Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tamadun Untuk Pemula

Rate this book
Tamadun Untuk Pemula adalah panduan yang menakjubkan dan mudah difahami, membawa pembaca menelusuri 30 tamadun utama dan agung dunia. Dari keagungan Aztec hingga kemajuan Sumer, buku ini memberikan ulasan ringkas namun padat mengenai setiap tamadun, termasuk Rom, Inca, Celtic, Khmer, Maya, Parsi, Phoenicia, dan Melayu.

Setiap bab di dalam buku ini dikemas dengan fakta menarik, analisis mendalam, dan gambaran budaya yang kaya. Pembaca akan dibawa dalam perjalanan melintasi zaman dan benua, mengungkap keunikan dan sumbangan setiap tamadun kepada dunia.

Tamadun Untuk Pemula adalah portal ke masa lalu yang penuh warna, memberikan perspektif baru tentang tamadun-tamadun yang telah membentuk dunia kita hari ini. Jadikan buku ini teman setia dalam mengeksplorasi sejarah dan budaya dunia.

224 pages

Published February 1, 2024

5 people are currently reading
16 people want to read

About the author

Dinie Liow

1 book

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (30%)
4 stars
2 (15%)
3 stars
7 (53%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Rainy Rose.
299 reviews32 followers
June 16, 2024
Buku yang merangumi ringkasan 30 tamadun daripada tamadun-tamadun yang pernah wujud dan masih wujud di dunia.

Boleh dikatakan bacaan santai bagi aku. Cara ringkas dan cepat untuk mendapatkan info sesebuah tamadun yang disebut di dalam buku ini. Susun atur setiap tamadun juga menarik dengan penambahan peta dan gambar yang berkaitan dengan tamadun tersebut.

Cuma bagi akulah kan, aku rasa bahagian nota akhir itu, boleh diganti sebagai footnotes disetiap muka surat yang berkaitan. Jadi, tak perlulah para pembaca membelek ke belakang buku setiap kali. Boleh ditambah baik untuk rujukan di masa hadapan.
Profile Image for Shahmi Fadzli.
92 reviews1 follower
November 16, 2025
Secara peribadi, buku ini telah mengisahkan Tamadun yang penting untuk pengetahuan kita semua. Tamadun yang telah lama ditelan zaman pun ada diceritakan disini. Tamadun sering dikaitkan dengan kaum. Dan ini membuktikan bahawasanya, bumi dan langit telah menyaksikan gegak gempita kerosakkan, kemusnahan dan kemajuan peradaban di seluruh pelusuk dunia.

Jika kita dapat simpulkan garis masa ini dan kita kaitkan dengan apa yang terjadi sekeliling, kita akan memahami tamadun manusia ini ada naik dan turunnya. Agama juga merupakan tiang utama dalam pengukuhan tamadun. Sekali lagi sejarah telah membuktikan beberapa rencana dahulu berlaku dan ia masih berlaku sekarang juga. Terima kasih untuk naskhah sebegini.
Profile Image for Addibah Adnan.
11 reviews
October 14, 2024
Easy to read and to understand. Penulisan yang bagus dengan maklumat yang bermanfaat.
Profile Image for Tanne Hadihaz.
5 reviews
January 23, 2025
Sesuai untuk peminat sejarah. Banyak tamadun yang ada dalam buku ni, yg ditulis secara ringkas.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.