Mama kata, Diza Irdina cantik. Boleh dijadikan calon isteri. Cantik manalah perempuan itu? Muka pucat lesi. Pakai pula tudung. Kerja pun setakat guru sekolah. Hisy! Mana padan dengan dia. Namun, puas dielak... jodoh Syahrin tetap dengan Diza. Misi sakit hati Syahrin pun bermula. Dia mahu membuli isterinya.
Tetapi, Diza pun ada harga diri. Takkan selama-lamanya dia hendak biarkan Syahrin membulinya? Kalau orang tidak sudi, dia sedia angkat kaki.
Sejak Diza pergi, hidup Syahrin jadi kosong dan sepi. Egonya turun naik bila Diza berbaik-baik dengan Remy. Tak boleh jadi! Dia mesti pikat isterinya kembali. Andai Diza tidak sudi, biarlah warna merah jambu yang dibencinya itu menjadi pengubat rindunya. .
Pembacaan round pertama (A-Z): KECEWA Pembacaan round kedua (memilih plot Diz dan Syah sahaja) : DUKACITA
(for me) yang boleh dipuji dalam SEPASANG KURUNG PINK adalah langgam bahasa yang digunakan. Lebih matang daripada APUD. Bahasanya 'lembut' dan tersusun indah jika dibanding dengan APUD yang agak 'keras'.
TAPI.... jika dilihat daripada pembentukan plot dan perkembangan pelaku; maaf penulis, tapi it was all over the place... Paksi penceritaan adalah kejadian dimana Diz cuba dirogol oleh si ayah tiri. Cubaan si ibu menyelamatkan si anak menyebabkan dia dihukum 20 tahun penjara. Plot inilah yang mencorakkan pelaku/fokus utama naskah ini. Plot ini jugalah yang membentuk Daim sehingga begitu tega menjauhkan diri daripada ibunya hampir 3 tahun. Plot ini juga menyebabkan Diz dibuang tunangnya beberapa hari sebelum tarikh akad nikah. Pementasan plot ini yang hanya diperincikan lewat ungkapan dialog pelaku-pelakunya agak lemah untuk menyokong jalan cerita yang 'kukuh' begini. Mungkin kerana itu, naskah ini agak tawar ketika dihadam.
DAN... perkembangan watak utama juga kurang diberi penekanan. (for me) yang mewarnakan baju kurung ini ialah Diz dan Syah. Watak Syah agak diremehkan bila dia hanya diselitkan di pertengahan cerita. Ini kisah kahwin paksa yang pahit (yang diberi kesudahan yang manis). Tapi ketika aku 'mencari' kemanisan pasangan ini lewat pembacaan round ke-2, aku tersesat! Atau mungkin keributan watak Remy dan bekas tunangan agak menenggelamkan rasa seolah-olah tidak perisa yang dominan di dalam resepinya. Kekerapan Syah yang 'terpaku' dengan Diz dan kemudian tiba-tiba 'tersedar' dengan keindahan si isteri seolah-olah seperti menaiki lif yang tiba-tiba tersangkut di pertengahan. Baru saja nak berayan, kaki dah ditarik kembali ke permukaan.
DAN.... kekerapan pemisahan dialog ke dialog dengan monolog dalaman penuturnya (yg meleret2) memang menyesakkan......
DAN LAGI.... hubungan Daim dan Syah langsung tidak disentuh biarpun mereka tinggal sebumbung. Hanya ada 1 dialog sahaja antara si ipar ini. Daim sebenarnya penguat cerita. Dialah 'jambatan' antara suami isteri ini.
Ketika Syah mempersoalkan status 'dara' si isteri, ia dibiarkan tergantung begitu sahaja walhal ayahnya adalah seorang peguam yang memang arif tentang kes cubaan rogol/bunuh tersebut. Wajarkah persoalan tersebut dibiarkan dijawab pada plot malam pertama?
TETAPI... penumpuan jiwa dan rasa Diza memang mantap. Keluhan dan kekecewaannya kerana masalah keluarga, menolak lelaki sebaik Remy dan memilih suami seperti Syah dirangkap dengan mantap. Kalaulah 1st person POV digunakan untuk Diz, pastinya naskah ini lebih menyerlah ke-pink-annya....
Ntahlah.... mungkin aku yang kerek dan agak berkira, tapi dengan garapan dan olahan yang terlalu longgar, baju kurung pink ini kurang kemas jahitannya.
