Jump to ratings and reviews
Rate this book

Yang Tinggal Hanya Kenangan

Rate this book
“Kopi sentiasa ada sisi pahit yang tak dapat disembunyikan.”
“Macam itu jugalah kehidupan; kita mencipta sesuatu yang bermakna daripada segala kekurangan.”

Setiap petang, momen yang dinantikan Kamellia ialah saat menikmati secawan teh bersama ibunya, bertukar cerita dan impian memiliki sebuah kafe. Namun saat Kamellia berjaya mencapai impian tersebut, ibunya pula sudah tiada. Hatinya yang terlalu rindu pada ibu, membuatkan dia tidak lagi boleh menikmati secawan teh seperti dahulu. Macam mana Mel nak lalui hidup ini tanpa ibu?

Di Kafe Biblioholic, dia mula berkenalan dengan Reza, seorang pencinta teh dan Umair, seorang penggemar espreso. Mereka bertiga dihubungkan oleh satu ikatan; masing-masing pernah merasai kehilangan.

Kamellia bahagia berkawan dengan mereka sebelum tiba-tiba, salah seorang meluahkan perasaan. Belum sempat memahami apa yang terjadi, kafe yang menjadi pengubat rindu kepada ibunya pula hangus terbakar.

Keletihan, Kamellia terduduk. Gelora jiwanya semakin meribut. Mampukah dia meneruskan hidup tanpa kafe tersayang? Atau mungkin, ada yang ingin menyayangi—andai Kamellia jujur dengan diri sendiri?

432 pages, Paperback

First published June 1, 2013

10 people are currently reading
106 people want to read

About the author

Ainunl Muaiyanah Sulaiman

12 books61 followers

Karya beliau seperti cerpen dan puisi disiarkan dalam akhbar dan majalah seperti Berita Harian, Mingguan Malaysia, Harian Metro, Tunas Cipta, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Fokus, URTV, Mutiara Minda dan Pentas. Puisinya pernah diterbitkan dalam antologi Karya Sasterawan 2011 (PENA, 2011), Takah 50 (PENA, 2011), Koleksi Puisi (Balai Seni Visual Negara, 2012), Eksotikata (2014). Cerpennya juga dimuatkan dalam Antologi Cerpen Indonesia-Malaysia (ITBM & Yayasan Obor, 2013) serta dipilih dalam Cerpen Terbaik 2014 (Fixi, 2015)

Beliau telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2012 (kategori puisi eceran) melalui puisinya "Mimpi dari Sebuah Lukisan Ilusi" dan pemenang utama kategori puisi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2013 dengan puisi berjudul "Berbagi Puisi". Manakala buku pertamanya ialah Sepetang di Kafe Biblioholic (JS Adiwarna, 2013) telah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2013 dalam kategori novel remaja.

Beliau boleh dihubungi di ainunl.muaiyanah@gmail.com serta tulisannya boleh diikuti di http://ainunlmuaiyanah.com

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
48 (29%)
4 stars
71 (43%)
3 stars
38 (23%)
2 stars
6 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 68 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews104 followers
January 8, 2015
Agak MELAMPAU jika aku nyatakan secara terbuka di sini;

SEPETANG DI KAFE BIBLIOHOLIC adalah jawapan kepada 'leteran2 yg membingitkan telinga dan kritikan2 memedihkan hati dan rasa' yg sering aku selitkan dalam review jujur yg aku kongsi dalam GR.

i) Ini contoh karya sastera yang mengangkat sasteranya.
ii)Ini penanda aras bagi penulis yang ingin menulis naskah yg ada isinya.
iii) Ini guidelines jalan cerita yg mengimbangi nilai komersial dan kehalusan bahasanya.
iv) Ini naskah yg membuktikan betapa penulis perlu dan mampu terjun dalam tulisannya.

Mungkin ada sedikit kecacatan di sana sini, tapi yg penting kelebihan yg ada lebih berat perasa dan aromanya.

Aku terasa dengan ayat ini.

i)"Salah tanggapan kalau hanya orang sastera saja yang harus ambil tahu dunia sastera dan memperjuangkannya. Sastera adalah kehidupan kita. Kita berjalan, kita makan atau apa yang dilakukan adalah sastera. Dan salah juga kita fikir itu bidang mereka, jadi biar mereka jaga. Kalau ini bidang kita, kita jaga. Sebab itu nasib sastera dan seni di Malaysia menyedihkan. Sastera telah dilihat eklusif sampai keramat untuk disentuh. Akhirnya mati dalam nisan yang tak bernama." m/s 183-184.

ii) "Apa gunanya beli banyak buku dan tunjuk pada orang kalau tak dibaca? Atau baca banyak buku tapi tak langsung membangunkan diri dan menjadikan orang itu lebih halus dan sensitif pada persekitarannya?" m/s 185

iii) "Ramai orang yang membaca tetapi berapa orang yang benar-benar membaca?" m/s 185

