Bintang tanpa nama, barangkali begitulah kita dalam hidup seseorang. Bersinar dan wujud tetapi tidak didendang.
Terpulang — dan demikianlah Ilham dan Aya yang menjadi bintang sesama sendiri.
Di kota sederhana Kuantan, Aya menelusuri hari-harinya sebagai seorang peguam jenayah ditemani Ilham, lelaki yang pernah disukainya. Ilham, penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’ punya cerita tersendiri di sebalik senyumannya yang penuh tawa dan terkadang lara.
Sejak mereka bertemu kembali, fasa demi fasa ditempuhi dalam waktu yang singkat — kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan dan cerita silam yang sentiasa melingkari hidup mereka berdua.
Siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri? Aya atau Ilham? Entahlah, mungkin kamu juga. Orang yang sering membuka ruang untuk disakiti.
cerita ni sedikit berbeza dengan karya AF yang lain sebab ada hint of romance + sol. trope— childhood crush to situationship (from this pon im sure you can already imagine the angst) i actually understand why some people yang dnf this book or find this story slow butt PEOPLE WHO GET IT, WILL GET IT. AND THE PEOPLE IS ME. kalau tanya i, for sure YPPAK dengan STUK buat i nangis lagi. even BTN tak buat i nangis gila gila tapi sedih dia buat dada sesak, buat i rasa kenapaaaa kenapaa?? i got huge emotional attachment for real haha
kisah Aya dengan Ilham ni kan i tak tahu nak describe with the right words macam mana. rasa kena peluk, feel seen, all that lingered feelings was being spoken out loud. relationship Aya dengan abah, the struggle she faced alone for a long period of time and dengan Cikgu Yah... bila pasal cikgu ni rasa sebak sangat dan buat kita rindu dengan sosok seorang guru. Bila Aya rasa ralat sebab cikgu Yah tu, i sebak sekali'(( and bila aya cakap akhirnya kita sendiri tapi tak salah untuk kita share masalah kita and let people who we trust to hear. Tak bantu takpe janji ada telinga yang mendengar dan bahu untuk bersandar. At least beban tu sedikit berkurang kan? I suka sangat dengan ketenangan dan kematangan yang Aya ada. we love you Aya Sophia🫶🏻
Tak lupa jugak Ilham Adi. anak yang dipaksa mendewasa sejak kecil🥲 but remember, children who suffer with domestic abuse, children like that never grow up. the time will pass by but they are stuck as an abused child because of that. I faham kenapa Ilham tutup dunia dia sampai macam tu sekali
I treasure every their deep conversation. Rasa tertusuk dengan setiap dialog rasa genuine and relatable. even Aya dengan Ilham tak pernah declare or confess sesama sendiri, but deep down they felt the same way and when things didnt go well, i faham both side. memasing ada salah tapi i tak boleh put all the blames on them cause thats how life works🥲 sakit, tapi apa boleh buat kan? macam Aya cakap, orang lemah tak boleh bantu orang yang tengah lemah jugak, hits. their ending... i termenung. i yang rasa sakit untuk diorang'((
the writing, the storytelling, its still giving JS vibe. i Rasa macam hidup dekat Kuantan sekali. from now i will see Kuantan as Aya dan Ilham haha. i suka cerita ni ketengahkan jugak career Aya as peguam jenayah. seronok baca law term and cases yang Aya handle.
paling saya lurve jugak our Nia and Seth aaaaa their relationship issooo cuteee i was rooting for them sampai akhir, trope diorang pon comel from frienemies to lover. siapa sangka budak nakal dengan pengawas baik time sekolah dulu. bak kata Nia, dia kalah dengan effort Seth eiiii comell!!! itu kalau ada kisah fully pasal diorang i beratur paling depan sekali nak baca!!!
overall, this book got special place in my heart. not perfect, but definitely a book that i will reread one day💖
Antara Patah dan Bintang, saya lebih menyukai Bintang Tanpa Nama. 💫
Dia buat aku tersengih macam orang gila dan menangis terluka.
"Safe space, Aya. I want to be your safe space, I am your safe space. This ... is your safe space, setiap masa. Tolonglah, rasa selamat selalu dengan saya." - Ilham
'Kan pada akhirnya, kita cuma ada diri sendiri ....' - Aya
This book somehow remind me of 2521 (kdrama). Berpisah, sebab terpaksa. Sebab, keadaan. Sebab, tiada lagi 'spark' antara dua jiwa. Sebab, kedewasaan. Sebab, realiti. It hurts. But it will heal.
Bak kata Aya ; this too..shall pass. Everyone is 'bintang tanpa nama' for any soul. Be kind, be impactful.
Thank you Ainul Farihah for this book. I will look Kuantan as story of Aya and Ilham after this. Looking forward untuk pergi Kuantan lagi one day, dengan 'kaca mata' yang berbeza.
Karya ni memang slow… sangat² slow sampai F rasa macam in “pause mode” sepanjang baca.
Banyak juga kisah Aya as a criminal lawyer. From the start, F dah agak yang Mr Joy ni sebenarnya peguam Hassan, the same guy yang bantu mak Ilham.
Part pasal cikgu tu memang touched my heart. Best bila kita pernah jumpa seorang cikgu yang genuinely care tentang anak murid dia... bukan sekadar masuk kelas, mengajar lepas tu balik. That kind of teacher stays in your memory.
Pasal relationship Ilham dan Aya.. errmm.. F nampak Aya je yang betul² invested in Ilham, sementara Ilham pula macam… meh. Dia macam tak kisah pun. In the end, mereka berpisah jugak. F rasa sebenarnya they never truly dated pun sebab Ilham selalu tak ada, and kadang² mesej pun dia ignore.
