Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sumpahan Saleha

Rate this book
Sebuah projek pembinaan jambatan yang sudah berpuluh tahun terbengkalai, membawa Edri dan kawan baiknya, Adam ke sebuah kampung di tepi Sungai Pahang.

“Encik Edri pernah melihat hantu?” tanya Encik Amin sekali lagi.

Edri tergamam. Sudah dua kali juga soalan itu ditanyakan kepada dia. Dia semakin keliru. “Apa kena mengena kerja saya dengan hantu, Encik Amin? Saya bukan Ghostbusters.” Dalam ketawa yang dibuat-buat, dia cuba berseloroh.

“Jawab soalan saya dulu.” Kali ini suara Encik Amin semakin garau dan dalam walau tidak sampai membentak.

Di dalam perjalanan menuju ke tempat yang dituju, kereta yang dinaiki telah rosak. Edri dan kawan serumahnya, Adam telah dibantu oleh dua orang gadis kampung yang bernama Saleha dan Murni. Di kampung itu mereka berdua dijaga dan dilayan dengan baik sehinggakan Edri dan Saleha jatuh cinta. Namun Hasan, pemuda kampung yang sudah lama mencintai Saleha menjadi penghalang.

“Kalau saya tak penggal kepala dia, saya bukan Hasanlah, nek,” jerit Hasan sebelum beredar.

Mampukah Edri menyelesaikan misteri pembinaan jambatan itu? Siapakah Saleha yang sebenarnya? Apakah cinta mereka ada kesudahannya?

542 pages, Paperback

First published January 1, 2012

3 people are currently reading
75 people want to read

About the author

Maria Kajiwa

61 books110 followers
Camellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
64 (64%)
4 stars
28 (28%)
3 stars
7 (7%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,126 reviews211 followers
July 17, 2025
dah tukar tajuk buku... F rasa cam nak start balik buku penulis tapi itulah F penakut 🤭🙈

Mati² ingat cerita ini kisah bunian rupa²nya roh yang tidak tenang ingin membalas dendam.

Bayangkanlah dah nak habis cerita baru sha dapat memahami apa yang terjadi pada mereka berdua, Edri & Adam.

Kisah mengenai rancangan membina jambatan di Kampung Durian Lima yang masih terbengkalai sejak 45tahun yang lalu menjadi misteri. Setiap pengawai bertugas yang dihantar ke sana hilang tanpa jejak. Yang peliknya fail berwarna biru pulang semula dengan sendirinya. Oh cuak sungguh F, berdebar² ingin mengetahui dan merungkai kisah misteri ini.

Dalam perjalanan ke kampung itu, kereta Edri rosak setelah dilanggar oleh kereta lain. Mereka bertemu dengan Saleha dan Murni dan 2 orang gadis sunti yang cantik molek membawa mereka berdua ke Kampung Durian Lima.


 photo b_zpsee6e8a23.jpg


Sewaktu mereka disitu, Edri & Adam tinggal dirumah bersebelahan dengan rumah Tuk Empat Manap, ayah kepada Saleha. Sepanjang mereka disana, beberapa kejadian aneh berlaku, jam tangan & kompas tidak berfungsi, penduduk masih menggunakan mata dolar yang berbeza dengan mata wang sekarang. Mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan cara hidup kampung.

Diatas layanan yang baik oleh keluarga Saleha, Edri telah jatuh cinta pada Saleha. Kedatangan mereka menjadi tanda-tanya. Keadaan memaksa Edri untuk berterus terang dan cadangan membina jambatan dipersetujui oleh semua kecuali Hasan yang mempunyai hati terhadap Saleha.

Hasan suka pada Saleha tetapi niatnya ditolak oleh Saleha. Hasan bersama rakan²nya mengatakan Edri membuat perkara tak baik terhadap Saleha. Tetapi penduduk kampung mengatakan Adam yang berbuat jahat dengan Murni.

Adam tidak mahu bertanggungjawab tetapi Edri memaksa. Edri mahu Adam mengahwini Murni dan Edri akan berkahwin dengan Saleha. Hasan berang. Lalu terjadi pengelutan dan menikam Edri.

Cerita ini tragis. Permulaan agak membosankan tetapi bila tiba bab kemuncaknya, cerita ini semakin rancak. Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari buku ini.

Jangan sekali² membuat jahat atau perkara tidak baik jika berada di kawasan orang. Masuk kawasan orang haruslah bersikap baik dan merendah diri.


 photo c_zpse262455c.jpg


Aaaahhh cerita ini buat F sedih pada ayat yang terakhir. Tersedu² F. Bangga dengan kasih sayang dan rasa cinta Edri terhadap Saleha.

