“Kau sanggup jadi celaka sampaikan mati di lembah hina,”
Bukan senang aku mahu memberi hati lelaki aku ini kepada orang lain. Sekali aku bagi pada kau, dia milik kau selama-lamanya. Aku sudah berjanji pada diri aku. Wanita yang berjaya memiliki hati ini, akan aku curahkan segala-galanya pada dia. Tapi apabila aku beri pada kau, kenapa kau masih meragui cinta aku, perempuan? Tak cukupkah dengan segala pengorbanan yang telah aku lakukan? Aku sayang kau sepenuh hati aku! Sumpah aku sayang kau! Tapi kenapa kau memperdajalkan aku?- Fahmie
Susah untuk aku cakap. Erti cinta. Yang boleh saja membuat semua manusia gila. Termasuk aku. Biarpun orang selalu menganggap aku ustazah berdasarkan pakaian aku, tapi aku juga lemas dan lemah dek cinta. Aku manusia biasa, bukan maksum. Ada nafsu, yang kadang-kadang sukar dijaga. Kerana cinta juga, aku sanggup buang apa yang aku pakai. Aku sanggup membelakangi apa yang aku beriman.- Badrina.
Kalau korang jadi aku, sakit hati tak tengok jantan yang kita suka bercanda dengan betina lain? Sakit hati tak? Kalau tak, better kau cek diri kau! Aku sayang dia tapi aku pendam saja. Nak buat macam mana kan. Dah orang tak suka, buat apa nak terhegeh-hegeh lagi. Aku reda, asalkan orang yang aku sayang hidup bahagia. Biarpun kesakitan aku membuatkan dia bahagia, aku pasrah. Tapi, sekali ada orang sanggup buat barua terhadap orang yang aku sayang, kau tunggu balasan aku!!!- Jannah.
karya pertama Azwar yang saya baca, dan antara buku lejen yang awal2 saya beli, sebelum stop beberapa lama.
kenapa?
tema yang dipaparkan memang menarik, dan isu yang jarang2 diperkatakan secara umum dan menjadi tabu dalam masyarakat melayu khususnya. tapi, maaf olahan memang lemah. saya tau penulis masih muda, tapi tak salah andai penulis membuat sedikit kajian & memasukkan beberapa fakta ke dalam naskhah ini, contoh asal usul nasi kangkang itu sendiri, pantang larang (walaupun ramai yang dah tahu rasanya) tapi masukkan sekali supaya pembaca terasa ada something new/fresh about this book. bukan hanya menulis apa sebegitu saja, seolah2 begitu terdesak ingin menarik perhatian pembaca dengan adengan2 ganas, keterlajuran orang2 alim & sebagainya. tak salah nak bawakkan isu ini, saya pun banyak baca buku2 yang lebih open dari ini. tapi biarlah olahan nya menampakkan kedewasaannya.
tambahan pula penulis menuntut di universiti, so agak high expectation untuk menghasilkan sesuatu yang lebih bermutu.
ps - at least buku fixi ada kematangan dalam olahan, peleraian konflik & punca konflik, sekadar pembandingan.
Hemmmm.... Pertama kali tahu pasal NK ni ketika "bersiar-siar" dlm blog saper entah. Beria org tu promote ckp NK ni bagus n Best. ML x tahulah. Sbb ML x pernah baca novel keluaran Lejen ni. Dan kebetulan Pulak, ML nmpk chantek jer NK ni lending atas meje kawan baru ML. So, ML beranikan lah diri untuk pinjam NK.
Ok.. Mcm biasa, ML dah x buat review ni.. Dah tinggalkan dah perangai yg satu tu... Tapi muncul Pulak perangai pelik ni.. Nak comment jer.. Heheheh.. Jgn marah eh...
