Semusim di Divonne. Itu janji Mira untuk menemani kakaknya yang sedang sarat menunggu hari melahirkan. Musim luruh di Divonne sangat mengujakan Mira yang tak pernah mengalaminya. Namun Mira rasa terganggu dengan kelibat jiran kakaknya yang kerap kali muncul secara tiba-tiba seperti hantu.
“Nama saya Marc Francois!”
Sepanjang berada di sana, Hantu Mi Suah itu benar-benar menghantui Mira. Tapi ‘hantu’ itu jugalah yang mewarnai hari-harinya. Musim luruh di Divonne telah mencuit hati Mira dengan rasa cinta. Namun, biar hati perempuannya mudah diusik, dia cuba menafikan rasa itu. Dia tidak mahu jadi seperti kakaknya.
Kerana tidak mahu keseorangan, Mira memberikan hatinya pada Isam, kawan lama yang setia menunggunya, yang disandarkan harapan agar menjadi pelindungnya.
Adakah kisah Mira dengan Marc Francois berakhir begitu sahaja? Tu me manques. Adakah kata-kata Marc lewat kiriman poskad kepada Mira ini punya maksud tersirat?
Dan dapatkah Isam membahagiakan Mira seperti yang diharapkan?
3 bulan di musim luruh di Divonne membawa kisah kasih sayang adik kakak yang yatim piatu dan pertemuan teruna dara berbeza bangsa dan budaya. Boleh jugak kot digambarkan seperti bak kata pepatah ikan dilaut, asam didarat, di dalam kuali bertemu jua.
Mira, si adik yang manja sanggup menempuh perjalanan yang jauh dan meninggalkan perniagaan warisan keluarga selama 3 bulan untuk menjaga kakaknya Aliah yang bakal melahirkan anak pertama dari suaminya berbangsa Inggeris. Abang iparnya Jeremy memang pantang bertemu si adik ipar, pasti disakatnya. Lawak-lawak sengal si abang ipar membuat darah Mira mencanak naik. Ada sahaja benda digaduhkan. Pantang dicuit, rumah yang hening riuh dengan perang mulut ipar duai. Kehadiran yang ditunggu, bukan setakat Aliah, tetapi si jiran yang telah lama jatuh hati kepada Mira. Semenjak terpandang potret yang tergantung di dinding rumah Aliah, Marc telah terpaut pada si gadis. Berdebar hati nak bersua muka sampaikan tengah malam bertenggek dirumah orang.
Hantu Mi Suah, gelaran buat si tukang kebun. Tiba-tiba sahaja terpacul depan mata tak kira masa dan tempat. Kalut Mira dibuatnya untuk cuba menutup rambut mahkota yang dipeliharanya dari pandangan ajnabi. Si kakak dan abang ipar pula bena tak bena sahaja membenarkan Marc masuk rumah. Ada isu yang Mira tak puas hati dengan kakaknya tapi apabila cuba dibincangkan semuanya berakhir dengan pertengkaran dan rajuk yang lama. Sedih. Kakak telah berubah. Islam hanya pada nama. Risau melihat perubahan kakak yang hanyut apatah lagi berkahwin dengan mualaf. Siapa nak bimbing siapa? Tiada siapa yang mengkhabarkan cerita sebenar membuat Mira berada dipihak yang salah dan sangsi. Apabila cerita sebenar terungkap , malu, marah dan bersyukur sangat Mira dibuatnya. Dia dah salah menjatuhkan hukum pada apa yang dilihatnya.
Agak terlambatkah atau silap bicarakah Marc sampai Mira menerima lamaran Isam, mutual friend yang dia kenali 9 tahun lamanya. Disaat persiapan perkahwinan mereka, Mira rimas dengan aturan serba serbi dari mama Isam. Isam pula hanya menurut perintah mama tanpa ada pandangan sendiri. Rasa khilaf membuat keputusan terburu-buru akhirnya membawa kepada kisah trauma dalam hidup Mira lantas si kakak dan abang ipar mengambil keputusan berhijrah ke Singapura.
