Nama aku PUTERI NURAISHA. Aku ada mak tiri dan seorang kakak tiri. Biasalah, mana ada mak tiri yang baik. Nama kakak tiri aku Sha. Jahat gila. Orang gila pun tak jahat macam dia. Dia tak sukakan aku, Jadi, ada sebab ke aku nak suka dia? Kirim salam! Dalam hidup aku ada seorang lelaki yang paling aku tidak suka. Nama dia Ashraf. Tapi arwah ibu cukup suka dengan dia sehinggakan dia suruh aku kahwin dengan Ashraf.
Apa yang jadi masalahnya, aku jatuh cinta dengan seorang lelaki. Nama dia Daniel. Opsss, TENGKU DANIEL. Orangnya segak gila. Kata Jee kawan baik aku, kalau dia dapat kahwin dengan Daniel, setahun tak makan pun dia sanggup. Cerdik sungguh! Tapi kan, suatu hari tu Daniel beri aku sejambak bunga. Dia cakap dia kutip sebab ada lori bunga dari Cameron Highlands terbalik. Tak percayalah…
Dan dia hantar SMS…
Babe (Dia panggil aku babe.)
Ya sayang (Aku panggil dia sayang.)
Lunch sama (Dia ajak.)
Okey (Aku nak.)
Kat mana (Dia tanya.)
Ayam Penyet Kelana Jaya ( Dalam kepala ingat tempat tu saja.)
Okey cantikkk… (Dia setuju.)
Ya, semuanya cantik belaka. Indah belaka. Tapi selepas itu, semuanya menjadi amat sukar. Aku tidak mampu menolak amanat arwah ibu dan aku juga tidak boleh lupakan cinta aku terhadap Daniel.
Siapa yang bakal aku pilih antara Ashraf dan Daniel?
Morality issues set aside, I like the story. As usual, Airisz pastinya menampilkan heroin yang brutal tahap langit ketujuh. Tapiiiii ada sedikit kelainan kali ini dimana DARING juga menjadi rencah dalam cerita ini.
PUTERI NURAISHA – Kalau tak kenal yang empunya diri, hanya berdasarkan nama, kompom saya akan katakan, “alahai pasti lembut budaknya. Selembut nama yang diberi” tetapi! Haaaaa.. Ada tetapinya. Tetaaaaapi, apabila dah kenal, aduyaiiii, molotttttttttt, Perghhh! sungguh tak menahan. Walau bagaimanapun saya tak rasa nak marah dia sebab saya rasa macam kenaaaaaaa aje kelancangan mulut dia tu. Macam sesuai dengan tempat, keadaan dan orang yang dilancangkan itu. Letihnya menjadi seorang puteri. Disisih oleh ayah sendiri. Dibuli oleh ibu dan kakak tiri. Diperlekeh dan diperguna oleh tunang sendiri. Pedihnya rasa di hati. Tapi kalau dah cerita Airisz kan, mana boleh heroin mengaku kalah saja-saja. Dia tetap tegas dan berdiri teguh membela diri dia!! Saya suka! Cumaaa iyalah… hati perempuan. Keras macamanapun, tetap tersentuh. Di kala tersentuh tu, pastinya dicari Daniel untuk mengadu domba. Alahai… beruntungnya Puteri sentiasa ada Daniel di sisi. Umpama adanya Firman untuk Iris… [Eh! Tetiberrr….]
