Azhar Ibrahim menghimpun makalah-makalah berkenaan para inteligensia khasnya dari sudut gagasan pemikiran yang mereka bawa. Pertemuan dan perkenalan beliau dengan mahaguru, sasterawan dan budayawan menginspirasi untuk mengenali kelompok ini dengan lebih lanjut sehingga dikumpulkan menjadi sebuah buku yang sekarang berada di tangan anda.
Hal ini agar termaklum bahawa golongan intelektual/inteligensia adalah kelompok yang penting dalam setiap masyarakat kerana mereka menjadi obor pencerahan, pengaju keadilan dan penyeru kepada perubahan dan kemajuan. Masyarakat yang terkebelakang mungkin dapat memecahkan belenggu masalah sekiranya ia memiliki kelompok intelektual berfungsi, yang tentunya didukungi oleh kepimpinan negara yang bervisi dan beretika.
Azhar Ibrahim, PhD. is a visiting fellow at the Department of Malay Studies National University of Singapore (NUS). He obtained his PhD., MA, from the same department in 2002 and 2008 respectively. His dissertation focused on the humanism and intellectualism among Malay literary intelligentsia while his MA thesis dealt with the study of religious orientations as reflected in feudal Malay society and its continuities in the present. He majored both in Malay Studies, and Southeast Asian Studies at undergraduate level. He has been a Lecturer for almost ten years at the National Institute of Education, (NIE) Nanyang Technological University, teaching classical and modern Malay literature, sociology of the Malays, as well as Islamic intellectual traditions and civilization. At NIE he also co-teach multiculturalism and critical pedagogy. His research interest includes sociology of religion, sociology of literature and critical literacy, and the Malay-Indonesia intellectual development. Currently he is pursuing his post-doctoral research at the Faculty of Theology, University of Copenhagen, Denmark for (2009/2010), and later at Temple University, USA (2010/2011) under the NUS Overseas Postdoctoral Fellowship. His postdoctoral research focuses on Social Theology in Muslim Southeast Asia: Trends and Challenges, and the Theology of Dialogue in Malay-Indonesian Societies: Prospects and Impediments. He has co-edited and published widely in Malaysia and Indonesia.
Motif bacaan aku adalah semata-mata untuk meneliti penulisan prosa moden yang terkandung di dalam buku ini. Di samping mengenali pesan-pesan utama yang dibangkitkan cendekiawan-cendekiawan Melayu sepanjang era moden.
Markah 5 bintang diberikan atas dasar itu. Kendatipun idea-idea yang cuba disuguhkan oleh penulis tidak kurang sengatnya. Beliau menyeru -antaranya- kepada pemanfaatan sains sosial di dalam membawa idea-idea emansipatif dan liberatif dalam kalangan masyarakat Melayu. Menggarap pendekatan sains sosial di dalam mempermasalahkan fenomena-fenomena masyarakat bukanlah bermakna seseorang itu mengambil posisi pemerhati sahaja dengan beralasan agar pemerhatian dan dapatannya kekal 'objektif' dan 'saintifik'; sebaliknya dengan mengikrarkan kepemihakannya membolehkan beliau menghayati rasa kebersamaan dengan masalah-masalah yang melanda marhaen sekaligus membolehkannya menawarkan solusi-solusi yang berpijak di bumi nyata.
Justeru, penulis di akhir kalamnya menegaskana bahawa sastera sebagai wahana utama yang mengungkap realiti semasa masyarakat perlu diberdayakan dan mengedepankan wacana-wacana yang hakiki. Bukan tujuan terbesar sastera untuk sibuk dengan bahasa-bahasa taman, dan lenggok-lenggok bahasa. Sastera perlu bergerak menjadi lebih daripada cermin yang sekadar menayangkan hal semasa. Atau jika dilanjutkan analogi itu, sastera haruslah menjadi sekurang-sekurangnya cermin yang ketika mana ia menjelaskan realiti kehidupan, ia juga memantulkan cahaya ke lorong yang sebelumnya gelap; menerangi jalan keluar yang harus ditempuh.
Sekiranya dicermati tema-tema yang dibangkitkan di dalam buku ini, aku kira ia adalah suatu penulisan yang ditujukan kepada para cendekiawan dan sarjanawan lebih daripada kepada orang awam.
Tinjauan ringkas penulis kepada cendekiawan-cendekiawan Melayu dari Munshi Abdullah, Tuan Simi sehingga kepada Keris Mas, Rustam Sani dan Syed Hussein Alatas tampak sedikit sintetik di mata aku. Tidak keterlaluan untuk aku gambarkan bahawa individu-individu tersebut menjadi leitmotif sahaja bagi penulis untuk mengusulkan ideanya yang tersendiri.
Ini boleh dilihat daripada penyenaraian A Samad Said di dalam buku ini, yang mana peran sastera yang dimainkan oleh beliau, tiada boleh dibingkaikan lewat kerangka sastera emansipatif yang dianjurkan oleh penulis. Tambahan pula kriteria sastera emansipatif yang seharusnya bebas dari esensialis dan elemen partikularistik yang diletakkan oleh penulis jarang sekali dipenuhi oleh cendekiawan-cendekiawan Melayu tadi. Umpamanya stereotaip kaum Cina sebagi golongan yang tamakkan harta dan pantang menghidu peluang dsb wujud dengan nyatanya di dalam karya-karya cendekiawan itu tadi. Begitu juga kritikan ke atas pemikiran dogmatik keagamaan yang diusungkan oleh novelis Abdullah Hussain sekadar membawa satu lagi hegemoni agama yang baharu yang berjenamakan revivalisme namun sebenarnya cenderung puritan.
Walaupun begitu aku senada dengan penulis bahawa kita haruslah menerima karya ini sebagai sebahagian daripada lembaran sastera dan bagasi sejarah yang diperwariskan kepada kita; kerana itu sikap yang lebih aula diambil oleh kita adalah hormat-kritis terhadapnya dan melangsungkannnya di dalam gerak daya yang lebih kontemporari dan membumi.
“Izinkan kita menggunakan analogi azan. Kita semua maklum bahawa azan sebagai suatu praktis keagamaan tetap bergema sejak dari Bilal r.a. dipilih Rasulullah saw melaungkannya sehinggalah ke hari ini. Azan adalah "religious presence" yang tidak dapat dikalah dan disenyapkan.
Nada kesaksian (pengakuan akidah mempercayai Tuhan Yang Maha Esa serta keRasulan Muhammad) anjuran, peringatan dan harapan, semuanya terkandung dalam azan. Ia bukan saja dilaungkan pada masuknya setiap waktu solat, juga dikala suka dan duka umat Muhammad. Meskipun mungkin banyak yang tidak menunaikan solat tadi, azan tetap akan berkumandang, tanpa takut, tanpa segan dan tanpa ragu.
Inilah simbol kehadiran, kesungguhan dan harapan ("religious presence"). Dan harapan dari praktis agama inilah yang akan menguatkan kita yang mahu menggerakkan visi profetis ( visi keRasulan ) bagi melawan nyahkemanusiaan (de-humanization ) , dengan kesaksian kita untuk bertakwa kepada Tuhan Yang Maha Esa.”