ACADEMIC BACKGROUND Primary : SK Slim River (SK Jalan Kelab Sukan) Secondary : Maktab Mahmud Alor Star Pre-U : Kolej Islam Sultan Alam Shah
DEGREE Bachelor : UM in Shariah & Law Master : UM in Islamic Financial Law (Shariah)
SHORT STORIES (1) Kerana Dia Ratu Sehari (published by JS Adiwarna/December 2013) (2) Lunyai (published by Lejenpress/December 2013) (3) Rasuk (published by Lejenpress/April 2014) (4) Jalan Tengah (published by Roman Buku/April 2015)
PUBLISHED NOVEL (1) Nak Kahwin Duit Tak Ada (published by JS Adiwarna/June 2013) (2) Skandal Libero (published by Lejenpress/December 2013) (3) Lolos Penjara (published by Lejenpress/April 2014) (4) Dalang (published by Lejenpress/September 2014) (5) Rosmoh: Perempuan Puaka (published by Lejenpress/April 2015) (6) Roman Celaka (published by Lejenpress/February 2016)
Saya tak pasti nak bagi 2.5* atau 3.0*... Jadi minda mengutuskan bagi 3.0* je... Baru-baru ni saya cuba baca semula buku ni atas dengar cakap seorang sahabat, tapi bila saya dah baca balik, saya jadi malas nak review satu-satu... Macam-macam yang bermain dalam minda... Ini je, pun cukuplah... Kalau sahabat saya baca ni, maaf saya malas nak review satu-satu, nanti takde yang nak baca buku ni... (Untuk mempromote hahahaha)
Cover buku ini cantik. Saya suka!
Buku antalogi cerpen 'LUNYAI' ini adalah berkaitan dengan keperkasaan dan superhero malahan ada juga sebahagian cerpen yang dibuat berkaitan dengan tajuk buku ini iaitu lunyai seperti Janin dan satu lagi karya Azwar Kamaruzzaman. Namun buku ini agak kurang 'umpphh' berbanding cerpen antalogi 'MAIN GILA' yang pernah saya baca sebelum ini.
Ada sebahagian cerpen yang kelihatan agak kaku dan tidak mampu memuaskan minda ini. Membuatkan saya hanya mampu menarik kening tinggi semasa membacanya sampaikan hati terdetik kenapa ada cerpen ni kat dalam buku ni! Tapi ada juga cerpen yang membuatkan saya senyum lebar ketika membacanya...
Antara cerpen yang saya suka: *EMO- MOHD TAUFIQ *LELAKI DAN SEBILAH PISAU- RESMANSHAH *SLAYER- SYAFIE MAHYANI
Oh ya, kepada sesiapa yang minat k-pop dan muzik grunge, anda akan tersenyum lebar apabila membaca karya dari NAMI CAB NOBBLER. Tapi cerpen itu bagi pandangan saya agak hambar. Lawaknya tidak mengena pada hati. Maaf! Sebab saya memang meletakkan expectation tinggi dengan karya Nami. Hmm...
LELAKI DAN SEBILAH PISAU bila baca akan menyebabkan penulis novel cinta akan gerun. Kalau ada penulis genre thriller macam watak kat dalam cerpen ni wujud, banyaklah penulis genre cinta dan kahwin paksa akan mati. Haha. Boleh tahan cerpen ini!
KYLE;KEMBALI ada sambungan ke? cerpen ini hanya sesuai dijadikan novel, sebab kalau cerpen ia tergantung. Tak puas, nak tahu apa jadi lagi...*wink!
Tapi jangan risau buku ini tidaklah terlalu menghampakan tapi jangan pula anda meletakkan harapan yang tinggi, nanti sakit hati pula jika tidak mengena pada jiwa ketika membaca buku antalogi cerpen ini. Haha...
Pertama, sebab bagi saya not bad. Kedua, ada cerpen yang saya suka: TENGIK, BOGEL, dan GRUNGE KID.
Seputar ringkas perasaan saya sepanjang pembacaan:
TENGIK mengetengahkan watak Karim sebagai seseorang yang memiliki kuasa superhero. First, saya suka nama watak tu; Abdul Karim. Sebab apa? Sebab nama Ayah Tercinta, lol. Serius saya suka sebab ada nama Ayah saya. Second, saya terkesan dengan kuasa superhero yang dimiliki oleh Karim; dapat menghidu niat busuk orang yang berhasrat nak buat jahat ke atas dirinya. Kalau tanya saya, saya tak mahu kuasa superhero begini. Mujur cerpen ini fiksyen semata-mata.