TENGKU DANIEL – 1st of all, SAYA SUKA DIA. Bagitau siap2 nih. Setianya Tengku ini. Peluang pertama 5 tahun dulu dipersia-siakan. Pertemuan semula selepas 5 tahun membawa khabar duka. Bunga yang diidam-idamkan telah disunting orang. Tapi baaaaru sunting, belum pindah taman lagi. Di sini saya ada rasa off sikit. Walaupun Tengku tahu tuan puteri itu tunangan orang, tegar sungguh dia approach tuan puteri and tuan puteri, being the daring type, ON sahaja plak tu. Ish ish ish… Iyalah… untuk saya yang dah nak masuk umo2 remaja kertu ni, rasa tak cantiklah pelakuan itu. Walaupun caranya nak berkawan tapi matlamat tetap tidak menghalalkan cara. Di situ sajalah silap Tengku Daniel, selebihnya saya suka cara Daniel menasihatkan Puteri. Menenangkan Puteri di kala resahnya. Merawat luka hati Puteri bila dicarik si ibu dan kakak tirinya. Membawa Puteri pulang ke pangkal jalan. Mengubah peribadi Puteri menjadi seindah namanya. Itu lah Daniel. Daniel yang serius semasa tiada Puteri di sisinya. Daniel yang ceria dan penenang hati bila berteman istimewakan Puteri. Daniel yang romantic dan loving bila mengimamkan Sang Puteri. All in all, such a gentleman…. :)
Ni nak bagitau kenapa buang bintang nih!!! Tak menahan sungguh laaaaaa dengan pompuan psycho sekor ni tau. Siriyesly macamana Puteri boley bertahan dengan dia, saya pun tak paham. Sha, nama sedap! Tapi perangaiiiii…. Setiap kali baca part dia meroyan tu kan, rasa cam nak lempang je minah senget ni. Kalau setakat si Lin punya dengki dalam citer My Indo Chick tu takpe la jugak. Ini, perangai tak serupa horang! Ish marah sungguh ni…. Sila lah baca kalau nak rasa kemarahan ini. Tapi mind you… lom level Ain, Lazuardi ya. Ain tetap no 1.
Overall, I like the story. In fact, I have always liked Airisz’s story because of her consistency in membrutalkan her main character. I think that in the world we live in now, the women are allowed to be a bit brutal as long as tidak melanggar hukum syarak. Betul? I also like the way she writes her stories. Never a dull moment, nothing cliché in her story and definitely no overwhelming conflict. If you’re looking for a smooth and simple reading, a book to curl up to after a hectic day, this is the book for you. But… this is my opinion la… Lain orang lain feel. Kan?
mula2 baca ingatkan cite sedih..macam kisah2 cinderella yg didera keluarga tiri..rupanya salah jangkaan..si Puteri ni memang ganass..haha..kalau orang kacau dia..dia pun apa lg..balas balik lah..
Daniel sgtlah sweet..mmg x sia2 Danial bersabar..akhirnya dpt jugak Puteri..untungnya Puteri..
Kisah yang santai..x berat dan buat pembaca sakit hati.sbb watak jahat dia x berapa kejam..kalau berlawan dgn Puteri pun boleh kalah..hehe..:)
Airisz, kenapa perempuan takut mesti guruh? Why bila takutkan guruh mesti peluk someone? Nonsense. Graf menaik dan menurun sampai ending. Lepas tu naik balik masa dia balas dendam pada keluarga dia. One thing that I can't brain at all, relationship kawan2 bapa/mentua tak jadi Puteri. Mungkin drama akan merasionalkan semuanya. Kasihan si Sha tu... ;p of course padan muka.
Cadangnya nak baca novel ringan dan santai, dalam 2-3 bab sebelum tidur..terus terleka, sedar-sedar sudah pukul 5pagi.
Novel ini, karya ke-3 penulis..sama seperti novel sebelum ini, penulis masih mengekal cara tulisan yang sama.. santai dan sempoi. Penulis juga mempunyai 'trademark' tajuk novelnya sendiri..'Cik & Encik'..cuma, pendapat saya..macam kurang 'umpphh' dari karya pertama beliau...apapun tahniah..
Kisah Cinderella zaman moden, Puteri Nuraisha sering dibuli mak & kakak tiri, tapi Puteri bukannya lemah..dia sering membalas balik kata-kata dan perbuatan mak dan kakak tirinya...yang sedihnya bila ayahnya tidak pernah menyebelahinya, malah sering menyalahkannya. Dia ditunangkan tanpa rasa cinta kerana amanat arwah ibunya.
