Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mencari Husnul Khatimah

Rate this book
Gagal dalam kematian jauh lebih teruk daripada gagal dalam peperiksaan. Anda boleh gagal dalam hidup, tapi jangan sampai gagal dalam kematian! Maksudnya, jangan sampai kita mati dan tercatat sebagai orang yang gagal di sisi Tuhan.
Maka belajarlah daripada kematian. Banyak-banyaklah mengingati kematian. Buat persediaan yang matang untuk menghadapi kematian.

Jangan lupakan kematian, kerana kematian tak pernah melupakan kita. Jangan lupa untuk mengambil pelajaran daripadanya, kerana kelupaan itu akan menjadi penyesalan yang besar pada hari kemudian. Jangan tak bersedia dalam menghadapinya, kerana kematian selalu mengintai dan bersedia untuk mencabut nyawa kita.

320 pages, Paperback

First published January 1, 2013

1 person is currently reading
14 people want to read

About the author

Alwi Alatas

24 books53 followers
Alwi Alatas has already written 19 books, most of which were published in Indonesia. He started publish book in Malaysia at the beginning of 2010. His books are about history, adolescence, religion, and motivation; fiction and non-fiction. He became head of Forum Lingkar Pena (FLP) Malaysia from 2008 to 2010. At the moment, he is doing PhD at International Islamic University Malaysia (IIUM).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (16%)
4 stars
10 (55%)
3 stars
4 (22%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
230 reviews4 followers
June 6, 2024
Banyak nasihat, cerita dan kiasan yang boleh dijadikan iktibar untuk mengingatkan kita agar membuat persediaan untuk mati. Bahasanya untuk pembacaan orang awam, tidak bersifat akademik dan mudah difahami. Setiap cerita agak ringkas dan boleh dibaca sedikit demi sedikit setiap hari atau setiap minggu bagi mengingatkan kita semula tentang mati.

Cuma ada beberapa kisah ajaib kononnya dari para sahabat yang saya tidak tahu kesahihannya, yang saya baca tanpa mempercayainya bulat-bulat. Tetapi kalaupun saya mengetepikan cerita-cerita sedemikian, buku ini tetap mampu memberi keinsafan kerana banyak lagi cerita lain di dalamnya yang boleh dijadikan pengajaran.
Profile Image for N.H.
15 reviews1 follower
August 17, 2015
Sedang saya di MPH, Kuala Lumpur―Saya dalam konflik untuk membuat pemilihan. Ketika itu saya punya keinginan untuk memiliki judul ‘Jangan Bersedih: Pesanan Lima Menuju Syurga’, tetapi semasa saya mula-mula sampai di MPH, mata ini tertancap pada buku Husnul Khatimah ini. Melihat kepada wang di dalam dompet, jumlah yang ada cuma berbaki RM30. Jadi saya hanya punya pilihan untuk memiliki salah satu buku sahaja. Saya mencapai buku ini dan cuba membelek beberapa halaman.

Komentar daripada Ibnu Rijal tentang buku ini benar-benar terkesan di hati;

Buku ini buatku taddabur,
Bahawa kita semua akan ke kubur,
Hati yang ego boleh tersungkur,
Dengan huraian ayat dan bukti yang diatur,
Dan buku ini sangat teratur,
Maka buku ini sangat ku anjur.

Saya rasa buku ini benar-benar sesuai pada manusia yang rasa hatinya sedang menggenggam dunia, juga sebagai peringatan bahawa mati itu adalah sesuatu yang pasti. Jadi, saya pun mencapai kata putus untuk memiliki judul ini. Buku yang sangat mantap― Berisi kata-kata motivasi, situasi orang-orang yang menghadapi saat kematian, reality akhir zaman dan diselitkan dengan hadis-hadis dan ayat al-Quran.

Sungguh, tidak rugi untuk memiliki judul ini kerana penulisannya dapat menggetarkan jiwa. Saya orangnya jarang-jarang mengingati mati, bila membaca buku ini membuatkan hati saya tertanya-tanya, “Apa agaknya keadaan aku bila mati nanti?”

Profile Image for Web Sutera.
Author 35 books65 followers
February 19, 2014
Tidak dinafikan jiwa saya bergetar di banyak catatan dan tazkirah. Demi Allah yang nyawa saya berada dalam genggaman-Nya, diri ini gementar dan insaf. Moga insaf itu selamanya menjadi teman dan ditransformasikan menjadi amal baik buat menemani di alam barzakh.

Soal mati yang baik, mati yang buruk dan balasan setiap jenis mati itu diberitakan Allah dan Rasulullah (SAW). Itulah yang ditata oleh penulis dengan baik dan menyentuh roh saya. Alam kubur adalah misteri, namun misteri itu dikhabarkan oleh Rasulullah (SAW). Justeru itu panduan untuk kita agar jangan menjadi hamba Allah yang menerima siksa kubur yang dahsyat. Belum lagi seksa akhirat yang maha dahsyat juga.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.