'Pujuklah Hati' mengajak, memujuk dan menasihati kita agar memujuk hati dalam setiap tindak-tanduk dan pertarungan emosi antara positif dan negatif ke arah menundukkan jiwa kepada-Nya. Kisah berselang puisi ini diadun rapi dengan kias dan tamsilan daripada kisah yang pernah dilalui oleh penulis sendiri, sebahagian anggota masyarakat, sirah, pengertian hadis dan ayat-ayat suci al-Quran menjadikan nasihat dan pujukan halus ini dengan mudah menelusuri naluri si pembaca yang sedang bergelodak dengan pelbagai rasa. Memang tidak dapat dinafikan kita yakni manusia, sering tewas dalam mengawal emosi dan memujuk hati. Namun, ia tidak boleh dijadikan alasan kerana ada Allah bersama kita. Mengadulah kepadanya, insya-Allah hati yang gundah boleh segera terpujuk.
Apa jua ujian yang melanda kita, bawa hati kembali kepada Allah dan lihatlah bagaimana dengan cepat kadar tekanan kita berkurangan!
Alhamdulillah.... Saya memulakan 2016 dengan akhirnya menamatkan buku ini untuk kesekian kalinya....
Sejujurnya telah lama saya menamatkan pembacaan tapi tidak terupdate2 sebab tabiat saya... kalau dah update nanti, terus masuk rak dan tak pandang2 dah. Biasalah.... pengeluaran buku2 yang terlalu banyak hingga tak tercapai dek tangan... apetah lagi dek minda yang serabut dgn urusan harian.
SAYA SAYANG BUKU INI. Bukan suka ya... tapi sayang. Di saat saya berada di dalam keadaan yang tidak pernah saya bayangkan, buku ini telah banyak mengajar saya tentang sabar. Tentang redha. Tentang ketenangan yang tidak mungkin saya perolehi sekiranya saya tidak yakin dengan percaturan Allah.... Alhamdulillah.... buku ini telah menarik saya keluar dari gaung kesedihan... kekesalan... kelemahan.
Buku pertama dari penulis ini telah saya kategorikan sebagai merawat penyakit hati.... Buku ini pula saya kategorikan sebagai pemupuk semangat dan pembajaan jiwa tenang. Saya bersyukur di saat saya dalam kegelapan.... buku ini memberikan sinar harapan kepada saya.
Sesungguhnya penulis ini bertuah kerana telah dikurniakan bakat yang begitu besar oleh Allah kepadanya sehingga setiap coretan sampai ke lubuk hati saya.
Terima kasih Bonda Nor kerana perkongsian yang sangat2 indah ini... Maaf akak terlambat untuk mendapatkan buku2 adik yang lain tapi buku ini will always be my favourite....
Suka sekali dengan untaian puisi di setiap bab. Saya tidak pernah sukakan puisi sebelum ini tetapi kini sudah mula berjinak-jinak membacanya. Terima kasih atas karya yang bagus ini. Padan benar dengan tajuknya ^_^
Mood menulis resensi sudah terbang. Buku catatan saya hilang. Haih.
The first thing that came to mind just after reading a couple of pages from this book... This reminds me of Yasmin Mogahed! Kedua-dua penulis; Yasmin dan Bonda Nor mempunyai jiwa yang lembut dan nasihat yang dalam hingga menusuk ke kalbu. Tapi bagi saya, Bonda Nor lebih istimewa kerana mungkin bahasanya lebih kena pada jiwa saya.
Bahasanya santai dan ringkas tetapi sungguh dalam! Nasihat-nasihat Bonda Nor yang dititipkan dalam buku ini membuatkan saya menitiskan air mata dan juga menangis teresak-esak. Setiap bahagian ada cerita yang sangat berkait rapat dengan diri ini. Ini membuatkan saya terpana akan Bonda Nor kerana saya merasakan dia mempunyai pengalaman yang sangat luas dan berharga sekali.
Bonda Nor juga mengingatkan saya tentang guru saya sendiri - caranya mendidik manusia sesama - menegur dengan lembut dan berhati-hati namun tegas dan berisi. Sungguh beruntung sekali sesiapa saja yang berkawan atau yang mengenali insan-insan seperti mereka dengan lebih dekat lagi. Teguran mereka semuanya teguran sayang. MashaAllah.
Manusia biasa seperti kita biasanya amat sukar untuk menerima nasihat terutamanya dari orang yang terdekat. Benar, mungkin nasihat lebih baik diberikan saat kita bersendirian. Namun, buku ini mungkin boleh menjadi pengganti diri saat kita ingin memberi nasihat pada sesiapa sahaja. Terkadang ada hati yang sangat keras sekali menerima nasihat. Mungkin bila mereka membaca buku ini dapat melembutkan hati mereka... Apapun, semua jenis teguran dari Allah SWT jua.
Saya sangat bersyukur sekali kerana dapat membaca 'hadiah' dari ilahi. Sungguh, hadiah yang tak ternilai harganya. Terima kasih, Bonda Nor atas hasil nukilan murni saudari. I could never thank you enough. I will keep reading it from time to time as reading it once is not enough. Jazakillah khairan kathira! <3
Ini yang pertama utk siri pujuklah hati tapi jenis aku tibai je x ikut turutan mana nk baca dulu beli utk buku motivasi mcm ni ok laa nak buat mcm tu novel jgn😅 Sekian kalinya buku @bondanor mmg tak disangkal best. Ayat2 dlm ni seolah sedang berborak dengan hati. Buat kita berfikir,flashback spjg hidup kita dgn segala ujian yg dilalui. Ayat pujukan dr hati sungguh jatuh ke lubuk hati.😊
Mulakan tahun 2019 dengan siri pujuklah hati Bonda Nor. Baru baca beberapa bab, dah terasa dipujuk hati ini. Alhamdulillah. Tahniah Bonda Nor atas penulisan yang sangat mudah difahami dan berjaya sampai ke hati pembaca :)
Ini buku pertama saya baca karya Bonda Nor. Penulisan yang santai mudah difahami. Penceritaan yang dinurkilan sangat dekat situasi yang kita alami dalam hidup.
Buku ini saya baca di saat hati saya sedang berduka lara. Menjadikan setiap poin di dalamnya begitu menyentap rasa. Lalu menangislah saya.. Tak apa Sebab in a way, the tears cleansed my hurt away Dan bermulalah episod saya menjadikan kata-kata penulis sebagai mantra Hati kita dipegang olehNya Jagalah ia agar ia tidak tersasar Kerana jalan yang diberikan sebenarnya sangat mudah Selagi kita berpegang pada hati yang sentiasa memaafkan, sentiasa meredhakan Pujuklah hati kita agar selalu bersabar Pujuklah ia agar tidak cepat menyalahkan Pujuklah ia selalu dengan sentiasa ingat kepadaNya Sesungguhnya hidup ini mudah sahaja Jika kita semua berlapang hati Dan hidup dengan tidak menyalahi atau membenci
buku yang mampu memujuk hati yang bergolak, menggesa kita dengan lembut untuk berdamai dengan qada dan qadr. Hidup satu perjalanan yang panjang demi mengumpul bekal untuk dibawa pulang ke kampung akhirat.