1. Pada ML, novel ini memang x kena dgn jiwa ML yg lembut dan halus ni. Sila muntah hijau ya adik-adik.. Jadi kisah sebegini, mmg x masuk dengan ML. Nak-nak ending dia yg ML rasa kejam dan ganas. Walaupun dah dikira tahap 18sg, tapi, jiwa ML x dapat terima tahap keganasan itu yg terasa kurang perisanya. Pelik lah ML ni.. Td kata ganas, ni kata krg perisa Pulak... Sebenarnya gini ha....mmg ganas, mmg x berhati perut si Badrina tu. Tapi nak heran apa, kalau dah kena rasuk syaitan kan... Tp, ML kata krg perisa sbb rasa mcm mudah benar. X ada langsung adegan cuba mempertahankan diri si Jack tu.. Yg ada hanya jeritan sakit. Hahahha.. Jgn marah.. ML mmg suka kutuk mcm2.
2. Suhaili - heemmm.. Masa baca, ML jadi keliru, jantan ke betina si Suhaili ni. Kejap watak dia mcm pempuan, kejap mcm lelaki. Nama panggilan dia pun sama. Kejap Li, Kejap Su.
3. Adegan/memori si Jack kena rape ngan bapaknya sendiri tu, rasanya, x perlulah kot nak ulang cetak. Dah jadi ulang cetak dan ditambah sikit-sikit .. Mcm part edit Pulak kat situ. Walhal JAck dah ceritakan bagaimana dia kena rape masa dia flashback back sblm tu. Sejibik2 dia cerita. Dia kat mana, makan apa... Then masa dia cerita pd Suhaili, tak perlu kot nak taip balik. Editor kena lebih hati2 ya... Hehehehe.... Jgn marah.
4. Apa lagi nak condame eh? Hehehehe.... Ha.... Cerita ni, bagi ML, biasa2 jer. Gaya bahasanya, boleh la... ML suka.. Sempoi. Cuma olahannya perlu lagi. Bagi pembaca pertama LEjen, ML ada persepsi berbeza utk terus membaca karya undur terbitan ni. Jalan ceritanya bagus, cuma olahan perlu dikembangkan lagi. Naskah ini tak gempak spt tajuknya. Mungkin penulisnya perlu usaha lebih sikit..
_____ Rasanya ini buku pertama Lejen dibaca sepanjang tahun ini. Juga adalah buku pertama saudara Azwar K. yang dibaca. Maafkan tukang baca[baca=aku] sebab selama ini jarang baca buku cerita penerbit ini. Tapi, setelah baca beberapa bab mengapa terasa ada unsur male-chauvinism[label 1]? Boleh bikin hati perempuan sedikit terguris. Sudut pandangan romantisme[label 2] melampau si tukang baca. Jadi sila gelak saja jikalau rasa ngarut. [tukang baca sendiri rasakan ianya juga mengarut sebab tetiba fikir bukan2]
Kenapa tukang baca gelar ini male-chauvinism? Taktau. Mungkin sebab simbolik upacara nasi kangkang itu sendiri biasanya dilakukan oleh kaum hawa saja. Sepertinya semua watak wanita disini dituduh tidak baik. Harapnya saja alim bertudung, berusrah, solehah di luar tapi bila hati mereka rasa tergugat akhirnya khurafat juga yang dicari. Buku ini seperti hujah pembelaan lelaki-lelaki yang teraniaya akibat ritual karut tersebut. Lelaki yang selalu dizalimi dan hilang hak mereka dalam bersuara. [amalan nasi kangkang akan mengawal lelaki supaya patuh pada perempuan]. Jadi hilanglah hak seorang suami@lelaki itu.<--kritis tak cara tukang baca berfikir. haha~Sangattt!
Juga ada sindiran sinis untuk pasangan muda-mudi konon 'islamik'[label 3] tapi tidak sedar yang mereka itu sebenarnya tidaklah islamik sangat.
Lihat juga bagaimana pengakhiran kisah sadis ini dan siapa yang terselamat di hujung kisah.
