Jump to ratings and reviews
Rate this book

Impiana #5

Impiana 5: The Origin

Rate this book
Inilah penutup kisah Syarikat Impiana Sdn Bhd, apabila salah seorang daripada enam dalang mula membuka mulut hingga menyebabkan penyiasatan lanjut. Siapa Yussof Taha sebenarnya? Bagaimana Syarikat Impiana itu mula dibina dan mengapa ia beroperasi sedemikian rupa? Modus operandi syarikat juga dicerita.

Paling penting, info yang dikongsi itu ada maklumat paling berharga yang amat-amat tidak disangka! Rupa-rupanya semua peserta yang pernah terkorban keluarga, hanyalah diperangkap dalam sandiwira dan tipu daya Syarikat Impiana. Rupa-rupanya ia hanya satu lakonan semata. Semuanya masih hidup dan selamat, malah mereka ditempatkan di sebuah pulau rahsia.

Linda yang mengetahui ibu bapa serta tunangnya masih hidup, terus mengambil keputusan drastik mahu menjejaki pulau rahsia. Tanpa mengira risiko, tanpa mengira apa bahaya yang menunggu di sana.

Pada masa yang sama, Amir dan Qamil dapat menggali sedalam-dalamnya hal operasi Impiana. Membaca fail-fail klien terdahulu, terkejut mengetahui ada pelbagai impian manusia pelik-pelik yang pernah mendaftar dengan Impiana. Mereka juga tidak menyangka, melalui pembacaan fail itu, dapat dirungkai satu misteri jenayah yang telah lama berlaku di Sri Bangsar.

Semakin dikorek semakin banyak rahsia terbongkar!

Impiana 5: The Origin benar-benar membawa pembaca agar memahami susur akar permulaan terbinanya Syarikat Impiana, syarikat yang kononnya dijalankan oleh wakil-wakil malaikat Tuhan di dunia.

376 pages, Paperback

First published January 1, 2023

38 people want to read

About the author

Ain Maisarah

131 books417 followers
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (37%)
4 stars
6 (37%)
3 stars
4 (25%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Ain Atila.
84 reviews2 followers
July 6, 2025
Selesai akhirnya ✅ Bought Impiana exclusive set on 2023 sebab nak reminisce memori lama. Impiana 1 - 4 memang dah repeat baca, cuma yang 5 ni sayang-sayang sebab ekslusif kan (but somehow I feel familiar with the storyline—mungkin dulu waktu kecik ada terbaca beberapa cuplikan). Penutup yang baik.

Impiana series was indeed my fav FAV writing from Ain Maisarah. Still is.

Actual rating: 4.5/5 ⭐️
Profile Image for SereReads.
7 reviews
October 12, 2024
THIS IS THE BEST BOOK IN THE SERIES
Impiana 5: The origin penuh dgn plot twist dan debaran yang meningkatkan rembesan hormon adrenalin ke dalam badan. Dalam novel ni, kita dapat tahu bahawa syarikat
Impiana masih lagi mampu mengugat keamanan walaupun
sudah dibasmi habis-habisan.
Tapi, betul kah itu syarikat impiana yang sebenarnya?
Ataupun sekadar alat permainan dalam modus operandi seorang penjenayah yang berbahaya??
• Bacaan kalini memang mengujakan sampaikan saya tak berhenti baca dan dapat menghabiskan satu buku in one sitting.
• Ada kisah pasal Fazura dengan percubaanya untuk mendapatkan tengku affin dgn walau apa pun cara.
• kisah -kisah mangsa Impiana yang lain:
Cikgu Haizi mengandung tanpa
suami l
Hafiz si sotong berubah menjadi lelaki perkasa untuk mendapatkan shasha the wannababes
• Plot twist paling menarik: mangsa-mangsa yang
terkorban disebabkan Impiana sebernanya masih hidup tetapi tak ingat apa2 daripada kehidupan sebernanya.
• dato' yussof taha sudah diberkas dan ternyata dia memang seorang genius yang sangat ekstrem pemikirannya, mewujudkan simulasi neraka
dan syurga di dunia dengan pulau-pulau nya. Dan sanggup membunuh ayah ibu nya sendiri selepas mereka pulang daripada umrah kerana meyakini dgn berbuat
sedemikian, mereka akan masuk syurga. GILA!
Profile Image for aisyah faizal.
7 reviews
Read
January 10, 2026
finally buku penutup siri impiana!! finally terjawab segala persoalan pasal siapa pengasas sebenar syarikat, how each character end up dan juga ada diselit hint2 tentang buku akan datang 👀 sebagai peminat setia ain maisarah, idk why tapi saya rasa lega setiap character diberi closure yang proper (except makhluk asing sorang tu 🤣🤣) im happy for them AAAAAA taksabar nak tunggu buku kak ain akan datang 🤍🤍
Profile Image for Eleena Sofea.
30 reviews
July 27, 2025
3.5 🌟 cs i just think the ending was rushed and the series was not enough 🥹
Profile Image for Sarah.
32 reviews
August 28, 2025
The ending yang kita tunggu lebih 10 tahun, tbh need to read all the prequel sebab dah tak ingat langsung jalan cerita dia.
Profile Image for Han.
47 reviews1 follower
January 24, 2026
Finished in 4 hours. Wow, this feels nostlagic. Membesar dengan the Wannababes dari sekolah rendah and now reading their life story when they're the same age as me. They age slowly, didn't they?
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.