Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mutiara Ilmu Akhirat

Rate this book
Rasulullah bersabda: "Seorang yang bijak adalah yang membuat persiapan untuk akhiratnya."

Sebahagian daripada persiapan tersebut adalah dengan mengetahui apakah alam dan nasib yang menanti kita selepas mati.

Dalam karya ini, Hujjat al-Islam Abu Hamid al-Ghazali memerihalkan suasana akhirat berlandaskan ayat-ayat Al Quran dan Hadith, serta angkapan-angkapan yang telah diilhamkan kepadanya melalui pengalaman ruhani.

133 pages, Paperback

Published February 1, 2024

1 person is currently reading
4 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (77%)
4 stars
1 (11%)
3 stars
1 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Izzah Ridzuan.
17 reviews
June 30, 2025
“Terdapat empat perkara yang nilainya hanya diketahui oleh empat golongan. Tidak ada yang menghargai nilai kehidupan melainkan orang-orang yang mati. Tidak ada yang menghargai kesihatan melainkan orang-orang yang berpenyakit. Tidak ada yang menghargai usia muda melainkan orang-orang yang berumur. Tidak ada yang menghargai kekayaan melainkan orang-orang yang miskin.”

Di dalam karya beliau ini, Imam al-Ghazali menekankan tentang kepentingan umat Islam untuk bersedia menghadapi fasa-fasa di akhirat kelak. Setiap satu fasa di akhirat mengambil masa yang lama sebelum sampai kepada fasa seterusnya. Contohnya, tempoh berada di Padang Mahsyar mengambil masa beribu-ribu sebelum berlakunya Hari Penghisaban. 

Banyak maklumat yang saya dapat daripada karya ringkas ini (hanya 131 m/s), terutamanya di bahagian Imam al-Ghazali membahaskan tentang bermacam-macam keadaan manusia apabila dibangkitkan kelak. Ada yang dibangkitkan dengan cahaya yang terang-benderang, ada yang cahayanya “seperti lampu yang malap”. Cahaya itulah yang akan memandu mereka ke tempat perhimpunan dan kadar iman merekalah yang akan menentukan keterangan cahaya itu.

Dari segi terjemahan pula, saya rasa penterjemah telah melakukan usaha yang baik untuk menyampaikan gaya bahasa dan lenggok seni penulisan Imam al-Ghazali ke dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami. Karya yang indah ini wajar dibaca oleh semua latar belakang masyarakat, terutamanya yang berminat untuk mengetahui tentang alam akhirat dalam Islam dan persiapan untuk menghadapinya.
Profile Image for Faris Faisal.
6 reviews1 follower
October 14, 2024
Bila membaca buku ini, menyebabkan kamu membaca dan berhenti buat seketika. Berfikir tentang nasib anda di akhirat kelak. Satu naskah wajib baca!
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
November 30, 2024
Rating sebenar: 4.8/5.0

One of the book that I would recommend to read at least once (tapi baca banyak kali lagi bagus).
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.