F suka gambar² tentang Kuantan. Terima kasih ceritakan keindahan Kuantan.
Novel ini mengisahkan Aya, seorang peguam jenayah yang menjalani kehidupan di Kuantan, dan Ilham, seorang penyeduh kopi di kafe ‘Kita, Usai’. Dorang pernah saling menyukai, apabila bertemu semula, hubungan dorang berkembang dalam suasana yang tenang tapi sarat dengan emosi yang tertahan.
Dalam masa yang singkat, dorang melalui pelbagai fasa kehidupan - kehilangan, kemaafan, persahabatan, kekeluargaan, dan bayang - bayang masa silam yang tak pernah benar - benar hilang.
Ilham, di sebalik senyumannya, menyimpan luka yang tak mudah sembuh, Aya pula bergelut dengan dilema antara profesionalisme dan perasaan. Pertanyaan utama yang menghantui naratif ini ialah: siapakah yang akan menyakiti dirinya sendiri terlebih dahulu?
Watak Aya dan Ilham dibina dengan niat yang jelas untuk mencerminkan manusia biasa yang cuba bertahan dalam dunia yang tak sempurna. Tapi aku rasakan pembangunan watak dorng terlalu bergantung kepada monolog dalaman dan naratif yang berulang, bukan pada tindakan. Si Ilham, misalnya, dia seorang lelaki yang kompleks, tapi tak diberi ruang untuk berkembang secara dramatik. Aya pula, walaupun kuat dari segi kerjaya, selalu terperangkap dalam dilema yang tak berkembang menjadi konflik yang benar - benar harus diberi perhatian.
Gaya bahasa Ainul Farihah dalam novel ini tetap indah dan puitis, dengan ayat - ayat yang mengalir seperti puisi yang tak memerlukan rima. Dia bijak menggunakan metafora dan simbolisme, "bintang tanpa nama" itu sendiri lambang kepada kehadiran yang tak diiktiraf tapi tetap memberi cahaya. Cuma, aku rasa ia disalahguna serba sedikit - terlalu melankolik dan repetitif, sehingga mengurangkan impak dramatik yang sepatutnya hadir dalam naratif yang menyentuh isu kehilangan dan trauma.
Dari sudut pemikiran dan mesej, aku rasa novel ini cuba menyampaikan bahawa tak semua hubungan memerlukan pengakhiran yang jelas atau pengiktirafan yang formal. Ia juga menyentuh keberanian untuk membuka ruang kepada kesakitan, dan bagaimana manusia itu sering kali menjadi punca kepada luka sendiri. Cuma mesej ni tak selalu disampaikan dengan kekuatan naratif yang konsisten. Banyak repetitive emosi yang sama, tanpa perkembangan yang signifikan.
Novel ni ada potensi untuk menjadi karya yang menggugah jiwa, sayangnya terhenti di ambang keindahan bahasa dan tak cukup berani untuk menyelami kegelapan jiwa watak - wataknya. Senang cerita ia cantik dari segi gaya, tapi kurang menggigit dari segi substansi.
Sesuai untuk pembaca yang mencari keindahan dalam kesederhanaan dan emosi yang tenang. Jangan salah faham, ua bukan karya yang buruk, tapi bukan juga karya yang meninggalkan kesan mendalam seperti YPPAK.
Tak ada kisah cinta yang sempurna sebab sifat manusiawi juga begitu. Cuma yang saya suka, cara Aya dan Ilham menangani konflik mereka - tenang dan matang.
Cerita ni buat saya teringatkan cikgu kesayangan, cikgu-cikgu yang sangat berpengaruh dalam hidup. Macam terfikir kejap, aku ni dah cukup hargai dia orang ke? Semoga Allah SWT beri kebahagiaan hidup buat kesemua mereka, dunia dan akhirat.
Latar yang diguna juga buat saya teringin nak ke Kuantan. Ya, saya tak pernah bercuti kat sana. Semoga ada peluang satu hari nanti.
apa ni? 😭 untuk apa lama menunggu tapi akhirnya bukan milik kita? no - ini bukan soal takdir. ini soal tidak mencuba sama sekali untuk memperbaiki diri masing-masing dan memilih untuk pergi dengan alasan “kita berpisah untuk kebaikan masing-masing” bullshit ah -
mind u guys, this is my first book from af. yes before beli buku ni ada baca review from all readers here. ramai kata buku ni slow compared to others. haah ye, slow. saya skim some pages sebab terlalu banyak author ulas untuk satu scenario. maybe untuk bagi pembaca lebih memahami dan lagi banyak nak relate dengan life sendiri dan juga more tabbing? idk- tapi sejujurnya benda itu agak meleret dan membosankan bagi saya yang fast reader (popcorn brain)
apa yang saya benci - ending. saya faham ilham ada masalah. aya pun ada masalah. saya faham isu miscommunication tu ada dimana-mana walhal kita sendiri yang sedang membaca ini pun ada rasai benda yang sama. memilih untuk pergi.
bagi saya, ilham sangatlah redflag. tak layak untuk aya. sangat tak layak. ilham adalah definisi lelaki yang ‘once dah dapat dia, kau layan macam sampah’ and dia takde usaha nak baiki diri sendiri. all he thinks was running away from his problems. baguslah - pastu takde sikit pun rasa kau bodoh kan? sorz emo sebab saya benci orang macam ni. ini bukan lagi avaoidant attachment, ini minta penampar dari aku adalah.
untuk aya- untuk semua wanita atau lelaki yang menjadi aya dalam sesuatu kisah hidup, tabahlah. tahniah kerana cekal. anda tak gagal. mereka yang gagal kerana tidak dapat menilai mana yang baik mana yang buruk. i wish i can hug u guys, i wish i can hug u real.