" Petang itu sekali lagi, kereta Edri melalui jalan yang sama. Kali ini dia seolah² terlihat sebuah rumah di atas bukit. Di serambi itu, seorang gadis berdiri sambil tersenyum manis. Dia menekan brek lalu menoleh. Tempat itu kosong.

Air matanya bergenang. Dia sedar dia masih terperangkap di dalam kasih yang tidak bertepi. Dia masih merindui kasih yang pernah hadir di dalam jiwanya suatu ketika dahulu. Namun kali ini, dia bertekad untuk datang lagi meminang Salina. Sirih pinang akan tetap dibawa ke Kampung Durian Lima, kerana itulah janjinya kepada Saleha"



 photo c_zps9b954ab1.gif
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
489 reviews42 followers
April 14, 2023
Edri ditugaskan untuk menyelesaikan kes pembinaan jambatan yang tertangguh lebih 40 tahun. Dia ke Kampung Durian Lima dan tersangkut di sana angkara kereta rosak dan tiada yang pandai membaikinya. Tanpa sedar Edri dan Adam terperangkap di situ di sebuah relung masa dan sumpahan.

Mula-mula baca naskah ni rasa agak klise jalan ceritanya. Tersangkut di sebuah tempat. Jatuh cinta. Ada yang merah mata. Namun plot twist yang diberikan membawa nafas lain untuk cerita ini. Angkara kebejatan orang lain, orang lain pula yang menjadi mangsa.

Edri dan Adam memaparkan dua watak kontra yang memenuhi dunia ini. Yang suci hatinya dan ikhlas jiwanya. Dan juga yang menurut kata hati dan nafsu membimbing jiwanya.

Saleha gadis muda yang mendambakan cinta sejati yang tulus ikhlas. Bukan sekadar alat untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Namun secara realitinya ramai yang memanfaatkan orang lain untuk mendapatkan apa sahaja yang mereka inginkan.

Sememangnya naskah ini penuh dengan pengajaran yang boleh kita jadikan iktibar dalam kehidupan seharian kita. Sangat berbaloi untuk dibaca.
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews33 followers
September 7, 2013
Buat pertama kalinya aku membaca hasil tulisan beliau...pada mulanya agak keberatan hendak membeli, tapi bila dah membaca...ya!!!seperti ada magnet untuk terus melekat hingga ke noktah terakhir...

Tatkala membaca nota penulis "Ia hanyalah sebuah kisah CINTA yang perlu di hayati..."...terus mood aku down...alahaiiii novel cinta ke??? Tapi aku gigih juga mencari kekuatan untuk memulakan pembacaan...nasib baiklah Prolognya berjaya menggamit hati aku untuk meneruskan pembacaan...apatah lagi 10 Bab terawal...ada 2 Bab di selang selikan dengan watak tambahan Ahmad...siapa Ahmad??? jeng3...

Ia mengisahkan Edri yang di tugaskan untuk menyelesaikan masalah pembinaan jambatan yg terbengkalai selama 45 tahun bersama2 dengan rakan serumahnya, Adam...malang yang menimpa, mereka tersesat ke sebuah perkampungan di tepi Sungai Pahang...pelbagai kejadian pelik & misteri yang di hadapi oleh mereka berdua sehingga menggelirukan watak utamanya Edri...

Jika peminat2 RAM yang terpengaruh dengan Sunan...merentasi ke zaman Moden...manakala Edri pula merentasi ke satu era 60an...Gaya penulisan penulis sedikit tidak membosankan apatah lagi penulis bijak menghuraikan suasana yg terdapat pada era tersebut...terasa susasana kampungnya begitu dekat dengan jiwa aku...kekadang membuatkan otak aku berfikir....mereka ini berada di alam Bunian kah??

Ada kisah cinta yang terdapat dalam novel ini, tapi tidaklah meleleh2 seperti kebanyakkan Genre Romantik Thriller yang pernah ku baca...penulis juga menerapkan elemen persahabatan, kekeluargaan & nilai2 ketimuran di dalam novelnya...begitu juga dengan unsur humor...Tahniah buat penulis...memang berbaloi memulakan langkah pertama untuk mengenali penulis ini...

Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
March 18, 2013
Mula2 baca sinopsis belakang buku dalam kepala teringatlah cerita dulu2. Asal nak bina jambatan je mula lah keluar khabar angin budak2 hilang kepala. Masing2 dah takut nak keluar rumah...hehe. Sejauh mana lah kebenarannya...Wallahuaklam

Okey. Edri ditugaskan untuk menyelesaikan misteri projek pembinaan jambatan yang sudah 45 tahun terbengkalai. Ditemani kawan baiknya Adam, Edri pergi ke sebuah kampung di tepi Sungai Pahang, Kampung Durian Lima.

Di pertengahan jalan menuju ke Kampung Durian Lima , Edry dan Adam bertemu dengan Saleha dan Murmi dan membawa mereka menumpang dirumah Tok Ampat yang merupakan ketua kampung Durian Lima. Mereka dilayan dengan baik.

Suasana Kampung Durian Lima agak pelik. Terlalu daif berbanding dunia moden sekarang. Tiada bekalan elektrik, air dan macam2lah. Masa ni sy membayangkan Edry dan Adam kembali ke zaman masa lalu. Tp sebelum tu terfikir orang bunian. Keliru.

Rupa-rupanya ada kisah disebalik pembinaan jambatan itu yg menyebabkan ianya terbengkalai lama.
Profile Image for Emiko Salim.
100 reviews7 followers
May 15, 2013
Secara keseluruhannya, kisahnya menarik dan jarang kita jumpa dalam dunia penulisan bahasa kebangsaan kita.
Saya suka bila penulis menyentuh mengenai gaya hidup sekitar tahun 60an - satu zaman yang saya tak pernah lalui sendiri.

Misterinya boleh diterima akal. Tapi agak mudah memandu pembaca ke perbuatan yang syirik bagi saya jika pembaca tidak berhati-hati.

Sebuah naskah yang amat sesuai untuk difilemkan.
Profile Image for Mazila.
106 reviews14 followers
July 6, 2020
Pd permulaan pembacaan, aku ingatkan ini kisah ttg bunian. Tp aku silap. Dekat nak tamat baru aku faham yg ini kisah ttg sumpahan. Sumpahan roh yg tidak tenang krn demdam pd lelaki yg tidak bertanggungjawab. Roh yg akan memerangkap sesiapa sahaja yg mana hny lelaki yg ikhlas & jujur shj akan berjaya mengatasi sumpahan tersebut.

Ianya mengisahkan Edri yg ditugaskan utk ke Kg Durian Lima utk menyelesaikan kes pembinaan jambatan yg telah terbengkalai selama 45thn. Edri ke sana dgn ditemani oleh Adam, kwn serumahnya. Sblm ke sana, Edri & Adam telah mimpi yg aneh. Dan setibanya di sana pelbagai perkara aneh & misteri telah mrk alami. Mrk tak sedar, sbnrnya mrk berdua telah terperangkap di tahun 1969. Edri & Adam menumpang dirumah kosong disebelah rumah Tok Empat Manap. Edri jatuh cinta dgn Saleha, anak tok empat manap.

Overall, bagi aku novel ni best. Secukup rasa. Tambahan dgn elemen klasik yg dimasukkan. Kembali ke masa silam ditahun 1969. Cara kehidupan & gaya bahasa yg lain dr zaman moden. Pengunaan jamung, gincu kertas, lagu klasik dll yg dah tak diguna lg di zaman skrg. Knplah Edri & Adam tak pernah terfikir dorg terperangkap di masa silam sedangkan Wang kertas yg digunakan pun mmg Wang Lama. Hehe...

