Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hari-Hari Aku Rindu

Rate this book
Angkara kisah hitam yang menghantui hayatnya sebelum ini, NUR SARAH NADYA trauma tidak berkesudahan. Harga diri dan hatinya juga hancur lebur. Apa yang dia mahu adalah membuang jauh peristiwa pahitnya ketika bersama FARIZ yang telah membuatkan kehidupannya kelam derita.

Tatkala memori hitam terpendam bersama Fariz masih tidak dapat dilupa, hadir pula insan lain menambah luka.

“I tak nak kahwin dengan you. I bencikan you. I tak tipu. I tak boleh kahwin dengan orang yang I benci. What do you expect from me? You ingat I boleh jadi isteri yang baik untuk you selepas apa yang dah jadi ni? You ingat I ni tak ada upaya? Dah tak ada jalan lain dan terdesak sangat sampai terpaksa jadi isteri you?” – Dhia.

Dialah KHALISH NAUFAL. Lelaki yang sukar diramal hati dan tingkah lakunya. Pandai bermain kata-kata manis. Tiada yang baik tentang empunya diri. Benarkah dia lelaki yang hanya tahu ambil kesempatan?

“Tak payah nak baik sangat dengan I.” – Dhia.

“Why? You takut jatuh hati dengan I?” – Naufal.

“You buat lawak ke apa, ni? You tahu I benci you, kan? You dah hilang ingatan kut? Hari-hari hidup I celaru sebab you! Hari-hari I rasa nak bunuh you!” – Dhia.

“Esok lusa you akan rindu I pula. Hari-hari. I’m sure of it.” – Naufal.

Rentetan sebuah rahsia yang sengaja disembunyikan, hidup Nur Sarah Nadya tambah tertekan. Rahsia yang menyebabkan Fariz kembali mengganggu dirinya. Apa yang dimahukan oleh Fariz? Antara harta dan dan kasih sayang, mungkinkah nyawa menjadi taruhan?

“Apabila lelaki ni tak ada nanti, Sarah akan jadi milik abang. Hanya abang sorang aje yang berhak dapat Sarah. Abang akan pastikan lelaki ni tak wujud lagi selepas ni!” – Fariz.

680 pages, Paperback

First published April 1, 2014

12 people are currently reading
131 people want to read

About the author

Izz Alejandra

2 books37 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (34%)
4 stars
35 (35%)
3 stars
23 (23%)
2 stars
7 (7%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 13, 2014
2 1/2* untuk cerita.
1/2* untuk kesabaran Naufal

First of all…. I really had a very very hard time accepting the fact that this book and Sungguh, Aku Gilakan Kau is written by same author. I absolutely love her 1st novel but can’t say the same for this. Yang ini bukan bikin Hari-hari Aku Rindu. Ini bikin HARI-HARI AKU EMO.

Dhia – Haish! Sebut nama dia je pun dah panaaaaaaas hati! Kenapa la degil gedahak sangat dia ni. Siriyesly??? Maaaacam la awak tu baik sangat Dhia oiii…. Bak kata Naufal, DAH SAMA2 GATAL kan??? Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi dik oiii…. I was like. Urgh!!! Dhia! Sedar dirik sket bley? Fine! Naufal tu playboy tersohor. Fine! Naufal tu jahil. Awak tu? Bagus sangat? Awak tu? Sempurna? Okaylah… budak2. Akal singkat lagi. [Pujuk hati sendiri] Lepas dah kawin, EGO PLAKKKKK…. Astaghfirullahalazim… Sangat2 mencabar kesabaran pompuan satu ni tau. I’ll stop at that.

Naufal – Sabar nya la mamat satu ni. If I am him, I wouldn’t have stayed long. Be it for whatever reason, I WOULDN’T have the patience that he has towards Dhia. For that, I salute him. I want to talk more about Naufal but can’t because he is overshadowed by Dhia who irritates the h**l out of me during the reading. From beginning till end, I am unable to accept Dhia.

Again, sad to say, I find grammatical errors here and there and again it irritates me. Dear publisher, please find the time to proofread before printing. As I commented before, good books will be read by many and that many are not limited to Malays only. Not to be whiny just a friendly reminder. Thank you.

However, I must say that the author is diversifying her writing and trying different approach in her writing. I applaud her for that but to me, basically if that conflicting feeling of Dhia be shorthen, the pace of tarik tali between both her and Naufal be quicken, I would have enjoyed the story. There are lessons to be learnt in this story but it is not narrated clearly. Maybe, the writer should have emphasized more on Naufal’s hijrah instead of Dhia’s psycho behaviour? I don’t know. It’s just my 2 cents.