DAN... kenapa 4 bintang sahaja, bukan 5? Percayalah wahai penulis.... jauh lagi perjalanan anda :)
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
June 10, 2013
Sengaja saya tidak meletakkan ulasan usai membacanya. Mahu melihat sejauh mana saya masih mengingati cerita ni setelah beberapa hari menamatkannya. Dan juga menghormati rakan-rakan yang masih belum lagi membacanya. Jadi saya cuba mengulas seringkasnya. Tidak mahu terjadi spoil. Sweet kan saya. Hihihik

Sepetang di Kafe Biblioholic ini kisah tentang impian seorang Kamellia. Juga kisah antara hubungan anak dan ayah yang baru hendak terbina setelah kisah silam yang amat memilukan. Tentang Kamellia yang sering berbicara mengenai kenangan ibu yang masih utuh di fikirannya. Ada juga cerita mengenai teh yang manis dan wangi. Serta kopi yang hitam pekat yang ada sisi pahitnya.
Mengenai hujan itu kadang-kadang mampu menjadi si tukang meramal rasa hati.


Resensi saya:

Jika novel ini boleh diibaratkan seperti minumam, ia adalah air yang memberikan rasa sekaligus menghilangkan dahaga.

Bait-bait kata yang puitis. Bahasa yang indah itu setara dengan jalan ceritanya.

Mungkin juga saya gemarkan sebahagian yang ada di dalam novel ini jadi terasa begitu dekat dengan ceritanya. Hujan. Kopi. Buku.

Kamellia yang bercerita tentang perasaan itu sentiasa buatkan diri ni asyik mengulum senyum.

Berdiskusi dengan Umair si Ketua Editor itu buat saya rasa jadi orang yang bijak-bijak.

Menyelami rasa hati Redza, membuatkan saya selalu mengangguk kepala tanpa sedar.

Saya suka pada lakaran watak-wataknya. Sederhana.

Kamellia itu anak yatim. Tapi kisah hidupnya bukanlah terlalu menyeksa jiwa pembaca. Dia wanita yang yakin dalam membuat keputusan.

Redza. Si Pengurus Kafe yang berhati dingin. Juga penggemar teh. Dia mempunyai kisah yang pilu di sebalik dinginnya hati seorang Redza.

Umair. Lelaki yang tegas tetapi tidak pernah memaksa. Ketua Editor yang sangat menggilai kopi. Espreso pilihannya. Kopi yang pekat dan pahit itu. Kata Umair, dia meminum Espresso kerana menghukum dirinya atas sejarah hitam dalam hidupnya.

Membaca kisah Kamellia ini tidaklah selambat berjalan kaki. Juga tidaklah selaju menaiki roller-coster. Ia ibarat kita menunggang basikal dalam mode bersiar-siar. Menghayati keindahan pemandangan di hari senja.

Ewah. Nampaknya saya sudah ‘tersampuk’ dengan bait-bait bahasa penulis yang indah itu. Hihihi.

Pada si ulat buku, pecinta sajak-sajak dari sasterawan negara kita dan seberang , serta peminat lagu-lagu klasik atau penggemar kopi, teh serta hari hujan dan remang di hari senja maka novel ini WAJIB dibaca. Hehehe

P/s: Pada saya, hero yang mengunakan kenderaan yang bernama basikal itu untuk ke tempat kerja. Adalah perkara yang sangat-sangat sweet, okey :D

Untuk penulisnya Ainunl Muaiyanah Sulaiman, ini kisah yang ohsem sangat. ^^

Oh. Ini ada tips dari penulis untuk pembaca yang baru hendak membaca novel ni. Sila klik link ini http://birungu.wordpress.com/2013/06/...
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
May 26, 2016
Buku ini ada soul tersendiri. Dapat merasainya. Damai.

Pemilihan kosa kata yang tepat, tidak terlalu canggih – tetapi indah. Gaya tulisan seperti karya sastera yang baik.

kopi-teh-buku - membuatkan aku teruja unutk menamatkan novel ini. Jarang aku beri novel 5 bintang, tetapi buku ini kuberikan.

Buku ini sangat disarankan kepada para biblioholic, dan penggemar teh-kopi.

Tak sangka buku yang 'berupa' mainstream ini - yang gambar hadapannya kelihatan seperti buku kebanyakkan ini, terdapat nilai sastera yang tinggi.
Profile Image for Dawlin Zainudin.
41 reviews3 followers
May 13, 2017
kemas kini : ulang baca kali ketiga

rasa damai yang masih sama, tetap indah di hati :)

#####

Kisah seorang Kamellia, kisah jalinan hubungan antara anak dan ayah yang baru terbina, kisah kenangan seorang anak terhadap ibunya yang telah pergi, serta kisah persahabatan seorang gadis dengan 2 lelaki yang memendam rasa terhadapnya.

Cerita yang lancar (smooth), terpikat dengan 'kafe baca' dan bahasa indah yang digunakan. Terasa nak cuba lepak dan habiskan masa senggang di sebuah kafe sambil 'bertemankan' sebuah buku dan secangkir teh (tak boleh minum kopi... huhuh) :)
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
May 17, 2015
4.5 bintang

Sudah lama tidak bertemu buku seperti ini. Yang mana bila membacanya jiwa terasa tenang dan terbuai-buai oleh bahasanya yang indah dan teratur.

