Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hari-Hari Sayang Nabi

Rate this book
Mempersembahkan sebuah karya hebat yang diilustrasikan oleh Nik Wafdi, Hari-hari Sayang Nabi. Karya ini memuatkan lebih 60 hadis pilihan yang mendidik hati dan mencuit iman dengan ilustrasi kartun yang menarik.

Semua penceritaan yang dilakarkan menyentuh fenomena umat Islam masa kini. Ia mengandungi nilai etika dan prinsip moral yang sepatutnya menjadi gaya hidup umat Islam yang sebenar. Komik ini juga memuatkan pelbagai panduan berakhlak mulia seperti menghormati hak orang lain, menjaga pergaulan, bercakap benar, amanah dan sebagainya. Walaupun berlatar belakangkan kisah kehidupan kanak-kanak tetapi ia sesuai dibaca dan dihadam oleh semua lapisan masyarakat yang ingin mengamalkan sunah-sunah Rasulullah.

Komik ini santai, humor dan diselitkan dengan dialog-dialog yang sinis sekaligus mampu menyedarkan kita akan sikap kurang baik yang telah menjadi tabiat kita sebelum ini.

Mudah-mudahan ia bermanfaat dan dapat mendidik kita menjadi umat Islam yang Hari-hari Sayang Nabi dengan Hidupkan Hati Cantikkan Akhlak.

133 pages

First published October 1, 2013

1 person is currently reading
6 people want to read

About the author

Nik Wafdi

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (66%)
4 stars
3 (14%)
3 stars
2 (9%)
2 stars
1 (4%)
1 star
1 (4%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Dayat.
93 reviews3 followers
March 20, 2015
Best! Dua ibu jari ke atas!
Profile Image for Raihan M.
33 reviews2 followers
January 19, 2015
pendapat saya yang telah baca tulisan beliau nik wafdi dan juga vbi_djenggotten. terasa perbezaan yang agak ketara. tulisan beliau sekadar biasa-biasa walau ada juga yang berbisa. berbanding vbi_djenggotten yang lebih luar biasa menyentuh hati manusia yang membaca. dengan izin Allah. mungkin kehidupan djenggotten yang sendiri melihat dan merasa apa yang dituliskan membuatkan pembaca lebih dapat seakan rasa apa yang cuba disampaikan. mungkin.
Profile Image for مستور١ مكنن.
90 reviews8 followers
January 22, 2014
ini komik. housemate aku punya tempat keje yang jual. dia antara editor la jugak. eh. hebatnye kawan ak kan. komik ni sgt simple dan lawak. ble baca boleh tersentap-sentap jugak la. memang best, walaupon katanya untuk kanak-kanak tapi rasa boleh dan sesuai jugak dibaca untuk para remaja dan orang dewasa. rasa macam semua hadis nabi dah pernah dengar tapi ada la jugak dalam buku ni yang hadis yang baru pernah dengar (nampak sangat jahilnya diri ini.. sob3).. murah je.. RM10.90. komik ak beli ni siap ada tandatangan penulis lagi tau. konon housemate ak nak jual mahal la sebab die dah dapatkan tandatangan penulis tu tapi ak punye gula-gula kan dia dapat la RM10.. hohoho
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
February 11, 2015
Ketika menerawang di bahagian buku agama, ternampak beberapa buah komik terselit. Teruja, terus diambil. Niat di hati mahu memberi bacaan alternatif kepada anak-anak.

Wah! Menarik juga.

Penerangan hadis menggunakan medium komik.

Aku suka dengan lukisan-lukisan komik yang sangat mesra dengan mata dan hati. Rupanya, pelukis komik ini pernah berkarya di majalah Gila-gila dan Ujang, majalah kegemaran aku satu waktu dahulu.

Penerangan hadis ini agak mudah difahami, bagi aku. Tetapi memikirkan sasarannya untuk kanak-kanak (aku anggap begitu kerana karakter kartunnya adalah kanak-kanak), aku agak ragu bolehkah mereka ini faham?

Aku teruskan dengan buku kedua. Mungkin ada perbezaan.
Profile Image for Hidayah.
35 reviews6 followers
January 7, 2015
fun. dari hadith ke dunia realiti. coz our current world is full with maksiat..and this book made me ponder upon my daily life muamalah.
may Allah bless the writer and the readers. amin.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.