Musibah yang membawa hikmah, hantu mi suah bakal selamanya menghantui hidup Mira. Semusim telah menjadi bermusim-musim di Divonne. Happy ending. Best! Cerita ini semanis gula stevia dan uniknya adalah kisah gadis arab serasa seperti melayari kisah gadis melayu. Kak Wawa, Encik Abu, Hannah, Uncle Soh dan Kak Senah tampil menjadi jiran yang membantu Mira dan mewarnai jalan cerita Semusim Di Divonne. Cerita ini juga, membuat pembaca turut terkesan untuk ke sana. Aman damai, cantik pemandangan yang sayup mata memandang dengan hamparan padang rumput yang menghijau. Lawak Jeremy membuat kita pun hampir nak percaya. Divonne, lembu banyak daripada manusia. Sabor je lah.
Just like her other 2 novels, the author still kept her story simple and sweet. I finally found the word for her stories. Chick lit! A day to day story. Sweet interaction between 2 hearts. Absolutely clean romance and best of all amaaazing background, Divonne.
Mira - I honestly can't say that I like her but I can't also say that I don't like her. Maybe a little bit of both. I like Mira because to me, she is strong and definitely a survivor. She overcame the death of both parents at young age. Left by her sister when Aliah decided to stay in Divonne after marrying the 'sengal' Jeremy. All that, and she still turned out to be a gadis Timur thru and thru. Now, Why I don't like her. I think she is too presumptuous. Judging Aliah and Jeremy just by looking at their lifestyle and appearance. She also likes to jump into conclusions. Doesn't think through when making important decisions. Because of that she almost lost Marc and gain psycho Isam. Urgh!
Marc - He's a nice guy. Patient. Understanding. Caring. Family oriented. Never expected he was who he was. Love the way he approached Mira. Not too subtle and yet not too forward. Maybe it's because I had liked him from the beginning that I accept him as he is. When all his wonderful secrets was revealed, I find that I love him even more and that's why the ending was such a sweet ending for me.
Basically, I am giving 3 1/2 * for the story. The other 1/2 * is for the background. I love the fact that this time the author emphasizes on the Muslim social behaviour. l also like the cynical statements about the issues that are actually revolving around us. l also like how the author narrates the tale of Mira's neighbourhood. And of course, best of all l get to see the happily ever after of Wawa and Encik Abu and dear sweet Hannah. Reading about them brings back sweet memory of reading Dapur Wawa.
All in all, I love each and every one of the characters. Each of them has their own special way to capture my heart. Including 'both' Idlan Qayyum and even Isam. He did have his own good side. As I said, if Mira had think twice before making her decision, things would not have happened the way that it did.
SDD makes me : ~ Google where is this Divonne. ~ Google Tu me mangues to know the meaning ~ Google for Segway ~ Google for Nasi Paella receipe
and so many more!
For me,SDD is not just a santai story. Even though it is a thin book with 391 pages, it is very "thick" in the knowledge & wisdom shared by author with her readers.
I was so glad that I started my February with this book. Padahal, sebelum baca, ku punyalah berharap yang buku ni akan lebih best daripada Dapur Wawa, because honestly, Dapur Wawa is too monotonous for me. And it turned out, I love Semusim Di Divonne so much. .
Cerita ni simple dan straight forward je. Kisah Mira yang bercuti di Divonne untuk menemani dan menjaga kakaknya, Aliah yang bakal bersalin. Di sana, dia bertemu dengan Marc Francois yang sebenarnya, dah lama sukakan Mira sejak Marc terpandang gambar Mira. Marc ni pulak suka mengusik dan provoke Mira. .
Dalam pada aku suka sikap Mira yang sangat tabah dan happy go lucky, tapi dia juga suka buat keputusan terburu-buru, dan bercakap tanpa berfikir. Boleh dia terima lamaran Isam tanpa berbincang dengan keluarganya. Lepas tu, bila hubungan mereka makin dekat dengan perkahwinan, mulalah Mira rasa yang dia buat keputusan yang salah. Dahlah sebenarnya, Mira ni pun sukakan Marc. .