Mungkin buku ini takde pun unsur 'c' tersebut. Sensitip lebih ja tukang baca ni. ---- ps: to sarah. kalau ko baca review ni~ ya, itu aku yang cakap. hoho...bolehlah kot.
Ini karya kedua penulis yang saya baca. Apa yang saya boleh katakan, saya memang tak berapa nak minat dengan gaya penulisan penulis ni. Bagi saya penulisannya agak kurang matang.
Idea untuk cerita tu dah ada & bernas. Tapi olahan cerita, cara penulisan & jalan cerita tu sendiri agak lemah. Bila tengokkan balik, penulis masih muda lagi ketika buku ini ditulis & diterbitkan. Jadi tak mengapalah, masih banyak ruang & masa untuk penulis perbaiki apa yang kurang.
Berbalik kepada buku ini, kenapa ye bila saya baca dialog2 antara watak2 tu terasa macam diorang semua sedang menjerit2 ketika bercakap? 😅 Mungkin sebab terlalu banyak penggunaan tanda seru, noktah dan tanda soal. Penggunaan perkataan2 yang agak kasar terlampau kerap pon boleh buat rasa turn off juga. Dan memamg style penulis suka buat watak2 mati semua ramai2 secara mengejut & tiba2 eh? Macam tiba2 je, eh semua mati katak macam tu je? Haha 😂
Bukan main payah nak menghabiskan buku ini. Dan bukan main susah nak meletakkan waktu aku mula membacanya. Tapi, sekali baca, hanya ambil dua jam.
Rating yg aku beri pada buku ini sangat kurang berbanding buku pertama penulis. Sebab aku tak dapat menghayati buiu ini seperti bukunya yg pertama.
Mungkin sebab aku adalah seorang manusia yg jenis tak boleh menghayati kehidupan "hijabista hipster" seperti Badrina. Aku juga tak dapat memahami "gadis gothic alim" macam Jannah.
Aku faham mungkin penulis cuba menggariskan wanita tak boleh diadili dgn cara pemakaiannya. Aku nampak persamaannya tapi walau perbezaan yg cuba diketengahkan, ia tetap tidak nampak. Dialog keduanya hampir sama.
Aku suka watak Ummi tapi ciri2 wataknya tidak dipanjangkan. Ada masanya hampir teringat watak2 dalam Babi yg ada persamaan dgnnya.
Kalau pada awalnya aku macam "tensennya baca bab budak2 usrah"...endingnya aku ada masalah "takkan ini aje?"
All in all. Tulisan ini cantik. Tapi tak halus. Tak teliti macam Babi. Cover dan detail buku juga agak comot. Babi masih hasil yg lebih baik.
Mungkin penulis boleh cuba bertenang untuk projek seterusnya. All the best!
buku ni bagus. mulanya aku tak sangka jalan ceritanya macam tu. aku ingat A yang buat nasi kangkang rupanya B.
kalau dibandingkan dengan novel first Azwar (BABI) tu, novel tu lebih tebal and lebih banyak moral values. tapi ada la sikit cliche. but still okay. moral values dia banyak sangat.
kalau yang ni pun ada cliche tapi still okay. otak aku boleh hadam jalan penceritaannya.
tahniah kepada penulis. jangan berhenti menulis & harap next book genre lain dari 2 novel sebelum ni. saya bagi 3.5 bintang!
Kecewa dgn tajuknya yang misleading. Cerita yang biasa-biasa sahaja, tidak sesedap tulisan penulis yang terdahulu. Terkadang dibaca bagaikan ditulis secara buru-buru kerana pada hemat aku banyak lompang2 yang tidak didedahkan secara memuaskan oleh penulis.