Bertemu novel ini adalah secara kebetulan. Sebenarnya tengah mencari-cari karya baru Noor Suraya. Tetapi apabila dibaca permulaannya terasa perlu dimiliki. Dan ternyata memang benar, ia memenuhi kehendak jiwa yang telah lama kosong dari diisi oleh novel-novel sebegini.

Dan yang pastinya saya juga telah jatuh cinta dengan Kafe Biblioholic!
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
January 6, 2015
4.5 Bintang

Jatuh cinta itulah perkataan yg tepat.kisah yg sederhana tp masih mampu membuatkan saya emosi.
Kopi vs Teh.sama je kedua-duanya yg berbeza ialah cara kita menikmatinya sama juga dgn cara kita melalui hari2 yg sedih dari sudut mana kita melihat kesedihan itu dan jauh mana kita mampu menukar kesedihan menjadi memori yg indah.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
January 30, 2015
Tak sangka buku nipis ni ambil masa hampir seminggu untuk disudahkan. Bukan sebab kisahnya tak kena dengan selera, tapi sebab sayang nak habiskan pembacaan. Sebab apa? Jarang ketemu dengan buku yang nipis tapi padat dengan kisah dan perkongsian daripada penulis. Kadangkala kita tak perlukan buku setebal kamus atau ayat berbunga-bunga untuk terus setia dan kekal membaca sesebuah buku sehingga penamatnya, bukan? ;)

30-01-2015

Apa yang boleh saya katakan tentang buku ini adalah:

1. Jalan ceritanya memang plain, tak ada heavy conflict, tak ada kisah kahwin paksa / kontrak dan juga tiada kisah cinta ‘meleleh’ yang tipikal.

2. Sungguh pun nipis, isi kandungannya padat. Banyak perkongsian info yang dimuatkan tanpa meleret-leretkan cerita. Even cara membancuh teh dan kopi pun ada diselitkan juga tau? :)

3. Suka bila penulis tak menggambarkan watak secara berlebihan. Watak-wataknya sangat sederhana. :)

4. Kamellia - walaupun seorang anak yatim, wataknya bukanlah sadis dan perlu dikasihani. Dia wanita berpendirian hasil didikan arwah ibunya. Yang dia mahu cuma menumpang kasih bapa yang pernah terpisah lama. Cuma itulah, tak sangka kehadirannya tidak disenangi oleh ibu dan adik tirinya.

5. Reza - pengurus kafe yang berhati dingin. Juga sempoi. Apa tidaknya, dia lebih selesa berbasikal ke tempat kerja. Sangat mencintai alam, bukan? Pencinta teh dan juga pencinta buku. Rupanya ada kisah sedih di sebalik kedinginannya itu. Hmm.

6. Umair - ketua yang tegas di tempat kerja. Penggila kopi atau lebih tepatnya espresso. Kata Umair pahitnya espresso yang diminum itu ibarat hukuman atas kesilapan lampaunya.

7. Sangat terkesan dengan ayat-ayat sinis Reza. Uhuk-uhuk. Salah satunya:-

“Ramai orang yang membaca tetapi berapa orang yang benar-benar membaca?" - m/s 185

8. Suka keindahan bahasa yang diterapkan. Jadi tak hairan bila karya ini diangkat sebagai pemenang sebuah anugerah sastera baru-baru ini. Tahniah buat penulis dan team penerbit. Moga dikurniakan ilham dan kesempatan untuk melakarkan kisah-kisah seterusnya. :)
Profile Image for cheryna27.
68 reviews28 followers
November 16, 2013
Perkenalan dengan buku ini bermula waktu aku menjadi kurator twt_buku di Twitter. Aku terjumpa buku ni di Popular, tergerak dengan sinopsis "kopi dan teh" yang sememangnya perkara yang sentiasa menggembirakan aku. Tiba-tiba ada pulak cerita gabungkan buku dgn minuman dalam kafe yg sememangnya jadi aspirasi hidup.

Sinopsis yang perfect! :)

Pada mulanya susah nak membuat keputusan utk membeli. Aku agak skeptikal kadangkala, tambahan pula Popular bukan seperti Kinokuniya yang kedekut utk unwrap buku dan benarkan pembaca utk menilai. Mungkin ini sebabnya banyak buku tak berbaca atau dibazirkan. Pembeli tak dapat menilai apa yg dibeli!

Jadi aku teruskan dengan bertanya ulat2 buku di Twitter tentang cerita yang mengganggu fikiran aku ni. Tak ramai yg membalas sehinggalah penulisnya sendiri membaca tweet aku. Dalam perbualan yg ringkas disertakan pembacaan yg banyak melalui Goodreads, akhirnya aku nekadkan hati utk membeli :)

Aku menapak lagi ke Popular, kali ini di HQnya. Seperti yang dijangka, aku tak dapat nak unwrap buku dan melihatnya. Nasib baik ada seorang pekerja yg sangat baik, dia tunjukkan buku yg tak bersusun baik ni di celah2 buku di Jemari Seni, dapatlah aku beli buku yg mungkin akan jadi kesukaan.