Sehinggalah satu tindakan Isam yang buatkan Mira trauma, segalanya mulai berubah. Mira jadi pendiam. Sehingga Aliah dan Jeremy membuat keputusan untuk menetap di Singapura. Dan bila Mira ingatkan yang finally, dorang satu keluarga dapat bersatu semula di Singapura, Marc pulak masuk melamar. Dan terpaksalah Mira pulak yang tinggal di Divonne. .
Wehh, baca cerita ni, buatku rasa teringin nak ke Divonne. Rasa macam cantik giler Divonne ni, sebab dia kawasan kampung. Mira kata, waktu siang, lebih banyak lembu daripada manusia, sebab most of them kerja kat Geneva. Cheh, macamlah kat Malaysia ni takde lembu yang sampaikan ku nak gi tengok lembu kat sana. .
Oh ya, ku juga suka part Mira ngan datuk Marc. Comel je Mira cuba untuk menarik perhatian orang tua tu. Dan juga part Encik Abu yang jadi chaperone untuk Hannah. Hahaha.. Gila betul, pergi dating, ayah ngan mak ada kat sebelah. .
Dan kurasakan, tak kiralah berapa banyak buku yang IM tulis, aku mesti rasa yang heroin tu ialah penulisnya. Hahaha... Masa baca Dapur Wawa, Wawa tu lah IM. Sekarang Mira pulak.
Latar belakang musim luruh pula yang mengambil bahagian untuk karya solo ketiga dari penulis Kota Singa ini. Warna emas musim luruh, hanya semusim Mira berada di Divonne. Daerah kecil di Perancis tapi kerana semusim itulah yang meninggalkan kenangan yang kekal.
Mereka hanya berdua beradik, Mira-Aliah selepas pemergian umi secara mengejut. Aliah yang sudah menetap di Divonne kerana mengikut suaminya, Jeremy. Tinggallah Mira sendiri di pulau kecil itu untuk teruskan legasi kedai buku yang telah diwarisi dari ayah mereka.
Mira yang sentiasa merasakan dia sendiri. Padanya Aliah sudah ada tempat untuk bergantung harap, sedangkan dirinya hanya sendiri. Tiada tempat untuk berkongsi rasa dan juga bermanja. Namun begitu hubungan Mira-Aliah tetap rapat walaupun Mira terkilan kerana Aliah-Jeremy tidak lagi mengamalkan segala yang berkaitan dengan Islam. Kadangkala kerana perkara tersebut yang menimbulkan salah faham antara mereka.
Owhhhh, rupanya kedatangan Mira ke Divonne sudah ada yang menanti. Si empunya hati yang telah jatuh cinta hanya melalui sekeping gambar. Klasik,kan? Lelaki yang digelar Hantu Mi Suah kerana kehadiran yang secara tiba-tiba itu. Walaupun pada awalnya Mira tidak senang dengan kehadiran lelaki itu, akhirnya mereka menjadi kawan akrab. Tapi kerana salah faham dan juga ego, mereka hampir hilang ikatan yang terjalin.
Sikap terburu-buru Mira dalam membuat keputusan juga telah meletakkan satu jarak antara mereka. Si Hantu Mi Suah yang tidak berani untuk berterus terang (bukan tipikal lelaki Perancis romantik ke?) menyebabkan mereka memendam rasa dalam diam?
Sudahnya mereka terpisah setelah Mira kembali ke pulau kecil setelah kelahiran Nur Rahmah. Meneruskan kehidupan sendirian tapi kerana sikap terburu-burunya telah menyebabkan Mira 'terikat' dengan Isam. Kenalan yang telah dinaikpangkatkan tanpa berfikir dulu. Kehidupan Mira makin kucar-kacir dengan kehadiran Umi Mesnah yang bagaikan Nyonya Mansur itu. Sudahnya apabila emosi sudah menguasi emosi, Mira hampir hilang harga diri.
Trauma yang dialami menyebabkan Mira berkurung dan selanjutnya menyebabkan Aliah kembali ke Kota Singa. Dan kehadiran poskad-poskad dari Divonne juga hanya dipandang sepi. Bukan mudah untuk meluputkan segala trauma yang dialami apatah lagi Mira merasakan perkara tersebut kerana dia yang memberi harapan kepada Isam.