AKU pula kisah lelaki yang psiko. Sebab apa? Sebab cinta. Cinta kepada seorang Emir Qhalif kepada Asma Salsabila. Sounds cliche. Tapi itulah hakikatnya jika tak mampu imbangi kewarasan akal fikiran dengan baik. Membiarkan diri dikuasai cinta yang sementara.
MUSTAPA agak lucu. Mustapa, seorang pemuda sakit mental dan suka makan ayam masak kicap. Kononnya ayam masak kicap emaknyalah yang menjadikannya superhero.
EMO sekali-sekala buat diri sendiri terasa emo. Haha. Kes buli ni memang sakit hati juga kalau berlaku depan mata kita. Tapi tak faham dengan Pojie. Dia suka kat Suraya, tapi pegi buli Wan; adik Suraya tu dah kenapa?
KYLE; KEMBALI pula biasa-biasa saja. At last, Nik Fikri a.k.a Kyle dan isterinya Dr Jannah beraksi bersama menyelamatkan bandar.
LELAKI DAN SEBILAH PISAU pun menarik. Agak psiko. Macam ekstrim jugaklah cara dia nak ubah industri perbukuan yang ada kat pasaran buku Malaysia.
ADIBIRU, KUCING DAN AFIFI ditulis oleh kawan sendiri. Hehe. Katanya itu tulisannya masa dia masih budak-budak. Memang agak kebudakan juga penceritaannya, tapi personally suka sangat nilai persahabatan antara Umair dan Afifi. Sweet sangat.
BOGEL ni bukan sebarang cerita. Haa jangan fikir lain pulak. Bogel ni mendalam maksudnya. Sebagaimana kita dilahirkan ke dunia, begitulah kita dikembalikan kepadaNya. Bagaimana? Dengan berbogel. Tapi Bogel lebih mengetengahkan balasan mati bagi orang yang berbuat jahat di dunia. Dahsyat. Namun hakikatnya balasan dan ganjaran di akhirat tak mungkin tercapai dek akal manusia (2:24).
DUAL ni kisah angan-angan je. Cikgu tengah mengajar dia dok berangan. Jimmy berangan, kononnya dia dan Nina adalah sepasang suami isteri superhero. Haih angan-angan mat jenin.
SLAYER ni serius tak faham sangat ceritanya. Malas nak baca berulang-kali. Yang pasti banyak main magic dalam cerita ni. Kuasa itulah, kuasa inilah.
GRUNGE KID serius lawak. Haha. Lebih terkesan kalau peminat K-pop yang baca. Memang nonsense pun cerita ni, tapi boleh pulak si penulis main dengan politik dalam cerita ni. Alkisahnya, seorang lelaki bernama Saripuddin yang hidup di bandar Pandan Indah, sekitar Oktober 2040, Malaysia diperintah oleh rejim Parti Saranghae Daebak Jihyun, yang berpusat di Matoki Palace. Suatu hari, Saripuddin mendapat kuasa superhero daripada Din Tapai. Paling lawak bila Saripuddin melarikan diri ke bangunan Lejen Press. Haha. Korang kena pegi baca sendiri.
BADAR ni kisah budak baru keluar penjara. Dia ada adik perempuan; Nina dan Opah di kampung. Tapi dia tak balik kampung pun lepas keluar penjara. Sebaliknya dia stay dengan kawan dia; Joy. Tak suka dengan prinsip si Badar ni, dia perpegang dengan prinsip "follow the flow" dalam hidup ni. Sedangkan kita sebagai manusia Tuhan dah kurniakan akal fikiran untuk bezakan baik buruk, memikirkan penyelesaian kepada masalah, mencari kebenaran dll.
MAT TORPEDO okay je. Dramatik pengakhirannya. Tak sangka dia tinggal serumah dengan seorang superhero, juga merangkap kepada pembunuh abangnya. Tapi kan, Mi Ruski ada kaitan yang kuat ke dengan Mat Torpedo? Gila banyak Mi Ruski dia. Tapi serius, macam sedih superhero makan Mi Ruski je?
ECSTASY ni pun biasa jugak. Banyak main magic, kuasa, sihir dan segala mak nenek dystopians.
JANIN ni merungkai masalah sosial yang melanda Malaysia. Apa dia? Buang bayi. Kejam sangat pengakhirannya. Kejam cara Isma bunuh kekasihnya, Syera. Sebagai balasan atas pembunuhan itu, Isma diminta untuk menyerahkan kemaluannya. Kata orang, berani buat berani tanggung.
Sebagai seorang peminat cerita fantasi penuh aksi bertemakan adiwira, mudah sekali aku digula-gulakan dengan sinopsis Lunyai. Harapan aku menggunung tinggi untuk melihat garapan mantap oleh barisan penulis dengan menonjolkan adiwira berimej tersendiri yang tidak dibayangi oleh sumber barat. Dalam erti kata lain, berjenama nasional.
