Jelita pulang semula ke Paris, di sana rupanya sudah ada kekasih hati yang menunggu penuh setia. Langsung tidak diceritakan tentang pertemuan dengan lelaki lain, demi menjaga sebuah hubungan. Tarikh yang dijanjikan pun tiba. Asfahan meninggalkan Nadya demi mengejar cinta barunya terhadap Jelita. Asfahan hadir seperti yang dijanjikan namun ternyata Jelita memungkiri janji.
Nadya patah hati, namun tidak menyerah kalah. Ingin benar tahu siapa Si Jelita yang sedang diangaukan oleh kekasih hati. Nadya berusaha mencari seorang perempuan yang mampu mengubah keputusan kekasih hatinya itu.

Jelita berasakan Asfahan tidak akan menganggunya lagi, namun dia silap, pertemuan yang tidak disengaja mengundang sengketa antara Asfahan dan Ikhlas. Dua lelaki yang mencintai orang yang sama. Kematian ayah Asfaha, Datuk Azim membawa Jelita ke rumah keluarga Asfahan di Malaysia. Terkejut bukan kepalang lelaki itu, tertanya-tanya apa hubungan Jelita dengan keluarganya?

Rupanya Jelita ada agenda sendiri terhadap Asfahan. Apakah agenda itu? Bagaimana hubungan Jelita dengan Asfahan. Adakah cinta mereka akan bersatu? Bagaimana pula dengan Ikhlas? Apa hubungan Datuk Azim dan Jelita? Kalau hendak tahu cerita selanjutnya, jom dapatkan karya ini.

Cerita cinta tiga segi, dendam kesumat yang membara di hati. Plot yang bercampur aduk dengan imbas semula. Namun masih boleh difahami jalan ceritanya. Gaya bahasa yang baik. Diselitkan juga metafora. Latar tempat di luar Negara, Paris, New York dan Cappadocia dan Malaysia sendiri. Latar masa, zaman ini. Kita dibawa melawat tempat-tempat yang cantik terasa bagaikan bercuti ke Cappadocia pula. Ada unsur-unsur thriller, pembunuhan dan penipuan. Kepada pembaca yang tidak suka kisah cinta, bolehlah dapatkan karya ini. Sesuai untuk semua golongan tidak kira tua atau muda.
Profile Image for Inn Auni.
1,107 reviews22 followers
May 28, 2017
Jelita bertemu Asfahan di luar negara. Perkenalan singkat itu membuahkan rasa cinta di hati Asfahan walaupun lelaki itu sudah punya Nadya. Sepanjang di Cappadocia, Jelita dan Asfahan ibarat sepasang kekasih. Alangkah indahnya hidup ketika itu. Sebelum pulang ke tanahair, Asfahan mengikat janji untuk bertemu semula di satu tempat dan masa dengan kekasih hati. Tidak sanggup dia berpisah dengan Jelita yang diyakini cinta sampai ke matinya. Waduh!

Jelita pulang ke Paris. Ke pangkuan Ikhlas yang setia menanti. Kisah di Cappadocia mahu dilupakan. Anggap saja ia tidak pernah berlaku.

Sampai masanya Asfahan tiba di tempat yang dijanjikan. Tega memutuskan hubungan dengan Nadya demi Jelita. Dan akhirnya Jelita tidak muncul.

Nadya tekad mencari siapa sebenarnya Jelita yang membuatkan Asfahan sanggup meninggalkannya walaupun mereka pernah berjanji setia ke hujung nyawa. Dia juga mahu menjejaki Lara, isteri yang digantung tidak bertali oleh Asfahan hanya kerana diri gadis itu yang kurang cantik di mata Asfahan.

Kejadian tidak diduga memaksa Jelita pulang ke tanahair. Di sana sekali lagi dia bertemu Asfahan. Terkedu Asfahan saat tahu akan kebenaran tentang Jelita. Rupanya Jelita melakukan semua itu demi membalas dendam untuk Lara. Tetapi hatinya sudah nekad. Jelita hanya untuknya walaupun ada saingan dari Ikhlas.

- - -

Asfahan tinggalkan Lara untuk Nadya. Asfahan tinggalkan Nadya untuk Jelita. See the pattern? Jadi bolehkah percaya dengan janji sehidup semati lelaki bernama Asfahan? Itu yang perlu diketahui pembaca.

Lara yang rela diperlakukan tanpa nilai oleh Asfahan. Tapi muncul Jelita membela dirinya. Dan dalam tekad Jelita ingin memberi pembalasan, hubungannya dengan Ikhlas jadi taruhan. Yang mana lebih penting? Dendamnya pada Asfahan atau cintanya pada Ikhlas? Itu pun pembaca kena cari sendiri.

Ada unsur thriller, cinta bersegi-segi, unsur misteri dan bila dibaca kali kedua (kali ini tanpa skip langsung), boleh dikategorikan sebagai menarik. Agak keliru dengan imbasan semula pada kali pertama tapi kali kedua ni, dah faham.

Tapi tu la. Kenapa tega benar kau Jelita? Apa bezanya kau dengan Asfahan?
Profile Image for Sha Mohamed.
2,565 reviews1 follower
October 4, 2016
Konflik betul hidup Jelita..
Memang parah bila diri di caci dan dihina kerana paras rupa..
Boleh menyebabkan jiwa tertekan dan tetseksa..
Novel yang ohsem.. Konflik yang diberikan membuatkan kita berfikir betapa manusia memang selalu memandang pada kecantikkan..
Tahniah buat penulis.. Semakin mantap dari buku pertama.. Penamatnya pun kemas..
Profile Image for Ubi.
324 reviews
September 24, 2021
Yg bg rating sikit ni peminat genre lain. Novel syaida best sbb xd gula sgt. Mcm thriller sikit. Aku lebih suka cerita macam ni
Displaying 1 - 9 of 9 reviews