Dialah Amira, seorang gadis polos dan lurus bendul. Kerana sikapnya yang mudah dipermainkan, dia telah hilang harga sebuah kesucian. Kerana kisah pada suatu malam dengan Edrian, dia hilang segalanya. Masa depan dan cinta!
“Kononnya Asyraf lelaki mulia yang sanggup terima buruk dan baik aku! Tapi, bila hari pernikahan semakin tiba, dia tinggalkan aku tanpa alasan! Aku putus harap untuk percaya kepada manusia bernama lelaki!”
Dia, Taufiq. Seorang anak muda yang pentingkan status dan pangkat. Dia bersetuju menebus maruah Amira. Apatah lagi, permintaan Dato Amri, abahnya Amira datang bersama satu tawaran hebat, Kristal Property akan diserahkan kepada dirinya sebagai hadiah perkahwinan. Tiada langsung ruang buat Amira dalam hatinya, melainkan secebis tanggungjawab sesama insan.
“Kalau kau solat, apa pasal kau habis dulu? Aku yang imam, akulah yang habis dulu!”
“Dah awak baca lambat, lambatlah awak habis! Saya baca pendek, sayalah habis dulu!”
Menjalani kehidupan rumah tangga bersama insan yang polos, ternyata membuatkan hidup Taufiq bertukar 360 darjah. Dia yang serius, dia yang garang dan dia yang bengis, akhirnya bertukar karakter. Senyum dan usik-mengusik mewarnai hari-hari berikutnya.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Pada N, ia tak se-best novel "Kasih Bersimpul Mati". Mungkin juga kerana N letak harapan yang terlalu tinggi. Atau mungkin kerana bila baca, N asyik compare dengan novel Acik Lana Maaf Jika Aku Tak Sempurna.
The similarity is there.
Amira seorang gadis kaya yang hanyut dalam dunia sosial (sama seperti dalam MJATS). I did not expect this sebab pada sinopsis, Amira digambarkan sebagai "seorang gadis polos dan lurus bendul". Taufiq pula seorang yang lebih tegas dan matang(sama seperti dalam MJATS). Taufiq diminta oleh ayah Amira untuk berkahwin dengan anaknya, dengan harapan Taufiq dapat membantu Amira berubah (sama seperti dalam MJATS).
Tapi pada N, jalan cerita JMPW agak slow. Bila dah nak habis, barulah pada N ia jadik interesting. Maybe because watak si Taufiq ni agak kasar dengan Amira, jadi N rasa macam nak marah jer dia balik!
This book is 700+ thick but I baca till 640 pages and decided to GIVE UP. I dont know mang! Something wrong somewhere. Firstly, I rasa Taufiq & Amira langsung tak ada chemistry. LANGSUNG ya. Secondly, I decided to just read the dialogues and skip the narrative part.