Somehow... I can feel that only Aya’s feelings are genuine..? While Ilham’s feelings seem more like appreciation for someone who treasures him—until he chooses to love himself a little more and be honest with Aya, which leads to their breakup, even though their romantic relationship was never really there pun.
Nevertheless, I appreciate Ilham for being honest and speaking up rather than leaving without a trace, news, or explanation—because the latter is what we call immature and disrespectful. And that hurts the most. Being disrespected by someone you cherish is just painful.
Aya is being rational by accepting Ilham’s reasons for their breakup. Tho, I think she still hasn’t moved on when Ilham saw her sosmed update. I just hope she doesn’t use a new guy as a rebound, because that’s cruel. Inhuman.
At the end of the day, we are all Bintang Tanpa Nama in someone’s life. Even if we shine, we might just not be that potent for them to want to know, learn, read, or understand us. It happens. And it’s okay.
I can't agree to give this book 5 stars, but I am positive I will reread it sometime in the future.
Bintang Tanpa Nama, sebuah karya cinta Ainul Farihah kepada bandar Kuantan. Sebuah bandar yang boleh dikatakan satu wataknya sendiri dalam novel ini. Kuantan jelas mempunyai tempat istimewa dalam hati dan memori Ainul Farihah.
Memori. Itulah tema utama bagi Bintang Tanpa Nama. Sama ada memori manis, pahit, atau yang ingin dilupakan, semuanya adalah perkara yang kita perlu tanggung dalam hidup ini. Termasuklah Aya dan Ilham. Dalam meneroka perasaan antara satu sama lain, mereka turut bergelut dengan masa silam.
Disebalik kisah cinta Aya dan Ilham, novel ini juga menceritakan bagaimana dua watak ini mengatasi cabaran-cabaran hidup mereka. Aya dan Ilham kedua-duanya memilih untuk tanggung ujian kehidupan dan emosi berat secara bersendirian. Dan novel ini dengan mahirnya menunjuk kesan seseorang yang sering memaksa diri untuk senyum walaupun ingin menangis dan yang gemar menghilang diri ketika dalam kesusahan. Kesan terhadap emosi, harga diri, dan perhubungan antara manusia.
Ainul Farihah memilih rentak penceritaan yang agak perlahan yang mungkin akan menguji kesabaran sesetengah pembaca. Tetapi rentak perlahan ini sangat sesuai bagi menunjukkan pertumbuhan dan perubahan hubungan antara dua watak utama novel ini. Dengan diselitkan lirik-lirik lagu, karya ini memberi masa untuk watak-wataknya menghadap semua yang berlaku di sekeliling dan juga dalam diri mereka.
Tetapi kekuatan utama Bintang Tanpa Nama ialah cara buku ini membuatkan pembacanya mengimbas kembali pengalaman hidup sendiri. Bagi saya, karya seni yang paling berkesan adalah apabila penciptanya meletakkan dirinya dalam karyanya. Dan sebab itu, sedikit sebanyak pengalaman watak-watak utama novel ini sangat dekat dengan kehidupan pembaca. Dengan itu juga, novel ini betul-betul menyentuh emosi.
Namun, terdapat juga kekurangan yang tidak dapat dinafikan. Tanpa mendedahkan jalan cerita novel ini, seorang watak utama membuat satu keputusan yang besar yang menjadi punca kepada pengakhiran cerita karya ini. Tetapi sebab keputusannya agak kurang wajar walaupun setelah mengambil kira latar belakang watak itu. Seolah-olah penulis sudah ada pengakhiran dalam minda, tetapi cara cerita ke arah itu terasa kurang meyakinkan.
Walaubagaimanapun, Bintang Tanpa Nama berjaya menarik minat pembaca dari awal sampai akhir. Dengan watak-watak yang mempunyai pelbagai dimensi dan perkembangan masing-masing, novel ini bukan hanya sebuah cerita tentang Aya dan Ilham. Novel ini juga sebuah cerita tentang kita semua. Tentang apa yang kita tidak ingin dan yang terpaksa dilepaskan.
I have a soft spot for Kuantan! Entahlah kenapa, maybe sebab kecik-kecik selalu pergi Kuantan. Lepas tu dapat pula sambung asasi di UiTM Kuantan. Sekarang pun masih kerap ke Kuantan sebab adik kerja di Kuantan.
Buku kali ni menceritakan kisah Aya dan Ilham yang bertemu kembali setelah sekian lama, di Kuantan sekali lagi iaitu tempat mereka pertama kali berjumpa. Aya Sophia sebagai peguam jenayah dan Ilham sebagai barista di Kafe Kita, Usai. Hmmm, nama kafe tu macam foreshadowing jalan cerita je...
I love how Ilham strives to be Aya's safe space, especially Aya pun bukan jenis nak cerita pasal diri dia sangat and vice versa. Ilham dengan childhood traumanya, Aya dengan grievances & resentment after her mom's death. Menumpang kasih pada Cikgu Yah yang banyak bantu Aya lepas kematian mama Aya. Suka jugak Seth and Nia yang sama-sama menyokong dua orang manusia yang (asalnya) in denial ni. Comel betul lahhhhh.
Also, sebagai seorang peguam jugak (civil litigation lah tapinya), suka scenes kat Mahkamah! Of all things dalam buku ni, terpaling relate pada ayat "Doing litigation is beyond tiring. To be very meticulous and anxious all the time, it is very stressful. Some of us are even 'damaged', but we still choose to do it instead." Bukan lawyer lah kalau tak anxious. Aya's banter with Mr Jo pun relatable sangat sebab kitonyo pun selalu gaduh dengan boss lol.
Overall, suka dengan jalan cerita BTN tapi jalan cerita YPPAK still the best!