Susah kan bila berada di kalangan masyarakat yang suka menghakimi peribadi orang lain berdasarkan sejarah dan latar belakang hidup mereka? Tak payah cakap orang lainlah, diri sendiri pun selalu juga termasuk dalam golongan mereka yang suka prejudis pada latar belakang orang lain ni. Huh..
Diza Irdina (Diza) tidak pernah meminta dirinya dilahirkan sebagai seorang anak banduan. Ibu Diza dipenjarakan kerana membunuh untuk menyelamatkan maruah anak gadisnya. Ramai yang menjauhkan diri bila mengetahui sejarah 'hitam' yang menimpa hidup Diza. Paling sadis bila bekas tunangan Diza juga turut mencaci dan memutuskan pertunangan sebulan sebelum mereka melangsungkan perkahwinan disebabkan status anak banduan itu. Mungkin silap Diza yang tak berterus terang dari awal tapi bila fikir balik, kalau dah cara pemikiran masyarakat kita memang dah macam tu, ada beza ke kalau Diza berterus terang dari awal?
Perkenalan Diza dengan Puan Lisa, mama kepada Syahrin Haiqal (Syahrin) membawa cerita baru dalam hidupnya. Puan Lisa ni berkenan sungguh nak bermenantukan Diza walaupun Diza awal-awal lagi dah berterus terang tentang sejarah hidupnya. Diza merasakan dirinya tidak layak untuk bergandingan dengan Syahrin. Manalah layak anak banduan nak bergandingan dengan jurutera?
Bagi Syahrin, Diza tu mengingatkannya kepada Laila Sari, bekas tunangan yang berselingkuh di depan matanya. Tanggapan Syahrin, semua perempuan bertudung itu sama. Hipokrit! Tapi bila Diza menolak lamarannya, ego Syahrin tercalar. Puan Lisa dipaksa untuk melamar Diza dan perkahwinan mereka tetap dilangsungkan tidak lama selepas itu.
Untuk membalas dendam kerana Diza pernah menolak lamarannya, Syahrin bersungguh-sungguh membuli Diza setelah mereka berkahwin. Memang panjang senarai kerja rumah yang perlu dilakukan Diza selepas menjejakkan kaki ke rumah Syahrin. Tabah je Diza melayan. Namun tembok kesabaran Diza runtuh juga bila Syahrin mula memalukan Diza di khalayak keluarga mereka. Diza di cop sebagai penipu bila tak berterus terang dari awal walhal hakikat sebenarnya Puan Lisa yang masih tercari-cari masa yang sesuai untuk berterus-terang dengan Syahrin.
Pemergian Diza sedikit sebanyak menghidupkan rasa dalam hati Syahrin terhadap Diza tapi keegoan menghalangnya daripada memujuk Diza. Bila dah bertarik tali begini mampukah mereka menyelamatkan rumahtangga yang nampaknya bakal tersungkur ini?
Komen saya: Tajuk ni mengingatkan saya kepada salah sebuah lagu raya kegemaran - Sepasang Kurung Biru! Hehe. Kebetulan kata penulis, beliau dapat ilham menulis kisah ini daripada lagu tersebut. Tapi kenapa biru jadi pink? Sebab Diza ni peminat tegar warna pink. Dan baju kurung pink juga yang menjadi pengubat rindu Syahrin bila Diza merajuk. Satu yang saya dapat simpulkan, kebanyakan hero ciptaan penulis ni memang buat kita rasa nak humban mereka ke dalam lombong. Haha. Semuanya menyakitkan hati di awal dan pertengahan cerita tapi akhirnya mampu mencairkan hati pasangan mereka di akhir kisah. Phew. Apa pun tahniah buat penulis atas kelahiran buah tangan terbarunya ini. :)
siapa yg suka kisah kahwin paksa..boleh pilih novel ni untuk dibaca..cuma permulaan cerita dia yg agak perlahan..tp lepas Syahrin dan Diza kahwin..rasa seronok pula membacanya..teruk si Syahrin buli isteri dia..kesian Diza..
tapi disebabkan rahsia Diza yg terbongkar, tergamak Syahrin buka aib tersebut dihadapan org lain. Sedih masa ni..rasa kejam betul si Syahrin...tp proud to Diza. Dia memang seorang yg kuat..x de nk meraung2 bila suami dah hina2 dia..mungkin disebabkan sejarah silam dia jd makin kuat untuk tempuh dugaan.
tapi bila Diza dah keluar dari rumah, baru la sedar dalam hati ada sayang, cinta dan kasih untuk isteri dia..tp masih lg ego dan bongkak walaupun dah tau cerita sebenar. Sanggup x nk pergi pujuk isterinya. Tapi bila isteri dia tu berbaik dgn lelaki lain mula lah sakit hati dan jeles bagai..rasakan..ingt senang2 Diza nk balik semula lepas Syahrin dah malukan dia..