Aih. Tercalar jugaklah hati bila ada penjual yg kata, "Akak baca ke buku macam ni? Ini utk remaja."
Waktu itu lidah gatal juga nak menjawab, tapi aku tak baca lagi buku ni, jadi aku diamkan. Mungkin betul, ini buku utk remaja dan aku dah terlalu tua nak membacanya (walau aku tak pernah setuju buku kanak2 utk kanak2 sahaja)

Aku mula baca. Bahasanya pada aku taklah "remaja" sangat. Ada juga perkataan yg orang tua seperti aku perlu cari kamus, Google maksud dan sebagainya. Tambahan pula aku ni lebih banyak baca buku Inggeris dan kurang baca buku Indonesia.

Jadi dari mana datangnya "buku remaja utk remaja"? Mungkin bila aku kembali ke Popular lagi, aku patut katakan itu pada budak yg buat remark macam tu :)

Aku suka pendekatan penulis dalam menulis tentang teh dan kopi. Masih ada info yg aku sudah tahu, tak tahu dan akhirnya tahu. Aku paling suka bila beliau menerangkan tentang prejudisnya manusia dgn kopi dan fakta-fakta yg baik tentang kopi. Sekurang2nya dalam menyusun kata bercerita, masih ada perkara yg boleh pembaca perbetulkan.

Walaubagaimanapun, ada juga fakta yg tak termasuk dalam hujah dan jalan cerita penulis. Aku anggap ilmu itu masih belum sampai. Sebab aku yakin, kalau penulis tahu, buku ni muka suratnya boleh jadi beribu! Utk itu, aku ucapkan tahniah, sebab penggemar kopi dan bekas barista seperti aku boleh tersengih sendiri membaca buku ini.

Jalan ceritanya mudah. Kalau perlukan drama melampau utk dislotkan menjadi drama senja aku rasa cerita ini mungkin tak lepas agaknya. Tak cukup air mata, tak cukup madah cinta. Tapi cukup untuk pembaca seperti aku rasa perit dek babak sedihnya.

Watak kegemaran aku ialah ibu kepada watak utama, Mel. Aku jadi jatuh hati walaupun dia hanya digambarkan dalam deskripsi ingatan Mel kepadanya. Mungkin Mel bukan idola aku dalam cerita ni dan Redza (juga watak utama) bukan hero idaman, tapi itulah ciri buku kegemaran. Watak tempelan lebih menarik dan menggembirakan hati walau babak sedikit.

Cover buku ini sangatlah menarik. Tapi bak kata budak Popular tadi, taklah sesuai utk orang tua seperti aku. Bila baca dalam LRT mungkin ada yg rasa aku jadi budak2, tapi lantaklah. Kalau aku baca Chic Lit pun bukunya warna pastel juga kan. Apa beza? :D

Satu perkara yang mungkin boleh diperbaiki ialah cerita ini berat di depan, longgar sikit di tengah dan lerai di hujung. Kalau "dirapatkan" dan disulam sikit lagi mungkin plot nampak lebih berkait antara satu sama lain. Tapi ini cuma perkara minor. Aku yakin lepas ni lebih banyak lagi karya menarik akan lahir dr penulis.

Last but not least, terima kasih utk hujah2 buku, cerita2 Ipoh yang diselitkan dalam buku. Rasa dekat dengan diri bila penulis menulis sesuatu yg dekat dengan diri aku sebagai pembaca.

Good book. 4 bintang dan tak sabar nak ajak penulisnya makan macaroon dan minum kopi semeja! :D
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
October 2, 2015
4.5 star.

Nipis, padat dan tepat.

Wahhhh! Tak sangka buku nipis ini penuh dengan isi yang padat dan bahasanya sungguh cantik. Kalau mahu berkisah dari segi sastera sudah tentu bukan bidang KakChik. Tapi karya penulis ini memang ada sesuatu yang patut dijadikan contoh untuk penulis-penulis muda. Dan karya ini juga sudah diangkat sebagai salah satu pemenang Laporan Panel Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013 (Kategori Kanak-Kanak dan Remaja).

Rasa KakChik tentang karya ini:

1. Keseimbangan semua watak-watak. Walaupun watak Kamellia itu dirasakan lebih banyak diberikan ruang namun telah diadun dengan watak-watak lain yang tidak kurang pentingnya.

2. Simboliknya hujan pada Kamellia dan kemunculan lelaki itu kala senja ketika hujan merembas sangat terkesan di hati KakChik. Sudah pastilah Kamellia teruja selepas 8 tahun hidup sendiri sebagai anak yatim. Tiba-tiba hadir lelaki yang sentiasa penuh kenangan yang dititipkan ibunya.

3. Teguhnya Kamellia dalam menjaga hubungan dengan orang-orang yang terdekat dengan ayahnya. Seboleh mungkin dia tidak mahu meletakkan tanda luka dengan kehadirannya secara mendadak itu di hati Puan Mastura dan Hadi walaupun kadang kala jelingan Pn Mastura dan kata-kata pedas Hadi mengguris hatinya. Kerana dia sedar kehadirannya tidak pernah diharapkan oleh mereka.

4. Zara yang manja, watak yang dikarektorkan sebagai adik yang tidak pernah dimiliki Kamellia. Kebiasaannya adik tiri perempuan memang jadi seteru tetapi berlainan pula dengan Zara. Perkara ini yang menjadika karya ini lain dari kebiasaan.