Janggal. Banyak kejanggalan dalam karya ini. Dialog dan perwatakan watak sangat tak lancar dalam aksi yang menggerakkan plot cerita. Sikap, aksi watak dan dialog tidak berjaya memberi kesan make believe. Aku yakin gaya hipster dan indie mungkin tidak perlu diterapkan pada watak ibu bapa, kerana gaya dialog, watak dan sikap mereka begitu aneh dan kelihatan remeh hingga memberi kesan sinis yang seolah-olah menimbulkan anggapan negatif. Benar, ibu bapa juga manusia yang tidak sempurna dan tidak kebal daripada kesilapan dan sifat buruk.Mungkin ianya disengajakan untuk kesan begitu.Tapi bila semua watak bercakap dengan gaya dialog begitu, ianya agak menyebalkan pada aku. Sebab tak dapat dibezakan watak dan perwatakan sepanjang bacaan.
Persoalan keibubapaan, keluarga, iman dan kemaafan still unggul dalam karya #AzwarKamaruzaman hanya tidak begitu kemas saja kali ini.Penulis cuba mempersoalkan isu munafik, kecetekan penghayatan agama, individualistik, ketulusan cinta dan amalan khurafat.Bagaimana demi kepentingan diri, Si Ibu menjerat anak sendiri mewarisi amalan nasi kangkang, isteri yang terlalu cinta hingga terjebak dalam amalan khurafat, padahal mereka mempamerkan imej Islamik. Ternyata penampilan tidak mencerminkan kefahaman, penghayatan terhadap agama dan keimanan seseorang Muslim. Hal ini turut dipaparkan melalui watak seperti Jack dan Su. Tak kurang juga dendam yang menjerumuskan manusia dalam amalan khurafat kerana tidak redha dengan ujian Tuhan hingga menyukarkan kemaafan.
Banyak kejanggalan dalam aksi dan plot watak yang terlalu 'Well Made' hingga memberi kesan 'Eh!' pada aku. Paling ketara bila watak Jack yang terjumpa watak Badrina terus tahu yang dia berjumpa bomoh Siam, malah sempat ada monolog dalaman bahawa tidak mungkin Jack memberi tahu Badrina bahawa dia pergi buat nasi kangkang juga🤔, pada hal Bad tak cakap langsung tentang hal tu. Ada beberapa part aksi dramatik lagi yang sangat janggal, aneh dan tak kena dengan perwatakan watak.Tidak ketinggalan justice terhadap nasib watak-watak dan ending karya ini yang agak lemah.
Selain itu, banyak juga unsur suspens yang terlalu 'disimpan' penulis mungkin cuba untuk tidak klise tetapi usaha ini tidak mempertimbangkan perwatakan dan Jalan cerita hingga memberi kejutan yang sangat out of the box hingga mencacatkan feel, rational dan emosi pembaca terhadap watak. Hal ini memutuskan dan memberi kesan sangkut pada empati atau feel pembaca untuk in dalam cerita ini.
Aku pernah baca karyanya yang lain, Aspura dan Babi yang pada aku, better. Gaya bahasa dan dialog novel ini paling mengganggu dan menjejaskan feel aku terlalu urban, aneh dan heyho sangat. Cara dan gaya penulis ni memang kasar,tajam dan sinis-satu style yang sangat bagus untuk kritikan sosial tetapi kali ini terlalu'kasar'hingga menghilangkan estetika gayanya itu. Hopefully, next karya lebih detail, sensitif dan tidak terbawa-bawa dengan apa-apa unsur atau teknik, fokus more to human(perwatakan yang kontradik hingga wujud kan konflik) agar connect dengan Jalan cerita then segala unsur akan wujud secara natural. Aku otw baca karyanya Saka yang dah berhabuk di rak. Wish me luck😎#fatimahmanaf #timahbacaapa #malaysiamembaca
I'm starting my 2020 with this book actually. Bought them at bundle shop at RM15 with his original sign at PWTC. Thought that this book is gonna be epic siding with BABI (his first book) but I got major disappointment.
There's too much 'hole' in these books and I think that hole could be highly covered up before perfecting it into a book.