Di antara 15, cuma satu cerpen yang benar-benar berjaya membawa wajah adiwira tempatan. Kyle; Kembali tidak ghairah mengetengahkan aksi-aksi tangkas adiwira dalam pertempuran tapi bijak mengambil peluang atas kelainannya dari sisi lain. Keperwiraan Kyle sekadar disampaikan melalui sejarah khidmatnya dalam satu insiden pada 7 tahun lampau. Sedang aku mula teruja membayangkan kehebatan yang bakal ditunjukkan oleh Kyle, cerita ditamatkan pada sebuah permulaan. Sungguh aku perit, tidak memuaskan dan meronta mahu kisah seterusnya tapi itulah kelainan karya Hatim Kamarul Zaman ini. Jika dia memilih untuk terus merangkai gerak aksi Kyle, cerpen ini pasti tiada bezanya dengan yang lain. Bagi aku itu adalah langkah terbaik sebelum pembaca sempat berasa bosan. Namun aku tak dapat mengelak rasa terkilan dengan cerpen-cerpen lain kerana hanya mampu memberi rasa kecewa.
TENGIK: -tengik yg dimaksudkan ialah niat jahat yg mana bagi org normal biasa x dapat hidu niat org yg nak buat jahat pada kita.akan tetapi bagi superhero,niat jahat tu dijelmakan dalam bentuk bau tengik sebagai cara utk berwaspada terhadap aksi seterusnya org jahat tu. kalaulah dalam dunia sekarang niat jahat tu semua org boleh hidu dgn bau tengik,alamatnya dunia ni xguna ada ambipure ke glade ke sbb rata2 manusia sekarang dalaman semua x berapa nak baik.
AKU: -ni bukan cerita superhero.ni cerita orang gila.saiko aku!! -kerana cinta yg x berbalas manusia boleh jadi apa saja. -kerana perempuan manusia boleh jadi gila.takut ok.
-ingatkan nak review semua tajuk.tiba2 malas sbb hampa dgn beberapa tajuk dalam antologi ni.
-tapi tapi tapi ada a few yg mmg boleh disambung jadi buku novel.cthnya: 1)emosi 2)kyle,kembali 3)janin
ZAP! ZAP! ZAP! ZAP! ZAPI Tembakan yang pantas dipacu, tajam dibidik, tepat mengena lima kepala pemuda anarki agresif bertopeng tersebut. Tanpa dapat berbuat apa-apa,tanpa sebaran jeritan menahan azab memedih isian kepala masing-masing dilobosi sinaran cahaya merah tersebut, kelima-lima susuk tubuh pemuda anarki agresif bertopeng tersebut serta-menta terjelepuk, terjatuh mencumbu muka jalan raya bertar. Kerana kepantasan pancaran sinaran cahaya laser; menembusi isian kepala masing-masing, tiada terasa azab memedih isian kepala masing-masing diterobos. Langsung terlupus segala bentuk kegilaan enam orang pemuda anarki agresif bertopeng tersebut. - Dual By Ehsan El Bakri (Lunyai : sebuah antologi cerpen) . . I wanted to love the book as it has ‘local superhero theme’ but out of 15 stories, i only like 2 stories (Dual and Kyle Kembali) . ‘Bogel’ got potential if it can be done as a full length novel. The rest is just not fulfilling my expectation. Perhaps i am not their target readers given that i was quite picky with the plot and quite annoyed with the way some of these stories were written. Some of the stories has been featured in other books like ‘Janin’ and ‘Aku’ which i already read in other anthology. Overall, if local indie’s writing is your thing, maybe you will like this book. If not, then you may skip this one. I have 2 more books from Lejen Press publication that i haven’t read which to be honest, i am dreading to read as their books continuously made me disappointed.
Antologi Cerpen yg bertemakan adiwira/superhero dalam ramuan Malaysia. Ada beberapa yg dikira bagus dan ada juga yg tak boleh dihadam sgt jalan cerita die. Walau apa pun, cerita macam ni harus diperbanyakkan lagi sebenarnya. Dengan kita dibiasakan dgn cerita2 superhero dari luar negara, diharapkan ada sebuah novel pasni tuk superhero2 Malaysia. Terima Kasih Lejen di atas usaha anda ni.
sangat sengsara hendak menamatkan karya ini.. inilah padahnya apabila kebebasan berkarya dibayangi bahawa karya indie adalah dpemikiran yang berbeza dari arus semasa tanpa mengambil kira logika dan fakta.