Walaupun Si Hantu Mi Suah kembali dengan misi, tapi keputusan tetap di tangan Mira. Kadang kala apabila sesuatu yang diingini sudah di depan mata, kata putus tetap buntu untuk menjelma.
Komentar:
Tadaaaaaaaa. Kak Ika, saya suka kisah ini. Terima kasih untuk kisah yang manis ini walaupun perjalanan plotnya tidaklah sweet seperti coklat meleleh. Memang sudah begitu aturan alam, ada yang manis, masin, tawar, pahit dan juga kelat.
Latar belakang kehidupan di pulau kecil juga banyak memberi ilmu. Walaupun Singapura-Malaysia serumpun tapi adat dan tata hidup memang banyak yang berbeza. Apatah lagi ruang lingkup bangsa Arab di pulau kecil yang dicoretkan.
Owh,,,watak Hannah, Wawa dan Encik Abu tu memang amat membantu ya. Watak Encik Abu tu memang saya buat saya tergelak aje. Memang seorang ayah yang sangat protektif.
Dan juga pengajaran yang dapat diambil dari watak-watak yang dipentaskan. Mira yang cepat berprasangka buruk itu memang patut dihindar sikapnya. Isam yang hilang pedoman itu, sayangnya wataknya tidak diberi peluang untuk memperjelaskan kesalahan yang telah dilakukan. Watak Marc yang sentiasa nampak tenang tapi dia menyimpan rahsia yang besar sehingga menimbulkan kekeliruan dan salah faham. Juga hilangnya keyakinan Aliah kerana Allah telah mengambil umi, bagaimana anak yang telah terdidik sedari kecil hilang pedoman apabila tidak reda dengan ujian Ilahi.
Dan idea Mira untuk majlis kendurinya itu memang sangat awesome. Bukan setakat jimat belanja tapi juga membuka peluang niaga untuk insan lain.
Tahniah Kak Ika. Dan kita tunggu kisah seterusnya. Bija, mungkin?
Hanya berada selama semusim di Divonne Mira mengenali :
1. Marc Francois (baca: Fran-suah), lelaki yang digelarnya hantu mi suah kerana Marc suka sangat muncul secara tiba-tiba.
2. Suasana dan permandangan indah sekitar Divonne.
3. Lelaki warga emas yang duduk menyendiri di bangku yang ditemui Mira dalam perjalanannya ke pekan. Rupanya lelaki tersebut adalah datuk Marc.
4. Sisi lain keluarga Aliah dan Jeremy. Selama ini Mira sangka kakak dan abang iparnya sudah jauh meninggalkan agama. Rupanya, selepas kehamilan Aliah, mereka berdua berdikit-dikit belajar dan berusaha kembali ke landasan yang benar. Mereka sedar dan mahu menjadi ibu dan bapa yang terbaik buat anak mereka. Dan, individu yang banyak membantu mereka kembali ke jalan lurus itu adalah Marc. Mengejutkan, bukan?
Ingat tu, jangan mudah sangat berprasangka. Tak tahu, tanya. Jangan suka hati nak buat assumptions.
Bagi Marc pula, kedatangan Mira ke Divonne memang dinantikan semenjak dia terpandangkan foto Mira di kediaman Jeremy dan Aliah. Katanya, dia jatuh hati dengan senyuman Mira dalam foto itu. Jadi, bila Mira tiba ke Divonne, memang Marc tak melepaskan peluang untuk beramah mesra (sambil cucuk jarum. Haha) dengan Mira. Cuma itulah, mungkin perbezaan budaya (atau mungkin terlampau excited) buatkan Marc ni suka muncul secara mengejut laksana hantu. :D Suka sangat mengusik Mira sehingga berjaya buat Mira melancarkan konfrontasi disebabkan provokasi berunsur keagamaannya terhadap Mira. Haish. Bila mereka sudah berdamai, Mira pula sudah mahu pulang ke Singapura dan mahu berkahwin dengan pilihan hatinya. Jadi, macam mana dengan Marc? :'(
Komen saya:
Suka kisah ni sebab:
1. Ringkas dan tak memeningkan kepala dengan macam-macam konflik. Memang bacaan santailah senang cerita. :D
2. Suasana di sekitar Divonne yang digambarkan oleh penulis. Boleh bayangkan sendiri sebab saya sendiri bekerja di kawasan yang menghijau macam tu. (Syukur Alhamdulillah dapat tengok pemandangan hijau hampir setiap hari. :D) Cuma takde lembu je dekat kawasan tempat kerja saya tu. Haha.
