Jump to ratings and reviews
Rate this book

Iman Markisa

Rate this book
Iman Markisa cerita tentang generasi hebat perkasa, yang buruk busuk. Iman Markisa cerita tentang pencarian kebenaran, yang tekal cekal. Iman Markisa cerita tentang puak yang dibelenggu segala kuasa, yang takut bimbang kepada apa-apa, kecuali Tuhannya. Iman Markisa kisah perjuangan, iltizam mengisi makna iman.

377 pages, Paperback

First published January 1, 2002

Loading...
Loading...

About the author

Aminah Mokhtar

31 books9 followers
Lahir pada 4 Oktober 1959, di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah, di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di beberapa buah sekolah di Johor.

Selepas menamatkan pengajian menengah di peringkat STPM, beliau ditawarkan sebagai Jururawat Pelatih. Kemudian beliau menyambung pengajian kejururawatan sehingga memperoleh Diploma Sains Kejururawatan. Kini beliau sebagai Jururawat Terlatih di Wad Bersalin, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Pencapaian dan sumbangan Aminah Mokhtar dalam memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu mewajarkan beliau menerima pelbagai hadiah sayembara.

Antaranya, ialah :

- Tempat kedua Sayembara VII Esso-Gapena 1988,
- Hadiah Cerpen Perpaduan 1995 (Kategori Cerpen - "Semarak"),
- Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1998 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"),
- Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1999 (kategori cerpen - "Gerhana Manusia"),
- Anugerah Sri Angkasa - RTM 1999 (Drama Radio Terbaik - "Zulaikha Fitri"),
- Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"),
- Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Novel - "Diari Jururawat"),
- Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Drama Radio - "Sungai")
- Anugerah Kreatif PPUM 1999 (Sri Karyawan),
- Anugerah Formula Malaysia 2000 (Tempat Kedua, kategori Cerpen - "Keberangkatan ke Bintang"),
- Anugerah Sastera Perdana (Cerpen Eceran - "Gerhana Manusia"),
- Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori cerpen - "Ya Allah Dia Menangis"),
- Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori Puisi - "Jangan Sampai Kita Hilang Kota"),
- Anugerah Sri Angkasa - RTM 2001 (Skrip Drama Radio Terbaik - "Merah Ramadan di Baitul Muqqadis),
- Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 - (Kategori Puisi "Yang Bernama Hati"),
- Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 (Drama radio - Tetamu Allah) dan Hadiah Sako Ke - 3 (Novel - "Iman Markisa"),
- Hadiah Sastera Utusan Exxon-Mobil 2002 (Kategori cerpen, tiga hadiah penghargaan "Erti Cinta Dr. Marianah", "Ahmad Muhammad" dan Kategori puisi - "Kolek Bonda"),
- Hadiah Sastera Darul Takzim 2002 (Kategori Novel Dewasa - Iman Markisa", Kategori Drama Radio - Merah Ramadan di Baitulmaqqdis) dan Peraduan Menulis Novel Alaf Baru 2001 dalam novelnya Dominasi Tebrau yang memenangi tempat pertama menggondol RM30,000.

sumber : http://www.ujanailmu.com.my/cat_amina...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
11 (29%)
4 stars
14 (37%)
3 stars
9 (24%)
2 stars
3 (8%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for books.bintulu.
284 reviews7 followers
November 25, 2022
November 2022: Iman Markisa

Kampung Kiambang dihuni 2 puak majoriti:

Puak Rustam: Mak Yong, Markisa, Zain, Shamsinar, Latif. Keturunan alim ulamak, gigih mengusahakan pondok pengajian, menghidupkan masjid tua dan membina jalan untuk kemajuan Kiambang

Puak Mubarak dan Tuk Guru: Jais (islam jahilyah, berjudi, gila jual tanah, minum arak), Atan (penagih dadah), Karim

Pihak neutral(sebab ada kepentingan): Tuk Dali kedai kopi, Timah Janda kedai runcit.

Saya hampir tak daya nak habiskan, sehingga saya sampai ke mukasurat di mana Tuk Guru menceraikan isteri²nya (sebab nak kahwin baru) dan 'pass' kepada Mubarak sebagai mengalirnya berkah dari Tok Guru. Kegiatan melawat pelacur di Golok juga membawa berkah, sesiapa saja jadi pengikut Tok Guru ada berkah. Dahsyat!

Belum lagi bila bayi Mubarak dapat sakit kulit, dibawa ke tok moh, dikata buatan orang. Rupanya bapak sendiri dapat penyakit dari Golok.

