3-bintang yang dianugerahkan oleh saya kepada buku ini bukanlah bermaksud buku ini pada tahap tidak bagus, bahkan buku ini boleh saya anggap antara buku Fixi yang not bad dan tidak mengecewakan. Mungkin ada beberapa idea penulis yang saya kurang suka, tapi keseluruhannya saya enjoy, suka akan kumpulan certot ini. Jujur, ada certot yang saya sukakan idea atau isu yang dibawa, ada juga certot yang saya sukakan gaya penulisannya. Isu atau idea yang dibawa sangat dekat dengan rakyat Malaysia, saya sukakannya kerana bukan semua penulis mampu membawa idea atau isu yang kritikal dengan cara yang ringan dan santai.
Thanks to Ain Syahirah yang sanggup beratur panjaaaang kat Pesta Buku Antarabangsa KL, semata-mata nak belikan buku ni. Terharu ana. Seperti orang lain juga, saya pun tertanya-tanya kaitan frasaco jaws (sepasang rahang gigi manusia) dipilih menjadi cover buku ni. Mohon penjelasan :p
Nak share sedikit pandangan dan perasaan tatkala membaca setiap certot :)
Bagi saya, penampilan KOUGAR sebagai pembukaan certot agak berjaya menangkap perhatian pembaca. Kisah Reza si gigolo dan Kisha perempuan berusia yang kaya. Dasar anak ikan! Yang ni, suka sangat dengan gaya penulisannya. Mimpi dalam mimpi gitu. Menarik. Tak banyak stail macam ni ada, melainkan kat TV.
CEKIK pun suka jugak. Kisah realiti rumah tangga. Walaupun bukan semua rumah tangga ada realiti macam ni. Kisah Suraya yang dimarahi suaminya yang panas baran. Tapi bukan part panas baran yang dramatik dalam certot ni, tapi bilamana Suraya buka kabinet dapur dan ternampak dawai di dalamnya. Penulis bijak bermain dengan emosi Suraya ketika itu. Tapi geram lah jugak kan? Suami yang tak pandai berterima kasih memang patut dicekik.
PECAH ni dekat isunya dengan golongan agamawan. Haji Kassim ni sangat lantang orangnya. Lantang bab menghukum orang. Golongan agamawan biarpun belajar hukum-hakam syariah, bukanlah tujuannya untuk tergesa-gesa menghukum orang. Inilah golongan dai'e yang dijauhi masyarakat, lantas membantutkan perkembangan dakwah yang dituntut oleh agama.
DENDAM memang terbaik. Mengingau jugaklah membacanya. Tak suka sangat certot ala-ala orang sakit mental ni, tapi menarik sangat olahan ceritanya. Mengisahkan Sindarela (Ela) yang tinggal bersama mak tiri dan dua kakak tirinya, Mona dan Lisa. Korang boleh bayangkan cerita Cinderella masa zaman kanak-kanak dulu, tak banyak beza pun ceritanya. Uniknya, penulis mengolah cerita ni dengan cara yang sarkastik dan pengakhiran yang menyeramkan. Serius gila, kejam, sadis.
KASINO is deep. Realiti masyarakat yang sukar ditelan. Tudung pada zaman sekarang menjadi fitnah kepada agama. Tapi kan... apa cerita main kasino pakai tudung? Mungkin dia fikir dengan memakai tudung, terlepas satu dosa, walhal main judi tu bukan satu dosa yang terang lagi nyata?
NGERI ni pasal Nina yang diajak bermain sorok-sorok oleh adik-adiknya (Jimi, Dina & Hawa) ketika ketiadaan ibu bapanya di rumah. Saya rasa macam pernah karang cerita macam ni untuk exam kertas Bahasa Inggeris waktu Tingkatan 5 dulu. Tak kunci pintu dapur punya pasal, menyesal seumur hidup.
JERAT pun deep juga. Waktu membaca certot ni, saya terbayangkan sebuah teater yang bertajuk Si Amanu, yang dipentaskan sempena Festival Multimedia Se-Jordan (FEMES). Isunya di sini adalah bagaimana media mengawal atau mempengaruhi hidup kita, of how media become social fabric of life nowadays. Dan hakikatnya tak semua orang berminat untuk faham isu media secara kritikal dan intelektual, kebanyakan kita lebih memilih untuk menerima segala sogokan media dan hidup seadanya dalam media yang bermasalah ini.
ZOMBIJAYA pun sangat dekat dengan diri kita dalam zaman milenia ini. Kisah Atikah yang baru berpindah ke Bandarjaya, dan yang mengecewakannya ialah apabila semua penduduk Bandarjaya sangat obses dengan gajet. Realiti zombi ni memang benar di Malaysia. Zaman sekarang ni, semua orang ada phone sendiri, budak kecil zaman sekarang pun dah pandai nak pegang phone sendiri.