Cliche. Banyak fokus dekat kisah cinta Badrina and Fahmie(sampai fikir aku ni beli buku cinta ke buku pasal ilmu hitam) Jack pulak muncul last sekali. Ada sekali tu, aku fikir yang aku banyak copying issues ke when the same dialogue ada kat muka surat ke berapa entah. And then, oo dia nak throwback kat Suhaili rupanya... adeh.
Major sad thing that is lacking for the book itself, was the Nasi Kangkang element. The dark knowledge and everything. Just few pages of ilmu Nasi Kangkang then done. Badrina practices Nasi Kangkang pun berapa helai pages je.
Ibarat bukan buku Nasi Kangkang. Aku tak enjoy langsung. Aku pun tak tau part apa yang aku enjoy. First pages aku rasa kelakar then dah tak kelakar.
Not comparable than BABI (one of your best books I've read)
This entire review has been hidden because of spoilers.
Suspens juga mula-mula baca. Target Jack yang buat nasi kangkang, tapi rupanya Badrina. Jalan ceritanya bagus, cuma untuk untuk certain part, feelingnya tak boleh masuk sampai betul-betul deep. Sebab alasan tak cukup kuat. Penulis mungkin perlu tambah sesuatu yang lebih kuat, especially untuk si Badrina supaya dia betul-betul tergamak nak buat nasi kangkang.
moral of the story pun agak tak sampai, mungkin sebab ending dia agak mati di situ. Apa-apa pun tahniah buat penulis menghasilkan sesuatu yang rare dari yang lain. :)
buku ni, bagi aku santai dan konflik pun x berat mana, sekadar bahan bacaan ringan. jalan cerita agak menariklah juga, x ada lah sampai menguap. cuma aku rasa lambat bebenar nak masuk part nasi kangkang tu. part nasi kangkang tu kena research sket. sbb stau aku ilmu ni x diwarisi. kecualilah saka yg perlukan waris.
Penceritaan yang mudah cuma kurang memenuhi jangkaan. Mungkin sebab Azwar dah setkan bar yang tinggi dalam karya sulung dia; Babi. Jadinya, Nasi Kangkang seolah karya yang kurang warna. Konflik sedikit dan pemerian suasana ngeri pun tidak berjaya menjijikkan saya. Apa-apa pun, semoga penulis terus berusaha lebih baik dalam penulisan akan datang.
Nasi Kangkang by Azwar Kamaruzaman. 4.6/5⭐ . Published by @lejenpress Author by @azwarkamaruzaman ____________________________________ . Menceritakan Jack @ Jannah, gadis tomboy yang berhati batu. Hatinya hanya buat Fahmie namun cintanya bertepuk sebelah tangan.
Fahmie classmate Jack, sudah lama memendam perasaan cinta pada Badrina. Baginya Badrina lah gadis yg sempurna buat dia. Dari segi agama dan kewanitaannya. Sgt belawanan dgn Jannah serupa jantan.
Jannah cuba mendapatkan cinta Fahmie, namun dia redha jodohnya bukan Fahmie. Saat menerima hakikat itu, dia mengetahui Badrina menguna kan nasi kangkang pada Fahmie dia betolak tambah dengan hatinya. Dia nekad untuk menolong Fahmie.
Saat hatinya berjuang untuk Fahmie, ada hati yang terluka. Sahabat baiknya Suhaili sgt mencintainya tp pengakuannya di tolak mentah-mentah oleh Jannah.
Jannah mati di bunuh dengan kejam oleh Badrina yang suda di rasuk hantu belaan keluarganya. Suhaili membalas dendam atas kematian Jannah. Badrina diperlakukannya sebagaimana yg jadi dgn Jannah.
Apa jadi dgn Fahmie? Apa jadi dengan Suhaili?
Nasi Kangkang. 📚
This entire review has been hidden because of spoilers.
Penutup bagi bulan Februari. Bagi aku, kekuatan utama buku ini terletak pada plot twistnya. Tajuk yang bold, idea yang menarik, tapi dari segi olahan, aku rasa masih ada ruang untuk diperbaiki.