3. Ada peringatan dan teguran yang diselitkan. Terutamanya tentang berprasangka. Ehem!
4. Family bonding antara Mira dan Aliah. Mereka hanya dua beradik dan mereka sedar yang mereka sentiasa ada untuk menyokong antara satu sama lain.
5. Ada watak macam Marc. Eh? Haha.
Buat yang rindukan Wawa dan Encik Abu, mereka sekeluarga juga ada terselit dalam kisah ini. Hehe. Hannah pun dah besar nampaknya. Encik Abu pun dah nak terima menantu tak lama lagi agaknya. :D
Tahniah dan terima kasih Kak Ika untuk cerita yang simple dan manis ni. ;)
Aku suka buku ni tapi aku ambil masa untuk habiskan membaca tak seperti buku lain penulis ni. Mira adalah sebab utama buat aku ambil masa nak habiskan buku ni. Aku tak benci mira tapi aku tak juga suka mira. Bagi aku mira ni ada unsur negatif yang buat aku menyampah nak baca dia tapi aku faham, manusia ada unsur negatif dan positif dalam diri.
SDD buat aku rasa yang aku ada dalam buku tu, jadi halimunan tengok semua watak. Juga buat aku rasa kerdil sebagai seorang hamba padaNya.
Oh dan, ada watak dalam buku ni kau akan kenal kalau baca buku lain penulis ni.
terbit 4 tahun lepas, tapi isinya tetap segar untuk tatapan. bermula agak perlahan tapi makin bertambah helaian diselak makin sedap duduk dalam pembacaan.
mira, bercuti di divonne. nak kata bercuti berjalan-jalan tu taklah, lebih kepada nak menemankan aliah, kakak mira yang bakal melahirkan. dia lebih suka nak duduk di rumah berbanding pergi berjalan-jalan apatah lagi disuruh kakaknya ke mana-mana dengan marc yang dipanggil hantu mi suah. marc yang suka masuk keluar di rumah aliah seperti rumahnya saja, mana taknya buat mira selalu terkejut.
seronok sangat baca sebab orang macam akak ni manalah dapat ke sana ke mari. divonne, penulis Ika Madera buat akak mencari di mana letaknya divonne dan hasil merayap dengan pak google, wah... menarik sungguh apatah lagi sempadan dengan geneva. turun kapal terbang pun mendarat di geneva, switzerland tapi perginya ke divonne, perancis. singapura yang seberang tambak pun tak pergi. kisah negara orang, bila penulis kongsikan mampu buat pembaca seperti akak tersenyum lebar sorang-sorang.
antara isu menarik bila mira berdebat dengan marc tentang agama Islam. marc yang mempersoalkan tentang keganasan yang berlaku di palestin yang akhirnya menarik sekali perlakuan tentang penganut agama yang hanya tahu tentang agama tapi tidak mempraktikkan dengan sebetulnya. mira agak celupar membuatkan aliah terasa. zahirnya dia dan suami, jeremy memang seperti tidak melakukan segala suruhan tapi sejak mengandung, aliah dan jeremy berusaha untuk mendekatkan diri kembali pada ajaran agama Islam yang sebenar.
tentang jodoh pula... mira bila melihat aliah bahagia, dia juga mahu mencari kebahagiaannya sendiri. isam pilihannya dan menerima lamaran isam sewaktu dia di divonne tapi sekembalinya dia ke singapura, hatinya mula berbolak balik. tambah pula bila melihat isam sangat anak emak. umi masneh, semua dia yang merancang untuk isam sehingga buat mira sangat sesak nafas! kemuncaknya dia menolak dan penolakannya mencetuskan sesuatu!
perjalanan kisah yang santai. topik pun adakalanya berat tapi bila penyampaian diolah dengan baik, mampu buat pembaca duduk diam berteleku menghayati kisah. tak baca laju sebab semusim di divonne ini bagai membawa kita menaiki cruise. walaupun hanya di laut semata-mata tapi pemandangan dan pengalaman yang ada sepanjang perjalanan mampu buat kita senyum, adakala gelisah, adakala relaks dan akhirnya dengan izinNya mampu buat kita sampai ke destinasi dengan selamat.