Dear writer, please do not take heart on my comments. It’s not that I don’t like this book. It’s just that you have given me so much joy in reading your first book that I expected more in your second book. Anticipating your third book ok? *Peace*

P/S: How does "Mengepam pipi" and "Mengepam Bibir" looks like eh? :)
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
September 22, 2014
Naskah untuk dilepaskan; RM16. PM je...

Bimbang pembacaan kali pertama (yang mendukacitakan dan menduga kesabaran)membuatkan aku terlepas pandang apa2 butiran penting, aku ULANG BACA untuk kali kedua. Malangnya, rasa blur + hampa masih sama.

Bersetuju dengan review sahabat, pelik bila mengenangkan ini adalah penulis sama yang menghasilkan SUNGGUH AKU GILAKAN KAU!. Maaf... tapi kualiti perkaryaan untuk HARI-HARI AKU RINDU amat jauh berbeza. Dukacita bila penulis men-reverse-kan gearnya! Bila naskah pertama membanggakan, pastilah pembaca akan meletakkan harapan yang tinggi untuk naskah kedua. Termasuklah aku....

1) Isu POV. Sesuatu yang amat nenDUKACITAkan bila 1st person POV yang dipilih penulis GAGAL melayarkan pelaku utama a.k.a AKU itu sendiri. Watak Dhia terlalu kabur. Dhia digambarkan sebagai gadis yang kurang kasih sayang, lahir daripada keluarga berantakan, ditinggalkan si abang biarpun hanya itulah dahan dia berpaut. Latar belakang yang serba pincang ini menjurus kepada tragedi hamilnya Dhia anak luar nikah bersama Naufal. Kekalutan wasiat si bapa menyebabkan ibu dan abang tiri Dhia memperalatkannya untuk mendapatkan harta. Pelarian daripada Faizal menyebabkan Dhia jatuh ke katil Naufal.

Paksinya kukuh, tapi tiang2 yang menyokong cerita... it was all over the place. Jiwa Dhia terlalu kacau. Penulis tidak dapat melukis pergolakan rasa Dhia dengan jelas. Segala cerita mengenai keluarga, wasiat dan kenaifan Dhia hanya diketahui daripada Zain. Menyedihkan bila watak AKU dibongkarkan oleh watak lain. Ini 1st person POV. Sepatutnya AKU yang perlu dipentingkan, bukan pelaku lain.

(For me) naskah ini akan lebih mantap sekiranya 3rd person POV yang dipilih. Malah mungkin penghijrahan Naufal daripada si buaya darat kepada suami yang bertanggung-jawab boleh diselitkan jika POV ini yang dipilih.

2) Penumpuan KETERLALUAN untuk plot rumah tangga Dhia dan Naufal. Plot tarik tali antara keduanya....argghhhh, rasanya kalau setiap kali ku tarik rambut di kepala, dah botak rasanya! Seperti berada di bilik yang hanya dinyalakan satu lampu, tanpa pintu dan tanpa tingkap. Dari mana asalnya Naufal tidak diterangkan sejelasnya. Kaitan dengan Darwis dan Bella tidak dinaratifkan sebaiknya.

KESIMPULANNYA... aku kecewa dengan HHAR... :(

Wajarkah aku membuat kesimpulan begini? Jika dibandingkan naskah pertama dan kedua yang macam langit dan bumi, aku suka menamakan BLOG sebagai puncanya. Ya, naskah ini dibukukan hasil daripada coretan yang dihasilkan di blog penulis, TAPI.... rombakan besar-besaran perlu dilakukan jika ingin mencetak siri-siri yang diterbitkan di blog ke naskah tunggal. Plot-plot yang meleret dan tidak penting sepatutnya ditiadakan. Bak kata seorang sahabat, ketebalan helaian tidak menggambarkan ketebalan 'isi'... :)

p/s: it should be mengemam atau mengetap atau mengebam instead of mengepam bibir. Ini typo atau..... (isilah tempat kosong ini sesuka hati anda)?
Profile Image for Rynna.
132 reviews
September 13, 2014
permulaan sesuatu perhubungan melalui keterlanjuran membuatkan sy letak 3 bintang untuk novel ni( keterlanjuran yg tak disengajakan antara dhia dan Naufal)...menyebabkan Dhia dan Naufal berkahwin setelah Dhia mengandung... overall ceritanya best... olahan yg tak membosankan( walaupun agak annoying dgn watak Dhia yg keras hati)... membuatkan sy bace mula sampai habis tanpa skip.
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
April 22, 2014

Akhirnya dapat baca hingga akhir kisah Naufal & Dhia yang berkurun tunggu keluar terbit..
puas hati..

