Jump to ratings and reviews
Rate this book

Meow! Kau Curi Hatiku

Rate this book
Seorang hantu kucing. Seorang lagi pembuli kucing. Apabila kedua-duanya bertembung, huru-haralah jadinya. Aik, pasal kucing pun nak bergaduh ke?

“Eh, yang encik duk tengok saja kucing tu kesakitan, kenapa? Tolonglah dia.”
“Kucing tu dah tak lama dah tu. Biar ajelah dia mati kat situ. Rim kereta aku ni, kau tak nak tanya pulak teruk ke tidak tercalar kena divider.”
“Encik dah langgar kucing tu, lepas tu encik tak mahu bertanggungjawab pulak?”
“Dah dia melintas tak tengok kiri kanan, kau nak salahkan aku pulak? Kucing nilah yang salah. Sepatutnya, dekat jalan raya macam ni mana boleh melintas. Kalau nak melintas jugak, pergilah melintas kat zebra crossing sana. Guna aje lampu isyarat yang dah ada tu.”

Tapi biasalah... dalam duk bergaduh macam tu, lama-lama jatuh suka juga. Masalahnya sekarang, si pembuli tu dah ada buah hati, Bella. Si hantu kucing pula single and available tapi, kena paksa kahwin oleh ayahnya dengan duda bertaraf pak cik ala-ala samseng Kampung Dusun, Haji Ripin.

Aduh! Gawat macam ni. Antara Bella dan Husna, Naim suka kedua-duanya. Dua-dua ada persamaan. Hantu kucing, gila kucing dan sayang kucing. Tapi, siapakah yang berjaya curi hati dia yang sangatlah takut kucing? Semuanya sebab pada satu masa dulu!

Antara Naim dan Haji Ripin, Husna lebih sukakan Naim tapi dia tak tergamak merampas hak orang. Haji Ripin pula, err… langsung tak masuk dalam tastenya. Bak kata Naim kepadanya, “Kalau kau nak kahwin pun, kahwinlah dengan orang muda macam aku ni. Pilihan ayah kau tu, macam dah tak ada stok lelaki muda kat dalam dunia ni. Teruk betul cita rasa dia.”

Pening! Semuanya tersepit dan tak jumpa jalan keluar. Adakah Naim reda jodohnya dengan Bella? Tercapaikah hasrat Haji Ripin hendak memperisterikan Husna?

“Jadi, jawapan muktamad aku, aku hanya akan kahwin dengan perempuan yang aku sayang aje. Kau tahu kan siapa perempuan tu?

517 pages, Paperback

First published May 1, 2014

3 people are currently reading
32 people want to read

About the author

Reeani Annur

13 books20 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
8 (25%)
4 stars
20 (64%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
3 (9%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
June 17, 2014
Kisah yang santai dan buat saya tak kering gusi dengan gelagat Naim Naquiddin dan Nurul Husna.

-mereka bertemu kerana kucing
-mereka bertemu dan kerap bertemu secara kebetulan pun kerana kucing
-mereka selalu bergaduh kerana kucing


Naim seoarang lelaki yang memang takut kucing 'tahap tak tahu nak cakap apa dah', bukan sahaja takut, dia memang sungguh-sungguh tak suka pada haiwan kesayangan yang bernama KUCING. Tapi apa kan daya Naim tak dapat nak mengelak sebab kekasih hati dia Bella seoarang peminat kucing. Jadi suka ka tak suka ka terpaksa la terima. Bella ni selalu minta tolong Naim ambilkan kucing dia bawa balik rumah dia sebab Bella ni sibuk sikit dengan kerjanya. Terpaksa la Naim ni turutkan, bila hati kata sayang semuanya pahit sanggup Naim telan . Huhuhu.

Pertemuan pertama Naim dan Husna, bilamana Naim tak sengaja terlanggar seekor kucing dan pada masa yang sama Husna melalui jalan tersebut. Terus Husna minta Naim bertanggungjawab untuk hantarkan kucing tu ke klinik haiwan. Tapi Naim ni memeng ego tak mahu nak buat amal jariah. Fuhhhh memang anginla Husna terus ja masuk dalam kereta Naim. Walaupun dia tak kenal Naim. Dia nekad, dah tak peduli apa yang akan terjadi. Yang penting kucing tu dapat diselamatkan. Naim pula tak terkata apa-apa, terus ja ikut arahan Husna.

Disni la bermulanya kisah mereka bilamana Naim meminta tolong Husna, uruskan 2 ekor kucing kesayangan si kekasih hati. Sebab 2 ekor kucing ni perlu mandi, makan dan tidorkannya. Amboi istimewa betul kucing 2 ekor ni. Siap diselimutkan lagi. Pula tu siap kena dodoikan mereka. Memang la Naim ni tak sanggup nak buat. Jadi Husna sajala harapannya. Lagipun Husna ni kira dah bayar hutang budi dia la sebab tadi Naim tolong dia hantarkan kucing yang dilanggarnya. Jadi sekarang giliran Husna pula.

Selepas kejadian tu, macam-macam pekara yang berlaku, mendekatkan lagi Husna dan Naim. Sehingga satu saat Naim dah rasa lain pada hati dia. Dia dah jatuh hati pada Husna. Dalam masa yang sama pula dia ada Bella. Husna pula ada rasa yang sama macam Naim. Tetapi dia tak akan rampas hak milik orang lain. Dalam masa yang sama Husna pula telah diminta oleh ayahnya untuk terima Hj. Rippin rakan sebaya dan merangkap teman baik ayahnya untuk dijadikan suami. Adoila... macam mana la ayah Husna ni boleh nak terima orang yang sebaya dengan dia jadi menantu. Ni Hj. Rippin punya pasal la pandai bodek. Nasib ada mak Husna yang tak sokong cadangan ayah Husna. Tapi apa boleh buat bila ayah Husna dah nekad. Haru sungguhla....