Semusim di Divone, akhirnya dapat juga dihabiskan dalam masa dua malam. Dua malam itu pun sebabnya memang berniat nak tumpukan pada membaca je. Dan insomia memang membantu!
Semusim di Divone di baca di hospital ketika menjaga ayah. Tapi tak sukar membayangkan tempat-tempat yang digambarkan memandangkan Kak Ika dah berikan gambaran yang jelas dan details tentang Divone.
Sepanjang pembacaan, ada beberapa part memang ketawa. Ada juga beberapa part yang saya mengangguk setuju.
Cuma... Ya, ada cumanya. Cuma saya rasa TAK PUAS. Saya mengharapkan lebih. Mengharapkan agar cerita ini tidak sampai ke titik penamat secepat itu.
Barangkali kerana saya mudah membayangkan ceritanya. Apa saja yang disampaikan oleh kak Ika dalam Semusim di Divone ini mudah tergambar di fikiran saya seperti tayangan filem.
Mira yang terlalu mudah salah sangka. Mira yang cepat menjatuhkan hukum. Mira yang rapuh sisinya disebalik kecekalannya.
Saya suka latar kekeluargaan. Hubungan Mira dengan kakaknya. Saya suka cerita masyarakat berbilang kaum yang saling mengambil berat dan tidak punya isu perkauman. Barangkali kerana saya dibesarkan di kawasan yang ramai penghuninya Cina. Dan punya baby sitter yang berbangsa India.
Part uncle Cina (oh lupa namanya) yang mengadu pada Mira, kerana menaiki kereta yang dibawa laju oleh anak Wawa buat saya senyum. Dan kalau la masyarakat kita realitinya boleh begitu. Pasti saja tak ada isu berbangkit.
semusim di divonne. Novel pertama by kak Ika madera yang saya beli. masa beli tertanya Divonne ni di mana terletak.
Novel yang nipis tapi sukar untuk dihabiskan. Dapat habiskan kerana laptop asyik "hang" semasa buat kerja.
Cerita Semusim di Divonne nampak simple tapi sebenarnya amat meaningful apa yang dilakarkan oleh Kak Ika madera.
Bahasa digunakan agak santai jadi seronok baca, bila di tilik dalam-dalam baris perkataan ditulis terasa berat.Penuh dengan nasihat.
Paling terkesan bila Mira asyik teringatkan Umi. Kasih sayang seorang anak terhadap ibu yang telah pergi. Buatkan diri saya makin sayang pada kedua mak ayah.
suka juga dengan gaya penulis Ika cuma saya tak tahu saya akan bila saya akan ulang baca sebab tu bagi 3 bintang sahaja. (mungkin saya patut ulang baca Dapur Wawa, sebab ada watak Wawa dalam ni)
suka dengan akrabnya Mira dengan Aliah.
baca hujung-hujung tahun begini di musim hujan, boleh la feeling musim luruh tu.
Bila Mira pulang ke Singapore, terimbau kenangan trip ke singapore 7 tahun dulu.
Mira dan Marc? saya rasa serasi sahaja tetapi terlebih bergurau sangat. tak feel manisnya hubungan mereka.
suka dengan hubungan Jeremy dan Aliah yang lebih matang.
Isam dengan maknya? saya pun tak nak kalau begini.
Saya suka baca buku Ika. Di dapur Wawa, saya merantau ke Singapura. Disajikan dengan resepi yang enak enak. Di dalam buku ini pulak, saya dibawa 'makan angin' ke Divonne. Syok layan imaginasi sendiri. Tak dapat pergi... dapat berangan pun jaaadilah. Merci beaucoup Ika! Wah gitewwwww...