Tunangnya sering meminta wang darinya dan dalam diam berlaku curang..dia kemudian bertemu Tengku Daniel dan jatuh cinta...namun, kerana amanat dia tidak mampu berbuat apa-apa..dalam berkawan dengan Tengku Daniel, yang sering menjaga batas pergaulannya, hampir-hampir juga terbabas dengan sikap si Puteri, yang kurang didikan agama.
Hambikkkk... Buku best kan, memang sekaligus harung hadapla.. Kisah kali ni bukanla cinderella yang miskin comot, tapi yang seksi cantik cuma sebab ada mak tiri dan kakak tiri yang jahat. Pastu pulak ada tunang sengkek yang baik bila nak meminjam jer.. Ada bapak pun asyik menangkan bini baru ngan anak tiri...
CIK CINDERELLA - PUTERI NURAISHA ENCIK TENGKU - TENGKU DANIEL
kenal dah lama, 5 tahun. Daniel baru kemudian berani tegur. Kan dah melepas bila puteri dah bertunang. Tapi mereka still berjumpa, berdialog romantis, even boleh plan bercuti sama.. Haa.. Frust daniel bila keluarga puteri dan ashraf menetapkan tarikh nikah.. Tapi, buku santai cmni mesti happily ever after jadinya akan berlakulah adegan-adegan cuit-cuit gaduh-gaduh.. Hehe... Penceritaan yang best, dialog bersahaja dan catchy dan paling utama rasa nak ajak orang bercinta pulak!! Hahahaha!!!
Buku ke tiga penulis yang dibaca dan paling suka novel ini dari 2 novel awal penulis.cerita santai dan ringan.paling menarik dengan watak si heroin yang tidak lembik bila dibuli malahan bersikap brutal dengan pembulinya.berjaya khatam dalam masa 5 jam disebabkan tak sabar nak tahu kesudahan cerita.
Untuk bacaan santai, buku ini boleh saya hadam dengan baik. Bahasa santai, dan plot yang mudah walaupun di awal-awal cerita, saya rasa ada 'missing piece', ada lompong, tapi saya tak tahu di mana. Walaupun mereka digambarkan pernah dipertemukan 5 tahun lepas, tapi pada saya teknik penceritaan tidak kuat. Alangkah bagusnya jika 'scene' mereka bertemu 5 tahun lalu diceritakan dalam bentuk 'imbas belakang' atau dalam slot 'Prolog', itu mungkin lebih berkesan pada saya.
TAPI... kalau nak bercerita tentang moral, cerita ini agak 'off' pada saya. Watak Daniel, digambarkan sebagai lelaki yang 'beriman' dan dia terang-terang sudah tahu bahawa Puteri itu tunangan orang, tetap juga dia jalinkan hubungan. Walau hanya sekadar berkawan, harusnya ada batasan. Ingatlah walau apapun 'niat', tetap tidak menghalalkan cara!
DAN... apa yang saya kurang gemar, bila terbayangkan watak Puteri dan Daniel daripada adaptasi drama di tv membuatkan mood saya agak lari. Sukar untuk kosongkan fikiran tatkala membaca, bila bayangan Zahirah Mc Wilson dan Shukri Yahya berlumba-lumba masuk dalam benak... adoiiiii tak gemar!!!