Saya membaca ini setelah YPPAK dan STUK. Dan, saya rasa karya ini seperti ada sedikit kekurangannya. Seperti rasa itu kurang sampai pada jiwa saya sebagai pembaca, berbanding membaca dua karya penulis yang saya ringkaskan tajuknya seperti di atas. Barangkali, tema persahabatan dari dua buah novel itu terlalu kuat sehingga membaca karya BTN ini yang saya kira temanya agak lain membuatkan karya ini kurang menyengat.
Walau bagaimanapun, karya ini masih boleh dibaca tentang kisah percintaan antara Aya dan Ilham, tentang persahabatan antara Aya, Nia, Seth dan juga Ilham serta pekerja di Kafe Kita, Usai! juga tentang dunia perundangan. Isi dalam buku ini sangat berguna untuk dijadikan panduan terutama tentang bidang guaman. Saya suka bagaimana penulis cuba memberi penerangan tentang terma terma perundangan.
Menariknya, untuk mereka yang ingin tahu tentang Kuantan, tetapi tidak mahu bahan bacaan terlalu bersifat travelog, saya kira buku ini boleh dijadikan sebagai pilihan jika anda ingin tahu tentang Kuantan. Usai membaca, membuatkan saya ingin menjejakkan kaki ke Kuantan.
Tahniah buat Ainul Farihah. Semoga sentiasa bersemangat untuk menghasilkan karya yang punya jiwa!
Sedap penceritaannya. Latar Kuantan menambahkan keasyikan membaca. Tema kehilangan dan dugaan kehidupan yang dihadapi oleh watak-watak utama sejak kecil. Kasih sayang antara suami isteri, ibu dan anak juga ayah dan anak - adakala tidak terucap asbab sibuk mengurus hidup.
Kehadiran Cikgu Yah yang berperan mengganti figura-figura yang hilang daripada kehidupan murid-muridnya. Guru juga ada masalah yang terpendam di sebalik semangat yang terzahir. Boleh mengingati jasa guru itu anugerah. Boleh mengingati nama guru selepas bertahun-tahun meninggalkan alam persekolahan itu satu keajaiban bagi saya. Mengingatkan saya kepada karya terjemahan yang bertajuk Selasa Bersama Morrie.
Isu sosial - dadah dan jenayah juga digarap melalui kerjaya Aya sebagai peguam. Membaca BTN selepas mengenali penulisnya - bagai terlihat-lihat bayangan dirinya dalam karyanya kali ini.
Sedih dengan takdir Ilham dan Ayam tetapi sebagai pembaca dewasa, sedia tahu bahawa realiti hati tidak semestinya bertaut walaupun suka.
Bacaan fiksyen yang kedua selepas Yang Paling Patah Antara Kita, Bintang Tanpa Nama pula selesai dibaca di hari-hari yang berbaki dalam akhir tahun 2024 ini.
Karya Ainul Farihah ini digarap dengan kemas dan ada sisi-sisi perkembangan watak yang baik dijelaskan dalam plot penceritaannya. Latar tempat juga menarik dan ada titik temu dengan aku sebagai pembaca yang pernah belajar di Gambang dan bandar Kuantan sebagai tempat yang penuh kenangan dengan waktu 'outing' di hujung minggu bersama rakan-rakan.
Bintang Tanpa Nama ini dipilih secara rawak masa aku dengan orang rumah sedang membelek-belek naskhah buku di Bazar Buku Johor 2024.
Seperti biasa, corak pembacaan aku untuk tahun ini untuk bacaan fiksyen dipilih sebagai sebagai satu bacaan santai di ruang masa kerja yang padat dan sebagai pengubat untuk 'reading slump' yang berlarutan.
Personal rating — 4.8/5🌟 Trope(s) — childhood best friends to situationship, slow-burn romance, friendshiphood, both fell first and harder
✍🏻 Aya dan Ilham, dua-dua mempunyai coping mechanism yang sama iaitu— lagu dan buku. Dan di antara mereka, siapakah manusia yang selalu menyakiti dirinya?
Bukan Aya. Bukan Ilham.
Tapi saya (dengan membaca BTN ☺️)
Jk. Let’s get serious.
—
This is my first time reading Ainulfarihah’s masterpiece and what I can conclude is— if Ainulfarihah’s writing is a song, it would be Nadin Amizah/Fiersa Besari/Feby Putri’s. It’s just the way she describes one feeling at a time—i can feel those girls’ songs. Lembut yang mencengkam. Mendayu-dayu dalam kesepian.
Kisah cinta kali ini melibatkan dua atma, Aya Sophia & Ilham. Atmosfera dalam buku ni, dari awal lagi diceritakan memang sudah menggambarkan betapa sunyi, kelam dan sayunya perjalanan hidup diorang ni. Like you know, when you flip through the first page (prolog dia pun dah sendu mat🥹), you know that this kind of book will give an impact in your life. In a good or bad way—itu you sendiri kena baca dan interpret by your own once you finish reading.
Aya Sophia is such a strong woman. Hidup Aya ni sebenarnya tragis. Dari kecil kena berdikari untuk jaga emosi sendiri bila orang terdekat meninggal, and when reality hits—bila Aya mula faham apa yang abi dia rasa bila abi hilang mama, that itself pun boleh buat air mata I mengalir. Setiap orang yang hidup, pasti akan mati. Itu memang dah tertulis dalam al-Quran. I lemah when it comes to mak-ayah-anak ni. As someone yang rapat dengan both parents, benda sekecil zarah yang melibatkan past Aya pun boleh buat I terkilan macam I lah yang dekat tempat Aya. Dan bak kata Ainulfarihah sendiri, “ada rasa terkilan yang tak dapat diubati, melainkan dengan masa dan reda.”