-Apa yang akan terjadi pada hubungan Naim dan Bella
-Apa akan terjadi pada Husna.
-Adakah Husna akan terima cadangan ayahnya.
* Jawapanya semua ada dalam novel ni.

~~siapa yang minat tentang kucing pasti akan suka baca novel ni.
~~suka watak Naim yang suka berterus terang cuma bila dengan Husna bahasa dia memang selalu sakitkan hati Husna.

Tahniah buat penulis untuk buku terbarunya. Terhibur baca buku ni
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 19, 2014
cerita yang comey.. hahaha.. suka la sangat watak2 tyme husna ngan naim. nampak sweet jer walau gaduh2.. i lioke. rasa cam depa are jodoh made from heaven. compatible for each other. suit for any discrepancy. ngeeeeee.. i lioke mucho... and that haji ripin. padan muka dia.. serve him just right.. cit!
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
August 26, 2014
jln citer yg menarik...yg suka kucing bertemu yg alerggi kucing...mmg haru tp klu dah jodoh mmg tak terelakkan!
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
November 1, 2016
Novel ni buat saya teringatkan novel dari Acik Lana. Persamaan hanya kucing, jalan cerita yg berbeza. Kedua2 novel ini ada tarikan dia tersendiri. Yg best kedua2 watak utama dari kedua2 novel ini mmg sweet. Cuma pada awal cerita ini ada sedikit rasa jengkel dengan sikap Naim.

Cara pertemuan Naim dan Husna macam kucing bercakaran. Ada saja Naim mengenakan Husna. Laser tak sudah dan rasa seperti dia memandang rendah tentang tahap education Husna. Hampir setiap hari juga mereka bertemu disebabkan kucing hingga buat Naim ternanti2.

Bella
Bila digenggaman tidak menghargai. Lamaran ditolak sebanyak 5 kali. Ingin membina kerjaya terlebih dahulu dan tidak yakin dengan perasaan sendiri. Mencari kekasih hati, Naim, hanya sebab kucingnya saja. Mementingkan diri. Hingga Naim berpaling arah baru terkejar2. Tak tahap kroniklah. Rupanya, Bella baru sedar dia cintakan Naim dan amat memerlukannya. Pendapat saya, 3 tahun memadu kasih tapi masih sangsi dengan perasaan sendiri, buat kelakar dan buang masa sahaja. Habis selama ni apa? Kata2 seperti I love u and sayang, kosong belaka? Kesetiaan itu untuk apa juga? Naim dipergunakan ke? Grrr!!

Husna
Pelik dengan dirinya yg tak pernah berpaling dari membantu Naim yg tak dikenalinya. Walau keberatan, tetap dihulurkan bantuan. Lama kelamaan cinta berputik dan tidak bertepuk sebelah tangan.

Naim
Dari pertemuan pertama dengan Husna, dah terlebih 'mesra alam', in term of dialog. Mulut longkang. Sentiasa memberi arahan dan me'laser' dalam keinginan meminta pertolongan. Tidak perlu berpura2, menunjukkan keburukkan dan kelemahan diri.
Bila bersama Bella si kekasih hati, pijak semut pun tak mati. Tapi dia yg makan hati. Sentiasa menjaga tingkah dan percakapan agar si dia tak berkecil hati.

Bila hati mula berbolak balik, perbandingan dilakukan..
Husna yg menyenangkan harinya, Bella yg menyusahkan dirinya tak dikira masa.
Husna yg selalu mendahulukan dirinya, Bella yg sentiasa membelakang dirinya.
Husna yang sentiasa beralah, Bella yang sentiasa mencabar kesabarannya.

Suka dengan gandingan these two characters. Tak ego dan berpura2. Everything as per outlay.

Curangkah Naim kerana telah jatuh hati dengan Husna? Entah bab ni, saya pun susah nak cakap. Kesabaran orang ni bertahap2. Bukan hati tidak setia pada Bella tapi dah semakin tawar. Keputusan sudah bulat. Hubungan bersama Bella perlu diputuskan.

Extra
Haji Ripin duda tua kampungnya yg kaya, menjadi duri dlm hubungan bapa dan anak. Umur dah 50+, ingin menjadikan Husna isterinya tapi dibantah keras oleh Puan Milah dan Husna. Husna melarikan diri tapi dapat dijejak oleh orang tua tak sedar diri. Kerana cemburu akan Naim, hilang pertimbangan diri..Haji Ripin hampir sahaja memperkosa Husna. Kegagalan buat dia menabur fitnah kepada si ayah. Akhirnya menemui kematian yg tragis.
_____________________________________

Character tak ada dalam novel ini.

Mana abang dan kakak Husna..Taufik dan Lela..
Hanya nama sahaja disebut tapi tak pernah dengar khabar atau tunjuk muka dikampung je. Even bapa masuk hospital pun hanya Husna dan ibunya sahaja yg menemani. Serasanya Husna mcm anak tunggal pulak. Dari awal hingga akhir NIL.
Walaupun novel ini lebih memberi konsentrasi dengan perkembangan Husna dan Naim, tapi bila dah namanya adik beradikkan, mana pergi mereka berdua seolah2 tidak wujud langsung dalam cerita ni..if that's the case might as well dont write about them at all. Sekurang2nya, watak tambahan Doktor Haikal dan Razi ada juga kita tahu.


NLB
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.