Buku ini diterbitkan pada tahun 2014 dan saya membacanya 5 tahun kemudian, 2019. Champak adalah gabungan puisi, kisah pendek, prosa serta sedikit gambar. Ada 72 Champak semuanya, ditulis oleh penulis berbeza.
Membacanya pada waktu ini, membawa saya kembali akan diri saya pada zaman awal 20-an dahulu.
Gelodak rasa gadis 20-an tentang perkahwinan, pencarian mencari diri serta tarbiyyah.
Kisah yang paling saya suka:
Champak #18 (Gelap Terang): bait perkataanya punya maksud tersirat dan tersurat, yang akhirnya membawa saya membuka tafsir [2: 274]
Saya suka puisi begini, membuat saya berfikir dan membuka Alquran dan buku bagi mencari dan memahami mesej yang disampaikan penulis.
Champak #24 (Sang Algojo): 3 rangka puisi, 7 perkataan yang sangat mendalam.
Champak #29 (Rumah Agam) kerana ia mengingatkan saya akan pergolakan rasa anak rantau.
Puisi yang lain juga baik. Saya kira, editor telah membuat kerja dengan saya baik dalam memilih karya dan menghasilkan buku yang baik seperti ini.
------
"Menyelit dalam sembunyi
Mencelah dalam terang
Moga Ikhlas, kau ada"
- #Champak 18
*Buku dibeli dari prelove kak Sajidah:)