Ilham. Honestly bro, I did not expect that plot twist of yours. I ingat ‘kisah tu’ cuma diceritakan untuk potray kes-kes tertentu dalam Malaysia ni lagi-lagi bila Aya tu sendiri adalah peguam jenayah. Lah tahu-tahu… terduduk & termenung jugaklah masa dapat tahu tu. My jaw drop— HHAHAHAHAH. Then bila ingat balik those hints about the plot twist, okay kita yang lalai🙂↕️🫵🏻
Baca BTN ni, tak macam I baca cerita lain. Selalu I rasa obses nak hero sebab perangai yang green flag tapi BTN ni… i rasa nak peluk Ilham dan Aya. Watak Ilham ni realistic… dia figure out dulu about what would happen in the future if they continue to a deeper level of relationship and that itself— dah nampak betapa hijaunya Ilham ni. You know you are a problem in that relationship when you suddenly feel ada benda yang tak kena, ada rasa yang tak selesa tiap kali you tengok partner you. In their story, diorang bukan couple pun. The fact that diorang tak pernah declare jadi gf-bf pun sebelum ni tapi diorang cuma tahu— pasal rasa suka tu.
Diorang. Cuma. Tahu. These three words pun, dah boleh buat korang agak kan level pain dia macam mana? 🥹
Not to forget the SUBTLE ROMANCE!!! Ilham-Aya ni cute tau, despite all the things they went through i rasa chemistry diorang sangat mencuit hati! 🥹 the way they match each other’s freak sampai nak break up pun boleh gurau pasang lagu hmm. Bila Aya loyar buruk, Ilham pun ikut sama. I suka humour diorang niii even tiny little things when they call each other’s “Ilhamku” “Ayaku” lepastu dua2 blushing sendiri I PUN IKUT TERGULING SEPAK ANGIN SEKALI HHAHAHAHAH
And the friendship!!! I LOVEEEEE AYA AND NIA’S GIRLHOOD😭🫶🏻 I wish i have my own Nia, kawan yang sentiasa ambil tahu supaya Aya tak terbeban seorang2 sebab Aya jenis tak suka meluah. the way they need each other’s approval when it comes to Seth and Ilham hHAHA MOOD GILERRR Seth and Nia’s chemistry pun bestt sangat baca! Kalau suruh i pilih Ilham ke Seth memang Seth la jadi pilihan hati agagaga🙂↔️
Cikgu Yah pun… ya Allah i cried so hard ya. Bila melibatkan pendidik ni memang cepat nangis dan sebak sebab merekalah yang buat kita jadi ‘orang’. Senakal-nakal kita pun zaman sekolah dulu, bila membesar dengan baik mesti kita akan reminisce to the good old days in sekolah rendah. For me lah, memori sekolah rendah yang simpan dalam kotak ingatan ni… semuanya baik-baik belaka. Tak ada drama, cuma rasa yang tak pernah selesai. Rasa yang tak dapat dikira dengan jari.
Masa Ilham peluh Seth tu knowing betapa rapatnya Seth dan Aya dengan Cikgu Yah masa zaman sekolah dulu… my Lord i’m not the strongest soldier here🥹 korang sebelum baca BTN ni perlukan banyak kudrat dan kumpulkan emosi menjadi satu. Sebab rasa tamak yang akan buat korang fikir— “cerita ni cukup. Tapi kita perlukan lagi.”
“Lili binti Ilham” is my new BIGGEST what if💔 Memang termenung seminggu la jawabnya aku ni. Macam lirik lagu Malang ni sendiri— nak salahkan Ilham dan Aya, dua-dua tak salah. The timing was just… wrong.
— “Pernahkah kau rasa bahawa sesuatu sebenarnya telah lama berakhir, tetapi kemuncaknya selalu tertangguh hanya kerana soal waktu?”
First time baca buku yang endingnya tak macam kita harapkan. Sepanjang cerita Aya dengan Ilham ni kita tersengih-sengih ya macam kita pulak yang bercinta. Ilham yang suka buat lawak rupanya ada rahsia. Aya yang sentiasa kuat sendiri. Spoil sikit bila jalan cerita tak tulis tahun. Ingatkan tahun yang sama dengan Aya Ilham. Okay jom gi Kuantan.
Kisah dua bintang - Ilham dan Aya. Saling kenal dan mungkin menyimpan perasaan sejak masing-masing di bangku sekolah rendah di Kuantan. Namun haluan hidup masing-masing mengubah segalanya, namun ingatan masih utuh dan rasa tidak pernah berubah.
Kini, Aya seorang peguam berjaya di Kuala Lumpur, Ilham pula ‘barista’ unggul di kafe “Kita, Usai” masih lagi di Kuantan. Kerna tugasan, Aya harus berada di Kuantan dan Ilham dan Aya bertemu kembali. Pertemuan yang menghilangkan kekeruhan tentang perasaan yang tersimpan sekian lama. Meski tanpa pengisytiharan atau lafaz kata, mereka tahu perasaan sayang itu berbalas. Namun, baik Aya mahupun Ilham tidak tahu yang masing-masing menyimpan rahsia hitam paling dalam. Mereka fikir mereka masing-masing orang paling kuat, hakikatnya merekalah yang orang yang paling lemah.
Meskipun mereka dikelilingi orang-orang yang ikhlas untuk membantu, namun disebabkan ego, mereka merana sendiri. Mungkin akibat sudah biasa bersendiri dan berdikari sejak kecil, Aya dan Ilham merasa yang mereka sudah cukup kuat untuk menghadapi semuanya sendiri.
