Pabila Dia Tersenyum refleksi dunia fiksyen Elina. Kerana gilakan Irman, ibu Elina, Mirah meninggalkan keluarga. Selepas ayah saudaranya, Benson dimasukkan ke lokap, Elina yang hidup diperam benci terpaksa menjejaki Mirah. Zuhayr yang dalam perjalanan pulang terjumpa Elina yang sedang nyawa-nyawa ikan di dalam semak dan menghantarnya ke hospital. Apabila sedar dari koma, Elina kehilangan memorinya. Bermulalah hidup kucar-kacir Zuhayr yang cuba melindungi gadis yang hanya dikenali melalui nama atas kad pengenalan. Hadirnya Zafrul yang cuba memburu hati Elina membuat keadaan bertambah haru.
Suka sangat. Elina Daeng sangat pada bapaknya yang pekak dan bisu. Tapi bapaknya telah dibunuh oleh ibunya dan kekasihnya di depan matanya pada umur 7 tahun. Semenjak itu di besarkan oleh pakciknya. Namun pakciknya telah dipenjarakan kerana membunuh semasa memandu dalam keadaan mabuk. Dia hanya ada Adi, kawan sekampung, yang rela berkorban apa saja untuk dirinya. Ketika Elina mahu berjumpa dengan ibunya, dia diculik dan hampir maut semasa cuba untuk melarikan diri. Zuhayr yang menyelamatkan dia. Disitu bermula kisah cinta Elina. Cinta yang tulus dan ikhlas yang di hiasi dengan berbagai cubaan dan pengorbanan. Seorang sabar dan ikhlas menunggu dan seorang lagi mula matang dan faham akan tanggungjawabnya serta berkorban untuk keluarganya.
Cerita ini mengisahkan Elina, watak utama yang hidupnya penuh kesusahan dan dugaan. Dari kecil hingga dewasa, dia melalui banyak kejatuhan—namun setiap kali dia jatuh, dia bangkit dengan lebih kuat.
Salah satu kekuatan cerita adalah bagaimana ramai watak melindungi Elina sejak kecil lagi. Cuma masalah besar yang dia hadapi berlegar sekitar maknya, suami baru maknya, dan Zafrul.
Selepas itu, jalan cerita berubah fokus apabila bala lebih banyak menimpa Zuhayr pula. Jangan risau, ending tetap berakhir dengan kegembiraan. Permulaan novel memang “layan”.
Bahagian awal tentang kehidupan Elina sangat menyentuh hati dan membuatkan aku terus melekat membaca. Tapi selepas Adi hilang dari cerita… runtuh sedikit harapan aku untuk perkembangan plot seterusnya.
Plot selepas kejadian Adi terasa agak boleh dijangka dan kurang memberi impak seperti permulaan. Bagi aku lah—mungkin pembaca lain rasa berbeza. Apa pun, tahniah kepada penulis.
Penulisan Liza Nur tetap kemas dan menyentuh, cuma bagi aku bahagian selepas itu kurang sedikit dari segi kepadatan emosi dan rasa seperti ada pengulangan.
Tema besar cerita ini jelas: setiap kesulitan akan datang bersama kemudahan. Kita cuma perlu keberanian untuk bangkit dan kemahuan untuk bermula semula.
maaf nak kata, tapi agak menghampakan. mula2 ok, tapi bila tiba satu part di mana byk watak dimatikan, tu yang xboleh nak terima. last2 skip n hampir nak lempar ke dinding (hiperbola siket). n dah boleh agak ending macam mana.
weh buku ni mula-mula best tau lama-lama nak masuk ending dah habis plot twistnya dia jadi cliche. like bosan? macam ok aku dah boleh agak ending dia macam drama pukul 7 time maghrib balik sk agama.
first memang sedih. lepas satu, satu elina kena. hampir mati lepas cuba nak larikan diri namun diselamatkan oleh zuhayr. okay fine, zuhayr main male lead. i should have seen this way before tapi mak buta ye still harapkan adi tu haiya. btw ni bukan spoiler pls. pastu lepas diselamatkan tu okay sedih gila pastu happy. tiber ha hilang??? tak faham kenapa itu kenapa ini!! but still enjoyable untuk dibaca lah.
