NUR UMAIRAH… Gadis kampung yang alim dan tidak pandai menonjolkan kecantikannya. Melakukan perubahan diri demi sayang akan persahabatannya dengan Juma yang sama-sama mengharungi suka duka kehidupan di alam kampus.
IMRAN… Jejaka kacak yang dibuai cinta dengan gadis idamannya, Zulaikha. Hubungan yang dibina beberapa tahun musnah jua akhirnya apabila Zulaikha berpaling.
Imran dan Umairah : Takdir. Disatukan untuk menjaga maruah keluarga masing-masing. Penyatuan tanpa rasa cinta dalam diri, tidak seperti pasangan yang lain. Imran yang masih mengharapkan Zulaikha menolak terus Umairah dari hidupnya. Namun, tidak pula dia ingin menceraikan Umairah.
“Umairah… tu bilik kau, ni bilik aku. Rumah ni rumah aku. Jadi aku tak suka kau ubah apa-apa. Kalau kau rajin sangat, buat je dalam bilik kau tu. Kat luar ni semua kawasan aku… Kau tak boleh tuntut apa-apa pun daripada aku. Kau bukan sesiapa pun. Kau faham apa maksud aku, kan?” – IMRAN
Walaupun begitu, Umairah tetap mendahulukan suaminya dalam apa jua urusan hariannya biarpun dia dilayan sedemikian. Perasaan aneh mula terdetik dalam hatinya apabila layanan Imran terhadapnya berubah. Namun, dia sedar siapa dirinya kepada Imran.
“Awak tak panas ke duduk dalam bilik kecik ni?” - Umairah
“Tak. Sebab abang ada sayang, sejuk mata memandang.” - Imran
“Dulu ada orang cakap dengan saya, dunia saya hanya dalam bilik kecik ni. Jadi saya dah tak boleh nak keluar dari dunia saya ni.” - Umairah
Haruman cinta Umairah hanyalah untuk suaminya biarpun dia didatangi jejaka kacak lain. Pada saat bahagia mula menerjah rumah tangganya, dia dan Imran diuji dengan pelbagai musibah.
Mampukah Imran menebus kesalahannya sekaligus menggapai cinta Umairah? Namun bagaimana pula penerimaan Umairah apabila mengetahui Imranlah penyebab kematian arwah ayahnya?
1. jalan cerita menarik 2. cara penulis mengolah setiap watak macam kurang sesuatu.kurang "uummphh" mungkin? 3. terlampau banyak watak sambilan yang ditonjolkan sampai kadang-kadang saya "sesat" di tengah pembacaan. 4.banyak penceritaan yang tidak penting yang tiada kena mengena dengan watak utama. (kalau cantas-cantas ambil yang penting mungkin setengah buku hilang) 5. pendirian tidak tetap dan tidak matang si hero menyebabkan pembacaan terganggu (mengutuk si hero dalam hati) 6.tertanya-tanya kelogikan cerita yang membawa kepada perkahwinan umairah-imran (tetiba kena tangkap basah)
p/s :teruskan berkarya wahai penulis. cerita tak tebal tak apa asal "tebal" isinya.
Maaf..saya melompat-lompat ketika baca maka tak adil untuk saya bagi rating kan.. :)
Kisah mengenai Umairah dan Imran yang kahwin kerana terpaksa di sebabkan terperangkap dalam satu keadaan. Umairah yang merupakan kawan sebilik kekasih Imran merasa dia adalah mangsa kejadian. Dan benar dia ada mangsa, tapi cara Imran melayan Umairah seolah-olah dia yang teringin sangat berkahwin dengan Imran.
Ada sikit konflik here and there. Sedikit tenggelam watak si Hero, apabila watak sampingan mengambil alih..sampai terkadang saya terlupa, sapa nama hero tu..heheh..
Cuma apa boleh dikatakan..ia adalah sebuah cerita yang sarat..bukan sarat emosi..tapi terlalu sarat dengan watak-wataknya.. dari watak hero ke heroin sampai la watak pakcik bawak teksi..it just too many characters inside..buat cerita ni berat dan saya rasa lelah nak tamatkan sebuah buku.
Untuk cik penulis, actually you did a good job..sebab ingat senang nak menulis..nak-nak sebuah novel..things was never perfect at first place kan..jangan putus asa..
Banyak skip sebenarnya. Novel tebal. Tp byk yg mcm buang masa utk baca. Bg saya lah. lain org lain pendapat. Ramai sgt watak kawan2. Watak org luar. Byk psl kwn2, Pgi keje, pgi kelas, part hero & heroin sikit je. Nk emosi dgn jalan cerita, tktahu nk emosi kt mana part apa 😂
Hmm, kenapala budak baik macam heroin asek jumpa orang2 yang bangang melangit?