Hinggalah suatu hari kemelut yang melanda perhubungan mereka terungkai, namun ia menjadi titik permulaan yang merubah segalanya. Kejujurankah yang mereka perlukan? Permintaan tolongkah? Deklarasi sebagai pasangan kekasihkah? Yang pasti Ilham dan Aya makin jauh. Bolehkah mereka kembali seperti dulu lagi? Seperti masa mereka berada di bangku sekolah rendah dahulu?
Saya sukakan ‘plot arrangement’ cerita kali ini. Seperti YPPAK, penulis sekali lagi menggunakan ‘timeline jumping’ di mana penulis menyelit kisah watak-watak lain di antara kisah Ilham dan Aya. Sedikit pelik pada awalnya, dan tertanya-tanya apa perkaitannya, namun hati terasa ada ‘surprise’ yang penulis sudah sediakan, dan ternyata telahan saya tidak salah.
Saya masih ingat reviu buku pertama penulis, saya nyatakan terlalu sedikit adegan di dalam mahkamah. Kali ini, penulis banyak menyelitkan terma dan sidang di dalam mahkamah sesuai dengam watak Aya yang membawa watak peguam jenayah.
Penulis juga mengangkat beberapa tema yang tidak kurang ‘taboo’ di kalangan masyarakat - bekas penjenayah dan institusi kekeluargaan. Bagaimana masyarakat kita sering memandang rendah kepada bekas penjenayah dan bagaimana sesebuah institusi kekeluargaan itu menjadi pincang apabila seseorang ahli itu tidak memainkan peranan yang betul.
Saya sukakan watak Aya atau nama penuhnya, Aya Sofia. Dialog tuturannya bersahaja dan selamba terutama apabila bersama Nia kawan baiknya dan Ilham, seorang yang sangat kuat dan cekal namun saya ada sedikit geram dengannya. Haihla, Aya!
Paling menarik, penulis sediakan playlist lagu-lagu khas untuk mengiringi bacaan. Ada QR code yang terus akan bawa kita ke Spotify. Lagu-lagu tersenarai adalah lagu-lagu kegemaran dua watak utama cerita ini. Kebanyakannya lagu-lagu malar Indonesia, salah satunya yang saya yang paling saya suka ialah “Bagai Bintang Bulan” oleh Feby Putri.
Pendapat saya, ini kisah mencari diri. Kadang-kadang kita rasa kita terlalu kuat untuk hadapi segalanya sendiri. Kita rasa kita boleh simpan segalanya sendiri tanpa kita sedari yang kita sebenarnya menyakitkan orang-orang disekeliling kita yang melihat kita, yang menantikan perkataan “tolong aku” itu daripada kita. Apabila kita simpan semuanya sendiri, kitalah yang menyakiti diri sendiri.
Kandungan yang lebih ringan daripada buku pertama, namun masih membicarakan hal-hal hati dan jiwa.
kisah secebis kehidupan Aya & Ilham yang buat saya rasa peritnya apa yang mereka lalui.
Slice of life yang buat saya "hidup" dengan watak-2 dalam BINTANG seperti mana hidupnya saya dengan watak dalam PATAH.
Cuma Bintang lebih tenang dalam penceritaan tentang apa yang menyakiti Aya & Ilham. Untuk jiwa yang tak tahu sakit putus cinta, karya Bintang telah memberi saya peluang untuk teroka rasa sakit kerana cinta itu sendiri.
Semestinya saya menantikan elemen-2 mahkamah dan prosedur-2 nya cuma rasa tak puas tapi cepat-2 back on track sebab ini kisah Aya dan Ilham hehe.
Manis sungguh kisah "vibing" mereka sampai retak hati saya di akhir bab apabila pengakhiran kisah mereka tidak seperti yang saya harapkan -- sampaikan masih berharap sehingga beberapa helaian muka surat terakhir . Terima kasih Ainul Farihah berjaya membuatkan saya menangis 2 kali ke 3 ? -- tak terkira.
Kopi, Kamera, Bintang dan Kuantan.
Its gonna be different after this.
Oh , terima kasih juga Ainul Farihah kerana buatkan saya minat genre lagu yang baru - indie 👍🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Bintang Tanpa Nama, awalnya 4⭐️ but after thinking about it some more, 4.5⭐️
Walaupun tak buat saya beremosi macam YPPAK, tapi still buku ni tinggalkan kesan yang mendalam. Cerita Aya Sophia and Ilham Adi yang sangat matang and unlike other love stories. It took me a while to understand and menjiwai fully their love story. But after thinking about it some more, I cant help but see parallels between their story and Sofiyah and Fahmy's.
Sofiyah yang sayang dengan Fahmy, kecewa dengan perubahan tetapi tetap stay. Sophia yang sayang dengan Ilham, kecewa dengan perangainya yang suka menyendiri, lalu pergi. Seorang stay sehingga kehidupan kacau bilau. Seorang pergi dan menemui kebahagiaan di tempat lain.
Perhaps im the only one yang nampak benda ni (or takde apa but saya je yang mengada-adakan untuk nampak parallel mcm ni lol) but the beauty in writing is independent interpretations by the readers kan!
Anyways, thank you for another masterpiece, ainulfarihah. I'm a certified fan💯 tak sabar nak read more of her writing in the future.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Big picture psl novel ni pasal emosi yg tertahan².. rase suka yg sembunyi² dr zmn skola rendah, membawa ke adulthood, rase mcm tak ok, tp xtau nk tnjuk, rasa nk melindungi org lain tp diri sndiri rase lemah, akhirnya hilang rase dan moving on.. Cerita ni agak slow (for me) dan hampir² dnf.. tp atas paksaan diri sendiri abiskan, akhirnya setel..Tp xde la regret memaksa diri abiskan novel ni.. Masih worth the time spent.. Ada time rase sweetnya Aya n Ilham..bab friendship pun rase harmoni je between Seth, Ilham, Nia n Aya..and sedih bila cikgu kesayangan dorg ni akhirnya meninggal..