TABU ni geli. Memang klise dalam drama-drama Melayu, tapi yang klise inilah jadi virus dalam masyarakat. Dari pandangan, turun ke tangan, usik-mengusik, akhirnya terjerumus ke kancah maksiat. Sehinggakan tidak peduli lagi untuk berkelakuan tidak senonoh di depan khalayak. Benarlah sabda Rasulullah SAW: "Jika kamu tidak malu, maka buatlah apa yang kamu mahu".
KELABU ni cerita pasal Zain yang masuk ke dunia Xentora. Kira dia masuk dalam games. That's it.
Certot BISIK ni memang tersenyum sendiri lepas baca. Hati yang tak bersih dan penuh dengan dunia, susah untuk dapatkan nikmat khusyuk dalam solat. Jomlah sama-sama kita muhasabah dan cuba perbaiki mutu solat kita! Penting tau khusyuk ni. Al-Quran telah merakamkan sebuah ayat: "Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya" (23:1-2).
Err yang INVASI tak faham sangat kaitannya isu pasal apa. Saya bayangkan keluarga Cullen dalam filem Twilight 'terbang' kat Malaysia cari darah manusia. Sekadar hiburan semata-mata ke macam mana?
Menarik idea untuk DOSA. Orang yang baik, orang yang alim takkan selama-lamanya terlindung daripada dosa. Kita bukannya ma'sum seperti Nabi Muhammad SAW. Siapa pernah dengar pasal antara dua garisan yang melewati hidup kita?
LICIK ni kisah ahli politik. Lebih tepatnya lagi ahli politik di Malaysia. Ada ahli politik yang mengunakan kalimah Allah dalam ucapannya, semata-mata untuk meraih undi. Sungguh rendah sekali martabat kalimah Allah, jika disebut-sebut sekadar untuk menarik perhatian manusia. "A good politician is quite as unthinkable as an honest burglar".
Tiada apa yang kekal di atas dunia, melainkan amal kita yang akan dijadikan bekalan perjalanan menuju Tuhan. Inilah yang cuba disampaikan dalam HILANG. Harta contohnya. Mencari harta tidak dilarang dalam Islam, bahkan Islam menggalakkan umat Islam menambah pendapatan, tetapi mestilah dengan cara yang halal. Datin Rosa yang leka dengan hidupnya yang pada mulanya disaluti kemewahan dunia, akhirnya menemui harapan menuju Tuhannya.
Betullah sepertimana certot MURTAD. Untuk mempelajari Islam, jangan belajar daripada sikap/akhlak/perbuatan orang Islam nescaya kau akan kecewa, tetapi belajarlah daripada kitab suci Al-Quran. Janganlah terpedaya dengan adat dan pandangan mata semata-mata, agama lebih daripada itu.
Simpati dengan SUAMI. Repitasinya menambah rasa sedih. "My mother taught me this trick. If you repeat something over and over again, it loses its meaning".
Tak nafikan yang ISTERI ini kisah realiti. Sebelum diijabkabul, segala-gala yang dibayangkan indah-indah belaka. Hakikatnya, alam perkahwinan merupakan alam yang mencabar, diuji dengan pelbagai tanggungjawab, kesabaran akan turut teruji.
GERGASI ni pun boleh masuk kategori orang sakit mental jugak. Mana taknya, siapa yang tak bengang bila ada yang mencaci dan mencerca hanya kerana kita gemuk? Murni pun ganas sangat, Terus berubah jadi gergasi yang rakus, dek kerana dendam terhadap Aimi dan Tasya.
Gila. MENTAL ni betul-betul mental. Neal, seronok ye jumpa 'kawan' awak, Lena?
MANGSA ni agaknya penulis nak buat macam ala-ala Sindarela tadi, tapi yang ini versi Little Red Riding Hood dengan menggunakan nama Rosa. Tapi tak berkenan sangatlah, tak tahu kenapa. Kejam memang kejam. Pemburu tu baik orangnya. Tapi itulah... dalam dunia ni pun macam tu juga, kita berbuat baik dengan orang, tapi ada juga jenis manusia yang membalas kebaikan dengan kejahatan.
Pergh ni lagi satu certot yang deep; SUMBAT. Mengumpat ibarat memakan daging saudara kita sendiri. Begitulah yang digambarkan penulis dalam kehidupan Diyana pada suatu hari. Lidah manusia ni sifatnya tajam dan tidak bertulang. Kelak, jangan kerana objek yang tidak bertulang inilah punca lidah kita dipersoal di negeri akhirat nanti. Enak sangatkah daging Roslan celup tepung dan daging sumbat Mosnah masak lemak? Nampak berselera sekali.
ASRAMA ni serius seram, takut, cuak, terkucil. Haha. Nasib baik zaman asrama dah berlalu. Kalau tak, insomnia setiap malam. Hehe. Klasik kot cerita hantu kat asrama ni. Ingatkan asrama sekolah kita je ada cerita hantu versi tu, tup tup ada kawan cerita asrama sekolah dia pun ada cerita hantu versi yang sama. "Satu belum tidurrr...". Adoyai.