But I've got to applaud the writer sebabnya, this book made me curious. walau tak (sorry to be honest) seseronok mana, I still want to read it because the writer berjaya buat I tertanya-tanya -- apa yang terjadi sebenarnya? 600+ pages later, I found the answer, but only half of the answer! Sebabnya cerita sebetulnya I dont know yet so malas to read the rest already. Hmm
#19 Jika Mawar Pudar Warna Karya Aulia Iman Terbitan Penerbitan Karyaseni
JMPW sebuah lg naskah penulis Aulia Iman.. Naskah yg mengisahkan perkahwinan tanpa cinta yg akhirnya membawa bahagia.. Mengisahkan Taufiq yg mengahwini Amira tnpa cinta.. Perkahwinan mereka demi menjaga sebuah maruah apabila perkahwinan Amira bersama kekasihnya terpaksa dibatalkan akibat kekasihnya Edrian menghilangkan diri.. Taufiq menjadi galang gantinya lantaran mendapt tawaran baik dari ayah Amira iaitu Dato Amri yg menawarkan Kristal Property jika mereka berkahwin.. Pada dasarnya Taufiq juga mempunyai kekasih hati iaitu Adila dan mereka juga tlh merancang utk berkahwin.. Akibat perkahwinan Taufiq itu rancangan Taufiq berkahwin dgn Adila hancur lebur dan menjadi bencana apabila diketahui oleh keluarga Adila.. Taufiq mempunyai seorg adik kandung iaitu Fir dan adik saudara Hidayah.. Taufiq dan Fir dipelihara oleh ibu Hidayah slps kematian kedua org tuanya.. Pada awlnya ibu saudaranya iaitu Salmah yg juga tlh dianggap sbg ibunya terkejut dgn khabar yg Taufiq tlh berkahwin tp menerimanya dgn perlahan cuma Hidayah yg makin membenci Amira slps ibu mereka meninggal dan menganggap Amira sbg punca.. Tp kelamaan Hidayah dpt menerima kehadiran Amira.. Amira terpaksa berkahwin dgn Taufiq akibat Edrian menghilangkan diri selain itu juga ada rahsia disebalik perkahwinan meraka.. Anda ingin tahu kena dptkannya.. Amira seorg gadis yg suka berjoli yg akhirnya membawa bencana dimana Amira menyangka yg dia telah diperkosa dlm satu kejadian.. Akibat itulah Dato Amri mengahwinkan Amira dgn Taufiq supaya Amira berubah sikap.. Taufiq dan Amira hidup dlm kepuraan dan akhirnya kebencian Taufiq membuahkan rindu.. Amira sering merajuk dgn perbuatan Taufiq.. Selepas Amira berkahwin dgn Taufiq, Edrian muncul kembali demi merebut cinta Amira semula tp Amira sering melarikan diri krn benci dan takut sehinggakan Taufiq ingin mengetahui apakah kisah disebaliknya dr mulut Amira sendiri.. Pada awlnya Amira berat utk bercerita tp akhirnya Amira membuka mulut dan membuatkan Taufiq tersentak dgn cerita Amira pernah diperkosa.. Akhirnya mereka menjauhkan diri tp tdk lama krn semakin lama mereka semakin menyayangi yg pd mulanya slng membenci.. Adakah benar Amira tlh diperkosa? Apa pula yg terjadi pada Edrian yg sering menagih cinta Amira kembali? Adakah Amira dan Taufiq menumui kebahagiaan? Apakah pula rahsia perkahwinan mereka yg sehingga Dato Amri menawarkan sesuatu tawaran yg hebat jika mereka berkahwin? Anda harus membcanya bg mengetahui segala persoalan.. Ternyata naskah ini memberi kepuasan maksima yg cukup rencah dgn air mata serta komedi yg diselitkan.. Kdg ada jga rasa geram.. Anda harus memilikki naskah JMPW.. Dptkan dipasaran dgn harga RM29(sm) RM32(ss) Sekali lg tahniah buat penulis krn berjaya membuat sy meminati karya beliau spt naskah yg sblm ini.. Tahniah sekali lg dan teruskan menghasilkan karya yg bermutu
# p/s JMPW sebuah naskah yg harus dimilikki bgmanapun ini hanya pendapat peribadi dan setiap pembaca mempunyai citarasa yg berbeza
Bg hana, karya ni ada keunikannya yg tersendiri.. so, JMPW layak dpt 4 bintg. aggp komen negatif dr org lain tu sbg pembina smgt.. suka dgn TAUFIQ.. sbb hana ni jenis suka hero garg2 n jht2.. kikiki.. WELL DONE, sis..
JMPW buku ni ok... Cuma slow sikit jalan cerita... Banyak sgt penceritaan... Part2 yg xda dialog sy skip heheheheh... Tp ending ok... Mcm yg sy target... Heheheh nasib baik sama yg sy target klu x mesti frust... Hahahah apa pun good job Aulia... Sedap nama Aulia....
Berkisar tema kahwin paksa, Amira dan Taufiq dikahwinkan. Namun, hari demi hari rasa benci mulai bertukar sayang. Seperti biasa, cinta mana yang tak diduga.