Highly recommended utk yg suka genre misteri paranormal. Byk pengajaran yg kita dpt. Dan kisah ini juga menerapkan erti persahabatan, keikhlasan & kekeluargaan yg sbnr.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,558 reviews41 followers
May 12, 2019
Penulis ini rasanya tidak lah berumur sangat, malah rasanya lebih muda dari saya. Namun, beliau menulis gaya seorang yang banyak pengalaman hidup. Cerita ini pun kalau dah mula baca, rasa nak baca dan baca lagi. Susunan yang sangat baik. Asas cerita, cinta yang suci tanpa dinodai oleh nafsu dan naluri lelaki yang tidqk reti bertanggungjawab atas perbuatannya dan erti sebuah persahabatan sejati. Rupanya Edri dan Adam bukan lah terperangkap di dunia orang bunian ya? Saya silap anggap sejak mula. Satu lagi nak tanya pembaca lain, memang duit yang diguna di Malaysia pada tahun 1969 ialah duit kertas "yang tertulis Board of Commisioners of Currency, Malaya and British Borneo. Warnanya pucar dengan lambang kapal layar. Nilainya (satu) dolar"?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aezra.
108 reviews16 followers
August 5, 2017
Sebuah cerita yang saya rasa cukup menarik. Zaman dahulu yang klasik. Maria Kajiwa berjaya menggarap Datang Pada Waktunya dengan baik. Cuma beberapa bab di perleraian cerita agak sedikit longgar kerana saya mengalami kekeliruan ketika membaca terutamanya pada latar cerita ini yang berbeza-beza.
Profile Image for Nadhiah Aida.
517 reviews27 followers
April 18, 2025
best ... tak tahu nak kata apa ...
tak slow pun ... just nice
persoalan terjawab bila nak akhir ...
memang tak sangka ...
Author 9 books5 followers
October 14, 2015
Tidak keterlaluan kalau saya katakan, naskhah Datang Pada Waktunya adalah yang paling saya sayang. Penulis berjaya membuktikan, walau tiada eleman seram yang melibatkan darah yang keterlaluan, tetapi berjaya menimbulkan rasa tertanya-tanya dan seram di dalam diri saya. Di akhir cerita, air mata saya menitik sebab Edry. Dan saya menunggu-nunggu naskhah sebegini di masa hadapan. Tahniah untuk Maria Kajiwa.
Profile Image for Mommy Farah.
363 reviews14 followers
January 20, 2017
terperangkap dalam masa silam akibat dendam seorang wanita.
berani dan bertanggungjawab kunci segalanya.
Profile Image for Noor Hidayah.
75 reviews6 followers
January 10, 2025
Disebabkan dah banyak membaca novel MK, aku ingatkan ini satu lagi naskah seram.. mula-mula nak baca macam takut juga. "sumpahan saleha.. ha sudah, mesti cerita puntianak nak balas dendam.. " huhuhu.. Makin lama baca makin menarik dan faham yang novel ni, cerita misteri je:

Menceritakan tentang Edri dan Adam yang ingin ke kampung Durian Lima untuk menyelesaikan kes pembinaan jambatan yang tertangguh selama 45 tahun.. Kereta mereka tiba-tiba mengalami kerosakan dalam perjalanan ke kampung tersebut. Mereka terjumpa Saleha dan Murni lalu mengajak Edri dan Adam untuk menumpang di rumah ketua kampung mereka.

Mereka melalui kehidupan kampung yang baik yang membuatkan mereka selesa di kampung tersebut. Tujuan sebenar mereka untuk mendapatkan persetujuan pemilik tanah untuk membina jambatan tetap diteruskan.

Cadangan pembinaan jambatan diterima dengan baik oleh penduduk kampung kecuali Hasan. Hasan merasakan Edri dan Adam satu ancaman kepadanya kerana penduduk kampung menyukai kedua pemuda tersebut termasuklah orang disukainya Saleha.

Saleha dan Edri saling mencintai. Begitu juga dengan Adam dan Murni. Namun, bagi Adam cinta berlandaskan nafsu telah merosakkan kehormatan Murni. Perkara ini di ketahui oleh Hasan dan mengambil kesempatan daripada perkara itu untuk menghalau 2 pemuda tersebut dari kampungnya.

Spoiler:
November 3, 2025
Karya yang ditulis < Maria Kajiwa > tidak pernah mengecewakan saya sepanjang membacanya, biarpun banyak karya beliau yang saya terlepas membelinya di atas sebab tertentu.

Apapun novel < Datang Pada Waktunya > adalah di antara novel kegemaran emak saya yang sudah dibaca sebanyak TIGA kali dan InsyaAllah di masa akan datang akan dibacanya lagi.

Saya baru sahaja membacanya sekali sahaja, beberapa tahun lalu dan sudah banyak terlupa mengenai jalan ceritanya(kecuali emak saya yang masih mengingatinya sampailah sekarang).

Cuma yang diketahui karya ini lain dari yang lain kerana pergi ke era yang berbeza, sebuah cerita yang menarik dan berbaloi dibaca. Tidak sia-sia membelinya, kemungkinan saya yang membelinya namun emak saya yang membacanya terlebih dahulu.

Saya sentiasa menantikan-nantikan karya seterusnya dari < Maria Kajiwa > dan berusaha mengumpulkan kesemua novel penulisan beliau di amsa akan datang. InsyaAllah..
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
October 15, 2018
SELESAI.....