Kisah Sarah Nadya(Dhia) yang beranikan diri bertemu degan Khalish Naufal kawan chatting di alam maya. Tapi tanpa pengetahuan Naufal, Dhia sebenarnya bukan orang yang selalu berchatting dengan Naufal selama ni tapi si rakan sekerja Dhia yang gedik bernama Betty yang menggunakan nama Dhia.

Tapi tanpa pengetahuan Dhia, Naufal tahu Dhia bukan org yang sebenarnya dan dari situlah Naufal yang pada mulanya seperti Prince Charming menjadi Monster Beast kerana ingin tahu siapa Dhia yang sebenarnya.

Dengan perangai Naufal yang lepas laku dan kurang ajar membuatkan Dhia bersumpah tidak ingin bertemu Naufal lagi. Tapi disebabkan Dhia ingin melarikan diri dari Fariz bekas kekasih Dhia yang sentiasa mengejar Dhia, membuatkan Dhia kebetulan bertemu kembali dengan Naufal untuk meminta pertolongan. Tapi tidak disangka dari pertolongan tersebut membawa tragedi yang membuat Dhia hilang kesuciannya.

Disebabkan kesilapan tersebut, Dhia disahkan mengandung. Bila Naufal mendapat tahu perkara tersebut, Naufal menyuruh Dhia menggugurkannya tanpa berfikir panjang. Tapi, Dhia tidak tergamak untuk gugurkan dan makin berasa benci kepada Naufal dan menyatakan supaya tidak risau kerana dia tidak akan sesekali menyuruh Naufal bertanggungjawab.

Tapi sebenarnya Naufal ni sangat mengambil berat akan Dhia. Naufal memang tidak pernah melupakan Dhia. Dan dengan keadaan Dhia, Naufal nekad untuk menjadikan Dhia sebagai isterinya.

Cerita ni rasanya x banyak konflik yang buat kita nk baling buku ni..Cuma kadang2 rasa geram kat Dhia yang keras hati. Naufal bukan main mengurat isterinya suruh jatuh cinta kat dia. Macam2 cara dilakukan sampai si pembaca ni pun cair. Tapi Dhia sangat degil. Bila dah kena tinggal baru tau rindu kat suami dia tu. Perangai Dhia rasanya sama juga dengan perangai Rene dlm SAGK. Keras hati dan degil!..

Tahniah kak Izz Alejandra dengan karya kedua ni..:)
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
April 7, 2014
Ngeeee.. berjaya mengkhatamkan pada jam 1 pagi.. Yeay!!!! lama seyh tunggu ending HHAR... so bile dapat baca mmg puas.. hahaha...

Hero dia, si Naufal tue.. mmg menjadi Pujaan Hati... suke la ngan perangai dia.. org kata apa.. Bad Boys always menjadi Pujaan Hati.. ngeeee... suka moment2 Naufal become more and more baik.. ohsem. walaupun perangai dia dan graf emosi dia macam roller coaster. tetap menjadi pujaan hati hah! ngeeeeee....

Si Heroin plak. si Dhia.. hai la.. kenapa yer rasa menyampah skit ngan dia.. sbb lemah sgt. asyik nak marah jer... Haip!!!! Sib baek anda berusaha memujuk kat Maldives tue.. kesian pakwe kite.. eh eh... hahahhaha.... tp mmg terasa ketraumaan Dhia, ketidakstabilan emosi dia ngan kebahagiaan dia.. sib baek belum terlewat. ahaks...

yang lain2 watak membantu, okeyla, tp perhatian mmg fully 100% pada Naufal hah.. hehe...

i lioke!
Profile Image for Mai.
312 reviews58 followers
Read
December 27, 2017
Buku ni dah baca dan dah dijual pun, pelik bila tiada update.
Profile Image for Ctsue.
56 reviews9 followers
May 13, 2014
Hanya boleh kata Naufal memang penyabar, calon lelaki idaman tolak kisah silam yang gelap tu. Untuk Dhiya, memang sangat bertuah terperangkap dengan lelaki macam Naufal walaupon ego tak bertempat. Akhirnya perasan jugak perasaan kasih dan sayang pada si suami...