Buku yang telah menempa tempat istimewa di hati saya. Tak tahu kenapa, tetapi terasa sangat dekat di hati.. It feels like home. It talks about Kuantan, where all the memories laid for the past 4 years. All the conversations; they reminds me of the people I met in Kuantan.
Memories, sentimental soul, star, nature.. I love this book. It's one of my best reads in 2024.
Kudos to Ainul Farihah for making me cry almost every day for the past 15 days of my buddy read session. I will never forget this experience. And did I regret reading it together with YPPAK? No, I did not. It was extra hard of course. Extra pain. Extra trauma. But I had my sister and my friend with me along the way.
I'm gonna crash out really bad for these upcoming days. Took me 3 days to process everything after I finished YPPAK last week. I might need a week to process BTN. So in the meantime, this is the only update I can share here on Goodreads.
RTC so stay tuned!
once again, thank you Ainul Farihah. This is definitely one of my best reads for 2025. Next, Matahari! 💃🏻✨
Penantian. Ada satu masa di mana penantian kita bernoktah. Apa yang kita mahukan kini dalam genggaman. Namun, Dalam indah menari di ruangan bebas, Pasti ada kelabunya. Andai dia milik kita, Pasti akan kembali meski sudah berkali di biar sepi.
Banyak hal menjadi halangan, Banyak onar mengaburi minda, Mendatangkan alpa tentang diri sendiri. Tentang hati yang perlu ditatangi.
Jalan cerita sedikit perlahan, klimaks di hujung menjadi motivasi untuk menyelesaikan dalam satu duduk.
Jika mencari buku kontemporari Melayu, saya tak ragu-ragu nak cadangkan karya Ainul Farihah. Bintang Tanpa Nama merupakan buku ketiga yang saya baca dari Ainul. Memang tak dapat dinafikan, penulis berkebolehan dalam mengetengahkan isu semasa dengan tema kekeluargaan, kasih sayang, self-love dan isu komunikasi.
Buku ini menampilkan watak Aya, seorang peguam jenayah dan juga Ilham, seorang yang menceburi bidang IT dan kadangkala moonlight sebagai seorang barista di Kafe Kita, Usai. Secara amnya, cerita ini memang cerita cinta, tetapi buku ini juga sebuah karya yang dinukilkan khas untuk kampung halaman penulis. Bagi saya, ia juga sebuah penghargaan yang dilahirkan untuk tempat penulis menghabiskan zaman kanak-kanaknya, yang juga merupakan satu ‘sayonara’ kerana walaupun dia masih boleh singgah di situ, hanyalah buat sementara, kerana penulis telah pun berpindah ke negeri lain. Sekiranya penulis bercadang untuk kembali ke kampungnya, perasaannya tidak mungkin sama dengan apa yang diselami sewaktu zaman kecilnya.
Walaupun secara peribadi saya kurang gemar tema cinta, banyak lagi tema dalam buku ini yang membuatkan saya ‘terikat’ dan menghargai penulisan buku ini. Sebagai seorang yang kerap berpindah, tetapi masih terngiang-ngiang di fikiran kampung halaman saya sendiri, saya dapat merasai rasa sayang dan rindu pada kampung halaman saya yang jelas disampaikan dalam watak Aya.
Buku ini sangat realistik -tentang takdir, perjumpaan dan perpisahan. Penulisan Ainul mungkin membawa tema yang tidak semestinya merupakan prioriti bagi saya, tetapi isu yang diselitkan acap kali membuat saya termenung sendirian, memikirkan “what does this mean, in my life?” Macam buku ini, “Siapa pula Bintang Tanpa Nama dalam hidup saya?”.
Hanya perwatakan dan jalan cerita bagi watak utama boleh diperbaiki. Watak Ilham terlalu lemah bagi saya. Tidak dapat dinafikan orang seperti ini ada di dalam dunia, cuma agak terkilan dengan gayanya dan cara dia mengambil keputusan.
Saya kagum dengan penulisan Ainul dan amat gemarkan sesuatu yang membuat saya muhasabah dan berfikir. Bonus lagi, penulis merupakan seorang peguam, dan sering memasukkan tema dan setting court cases yang bagi saya refreshing kerana saya selalu tertanya-tanya bagaimana sesuatu kes dibawa ke mahkamah.
Selepas YPPAK yang mencarik-carik hati aku yang membuatkan aku susah nak move on dan sampai sekarang tak sanggup nak baca semula walaupun hati aku meronta-ronta, aku prepare hati dan akal untuk pick up buku ni. One thing for sure, naskhah kali ini bukan untuk semua. Genre slice-of-life yang dibawakan penulis kalini bergerak perlahan yang mungkin akan membuatkan sesetengah pembaca tak suka. Aku sendiri berhenti sekejap untuk kumpul mood.
Aya Sofia berpindah semula ke kota Kuantan atas tuntutan kerja sebagai seorang peguam jenayah. Perpidahan dia juga kerana seorang lelaki bernama Ilham yang bekerja sebagai barista di kafe 'Kita, Usai'. Perkenalan daripada sekolah rendah dan rasa suka yang terpendam lama dalam hati masing-masing merapatkan hubungan mereka. Namun, yang indah dahulu takkan selamanya indah. One turning point menjauhkan mereka yang kembali rapat. Sehingga, semuanya berubah, seharusnya keadaan.