Nasi Kangkang menggabungkan elemen cinta, mistik, dan kepercayaan tradisional yang tabu dalam masyarakat. Kisah Fahmie dan Badrina nampak seperti cinta sempurna, tapi diuji dengan hasutan orang ketiga dan amalan syirik.
Dari segi bacaan, buku ini memang sesuai untuk pembaca muda—gaya bahasa santai, jalan cerita ringkas, dan konflik yang cepat selesai. Tak ambil masa lama pun nak habiskan, sebab sekali duduk baca, dah sampai ke penghujung.
Tapi untuk pembaca yang lebih berpengalaman, mungkin terasa ada kekurangan. Character development agak terbatas, dan isu tabu yang cuba diketengahkan tidak dikupas dengan mendalam. Endingnya pula bukan jenis yang dramatik - tapi aku menung jap mikir abende ni. 😂
okay,setelah lama habis baca,hari ni baru boleh duduk review pasal novel Azwaq ni.Pendapat peribadi aku, Nasi Kangkang (NS) jauh bezanya dengan Babi & Saka. Tulisan Azwaq dalam Babi & Saka lebih meruntun jiwa, memberi banyak kesedaran dan menginsafkan.tapi NS ni takde kesan sangat, mungkin pengajaran yang kita boleh ambil adalah, jangan nilai orang dari luaran.buruk tak semestinya jahat,baik tak semestinya alim..tapi sebab nafsu dan cinta, semua boleh tunduk kepada syaitan.endingnya sedih kepada 3 watak utama.Badrina, Fahmi & Jack. Kemudian, ada info pasal nasi kangkang,baru tau pantang larangnya..dan memang pun bomoh siam pandai bab2 ni..:)lagi stau, tak perlu lah diulang bab Jack dan ayahnya tu..dah macam repetition pulak.
jadi, jangan cemburu buta ya kaum wanita sekalian. Kalau nak kekalkan kasih sayang, doa pada Allah supaya jodoh berpanjangan sampai syurga. Jangan ambil jalan singkat & mudah.
Kisah yg mengupas impak dan kesan mengenai amalan Nasi Kangkang...pasti ada moral di sebaliknya..selain itu..cinta tiga segi juga menjadi elemen buku ni..walau dpt dijangka siapa yg amalkan Nasi Kangkang ni tetapi endingnya tidak seperti yg dijangka..
Karya kali ni tidak sekuat cerita Babi tapi ada kelebihan sendiri..
Thanks Azwar & LejenPress sebab hasilkan karya sebegini..
Ape bende la yang aku baca ni!! Nak create watak perempuan yg kasar sekalipun, tak perlulah sampai memanjang cakap macam jantan. Even mak kepada Badrina pun boleh guna bahasa "barua", agak2 la, org tua kalau cakap kasar pun aku tak rasa akan gune perkataan moden macam tu. Mati mood nak menghayati novel seram
hurm... sekejap je dah habis... memang tak sangka2 si badrina tu yang buat nasi kangkang, aku ingatkan si jannah usahakan juga utk dpt mamat hero ni lepas tu buat nasi kangkang... memang slh teka, tak sangka si bertudung labuh tak yakin dengan diri sendiri sampaikan sanggup buat benda macam tu...
Penceritaan yg pd aku biasa biasa je. Perilaku yg aku sudah jangka, siapa suspek memang dah agak. Ending yg agak seram jugak lah. Cuma kurang tangkap epilog dia tuh... Huhu, aku yg lembs kot. Apa apa pun tahniah kpd penulis. Keep up!
The storyline is alright though, I'm not too fond of it. But the language and the grammar... were appalling. The exclamation marks are killing me! As if the book is screaming in my face! And what's with "Yeargh!!!" ? *sigh*
2. seriously kau pecah rumah (siap bunuh bagai) laki yang kau suka (which dah jadi suami orang) semata-mata nak bagitau yang dia dah terkena nasik kangkang?