5. Redza yang perengus dan kadang kala dingin dengan Kamellia. Si pencinta teh yang tegar. Namun begitu dalam pendam emosi ada sisi lain yang lebih menarik untuk diterokai. Bersama Redza KakChik merasai nilai hidup yang berbeza kerana pegangannya dan teori hidupnya. Watak yang amat menarik untuk diselam.

6. En Umair, si Ketua Editor yang tegas dan jarang tersenyum. Dalam sempurna sebagai lelaki idaman di pejabat, terdapat sisi hitam yang membuat dia menjadi peminat tegar espreso. Dan En Umair patut dipuji sebagai lelaki yang budiman kerana tetap tidak berubah walaupun Kamellia sudah memberi jawapannya. Dia tetap seperti lelaki yang sebelumnya.

7. Manisnya kisah ini bukan kerana bahasa yang manis bergula atau penuh gula-gula yang tidak sepatutnya tetapi halus dan teratur bahasa dan watak-watak yang digarapkan sudah cukup untuk menjadi manis dalam pahitnya secawan kopi.

Namun begitu terdapat beberapa kesilapn minor seperti typing error sedikit mencacatkan buku ini. Diharap kesalahan ini dapat diperbaiki pada masa akan datang. Kadang kala pembaca boleh saja tutup mata.... :P

Tahniah ye Cik Penulis untuk sebuah karya yang cukup rencah dan bahasa yang halus.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
November 28, 2014
9/9/2013
Tarikh aku baca buku ni & start jadi silent reader kat blog penulis.--> i'm a stalker type.hoho!

28/11/2014
Aku tak tau macam mana nak review novel ni. I've put 5* there. Hence, thats it! Masa baca tahun lepas aku memang speechless sebab buku ini sangat terbaik dan bahasanya yang indah itu bisa buat aku hilang kata-kata. Sampaikan takut kalau aku ulas nanti hilang terus kata-kata indah tu. Kalau boleh nak simpan semuanya dalam kocek tak mahu keluarkan.

pst: Tahniah sebab berjaya menang anugerah Hadiah Sastera Perdana kategori remaja. You deserve it!
Profile Image for Fathul Khair.
9 reviews86 followers
June 8, 2013
Sepetang di Kafe Biblioholic menghadirkan ceritera cinta yang di luar daripada kebiasaan novel-novel cinta yang ada. Kehadiran novel ini bagaikan menangkis pandangan pembaca-pembaca novel popular bahawasanya karya sastera tidak boleh menukilkan kisah cinta dalam karya.

Novel karangan Ainunl Muaiyanah ini menggabungkan jalinan cinta, kekeluargaan, perniagaan dan sebagainya. Menjadikan kopi sebagai wahana pertalian dan pertemuan, ternyata sangat unik dan menarik. Garapan cinta daripada perspektif Ainunl Muaiyanah cukup berkesan dan segar daripada lambakan kisah-kisah cinta.

Antara Kamellia, Redza, Encik Umair, Ayah, Hannan, Shukri, Puan Mastura dan Zara - kesemuanya berperanan menjadi individu penting dalam kisah ini.

Kafe Biblioholic; andainya wujud di tanah air Malaysia, alangkah bagus!
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
October 11, 2014
(4 bintang)

Apa yang hamba suka tentang Sepetang di Kafe Biblioholic:

i) Perasaan sewaktu membaca buku ini seperti menyambut titisan hujan di telapak tangan. Kagum dan menyenangkan. Sesegar angin hujan di waktu petang apatah lagi awan Labuan sudah beberapa hari galak menangis. Bertambah mudahlah hendak melayan rasa bersama Kamellia yang sukakan hujan itu :).

ii) Bahasa penulis yang basah dengan kelembutan. Oh, hamba kagum sekali apabila buku senipis ini boleh memberi rasa keindahan yang tebal.

iii) Terlalu banyak (tentang kopi dan teh) yang hamba baru tahu kerana buku ini walaupun untuk orang yang sesederhana seperti hamba, ia seperti tidak terlalu praktikal. Hamba pernah menjadikan kopi itu satu keperluan dan teh sebagai kegemaran tetapi mungkin saja hamba tidak menyimpan mereka di jiwa yang terdalam. Dan, mungkin hamba bukanlah orang yang pandai menikmati minuman selain mengatakan ia sedap atau tidak. Sudah sekian lama juga hamba sudah tidak minum kopi dan teh.

iv) Falsafah bukunya yang hamba tidak pernah pun fikirkan sebelum ini malah hamba merasa tersindir juga bila membacanya. Iyalah, hamba bukanlah seorang pembaca yang ada visi tersendiri seperti Redza atau Encik Umair. Hamba cuma seorang pembaca sederhana (lebih sederhana dari sederhana itu sendiri) yang membaca novel untuk merasai sebuah kehidupan lain. Kehidupan lain yang mungkin memberi sesuatu yang hamba boleh dan ingin miliki untuk kehidupan sendiri. Mungkin begitu. Mungkin sekadar itu. Dan ya, hamba suka sekali dipikat dan digoda oleh ayat-ayat indah kerana percayalah, mendengar atau berkata-kata jiwang secara lisan akan membuat hamba mengalir air mata kerana loya ;P.