Yang lahir sebagai Islam tidak mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam. Yang mualaf pula, amalannya pula lebih baik dari kita-kita ni.. Contohnya: Ustaz Farid Ravi, Ustaz Ridhuan Tee Cuba dengar bacaan Al-Quran mereka, jauh lebih baik dari kita, betul tak?
Lama dah baca SDD. Baca pun banyak kali tapi baru hari ini boleh update review SDD. Soooo lambat tau. Ni novel ketiga dari Ika Madera kalau tak silap, Jet Jonnah and Dapur wawa. So kali ini penulis bawa kita jalan-jan ke Divonne. Ate janganla tanya teman, Divonne tu kawasan nya macam mana?Bandor ke kampung?Ate teman pon tak pernah sampei. hei hei hei. Ate google aje :p
SDD ni banyak berkisarkan tentang Divvone dan Singapore. So, jujur kata, dari tak tau apa-apa pasal Divonne dan singapore, bila baca SDD ni boleh "nampak dan bayangkan" lah suasana nya macam mana tak banyak sikit pon jadila.
Cerita tentang Mira yang bercuti ke Divonne selama tiga bulan untuk menemani kakaknya, Aliah yang sedang menanunggu saat-saat kelahiran. Cerita yang penuh dengan warna warni antara kakak dan adik walaupun fikrah mereka agak berbeza pada mulanya. Si Mira yang 'religious' dan Aliah yang 'tak se-religious' Mira tapi tanpa Mira sedar, dia dan Jeremy, suaminya sedang mencari-cari makna hakiki tentang hidup bertuhankan yang maha esa lantas untuk berubah.
SDD tak boleh nak jatuh dari tangan kalau dah baca part Mira yang selalu cari pasal dengan Jeremy,abang iparnya yang selalu buat kelakar atau lawak selenga. Setiap kali jumpa, mesti nak bertikam lidah. Mesti ada adegan sakat menyakat,usik mengusik.
Dalam masa yang sama, Mira ditakdirkan untuk mengenali Marc Francois aka Mi Suah dengan karakternya yang pelbagai. Marc yang selamba. Marc yang peramah dan mesra alam. Marc yang suka membantu. Marc si tukang kebun, dan Marc yang menyebabkan sesuatu berlaku tanpa diduga. Isu sensitif telah menyebabkan Aliah merajuk dengan Mira dan itu semua gara-gara Mira yang melontarkan hujah tanpa sedar telah melukakan perasaan Aliah dan bagi Marc ia sesuatu yang merugikan dia.
Mira dah terima Isam. tapi Mira lemas dengan sikap mama Isam yang suka suki mahu semua benda ikut citarasa dia. Siapa tahan? Dan kerana kesilapan dalam membuat keputusan untuk berkahwin dengan Isam Mira cuba menolak Isam dan menyebabkan Isam hilang pertimbangan diri atau boleh dikatakan keuar Isam yang sebenar?
Trauma Mira trauma!
Akhirnya, Mira terima Marc. Siapa sangka Marc yang selalu mengusiknya lagak-lagak Marc yang kadang-kadang menyakitkan hati pada musim luruh di Divonne, mampu membuka pintu hatinya untuk terima Marc sebagai suami walaupun dia pernah menidakkan perasaan yang satu itu. Jodoh itu ditangan tuhan, rancang lah bagaimanapun, pilih la siapa pun, kalau bukan jodoh tak kemana jua.
*****
Walaupun cerita ni best tapikan Jet&Jonnah masih lagi no 1. haha. Tahniah Ika Madera untuk novel terbaru. Semoga terus menghasilkan karya -karya yang lebih berkualiti.hehe :) Happy Ramadhan uolsss.
SSD buat saya rajin google pasal Divonne, 'kampung' terpencil di antara Geneva dan Nyon, Peranchis dan 'benda-benda' lain yang saya temui dalam naskah ini ~ perkataan Peranchis, salur-galur keluarga keturunan Arab, resepi yang Marc masak, etc...