1. "Hero" - kejam sungguh penulis dengan 'watak utama'nya: jadi punca heroin kena tangkap basah, jadi punca kematian bapak heroin, selalu dera heroin, diperlekeh oleh bekas awek (depan heroin/bini sendiri!), cemburu buta, last2 buleh syok2 tidur time bini kena kidnap (pastu kena tuut!), pastu buat2 malu nak report polis; boleh pulak ditengah2 cerita penulis buat bolayan kat hero, sibuk nak cerita watak2 tempelan - serabut arr...
2. "Abang angkat" - stalker hensem macam hero korea tapi jadikan heroin umpan nak tangkap pembunuh bekas kekasih? adakah? yang suami heroin pulak macam lega bila dapat tahu yang hero korea tu bukan nak ngurat bini dan terus aje maafkan si abang angkat? hello? orang tu dah bahayakan nyawa bini kau laa ngok! last2 'lakunan' hero korea pun jadi punca heroin kena kidnap (dan kena tuut!)
3. "Dato'" - ibu abang angkat, perancang kematian awek hero korea - taktau laa kat planet mana cerita ni berlaku, sampai perancang pembunuhan kejam (sama kut dengan kesalahan membunuh dengan niat, seksyen 302 kanun keseksaan) macam Dato' ni boleh lepas bergumbira cuma dengan ucap ayat "ibu dah insaf..."
4. "Orang-orang sekeliling" - roommate curang, drebar teksi yang tengok perempuan kena pukul, budak sekolah yang tengok perempuan kena siksa, polis yang dapat report orang hilang - kalu tengok cerita omputeh polis dah buat siasatan dari rumah ke rumah dekat tempat2 yang disyakki berlaku kes penculikan, polis yang dapat report kejadian langgar lari - kalu cerita omputeh dah lama Dato' tu kena masuk dalam, paling kurang kena soal siasat
Seriously gaya penulisan macam okay, tapi tulaa banyak sangat korner baring, korner leper dan lipat maut, sampai aku rasa sampai hati nak cakap novel ni "Not Recommended" atau "Read at Your Own Peril" a.k.a Tak Baca Pun Takpe, sori aa puan penulis...
Hmm mungkin sebab ni novel pertama penulis jadi...
SPOILER ALERT!!!!
1. Macam nak ketuk ja kepala semua watak lelaki dalam novel ni, semuanya toksik, yang tak toksik cuma ayah hero dan heroin, yang lain tu memang toxic sangat2. Redemption arc setiap character lelaki dalam novel ni pun kurang berkesan, semuanya lagi emosional dari perempuan eh
2. Part apa yang mak iqram buat tu dimaafkan macam tu saja, macam eh, bunuh orang kot, takkan selesai dengan mintak maaf macam tu ja haish
3. Bab sexual assault tu berkesan, cuma kena mengkaji, nama yang dirogol tak pernah saya nampak didedahkan di mana-mana media.
4. Bersetuju bab terlalu banyak side character yang tak penting untuk gerakkan jalan cerita, sampai jadi meleret kadang tu.
Kesimpulannya percubaan yang baik untuk karya pertama. Moga dapat perbaiki apa yang kurang dan teruskan berkarya selagi mampu InshaAllah
This entire review has been hidden because of spoilers.
mcm nk setuju je dgn yg lain karya ini kurang menarik cliche kawin paksa, dh la muda lg & masih belajar, pas kawin pun mak pak yg tanggung
cerita meleret dgn byk watak yg nk di ke tengahkan watak iqram & malik kalau tk ada pun tk mencacatkan cerita saya bertahan setengah buku je ..yg setengah lg skip smpai ending
dah la heronya pada saya jahat sgt, & heroin baik yg amat endingnya buat saya lost..ini ke endingnya
yg best pada saya watak omar dgn loghatnya & akhmal dua bestfriend ni buat saya gelak...wlaupun novelnya mengecewakan
Longest I’ve read a novel. Plot is good.. poorly written.. it’s like watching a drama rather than reading a book. Didn’t get the full feeel… 😅 It skips here and there. 😔
Baca buku ni last year..sekali sahaja baca itupun ambil masa yang lama..almost gave up..review pasal cerita ni sebab Kerana Cinta from this author baru keluar 2016..takut same feeling happened again..dissatisfaction.
Jalan cerita ok tapi masih ada rasa yang tak kena..masalah cari sendiri disebabkan ego ke pride dia yang membukit tinggi..terimalah padahnya..
Nak cakap bagus jalan cerita ni..tak juga..nak cakap flop pun tak juga kerana part diperkosa tu betul2 tinggalkan kesan..
Kalau tanya siapa pesalah..i will not blame the perogol tu. His intention is very clear and she felt his unknown presence before. Jadi I salahkan perempuan sebab diri sendiri yang mendatangkan masalah..maybe people might find me a weirdo ke apa ke..takpelah just sharing my two cents.
Lain lah kalau precautious steps have been taken..it will give another twist to the story..stagnant. Dont take things for granted.