Sebenarnya saya expect lebih dalam novel kedua ni.tapi nampaknya SAGK lebih mendapat tempat.Ape pun kepada penulis, good luck untuk novel seterusnya..
Profile Image for Emoon.
219 reviews79 followers
May 7, 2014
Cerita ok cuma x brapa nk suka dgn heroin .... Hehe.... Khalish Naufal BEST!!! (Tergedik ckit je)
Profile Image for Zurianita Manab.
76 reviews16 followers
May 6, 2014
cerita yg menarikk. dalam pelarian dari Fariz... Naufal yg menghampiri Dhia. Dan dlm Dhia membenci Naufal... mungkinkah akan terbitvrasa rindu pada lelaki itu..
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,042 reviews378 followers
June 27, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Rasanya tak perlukah N nak berkomen panjang. Apa yang N rasa memang sama dengan apa yang dirasakan oleh reviewers yang lain. Watak Dhia yang annoying membuat cerita ni terasa dragging yang teramat sangat. Tak tahulah, mungkin watak Dhia tu memang penulis sengaja membuat dia menjadi annoying. Kalau tidak, dah rasa macam baca novel The Wedding Breaker pun ada.
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
May 4, 2018
susah nak hadam bahagian awal tu dengan perangai Naufal yg macam split personality dan dhia yg senang-senang ikut lelaki sampai buat kesilapan besar dalam hidup dia. bila Naufal berubah siapa je tak cair dengan ayat dan perhatian dia kecuali Dhia.

novel ni menarik juga cuma kadang tu rasa bosan pada watak Dhia yg tak sudah tak boleh percaya pada Naufal.
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 15, 2014
Book #58 - 2014

Not my favourite. For me there's something lacking.i'm expecting more. Character yang diperkatakan sebagai "playboy" itu yang I think agak lacking. Lepas tu, cerita setelah mereka sudah berkahwin pun macam agak meleret. Maybe because the first novel was kinda "the bomb" for me and for this one, I had high expectation; expecting it to be as good as or much better than the first. However, still room for improvement! Still looking forward to reading her books.
Profile Image for シティ.
264 reviews
Currently reading
May 16, 2018
Bacaan santai di PNM e-Reader.

Borrow from Perpustakaan Negara Malaysia Digital Library

Dialog/nukilan yang menarik...

“Allah Maha Pengampun. Allah sayangkan hamba-hamba-Nya. Dia bagi kita ruang untuk insaf dan bertaubat pada Dia. Yang pentingnya kau kena betul-betul insaf. Kau kena sungguh-sungguh. Kau berjanji dan berazam tak akan buat perkara tersebut lagi. Di samping tu kau kenalah juga berubah. Contohnya jangan tinggal solat, tinggalkan perkara yang Allah larang.”

“Tapi... aku takut.”

“Kau takut dengan Allah atau kau takut kepada orang?” tempelak Maria. Suaranya dah bertukar nada. Naik angin gamaknya sebab aku macam tak faham-faham penjelasan dia yang panjang berjela. Tajam menikam. Terasa sakit dada aku dengan soalannya. Ya. Aku takut dengan orang atau aku takut dengan Allah sebenarnya?

“Kalau aku jawab dua-dua?”

“Kenapa kau nak takut pada pandangan orang? Memang perangai manusia suka menghukum tanpa tahu perkara sebenar yang terjadi. Lebih-lebih lagi orang yang tak kenal kita ni siapa. Tak tahu hujung pangkal sudah macam-macam tohmahan yang dilempar. Suka-suka aje labelkan orang macam-macam. Aku pun kadang-kadang hairan juga. Kita ni sepatutnya menolong orang yang dah buat salah tu berubah. Bukannya mengeji dan mengata. Dan bagi sesetengah orang yang dah buat salah dan lemah iman, dia akan rasa tiada sesiapa pun yang akan tolong dia. Dia rasa unsecure. Mulalah dia akan terus-menerus rosakkan diri sendiri. Kita ni siapa nak menghukum kesilapan orang? Semuanya tu kan kerja Allah? Dia yang cipta kita. Sekali buat salah tak akan selamanya akan buat kesalahan yang serupa?” Maria membebel panjang. Aku terkedu seketika. Aku juga pernah memandang hina kepada golongan tersebut. Dan kini aku sendiri yang sudah terkena. Bagaimana pula nasib aku nanti?
Profile Image for Zahra.
1 review
June 3, 2014
suka novel ni lebih drpd novel pertama penulis. walaupun time baca banyak jumpa perkataan pelik-b.i yang di melayukan dan bbrapa perkara lain, tapi masih suka juga. sebagai pembaca, saya stick jadi pembaca, tak mo berangan jadi editor dan kompelin lebih-lebih. watak heroin digambarkan agak annoying tapi saya rasa okey dan kena dgn plot cerita. saya boleh faham kenapa heroin degil dan ego. overall- saya suka gila dengan novel kedua ni-ada isi dan pengajaran buat pembaca yang nampak.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.