Naskah yang sangat mendamaikan hati. Menenangkan perasaan. Banyak scene yang buat aku gelak ketawa beria dan membuatkan aku senyum senyum sendiri. Tak kurang hebat juga pengajaran yang boleh diperolehi dari karya ini.

Ya, naskah ini betul betul buat aku terkesan. Berbaloi pencarian aku selama ini. Pada aku, karya ini karya paling hebat dari Kak Maria. Terima kasih kak kerana mampu membuatkan saya terbuai buai dengan keindahan suasana di Kampung itu. Peluk naskah ini kuat kuat dan simpan dalam peti besi.

PEACE!
Profile Image for Edi Rozaidi.
137 reviews
November 18, 2024
Novel ini lebih ke arah tema cinta. Walaupun tak berapa banyak. Lebih kepada kisah seharian Edri dan Adam di Kg Durian Lima terperangkap dalam relung masa.

Terasa terlalu lama membaca kisah aktiviti harian tetatpi tidak apa-apa jadi. Nasib ia tidaklah mendatangkan kebosanan yang ekstrem. Sebabnya, di hujung cerita baru ada plot2 yang mengujakan berlaku.

Dalam 200 lebih muka surat tiada apa-apa misteri atau yang menarik sangat berlaku.

Apa-apa pun, endingnya agak rushing.
Profile Image for Shi Mediorilize.
21 reviews
January 23, 2022
Jalan cerita luar biasa.
Buatkan pembacaan Kali ni tertanya-tanya.
Namun, pengakhirannya amat memuaskan hati.
Terbaik, Puan Maria . 💕👍
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 10 books53 followers
January 26, 2023
Pertama kali baca karya Kak Maria Kajiwa. Memang puas hati dari banyak segi. Tunggu free, aku bagi review panjang.
100 reviews3 followers
Read
April 16, 2023
Notauntukku

Cerita Merentas zaman.walau ada lompong tapi seronok dibaca.
Profile Image for Haliza.
81 reviews
January 3, 2017
tamat pada 21:01pm

DATANG PADA WAKTUNYA ~ Novelis Maria Kajiwa

Novel nie dh biasa sy nmpk dulu, tgk jer aduhai mest genre romantik punya. Baru2 nie sy terbaca komen2 di FB yg bercerita mengenai betapa menariknya novel nie. Jd sy yg glerkn cte2 yg suspen, misteri, seram n thriller nie terujalh mencari. Mmg pyh nk dpt n alhamdulillah dipermudahkn.

Pd awalnya sewaktu Edri masih kecil pun sudah menjdkn sy teruja utk terus membaca, wlupun kisah kwn Edri di kg, yg hanya dia jer lihat tu tergantung jer kt situ.

Di sbbkn misteri cter nie dh diuar2kn tu yg yg membuatkn sy x senang duduk nk habiskan novel nie. Misteri nie bermula apabila setiap org yg dihantar menyiasat sebuah projek jambatan terbengkalai tu hilang mcm tu jer tanpa dpt dikesan.

Edri pulak terpilih utk menyelesaikan masalah tu. Edri pergi bersama kawannya Adam dan sepanjang dia menerima fail biru yg akn blik semula selepas org yg menerimanya hilang, bermcm dugaan yg dia terpaksa hadapi. Setelah mereka masuk ke jln lama yg menghala ke kg tersebut kete mereka mati di tgh jln dan dr situlh bermulanya segala benda yg pelik n misteri.

Apakah terjd kpd nasib mereka, berjayakh misi Edri, ikutilh perjlnan mereka ke Kg Durian Lima kerana sangat byk misteri n suspen ketika mereka berada di sana. Jangan terperanjat jika mereka seperti melalui relung masa. Selamat Jalan.

"Berani bkn setakat berani melawan, Berani menerima, Berani Bertanggungjawap"

#fajarpakeer
#datangpadawaktunya
#mariakajiwa
#misteri
Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
March 7, 2017
Saya tak pasti buku ini dalam genre apa.
Nak kata seram or hantu, rasanya bukan.
Misteri pon ada gak.

Saya enjoy membaca cerita ini...
Gaya tulisan yang menceritakan suasana zaman dahulu.. 60-an begitu teliti, details. Seolah2 saya juga berada pada masa tersebut.
Tekak pula terasa2 kesedapan kuih yang diceritakan.. Keindahan kampung walaupun terlalu mundur.

Pengakhiran yang tak disangka2kan walaupun pada awalnya terdetik sesuatu.. Dalam hati mesti dah termasuk dalam alam bunian yang perjalanab masanya perlahan. Rupanya saya silap..