Apa yang hamba tidak suka tentang Sepetang di Kafe Biblioholic:

i) Buku ini tidak berjaya membuat hamba mengikis kecintaan yang selalu hadir terhadap hero kedua meski harus dipuji hamba tidak pula jengkel pada si hero pertama. Ya, itulah. Itu saja.
Profile Image for Jamilah Norddin.
100 reviews17 followers
October 20, 2013
Selesai sudah membaca Sepetang di Kafe Biblioholic. Buku yang aku nanti untuk membacanya. Dapat sepaket kopi dan penanda buku istimewa buatan Kak Ainunl Muaiyanah semasa membelinya.

Cerita yang sederhana
Watak yang sederhana,
yang aku suka:
kafe, kopi, teh, hujan, editor, kisah yang ringkas tetapi disampaikan dalam bahasa yang lembut.

Syabas, kak Ainunl.

p/s: tapi, kan ada kesalahan ejaan yang mungkin tidak disedari. :)
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
June 20, 2018
The lovey dovey story in this novel is a little bit overdosed (at least for me). Apart from that, everything is perfect. Tentang biblioholic, kopi, teh, buku, kafe, editorial, persahabatan dan kehidupan.
Profile Image for Siqahiqa.
594 reviews106 followers
September 29, 2020
"Kopi dan gula seperti cinta dalam hati. Dan krimer atau susu adalah rasa cemburu dalam cinta. Berlebihan akan merosakkan cinta itu."

Sepetang di Kafe Biblioholic menceritakan mengenai Kamellia yang merupakan seorang biblioholic dan ingin menyempurnakan impian ibunya untuk memiliki sebuah kafe buku yang disenangi oleh pencinta buku. Dalam proses ini, Kamellia berkenalan dengan dua lelaki yang berada dalam dua dunia berbeza dan mempunyai aura tersendiri. Redza, seorang lelaki yang mengemari teh dan baginya membaca itu membangunkan jiwa dan untuk mencintai kehidupan. Dia anggap buku seperti kawan yang sama-sama mendepani hidup manakala Encik Umair yang mengemari espreso pula suka membaca untuk pengetahuan. Dia pula menganggap buku sebagai pekerja yang memberi maklumat padanya.

Buku ini dibahagikan kepada empat musim (musim dingin, bunga, panas, dan luruh) yang bersesuaian dengan jalan ceritanya. Korang akan faham sebab apa aku cakap sesuai bila baca buku ni 😉 Jalan cerita agak perlahan pada awalnya dan membuatkan aku terpaksa menangguhkan pembacaan buku ini seketika. Namun begitu, cerita semakin menarik apabila tiba di pertengahan hingga ke akhirnya. Jalan cerita sederhana dengan konflik yang juga tidak sarat.

Mengenai gaya penulisan pula, sebenarnya aku sudah lama tidak membaca buku seperti ini, di mana bahasa penulis sangatlah berhemah, teratur, dan sopan santun ya amat. Adakalanya aku rasakan seperti kaku 😅

Penulis juga turut menyisipkan cerita mengenai dunia penerbitan buku seperti tugas seorang editor, pemilihan rupa taip yang juga mempengaruhi emosi pembaca, isu buku bajakan dan semestinya mengenai dunia di sebalik pengurusan kafe. Mungkin lepas ni tak mengomel akan harga kopi yang mahal di kafe? 🤭

Satu lagi buku ini memberi kesan kepada aku untuk aku mencuba earl grey tea. Boleh tahan juga rasanya cuma aku masih setia pada kopi atau lebih tepat, latte. Hii. Dan.. buku ini juga turut membuatkan aku rasa nak melawat Ipoh!! Macam best je pergi Ipoh 😍

Bacalah buku ini sambil ditemani secawan kopi atau secangkir teh. Semasa membaca, aku bayangkan aku berada di kafe ditemani secawan latte yang sedap 😁

instagram.com/siriusiqa
Profile Image for Rozita Said.
3 reviews7 followers
October 14, 2013
Satu cerita yang lain dari yang lain. Setelah selesai membaca Sepetang di Kafe Biblioholic, terasa seperti nak buka cafe buku seperti ini.. :)
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
February 24, 2025
Done baca buku ni.
Suka bahasanya yang puitis

Banyak sticky flags saya tanda sebab ayatnya yang sedap.
I think, specialnya buku ni adalah pada perbualan di kedai kopi tu. There's so much that we can learn from it.