Di bab akhir diceritakan bagaimana Markisa, anak kacukan mat saleh dan cina, memeluk Islam. Saya tak pasti bagaimana pertemuannya dengan Mak Yong (mungkin saya skip), akhirnya menabur bakti menjadi ustazah mengajar di pondok.

Seperti biasa, saya lemah sikit dengan cerita yang ada banyak watak. Terasa pace agak perlahan. Ada banyak dialog tapi lebih kepada pertengkaran antara dua puak. Bila berulang buat saya terfikir,

"Tak habis-habis ke busuk hati orang² ni?"

Hadiah Sako 2 bagi Novel Nasional
Hadiah Ketiga
Terbitan pertama 2002
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
March 6, 2017
Sebuah kisah pergolakan dalam kampung. Mungkin membaca novel ini pada tahun 2017, tidak dinafikan terasa jalan ceritanya agak cliche. Tapi sedap juga dibaca, bahasanya indah. Mungkin pada hari ini, masih wujud masyarakat seperti di Kiambang, siapa tahu kan?
Profile Image for Ferhadija.
5 reviews
August 29, 2013
"Kebenaran itu akalnya iman. Iman itu hatinya akal. Akal itu jiwanya ilmu. Akal, hati, jiwa, di situlah lahirnya manusia" - m/s 17.
Profile Image for Farah Najwa.
6 reviews
June 27, 2020
Buku ini mengingatkan saya bahwa api tidak boleh berlawan dengan api dan orang yang bersabar itu pasti akan menang jua akhirnya.

Kisah pergolakan masyarakat dalam sebuah kampung yang kecil, walau satu bangsa dan satu agama, namun disebabkan sifat mazmumah manusia yang sudah lama bertapak di kampung itu, membuatkan kampung Kiambang mati tenggelam dimakan masa dan ditinggalkan zaman. Hanya dengan iman, ia mampu menghidupkan kembali jiwa kampung itu dengan mengikuti peraliran zaman seperti yang tertera pada sinopsis buku ini;

"IMAN. Yang membebaskan manusia daripada segala kuasa. Kecuali kuasa Tuhan. Yang membunuh segala takut, bimbang. Kecuali kepada Tuhan. Yang membentang jalan lurus benar, yang membina benteng sabar reda."
Profile Image for Hanis.
35 reviews
May 29, 2020
Buku bertajuk Iman Markisa...hasil karangan Puan Aminah Mokhtar...buku ni berkisar masyarakat di sebuah kampung bernama Kiambang yang terpecah menjadi berpuak...walaupun bangsa mereka sama Melayu, walaupun agama mereka serupa Islam...tapi sebab bongkak, merasa diri tu lagi tinggi pada yg lain, senang2 ja sebelah puak tu meletakkan satu garis sempadan pemisah yang berbunyi..."jangan ikut puak tu, itu golongan kafir...sesat...", sedangkan kalau diperati, akan jelas lagi bersuluh yg dikatakan benar tu sebenarnya dah menyimpang...tapi dibutakan mata hati oleh sikap tamak, kepentingan diri dan sikap ikut membuta tuli...di penghujung cerita...mcm biasa, yang betul akhirnya 'dimenangkan' dan yg berdusta akhirnya mendapat pembalasan....
Pesan aii pulak, kalau hampa berkesempatan...jemput baca naa buku ni...best👍🏽👍🏽👍🏽
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books389 followers
June 4, 2016
"Perjuangan rekonstruksi masyarakat, rencam berliku"

Begitulah sebaris kata daripada editor yang tertera pada kulit hadapan novel.

Benar. Iman Markisa bukan sekadar kisah hamba mencari kebenaran. Bahkan ia juga kisah perjuangan.

Perjuangan diri untuk istiqamah pada jalan Haq. Perjuangan membimbing masyarakat, menuntun mereka ke jalan yang sama.

Iman tidak akan dibukti selagi belum diuji.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?"

Markisa mengajak pembaca menelusuri jerih perih beliau mengisi makna Iman.

Bumi Kiambang menjadi saksi. Setia merakam pelabagai peristiwa, pelbagai warna dan cerita

Jais, si jahil yang buta kebenaran. Mubarak, pseudo-ustaz yang taksub pada syeikh yang sesat. Rustam, pembawa cahaya perubahan. Dan Markisa, tunjang kepada pengislahan yang menarik Kiambang kepada cahaya.

Bacalah sendiri novel ini. Anda akan tenggelam dalam kehebatan wanita bernama Markisa. Tabah mempertahankan iman, gigih menjulang taqwa.
60 reviews4 followers
May 26, 2011
kisah perjuangan manusia menempuh kehidupan menjunjung iman dan menjulang taqwa, hebat kisah ini
Displaying 1 - 8 of 8 reviews