Bagi saya novel ini menarik sebenarnya. Cuma disebabkan penulis mungkin terlalu mengembangkan sesuatu babak sehingga saya rasakan novel ini agak meleret. Apa-apa pun, novel ini masih lagi boleh dihadam.
Amira adalah seorang yang polos dan lurus bendul. Hidupnya merana ditinggal kekasih hati dan tunang kerana dia sudah hilang kesuciannya. Taufiq hadir pada saat akhir untuk jadi pengganti. Permintaan Amira adalah untuk berpisah selepas jatuh akad dan Taufiq pula mahukan kuasa di syarikat Kristal Property. Rumahtangga mereka dimulai dengan pertengkaran dan Amira pergi meninggalkan keluarga. Mereka berjumpa tanpa sengaja di pulau Pangkor. Amira berkenalan dengan ibu dan adik Taufiq. Dia juga dapat tahu tentang tunangan Taufiq, Adila, serta harapan keluarga mereka. Amira akur akan dirinya yang tak mungkin dapat diterima oleh mana-mana lelaki sebagai isteri kerana masa lalunya. Dia cuma mahu mengharungi tempoh masa yang telah dijanjikan bersama Taufiq. Lalu dia turutkan aturan yang di tetapkan oleh Taufiq. Tetapi Taufiq punya perancangannya sendiri. Dia mahu menunaikan permintaan keluarga Amira untuk membentuk Amira kembali. Dia juga sedang belajar untuk menerima takdir yang telah ditentukan untuknya. Banyak dugaan yang mereka lalui bersama dan ia mendekatkan lagi hubungan mereka suami-isteri. Akhirnya mereka dapat belajar untuk menyesuaikan diri dan mula saling mencintai. Taufiq berjaya merubah Amira. Rahsia mengenai masa lalu Amira juga tersingkap dan Taufiq sangat bersyukur kerana Amira sesungguhnya masih suci. Rupanya Amira telah tersalah sangka dengan apa yang telah berlaku keatas dirinya dulu.
Pertama kali membaca karya Aulia Iman, saya terus jatuh cinta. Bahasa yang mudah difahami dan susunan cerita yang teratur dan misteri tentang apa sebenarnya yg berlaku pada Amira... semuanya menarik minat saya untuk menghabiskan buku ini secepat mungkin.
Pada Amira... alang2 dirinya sudah rosak, apa bezanya kalau dia menjaga maruah sebagai seorang perempuan. Lalu Amira berubah menjadi gadis liar selepas kejadian yang meninggalkan titik hitam dalam hidupnya. Lebih memeritkan bila hampir dengan hari perkahwinan, tunangnya memutuskan tidak meneruskan majlis itu. Padahal selama ini Asyraf beria2 menegaskan yg dia tidak kisah walau Amira umpama mawar yg telah pudar warna.
Lalu Amira dikahwinkan dengan Taufiq bagi menutup malu. Taufiq yang berkorban demi membalas budi keluarga Amira sememangnya umpama langit dan bumi jika dibandingkan dengan Amira.
Benarkah wanita yang untuk lelaki yang baik? Jadi bagaimana dengan Taufiq dan Amira... layakkah mereka bersama sedangkan Amira yakin dia memamg tidak layak untuk Taufiq.
Ending cerita ni memamg best walau sebenarnya ada org dah bagi tahu sesuatu yg spoilkan sikit mood saya tapi still saya teruja juga nak baca sampai habis.
Tahniah Aulia Iman... 5 bintang untuk karya yang memiliki kelainan... muahsss
seyesly best bangat jalan ceritanye... walau banyak gaduh2.. merajuk2.. suspens2... still menambat jiwa... seyesly x sabar nak tahu apa sebenarnya terjadi.. tp bila dah tahu, mmg kelakarla.. laen kali bila org nak xplain, better dgr koyt.. hehehehe... pa pe pun.. i lioke!