Kisah ini bukan setakat perkenalan Mira-Marc semata-mata, tapi hubungan adik-beradik, kekeluargaan, kejiranan, dan multi-racial yang diangkat menjadikan naskah ini menarik. Lambat saya nak habiskan kerana mahu 'menikmati' teladan dan ilmu yang dikongsi oleh pengarang. Terkesan sedikit kelainan dalam penyampaian SSD vs Dapur Wawa dan Jet & Jonah. Congrats Ika for the improvement!
Kalau tidak kerana keberanian Mira (yg takut naik flight) mengembara ke Divonne seorang diri menemui sang kakak, Aliah, tentu dia tidak berjumpa dengan Marc Francois. Kalau tidak kerana kelemahan Mira yang buat keputusan dalam masa singkat untuk berkahwin dengan Isam, tentu tidak timbul huru-hara dalam kejiranan di situ.
Kekuatan dan kelemahan character Mira yang mencorakkan SSD dan orang-orang yang menyayangi Mira memberi keseimbangan dalam kehidupannya. Beruntungnya Mira.
Sebenarnya, kisah ini sudah lama juga dibaca. Tapi belum bertemu kata-kata untuk buat review. Sebabnya, untuk buku yang nipis, sebenarnya banyak value yang diterapkan oleh penulis dalam bahasanya yang tersirat. And for that, i simply love it. Suka dengan latar belakangnya. Buat saya rindu untuk menjelajah lagi. Suka dengan heroinnya yang tak sempurna. Yup, si Mira yang suka berprasangka buruk, tapi sedar juga akhirnya.nSuka dengan hubungan kekeluargaan yang ditonjolkan, ada gembira, ada gaduh, ada usik, ada sedih. Dan memang itu pun realiti kehidupan, kan? Suka dengan hubungan kejiranan yang jarang-jarang kita tengok di bandar-bandar besar. Suka dengan hero, mestilah kena suka dengan hero, kan? Heh... Tenang dalam membuka langkah, sederhana dalam perwatakan dan kehidupannya. Suka dengan ujian yang diberi pada Mira, supaya akhirnya dia sedar, kerana sedihnya, ujian sebegitu bukan sekadar wujud di dalam novel... Pendek kata, suka segala-galanya yang ada dalam Semusim di Divonne. Dan entah mengapa, bahasa saya baku sungguh hari ini... Ehehehe... I'm just ashamed to say i haven't read Dapur Wawa yet! Sorry k Ika! ;)
I have to say Semusim di Divonne is Ika's best work so far. Favorite characters adalah Uncle Soh dan uncle yang tak pandai guna handphone. Their character seem so real adn down to earth. Ika juga berjaya menimbulkan rasa meluat terhadap watak Mira yang cerewet dan kuat mengomel (she is too opinionated for her own good). Kalau ceritanya lebih concise lebih bagus. Plot cerita amat menghiburkan dan watak-watak idlan adalah watak kecil yang menarik.
"Sesungguhnya lelaki yang membaca buku Ika Madera secara terang-terangan di kopitiam adalah lelaki yang berani" ~Jet
Second time is always better than the first. Personally I love this author. She's got a way with words. Pasal orang Singapore kurang baca buku melayu, mengenali dia as a writer, she's brilliant! I wanna thank her for this book and all the nice words she puts in.
Mira & Aliah is a perfect sibling goals. And me while reading, keep Mr. GOOGLE images showing me the scenery of Divonne... one day, some day, I will. MERCI Ika Madera!!!!
Cerita ni bukan tak best. Best & seronok baca. Latar temparnya di luar negara dan penulis sendiri asal Singapura. Masa baca, ada je yang perlu digoogle sebab nak tahu macam mana rupa bentuknya. Punya jiran-jiran yang cukup prihatin. Perhubungan yang sangat erat antara si kakak dengan si adik. Nak-nak mereka tinggal berdua sejak kematian ibu.
Bacalah sebab ada ilmu yang kita akan peroleh dalam cerita ni. Orang yang kita sangka masih belum berubah, hakikatnya sudah berubah. Orang yang kita sangka bukan beragama Islam, hakikatnya sudah memeluk agama Islam.
Tapi, kenapa bagi 3 * je ye? Takpe la, saya seorang je la yang tahu. :)