Naskhah ni tidak menyajikan kita dengan plot yang berat mahupun menyayat hati. Ilham mahupun Aya, kedua-duanya menyimpan luka dalam diam. Kisah Ilham dan kisah Aya merupakan kisah cinta dan heartbreak. Kisah yang mereka simpan tanpa pengetahuan sesiapa. Kisah yang jika diteliti, dekat dengan sekeliling kita. Pertemuan semula mereka membawakan ketenangan dan kegembiraan, walau sementara bak bintang di malam pekat. Naskhah ni, sangat bittersweet. Seolah kau tahu apa yang akan jadi dan bila terjadi, you just accept it because it doesn't hurt as much.
Walaupun naskhah slice of life dengan ketebalan hampir 400 muka surat, aku tak bosan membaca. Penulis bijak mengolah cerita dengan babak-babak yang relatable seperti bertemu guru lama, camping dengan kawan-kawan, dan meddling friends. Dihidupkan lagi dengan momen-momen di mahkamah sementelah Aya seorang peguam yang membuatkan aku sebagai orang awam sangat tertarik. Paling menyenangkan bila takde/kurang legal term yang digunakan without explanation. Jadi, pembacaan aku sangat mudah dengan babak berkaitan kerjaya Aya.
Overall, aku senang dengan kisah Aya dan kisah Ilham. Dan aku nak berterima kasih juga dengan penulis sebab kenalkan aku dengan lagu-lagu dari seberang yang aku tak pernah dengar.
Pertama kali saya 'pick up' novel ni dari rak buku, saya tak perasan ianya tebal. Ada sesetengah novel tebal kerana plot atau penceritaan terlalu panjang sekadar nak memanjangkan babak atau menghuraikan panjang - panjang tentang watak yg ada... tetapi novel Bintang Tanpa Nama bukan begitu.
Plotnya memang panjang tetapi tidak bosan sebab garis masa yang jelas digambarkan oleh penulis. Bila kita baca novel ini, kita rasa yang kita sedang bergerak ke depan, perkembangan cerita tu berjalan.. Contohnya, dari kerja di KL pindah kerja ke Kuantan, dari satu kes mahkamah ke kes yang seterusnya, dari Nia & Seth bercinta ke majlis pertunangan dan perkahwinan, dari Cikgu Yah yang muda ke detik pemergiannya dan mcm2 lagi.
Dan betul kata penulis. Ini novel cinta tetapi bukan kisah cinta biasa. Ini tentang cinta pada kenangan, pada sebuah bandar yang keseluruhannya terasa dekat di hati, pada insan - insan yang mencipta kenangan tetapi telah pergi menghadap ilahi... Ia juga kisah tentang kehilangan di mana trauma menjadi mimpi yang ingin dielakkan dan kenangan menjadi tembok yang merumitkan proses penyembuhan.
Kisah Ilham & Aya, Nia & Seth hanya penyeri yang menambah rencah cerita tetapi tanpa mereka, cerita ini jadi tidak lengkap pula. Sebab mereka juga ada impaknya mewakili kita semua yang pernah melalui trauma dan kenangan.
Ada dua hal lagi yang menarik tentang novel Ainulfarihah ni. Pertama, jarang sekali kita baca novel yang penamatnya 'heartbreaking yet fulfilling' dalam masa yang sama. Sebagai pembaca saya mengharapkan penamat yang bahagia tetapi saya juga seperti reda dan dapat menerima penamat yang dituliskan.
Kedua, sudah lama juga tak membaca novel yang puitis seperti novel ini. Banyak novel sekarang yang tebal - tebal tetapi bahasanya kaku dan bosan. Tetapi ainulfarihah mempersembahkan banyak kata - kata dan tulisan yang membuatkan saya berfikir panjang setelah membaca kerana isinya sampai ke hati. Terima kasih untuk itu. Kerana hal yang kedua ini, saya berharap dia tidak berhenti menulis.
Ini adalah buku ke-3 daripada Ainul Farihah yang saya baca selepas Yang Paling Patah Antara Kita (YPPAK) dan Semesta Terakhir Untuk Kita (STUK). And, here is my take;
Bintang Tanpa Nama berkisar tentang kisah percintaan antara Aya dan Ilham yang saling menyukai antara satu sama lain sejak dari bangku sekolah rendah lagi, dan berlatarbelakangkan Bandaraya Kuantan. Vibes yang cuba digambarkan penulis dalam buku ni is vibes yang relaks, tenang, diselangi muzik indie, kafe hipster, pantai, bintang… Semuanya yang saya kira sangat in dengan vibes dan identiti Kuantan itu sendiri. Kalau korang nak lagi feeling bila baca, korang buka playlist spotify yang penulis kongsikan dalam buku. Memang layan habis fuhh…
Walaupun buku ni mainly bercerita tentang kisah cinta, penulis bijak seimbangkan dengan kisah persahabatan , kekeluargaan dll yang sama-sama menyokong dan membentuk jalan cerita yang cantik dan pada saya tak cliche dan menarik untuk dibaca.
Gaya bahasa yang digunakan dalam buku ni agak berbunga dan berfalsafah sedikit berbanding YPPAK dan STUK. Tapi pada saya masih lagi mudah nak difahami dan mungkin sedikit berbunga itu perlu sebab perasaan yang cuba disampaikan juga ‘berbunga’.
Frankly, this book didn’t hit me hard like YPPAK did but still had a significant impact, especially the second half of the book. The first 100 pages, to be honest, are a bit dull and boring for me, and I am on the verge of skipping the rest, which I am glad I didn’t, sebab the second half memang berbaloi untuk dibaca.
Ending buku ni gives kind of the same vibes macam ending dalam buku STUK i.e realiti. A fair reality. Dalam STUK, Jett bersungguh nak menjaga persahabatan dengan Akil while in this book kesungguhan tu lebih ditunjukkan oleh Aya. Satu buku yang mengajak kita untuk sama-sama mendewasa dan well it’s Ainul Farihah guys, you’ll learn a lot from her writing. A solid book!