Tahniah buat kak Novelis Maria Kajiwa atas naskah yang simple tapi banyak yang boleh kita pelajari..
Profile Image for Liebe Schatz.
72 reviews5 followers
November 19, 2014
Sememangnya saya tau Penulis Puan Maria Kajiwa terletak di ranking nya yg tersendiri. Dan seperti DATANG PADA WAKTUNYA juga. Terletak di kelasnya yg tersendiri.

Pada awalnya saya menyangkakan novel ini sebuah cerita seram. Cerita hantu. Salah.
Suku pembacaan saya menyangka watak utama terperangkap didalam terowong masa. Salah juga. Rupa-rupanya mereka terperangkap didalam sumpahan.

Membaca kisah Edry yg mempunyai sikap rendah diri yang teramat, Adam yg gemar berliburan dan Saleha yang tidak putus asa memburu cinta sejati. Berpusar pusar di dalam relung keliru. Keliru dek zaman. Keliru dengan prasangka.

Tiada apa yg boleh dipertikaikan dengan penulisan Novelis. Kelancaran bercerita, kesinambungan cerita yg menarik, ayat2 yang cantik, manis dan indah... benar2 menunjukkan penulis amat berpengalaman dan berpengetahuan. Tentu banyak research diperlukan untuk menghasilkan sebuah cerita yg bukan di zaman kita sendiri.

Dipenghujung penceritaan ada terselit rasa seram namun lebih ditenggelami oleh rasa sayu. Cinta yang tidak kesampaian amat meruntun rasa. Menyintai bukan bermakna memiliki.

Tahniah penulis untuk sebuah cerita yg menghiburkan. Dan membuka minda kita untuk lebih menghargai tunjang akar kita sebagai org Melayu yg halus budi bahasanya.



Profile Image for Ida Ra.
Author 8 books13 followers
Read
January 24, 2017
Banyak-banyak buku kak Maria Kajiwa, ini yang saya terlewat baca.
Okey, saya memang suka gaya penulisan kak Maria. Plotnya laju membuatkan saya tak boleh letak buku ini. Penceritaan yang sangat menarik. Watak dikembangkan dengan baik. Membaca buku ini nembawa kita ke zaman dulu di mana adat resam dan budaya Melayu sangat kuat. Dari segi kehidupan, makanan, perkahwinan, budaya, pencak silat dan sebagainya. Peranan Tok Empat Manap sebagai pemimpin sangat kuat. Bagaimana pun buku ini ada sinis terhadap orang muda yang malas bekerja dan belajar. Nek cu berharap dapat ke sekolah dewasa kerana mencintai ilmu sedangkan anak-anak muda seperti Hasan dan Saad tidak mahu belajar sebaliknya berkumpul dengan kawan-kawan dan membuang masa malah tidak mahu menerima perubahan di kampungnya.
Pengakhiranya sangat luar biasa. Membuatkan kita belajar iaitu setia, jujur dan cinta itu perlukan ketulusan.
Menariknya penulis juga memupuk semangat kekitaan dan majmuk di kalangan bangsa lain dalam novel ini.
Walaupun hanya sebuah jambatan, Edri dan Adam belajar sesuatu dalam pengembaraannya. 4/5 bintang
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
February 10, 2016
baca since last year, tapi tahun ni baru sempat nak habiskan.

Apa yang boleh dikatakan?
Awesome!!
Garapan yang baik, olahan cerita yang ringkas tapi menarik, plot yang baik & yang penting ending yang tak dijangka.

Pelbagai andaian di buat sepanjang pembacaan, nyata meleset apabila tiba ke hujungnya.

Tahniah kak maria!
Profile Image for Nuur Syahidah.
160 reviews
November 24, 2016
sebenarnya mengalami sindrom 'ayat ulangan' jika mahu membaca penulis yang sama, tapi nampaknya setelah membaca dua buah buku MARIA KAJIWA ,PUJA dan LENGLOI, sebelumnya, ternyata penulisan beliau memang berbaloi dibaca! TAHNIAH kepada penulis.
Author 2 books29 followers
July 10, 2013
novel kedua daripada penulis Maria Kajiwa yang i baca.Buku ini sangat menarik,memang susah letaklah sebab nak tahu sangat misteri yang berlaku di tempat tu.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,533 reviews1 follower
April 21, 2017
Karya yang ohsem dari penulis.. Berani itu bukan setakat berani melawan tetapi juga berani menerima dan berani bertanggungjawab.
Displaying 1 - 27 of 27 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.