Moral untuk diri sendiri - jangan baca bila novel telah didramakan. Kalau nak baca, baca sebelum tengok drama, kita lagi bebas untuk memilih siapa yang kita mahu untuk jadi heroin, hatta kita boleh bayangkan diri kita sebagai heroin dan siapa yang kita impikan untuk jadi pasangan kita. Ini barulah drama... hahaha
Puteri Nuraisha telah di amanatkan oleh arwah ibunya supaya berkahwin dengan Ashraf tetapi hatinya sudah terpaut dengan Tengku Daniel. Mereka sangat berbeza. Satu bersifat kasar dan suka meminjam duitnya tetapi satu lagi penuh pengertian dan boleh membimbing dirinya. Akhirnya, kecurangan Ashraf dengan kakak tiri Puteri terbongkar. Namun Puteri masih tetap di pinggirkan oleh ayah dan mama tirinya. Dia rasa sungguh tersisih. Dari itu, dia mempercepatkan pernikahannya dengan Daniel. Bersama Daniel, Puteri dapat mengecap bahagia dan dengan ibu mertuanya dia dapat kasih-sayang seorang ibu yang amat di rinduinya. Walaupun Puteri berani melawan mama dan kakak tirinya, dia masih ada rasa sayang untuk mereka. Tapi sayang, mereka tidak tahu menghargai dirinya. Selalu sahaja mereka menyalahkan dirinya. Cerita yang ada pengajaran untuk semua.
Ok, habis dah pun bacanya ..penulis Airisz yg mengekalkan tajuk novel dgn CIK dan ENCIK...saya suka..lain dr lain dan itu mudah utk dikenalpasti siapa empunya pereka citer...
keseluruhan? citer ni biasa2 saja..tak jenuh nk mendalami..mudah difahami... antara 2 novel CIK dan ENCIK...saya paling terlekat dgn citer CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG...besttt pd saya...yg2 novel CIK dan ENCIK..pun ok juga..ikut terimaan memasing la ya?
Kalau nak baca buku ni, mesti open minded. Character perempuannya agak forward and ganas he he. Tapi walaupun begitu, ceritanya very santai (memang airisz tulis semua buku jenis santai lah) not just pasal love story. Also about kekeluargaan.
naskah yang ringan.. ngeeee.. tp kekadang emo gak melayan masalah keluarga si puteri nie.. ngeeee... tp mmg attitude puteri sangat over... blh hang wat hal kat cameron? ngeeee...
daniel.. anda best.. tp i dun like that u r smoker.. huhuhu.. tp mmg i lioke la you. hahahhaa..
Done....dlm byk2 bk hasil rembatan pbakl yg sy bc, karya Airisz ni lain dr yg lain....tampil dgn satu kisah kekeluargaan.....kisah lovey dovey tu hanya perencah yg menambahkn lagi keenakan utk dihadam...
yg menarik nya citer ni adalah character heroin yg suka sgt bergaduh, membuli dan mencari psl dgn kakak tiri dan mak tirinya dan sgt suka menggoda dan menguji kesabaran encik tengku yg warak dan sgt menjaga batas2 pergaulan.....mmg x stress pun bc...enjoy dr awal hingga abis...
Mengisahkn seorg ank tunggal yg ketandusan ksh syg seorg ibu yg meninggal akibat kanser dan seorg ayh yg berkahwin lain dan mengabaikn darah daging sendiri...sikap nya yg ganas, brutal, kasar dan kurg ajar tu menyebabkn dia trs dipinggirkn oleh si ayh...dia seolah2 spt si cinderella krn sering shj berantakan n bergusti dgn kakak tirinya...
Sering disisihkn krn si ayh lbh menyayangi ank tiri n bini br nya....dia tlh ditungkn tanpa kerelaan dgn calon pilihan arwah ibunya....pertunangan tanpa perasaan selama 2 thn...
Namun takdir Allah, dia dipertemukn dgn seorg lelaki yg sgt baik, pendgr setia, bertanggungjwb n terutama skali seorg lelaki yg mampu membimbing dia ke jln yg benar, ke jln yg diredhai oleh allah...yg mn selama ini tidak pernah dititikberatkn oleh ayah and tung sendiri....krn lelaki itu dia sanggup curang pd tung sendiri yg x penah nk amik berat ttg dirinya....yg en tung tau hanya lah pinjam duit je...
Bermacam2 peristiwa yg berlaku dlm kehidupn nya sehingga lah kebenaran terbentang di dpn mata...