overall 4⭐️ only. i was expecting more tbh… tapi paham sebab buku ni dah lama terbit. yang bagusnya even dah lama terbit pun still tak rasa macam buku ni old school? you get what i mean? ok tu je hehe bye
#20 Pabila Dia Tersenyum Karya Liza Nur Terbitan Buku Prima
PDT karya ke-10 penulis dan ke-7 bersama Buku Prima selepas Awak Sudi Tak? PDT menggetengah kisah kekeluargaan yg sarat dgn drama dan air mata.. PDT mengisahkan percintaan yg tak terduga antara Elina dan Zuhayr.. Pertemuan mereka secara tak sengaja apa bila Zuhayr yg menjumpai Elina didlm semak tepi jalan sewaktu Zuhayr melalui jln tersebut dimana keadaan Elina yg parah.. Mereka mempunyai kisah silam.. Elina yg hidup bersama bapa saudaranya slepas kematia bapanya dan ditinggal oleh ibunya.. Ibu Elina meninggalkan Elina dan suaminya krn inginkan kesenanggan hidup dgn mengikut lelaki lain.. Sewaktu meninggalkan suami dan anaknya secara tak sengaja suaminya menemui ajal ketika ingin menghalang ibu Elina.. Selepas kejadian itu Elina amat membenci ibunya yg dianggapnya tlh membunuh bapanya dan tlh menjadi seorg pelacur akibat ditipu lelaki yg diikutinya itu.. Hidup Elina amt sengsara apabila bapa saudaranya pula dipenjarakan akibat melanggar org dlm keadaan mabuk dan mengakibatkan kematian.. Zuhayr pula juga mempunyai kisah silam dimana kakanya mati dibunuh dan dirogol sewaktu remaja dan Zuhayr spt tdk dpt memerima yg kakanya diperlakukan begitu.. Tdk.itu shj bapanya menjadi gila akibat rasa bersalah atas sikapnya yg tdk elok.. Zuhayr tinggal bersama bapanya yg sakit jiwa dan juga ibu serta adik perempuannya yg akhirnya menemui ajal akibat kemalangan serta Danial yg menyewa dirumahnya.. Zuhayr yg begitu kecewa dan rasa bersalah atas kematian adiknya.. Sewaktu Zuhayr menemui Elina dlm keadaan yg menyedihkan dia membayangkan Elina spt kakanya.. Elina diperlakukan begitu oleh lelaki yg memperdaya ibunya sewaktu Elina ingin menemui ibunya.. Dlm kejadian itu Elina tlh kehilangan memori.. Bermula detik pertemuan itulah hidup Zuhayr terganggu dan dlm diam jatuh hati.. Muncul pula lelaki lain memburu hati Elina yg membuat Zuhayr penasaran.. Adakah hidup Elina menemuai sinar kebahagian.. Mengapa pula bapa Zuhayr berasa bersalah sehingga menjadi gila akibat kematian anaknya.. Bagaimana pula kehidupan Zuhayr yg kematian adik tersayang dan bagaimana pula dia menerima berita yg mengejutkan mengenai Danial.. Apakah kesudahan kisah ini? Anda harus dptkan segera dipasaran dgn harga RM27.90(sm) RM30.90(ss) Tahniah buat penulis yg mampu membuat hati ini tersentuh dgn naskah ini.. Walaupun naskah ini agak berat tp ttp mampu membuat sy tersentuh dan amat menepati citarasa sy.. Tahniah sekali lg
# p/s ini hanya pendapat peribadi dan setiap pembaca mempunyai citarasa yg berbeza dan bg yg menggemarkan naskah kekeluargaan dram dan air mata anda blh membaca naskah ini
#1 Naskhah pembukaan 2017. Perjalanan kisah yang biasa sahaja. Boleh diagak. Diselitkan dengan unsur lucu. Cumanya... terlalu banyak watak yang dimatikan begitu sahaja.
Permulaan cerita tentang Elina yang diuji dengan masalah keluarga sejak dari kecil. Elina menghadapi dugaan hidup bertimpa-timpa lebih-lebih lagi selepas bapanya Daeng mati di tangan Mirah dan Irman. Mirah ialah ibu Elina yang sanggup lari dengan lelaki bernama Irman.Kehadiran Adi sebagai sahabat Elina menjadikan cerita menarik tapi sayangnya watak Adi mati. ( Tak sangka watak Adi tamat secepat itu).
Kalau dilihat dalam penceritaan ni watak Elina digambarkan sebagai watak yang cekal dan tabah walaupun insan tersayang pergi berturut-turut cuma agak terkilan bila dia tidak sempat bertemu semula dengan Mirah. Pada sangkaan saya mereka sempat bertentang mata walaupun sekejap tapi tak sempat.
Konflik cerita lebih kepada konflik kekeluargaan.Tak cukup dengan konflik keluarga Elina, rupa-rupanya konflik itu berlarut pula dengan masalah keluarga Zuhayr . Zuhayr merupakan insan yang menyelamatkan Elina selepas diperangkap oleh Irman. (Memang agak banyak konflik)
Ada sesetengah konflik yang cepat berakhir contohnya watak Irman yang tak sempat pun dipenjarakan. Watak Mirah juga tak lama. Faham, kerana plot cerita ingin berganjak kepada penceritaan Elina dan Zuhayr pula.
Agak kesian dengan nasib Zuhayr yang juga menghadapi kehilangan orang tersayang silih berganti (sama seperti Elina). Sepertinya dugaan Zuhayr juga agak besar.
Novel ni banyak berkisar tentang isu masyarakat berkaitan masalah sosial yang masih berlaku sehingga kini contohnya isu Mirah yang sanggup lari meninggalkan tanggungjawabnya walaupun masih bergelar isteri orang. Banyak pengajaran yang boleh diambil iktibar daripada kisah dalam buku ni seolah-olah penulis ingin pembaca berfikir tentang kesan buruk yang akan terjadi jika masalah sosial ini tidak dibendung. Kesan buruk atau trauma yang dihadapi walaupun sudah lama berlalu namun masih terkesan sehingga dewasa.