- penggunaan 'gumam' yang salah dan terlampau banyak -- gumam == mumble - cerita silam watak-watak utama yang terlalu sambil lewa -- e.g ibubapa hero dan heroin bff tapi anak-anak diaorang tak pernah jumpa??? - makbapak dan abang yang 'caring' tapi tak ambil peduli trauma heroin??? - watak-watak sampingan yang macam biskut, kejap ada kejap takde
4 '-' tapi... dapat gak satu bintang pasal aku tak rasa terpaksa habiskan novel ni -- tapi rasa macam nak tolak satu lagi bintang atau separuh pasal epilog macam merapu :\
ya, ini kisah kahwin terpaksa. ya, ini kisah anak orang kaya kahwin dengan anak orang biasa. ya, ini kisah bisnes keluarga. ya, ini kisah lepas kahwin menyampah lepas tu suka. ya, ini kisah ada berpacaran dengan orang lain sebelum kahwin terpaksa.. ada masalah dengan semua yang diiyakan itu?...
tapi, akan tetap ada yang mahu membacanya. bila cara penceritaan, gaya olahan, jalan cerita dapat dihasilkan dengan baik walaupun jauh dari sempurna makanya memang akan ada yang suka, santai lepak membacanya.. Amira, watak utama yang dipaksa kahwin dengan Taufiq, si hero bidan terjun yang sanggup berkahwin demi mendapat tempat terpenting dalam syarikat sekaligus Kristal Property diserahkan kepadanya oleh dato amri. Kiranya taufiq ni penyelamatla sebab asyraf tinggalkan amira sebelum hari perkahwinan. Amira ni digambarkan agak liar, suka bersosial dan tak suka hidup terkongkong dan lagi anak orang kaya, mewahla kan.. Serba serbi disediakan dan serba serbi taktau bila dah berkahwin..
siapa orang ketiga? Sebelah amira, si edrian yang asyik mengejar amira untuk beritahu kenapa dia tinggalkan amira. Kesnya sebab edrian si amira ni konon hilang kesucian. Sedihla kan amira ni. Sebolehnya dia taknak jumpa lagi dengan edrian.. Sebelah taufiq pula, si adila.. Haa.. Hambik kau taufiq nyaris tak kena parang dengan bapak adila bila tau taufiq dah berkahwin dengan amira. Ibu bapa amira pulak mengharapkan taufiq dapat bimbing kembali amira ke pangkal jalan. Tapi, dalam buku ni, bila baca amira ni takla jahat mana cumanya dia ni spoiled dengan mengada-ngada jer. Ikut gak cakap taufiq dalam konon-konon garang tu. Tapi ada gak lurus batang bendul, main percaya jer cakap orang. Haa.. Korang dapat spot tak sikit kenapa buku ni jadi menarik untuk dibaca?..
crita yg berjaya buat sy bca tnpa hnti...kna thu kisah sterusnya...stu yg nk puji pnulis Aulia Iman ni...sy bca dlu mni nvl PCUB...sy tertarik...sbb dia lnsung x srupa pnulis lain yg tipikal asyik mnggambarkn hero+heroin smua cntik nauzubillah tiada tndingan...Dlm PUCB heroin dier dilabel punyai gigi mcm pirana...lari dr heroin yg biasanya cun thp langit-7...sy suka sngat sbb msih mnyelitkn unsur realiti yg smmgnya di dunia nyata jga msih lg yg pnyai kcntikan trsendri....dlm JWPW pn sma...heroin msih lg dicpta putih gebu+chubby...x mcm yg slalu dilabel lansing+body vogue etc....wlupn kdua2(mini nvl+nvl)yg sy bca...cma bg pndapat(pd bcaan sy sja agknya) jln crita mcm meleret2....skali mgkin ok...dua tga kli lmbt benor nk smpai ke maksud@rahsia sbenar crita...asyik nk ckp tp x terckp...tp apa pn bg sy crita mmg bessttt....dn yg pastinya pnulis ini akn msuk dlm list WANTED sy...hihi
p/s: maaf andai mmbuat mna2 phk x puas hti pd komen sy...ini cma pndangan sy yg mmbaca...tq