Namun bagaimana kah pengakhiran kisah cik cinderella ini? Bagaimana dgn jodoh pilihan arwah ibunya?? Adakah tertunai amanat itu?? Dan siapa pula encik tengku??? Berjayakah cik cinderella menggoda encik tengku tu??? Hihi....nak tau lg, p bc sendiri ye....hihi
Best....!! Cinderella that is not soooo like Cinderella. Suka dgn watak puteri yg x typically like Cinderella @ docile, menurut perintah & etc. Puteri has her own ways bila berhadapan dgn ibu&kakak tirinya.
Mempunyai bapa yg melebihkan anak tiri drpd his own flesh&blood. Setiap Kali Sha si kakak tiri buat perangai yg disalahkan pastilah Puteri
Sha pula si kakak tiri yg pemalas & dengki & pandai berpura-pura sehinggakan ibu ashraf @ bakal mak mertua puteri tertarik dgn Sha & mahukan Sha sebagai menantunya.
Daniel aka price charming pula si peguam yg Dah 5thn memendam rasa & mencintai Puteri secara diam. Pertemuan 5thn dahulu dipantai telah mempertemukan mereka tanpa disedari oleh Puteri yg ketika itu bersedih dgn nasib Ibunya yg menderita melawan kanser & bapanya pula ketika itu berkahwin dgn mama Sha. Oleh kerana ego Daniel terlepas peluang utk berkenalan dgn Puteri. Pertemuan kedua digunakan sepenuhnya oleh Daniel walaupun ketika itu Puteri sudah bertunang dgn Ashraf @ kerana mengikut wasiat ibunya.
Perangai Ashraf yg. Kedekut, suka berhutang & sikap endah x endah meyebabkan Puteri memikirkan semula utk meneruskan pertunangan mereka. Rupa2x ashraf punyai hubungan sulit dgn Sha & mereka tertangkap oleh Puteri sendiri.....
Akhirnya Puteri memilih Daniel. ibu tiri Puteri diceraikan & ayahnya berkahwin lain.
Sangat berpuas hati with this novel after Cik Blur & En ikhlas. Congrats Airisz for this wonderful novel.........
I liked the beginning (the first 5-6 chapters) but as the story progressed, I found that I was not as invested in Puteri as I thought I would be. I felt that she was too perfect. It was quite mind boggling that she could afford a RM900 gown. I literally 'wth?' when I encountered this scene in the novel. Although I must admit that I liked her take-no-shit attitude. That was a winning point.
But overall, it wasn't as fantastic as I thought it would be. Just a mediocre read to pass the time.
Kisah cinta yang sangat menarik antara Puteri Nuraisya dan Tengku Daniel. Puteri yang telah kematian ibu telah ditunangkan dengan Asyraf atas wasiat ibunya. Kemudiann, dia telah jatuh cinta dengan Tengku Daniel yang selalu ada dengannya apabila dia memerlukan kawan untuk bercerita. Di belakang Puteri, Asyraf telah bercinta dan membuat dosa dengan kakak tirinya, Sya yang suka mencari gaduh dengannya.
I am in love with Putri’s character. Such a badass. Puas baca tak paya geram geram dgan watak watak dlm buku. At first i thought is about cinta segi but is not at all! Is something new, and everything is amazing! So you wont regret reading it.
