Usrah ini semua poyo! Sepanjang pembacaan saya, saya cuba perkaitan perkataan poyo itu. Poyo dari sudut peranan naqib atau naqibah. Daie yang perasan terkenal, perlu sentiasa baik dihadapan mad'u, dan penulis tidak lupa untuk "highlightkan" bahawa Daie juga merupakan seorang manusia biasa, bukan robot yang tidak melakukan kesalahan. Perlu diingatkan jangan terlampau mengharap pada "first impression" bahawa naqib/naqibah itu hebat fizikalnya, punya aura, lengkap serba serbi kerana yang paling penting adalah tarbiyah ilmunya dan tidak perlu merasa tipah tertipu pada seawal pertemuan.
selain itu, buku ini juga mengupas mengenai Daie yang bersifat Dr Jeckyl dan Mr Hyde yang mana daie sendiri perlu mengubah diri mengikut suasana semasa, dan ia tiada kena mengena dengan sifat hipokrit. Daie perlu kenal potensi yang ada pada diri dan juga mad'u.
Bagi saya, buku ini ringan, tidak terlampau berat, bacaan santai dan berilmiah dengan penekanan pengajaran dari tokoh-tokoh terkenal Imam Hassan al-Banna, Sultan Abdul Hamid ll dan lain-lain. Paling penting "Ringlemann Effect" , iaitu kualiti lebih penting dari quantiti.