Macam biasa kita bagi 5 🌟🌟🌟🌟🌟

Oh ya. Faham juga kenapa buku ni maybe tak match dgn audiens RUMAA. Kalau dilihat pada romance aspect, mungkin akan kecewa. Tapi saya suka sebab ayat2 dia.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
January 11, 2014
Sebuah cerita mengenai seorang gadis pendiam yang bernama Kamellia. Seperti luahan diari. Suatu hari seorang lelaki datang ke rumah mengaku bahawa dia adalah ayah Kamellia. Ayah hadir setelah lama ibu meninggal dunia. Tetapi Kamellia terima ayahnya dengan rasa homat dan sayang. Tiada dendam. Ayahnya sudah ada keluarga sendiri. Cuma Zara saja yang boleh menerima dirinya. Bila ayah mahu menghadiahkannya sebuah kafe, dia bangunkan ia dengan citarasa ibunya. Sebuah tugu cinta seorang isteri kepada suami yang tak pernah mencintainya. Sungguh teliti. Di situ juga dia berkenalan dengan Redza, seorang yang bersifat kasar hanya pada dirinya sahaja dan dia lebih mengenali Encik Umair. Dia berlajar mengenali hidup dan diri sendiri melalui mereka. Semua itu dihadapan hidangan secangkir long black atau cappuccino dan secangkir teh. Akhirnya dia memilih salah seorang dari mereka untuk mengharungi masa depan bersama. Setelah banyak masa berlalu, hubungannya dengan keluarga ayah juga semakin baik. Hidupnya ringkas; tiada dendam dan tiada prasangka. Hanya sayang dan cinta yang diajar oleh arwah ibunya.
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
October 22, 2013
tammat sudah buku SDKB..agak lama masa yg di ambil untuk membaca buku ini...bukan buku nie x sedap dan x seronok dibaca ye...
tapi kekangan masa yg sangat mencemburui...

Kisah cinta dan kasih sayang...
pencinta kopi & pencinta teh yg Tegar...
Kisah pengorbanan kasih seorang anak kepada ayah yg tidak pernah sedar akan kewujudanya.. kecintaan isteri yg tidak pernak dicintai...
Kisah kehilang yg sangat tragis buat redza...

Kisah Kamellia & Redza kengan rasa kesunyian mereka...
kecintaan mereka terhadap buku..
kecintaan mereka kepa anugerah ciptaan TUHAN...
kecintaan Kamellia terhadap hujan yg pernuh mencipta kenangan...
Kecintaan Redza pada Senja yg memukau...

semua terangkum dalam SEPETANG DI KAFE BIBLIOHOLIC...

Dan aku yg terlalu gilakan buku sangat terpanggil untuk menjelajah setiap helaian tanpa sebarang langkauan... Alangkah seronok seandainya aku juga boleh memiliki kafe seperti ini...

you guys... buku sangat bagus untuk dibaca... banyak manafaatnya...
Sharing is Caring...

Selamat membaca...
"Membaca dgn Hati... Menilai dengan Akal"...

Profile Image for Adi.
158 reviews19 followers
October 9, 2014
Aku kasi 5 bintang, walau sepatutnya aku kasi 3 bintang saja.
sebab aku kenal penulisnya dan dia baik hati kasi aku buku ini sebagai hadiah, maka aku kasi ekstra lagi 2 bintang.

Jalan ceritanya memang girlish betul, ibarat sebuah drama telenovela yg membahagiakan di akhir cerita.
Tapi aku tetap suka bila penulis ini bercerita tentang buku dan sejarah kopi.
Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books348 followers
January 26, 2015
Dari segi plot, mahu beri tiga bintang kerana jalan ceritanya sederhana dan tiada unsur kejutan yang menambah perisa. Namun bahasanya manis dan tersusun rapi (meskipun masih ada beberapa kecuaian suntingan).

Tambah satu bintang kerana latar cerita yang dipilih, mengenai buku, kopi dan teh - dihidangkan dengan begitu bersahaja dan penuh cinta.
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
March 1, 2014


Membaca buku ini adalah satu "eskapisme" bagi otak yang sarat dan tepu dengan cerita-cerita klise yang selalu dihadam.
terbuai dengan bait-bait puitis yang penulis coretkan.

sila nikmati "sepetang di kafe biblioholic" dengan secawan kopi pasti anda "masuk" ke dunia Kamellia ;)
Profile Image for Ainul.
10 reviews51 followers
August 12, 2015
how i wish da kafe biblioholic kat sini...
Profile Image for SORA.
183 reviews6 followers
October 7, 2020
Tentang kopi, teh, buku dan hujan. Bila cerita berkisar tentang apa yang aku suka tentulah hati berbunga-bunga bila baca. Rasa terbuai-buai dengan penggunaan bahasa indah daripada penulis. Nampaknya perlu cari karya-karya lain daripada penulis.
Profile Image for Ruzaie Rahim.
76 reviews8 followers
February 9, 2025
Apabila saya mengetahui tajuk dan melihat ilustrasi serta sinopsis buku ini, saya terus bertekad akan membelinya.

Aura buku ini yang melankolik memberi harapan yang saya akan mendapat teman-teman kata untuk melayan perasaan diri. Namun, saya agak kecewa kerana ya, buku ini melankolik tetapi sekadar itu. Yang lain terasa rata dan suam-suam kuku sahaja.

Sebelum itu izinkan saya untuk memuji kecintaan penulis yang amat mendalam terhadap buku, kafe, teh dan kopi. Jiwa penulis sampai terus ke hati saya. Pengalaman penulis dalam industri buku juga memberikan bookish vibe yang sangat kuat. Sampai saya tertanya-tanya, mereka tak bosan ke berbual pasal buku sahaja?