Berbeza dengan tipikal kisah Cinderella, Puteri memang brutal dan paling pantang betul ada orang kacau dia. Sekali orang sakitkan hati dia, sepuluh kali dia balas balik. 😂
Adanya Tengku Daniel sebagai bahu Puteri. Sabar menunggu Puteri sehingga 5 tahun. Setelah 5 tahun baru berani nak berkawan dan luahkan perasaan pada Puteri. Dahlah Puteri masa tu tunangan orang. Tak ke lagi haru? Puteri pulak memang dalam krisis dengan tunang dia. Jadi dia pilih untuk curang je dengan tunang. Tunang dia pulak asyik ghaib je. Kalau muncul pun sebab nak pinjam duit je dari Puteri. Dia ingat kerja Puteri cop duit gamaknya. 😑
Konflik dia banyak mengenai keluarga Puteri. Sejak ayahnya kahwin dengan ibu tirinya, perangai ayah dia terus berubah 180°. Dahlah ayahnya curang dengan maknya masa mak dia tengah battle dengan kanser. Setiap kali Puteri bergaduh dengan kakak tiri dia, Sha mesti ayah dan mak tiri dia akan menangkan Sha. Puteri pun rasa tersisih juga lama-lama. Sha pulak pesen suka buat drama sebabak. Benda tak ada benda pun dia tetiba nak mengamuk pastu menangis. 🙄
Ending dia pulak lebih kurang macam masing-masing buat hal masing-masing je. Tak adalah happy ending untuk everyone. Kisah Puteri-Daniel ofkos jadi happy ending.
Emmm lain orang, lain pendapat nya kan. Untuk saya, asalkan saya habis baca,boleh la dpt 4 sbb maksudnya penulis berjaya menarik perhatian saya untuk baca sampai habis. Itu pun dh susah 😅
Dari segi cerita yang diketengahkan, perasaan saya bercampur baur. Sekejap ok, sekejap x ok. Sbb utk seorang tunang org sering meluangkan masa bersama lelaki lain, bagi saya tak adil utk kedua dua pihak. Walaupun Puteri bertunang dgn Ash kerana amanat arwah ibu, tapi bukan kah lebih baik diputuskan daripada Puteri sendiri menjeruk rasa dengan Ash.
Saya suka cerita watak Puteri sbb Puteri kuat bukan jenis yang sikit² redha. Dia lindungi diri dia sendiri. Cuma bila Puteri melanggar batasan antara dia dan Daniel di Vameron Highland, emmmmm mungkin penulis ingin memberi pengajaran. Tapi, itu la. Tak berapa kena dgn jiwa saya part tu.
Tapi, yg paling penting, puteri berubah ke arah yang lebih baik 🥰🥰🥰
Jalan cerita biasa-biasa je tapi suka dengan watak Daniel. Seperti biasa, mesti konflik tentang keluarga. Tapi agak bosan sebab konflik yang sama, Sha nangis and bergaduh sebab sangka Ashraf, tunang Puteri tu selalu lepak dengan Puteri. Dari awal memang dah agak Sha tu ada skandal dengan Ashraf. Turn gila dengan perangai Ashraf tu, dah la suka pinjam duit. Kalau saya jadi Puteri, dah lama minta putus. Amanat tak amanat, minta je putus. Orang gila je teruskan amanat walaupun tahu perangai pasangan tu dah entah apa-apa. Sanggup pula Puteri masih nak tunaikan amanat arwah ibu walaupun dia tahu Ashraf tu macam mana. Eee nasib baik je kantoi.
Okay admin nak bagitahu novel ni tak sama ya dgn cerita kat tv berkisahkan cinderella yang lemah lembut selalu dibuli mak dan kakak tiri. Berbeza dgn novel ni, kisah Puteri disisihkan oleh ayahnya sendiri dan selalu dibuli oleh keluarga tirinya tetapi admin suka dgn watak dgn Puteri sebab dia jenis melawan balik. Senang cerita bukan mudah dibuli. Ashraf dan Tengku Danial pula mengejar untuk mendapatkan cinta Puteri. Apakah pilihan Puteri? dapatkan buku ni di https://www.e-sentral.com :))
Cheating trope🤢 other than that, an okay book. Full of family problems. One of the strongest MC couples I’ve read.
But i love how the writer includes the islamic thingy in the plot such as how the heroin trying to be a better muslimah and how the hero is also struggling to be a good man as well as he doesn’t dwell on nafs.
The man? Is chef kiss very very very green flag weyh. Cerita very light not much conflict except family conflict. I love reading about family conflict rather than man conflict so yeah.
LELAKI TU AMAT UNDERSTANDING! KACUKAN SOME MORE WEYH