Janganlah menjadi TUHAN kepada diri sendiri. Janganlah menghakimi, esok-esok pun Tuhan pasti akan menghakimi kita. Janganlah yakin sangat syurga ada dalam genggaman kita, entah-entah neraka yang lebih dekat dengan kita ketika ini. Malu bila baca certot ni. Tan yang baru kembali kepada Islam lebih bagus pemahamannya terhadap Islam berbanding Balqis, Linda dan Dalilah yang sememangnya sudah lama Islam!
Kau tak peduli isu umat Islam? Isu Palestin, Mesir, Syria? Maka ILUSANITI perlu kau baca. Kita ini, selagi tidak merasai derita orang, kita takkan bersyukur dan takkan ada kesedaran untuk membantu, apatah lagi memperjuangkan nasib orang lain. Usah pandang jauh-jauh ke Timur Tengah sana, di Malaysia ramai saja orang miskin, fakir, gelandangan, atau apa-apa saja istilah yang seangkatan dengannya. Apa khidmat masyarakat yang kita dah laksanakan? Muhasabah.
AJAIB ni bergenre fantasi. Biasa saja. Mungkin sebab bukan genre favorita. But is this a teaser to a bighit-to-be novel? Sebab pengakhirannya seakan tergantung.
Tadi ada makhluk penghisap darah, PARANORMAL pula ada serigala. Aigoo.
KATARSIS ni pun ala-ala orang sakit mental. Kesian adik Amran tu. Amran oh Amran. Amran baru tujuh tahun kot. Apalah masalah si Amran ni?
INFANTISID is another mentally-ill certot. Pun biasa-biasa saja. Kenapalah si ibu tegar sekali membunuh Haziq?
SAMAR ni menarik. Pengajaran: Janganlah menjadi seorang Islam sekadar pada nama. Islam itu cantik dan meliputi segenap kehidupan. Rugi membiarkan hidup kosong tanpa adanya Islam dalam diri kita.
SERONOK ni pun sama juga, sakit mental punya orang. Serius ke dia simpan janin-janin tu dalam balang? Nak bayangkan pun tak sanggup. Seronok kau kata? Eww!
Apa yang anda fikir ketika memboikot Israel? Adakah kerana orang lain boikot, maka anda tidak mahu rasa terkecuali? KASYAF mendedahkan sesuatu dari kaca mata anak kecil bernama Sarah.
GANTUNG diinspirasi daripada kisah Amanda Todd yang popular itu. Siapa yang tak tahu kisah hitam Amanda Todd pergi tanya Encik Google.
Cerita KOYAK ni pun pasal orang sakit mental jugak kan? Tapi seramlah jugak. Serius feeling baca ni. Koyak kat sini refer to apa yang ada di sebalik imaginasinya pada dinding yang terkoyak, I guess...
Serius cuak baca SUSPEK ni. Feeling like, 'dah kenapa dengan perempuan ni?' Ina merupakan suspek bagi sebuah kes pembunuhan Baharin bin Bakar, suaminya sendiri. Dia disoal siasat oleh Inspektor Hajar. Psycho betul certot ni. Thumbs up!
Aduh! KACAU ni pun sama. Buat orang terkucil sebab takut. Haha. Takut sekejap je, kebetulan baca certot ni waktu malam.
PINJAM nak try takutkan pembaca la tu. Senyum.
SIONG memaparkan kisah cinta Rina si gadis siong dengan Ghaffar. Kurang faham dan tak nak faham, sebab... tak faham-faham. Haha. Dia nak sampaikan apa sebenarnya?
AWAN sangat mudah ceritanya, tapi personally suka dengannya. Manusia memang tak pernah puas. Sangat rugi manusia yang tak tahu bersyukur. Sedangkan sifat bersyukur ni adalah salah satu kunci kebahagiaan hidup, selain daripada sabar dan ikhlas.
SANCTURIA ni macam kebanyakan filem Eropah. Tersesat atau disesatkan (mungkin) di sebuah pulau, dan dapat rasakan ada sesuatu yang aneh di pulau tersebut. Dan ayat 'Good luck' tu macam cerita Taken lakonan Liam Neeson.
Fuhh... celoteh punya celoteh, habis juga menulis review buku ini. Ni kalah certot, ni namanya 'certeh' (cerita celoteh). Hehe. Secara keseluruhannya, buku ini memang tidak mengecewakan. Ada 10 certot yang saya suka dalam ni. Ada certot yang tak puas baca sebab kontot sangat, ada juga biasa-biasa agak bosan menunggu pengakhirannya. Saya harap penulis mencuba mempelbagaikan lagi seni penceritaannya, ideanya, imaginasinya dan sudut pandangnya.
Saya siap promote pada kawan-kawan, dan ada yang kecewa bila dapat tahu naskhahnya terhad. Pujian dan apresiasi patut diberikan kepada penulis, Saudara Arif Zulkifli. Saya syak penulis ni seorang yang 4D personality. Saya tak pasti samada ini cubaan pertama beliau, jika ya, ini adalah sangat bagus. Saya menanti masterpiece daripada beliau.