Awalnya saya suka bahasa yang penulis gunakan sebab mengingatkan saya kepada Jemari Seni tetapi lama-kelamaan terasa janggal dan tidak sesuai dengan konteks sekarang. Mungkin kerana zaman bahasa begitu sudah berlalu? Jadi ada perbualan terasa jauh dan asing dari saya. Walaubagaimanapun, saya tahu ada orang di luar sana yang menyukainya tanpa kerenah bukan seperti saya. (Kerana bahasa penulis, saya terbawa-bawa dan resensi saya juga jadi ada vibe sastera)

Tolak tepi rentak cerita yang perlahan (saya sudah jangka, jadi tidak mengapa) dan plot twist yang sinetron (babak yang buat saya benar-benar gelak jujur), yang mengecewakan saya ialah watak-watak yang rata tanpa sisi dalam atau mudah kata 2D.

Tiada masalah dengan Kamellia yang sememangnya baik dan pemaaf (walaupun saya tidak berpuas hati sebab dia terlalu mudah memaafkan like has some dignity, girl) tapi saya tidak nampak di mana character growth yang Hannan kata di penghujung cerita. Sama sahaja pada saya.

Watak-watak lain ya ada character growth tetapi personaliti mereka yang kompleks tidak diterjemahkan dengan cukup mendalam. Mereka tak terasa hidup, hanya sekadar watak atas kertas.

Begitu juga dengan kimia atau chemistry hubungan atau cinta yang dilafazkan. Dia macam, ‘Eh, tiba?’ Ya, mereka berbual topik yang dalam dan berat, hati ke hati tetapi tiada jiwa.

Saya juga perasan gaya penulisan penulis seperti melompat dari suatu topik ke topik lain atau apabila watak berbual macam tak sync. Mungkin itu cubaan untuk wujudkan perbualan yang ‘understanding without saying’ tapi saya lebih banyak keliru cuba menghubungkan poin-poin. Ada juga ayat yang susunan mereka mengelirukan tetapi mungkin saya yang kurang cekap menghuraikan makna kerana tidak biasa dengan sastera dan puisi.

Walaupun seperti banyak yang keruh dari jernih, Yang Tinggal Hanya Kenangan membawa kelainan dari novel Iman yang lain (saya pernah baca 3 sahaja, jangan kecam). Buku ini lebih matang daripada watak dan penulisan tapi berisiko hit or miss. Untuk saya adalah yang kemudian.

Oh ya, bahagian kegemaran saya ialah momen Kamellia mengenang memori ibunya. Saya suka emosi yang terzahir daripada duka Kamellia, cukup hidup.

Terima kasih kepada penulis kerana membuat keputusan untuk menulis buku ini dan berterusan kembali ke papan kekunci untuk menyiapkan karyanya. Congratulations, you did it.
Profile Image for Wardah Puteh.
Author 4 books5 followers
May 27, 2014
Pemenang hadiah sastera ini menulis dengan bagus Sepetang di Kafe Biblioholic. Saya percaya beliau telah menulis dengan hati.

Kisah yang tidak klise, ada kejutan di sana sini. Banyak ilmu yang saya perolehi dan mendapati telah menghadamnya seperti mengunyah agar-agar.

Jikalau dilihat "bidang tujahan" penerbit buku ini, seolah-olah berkisar tentang cinta sahaja. Pun begitu, naskhah ini bukanlah bercerita tentang cinta yang picisan. Bahkan buku ini adalah naskhah ilmu yang boleh dibaca secara santai kerana langsung tidak membebani fikiran dengan fakta dangkal sukar hadam.

Tahniah buat penulis. Ternyata tulisannya sebaik puisi yang dikarang.
Profile Image for Hafizul Osman.
66 reviews3 followers
January 2, 2015
Aku suka minum teh tapi tidak menolak untuk minum kopi kerana aku meminati kopi putih yang berlemak dan sedap. Seperti mana Kamellia yang asalnya meminati teh sebelum berkabung terus dan menjadi peminat kopi. Cerita buku ini diadun baik, kemas dan menampilkan sesuatu yang baharu. Kalau anda begitu kepingin untuk menikmati kopi di kafe buku, nah dalam novel inilah tempatnya. Santai dan penih dengan kenikmatan menghadapi buku.

Dan, jika gadis bernama Kamellia ni berada dalam alam realiti, aku juga akan menjadi pesaing bagi merebut hatinya seperti Redza dan Umair. Kerana keunikan gadis itu.

Sepetang di kafe biblioholic, semua novel mengenai kafe yang menemukan cintanya di sana.
1 review
September 6, 2013
Membaca sepetang membuatkan saya terleka seketika, penulisnya berjaya membangkitkan aroma kopi dan teh.... Saya baca tatkala hujan turun.... memang feeling habis....
Profile Image for 'izzati Idris.
43 reviews7 followers
October 7, 2014
hujan.kopi.buku.

3 perkara kesukaan digubah indah menghasilkan 50 bahagian kisah yang mengasyikkan.mana mungkin aku tidak jatuh cinta? (:
Displaying 1 - 30 of 68 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.