Warna PINK?? Warna kegemaran Diza. Suka sgt colour pink..tp disebabkan peristiwa Syahrin malukan Diza, terus Diza benci baju kurung pink yg dipakainya waktu tersebut. Jadi segala pink dia benci. terus ditinggalkan dalam almari dalam rumah Syahrin sebelum dia keluar dari rumah tersebut. Jadi baju tu lah dipeluk cium Syahrin bila duk rindu dan angau dgn bini dia..hehe
Pertama kali membaca karya Penulis jadi tidaklah sempat membuat sebarang perbandingan.
Sebuah cerita yg menarik dgn isu yg diketengahkan jga adalah sesuatu yg wujud dalam masyarakat sekeliling.Mereka yg teraniaya dihukum kerana keadaan yg tidak memihak kepada mereka.Suka cara penulis melakar watak Diza Irdina yg tabah dan tegas juga ada gedik-gedik(gedik2 yg boleh dipertimbangkan). Syahrin rasa nak lempang laju2 je mamat ni,tipikal hero novel Melayu yg berkahwin kerana rasa tercabar aksi buli keterlaluan,memalukan isteri di khalayak ramai sabar je lah tp sampai ke hujung cerita terus berubah 360 darjah,maaf x nampak sgt titik penyesalan mamat ini jadi x dpt dimaafkan.
P/S Lagu A thousand years oleh Christina Perri mcm dah jadi lagu kemestian pulak dlm novel2 Melayu kebelakangan ini.
cerita ni agak slow di awal cerita... tp makin menarik lepas hero dan heroin kahwin... sy suke watak heroin yg kuat bukan hanya tahu menangis... sebagai anak banduan mesti mempunyai rase rendah diri tp tidak pada watak Diza ni... tapi geram sikit dekat syahrin(hero)... asyik buli Diza je... bila Diza pergi baru rase kehilangan... don't worry last diorang bersama balik... pada sy cite ni best walaupun agak slow diawal cerita...
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM12. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
3.5 stars.
Honestly, N agak disappointed dengan story ni sebab N suka giler tahap tak hengat dunia dengan novel penulis yang sebelum ni - Asam Pedas Untuk Dia. So, my fault for putting too high of an expectation.
Another thing yang buat N kurang suka dengan novel ni is permulaan cerita yang teramat slow. Terlalu banyak interference oleh watak-watak lain, and kurang interaction antara Syahrin and Diza. If I'm not mistaken, dalam the first 150 pages, Syahrin and Diza cuma bersemuka dan berbual bersama hanya sekali.
Pastu terus dorang kahwin.
Kahwin pun sebab Syahrin yang ego dan bongkak rasa tercabar selepas ibunya mengatakan Diza enggan berkahwin dengan dirinya. Lalu dipaksa ibunya meminang Diza.
Sepanjang perkahwinan mereka, Diza dilayan seperti orang gaji. Dia harapkan layanan teruknya akan memaksa Diza berpisah dengannya. Tapi Syahrin mendapat peluang untuk melaksanakan niatnya apabila bekas tunang Diza membongkar rahsia Diza.
Diza dimalukan. Fahami dirinya tak diterima oleh Syahrin, Diza keluar dari rumah mereka. Diza nekad - selagi Syahrin tak pujuknya kembali, dia tak akan balik ke rumah suaminya!
N memang applaud betul dengan sikap Diza yang malas nak layan Syahrin yang perasan tak sedar diri tu. Syahrin memang melampau kerana sengaja mahu menjatuhkan maruah Diza depan ahli keluarganya. Siap suruh Diza pakai baju cantik-cantik and masak sedap-sedap kerana dia mahu membuat 'pengumuman.' Diza langsung tak diberi peluang untuk mempertahankan dirinya.
antara beberapa novel Melayu terkini yang dibaca mempunyai karekter hero yang urmm..possessive?physical? di mana peah rasa erm agak kurang sesuai dengan jiwa dan budaya melayu peah (ayat hipokrit sangat di sini).
mungkin ini hanya pendapat peah sahaja, maaf jika fenomena ni dah lama berlaku dalam novel melayu lama tetapi sejak kebelakangan ni novel melayu sudah terapkan karekter hero yang obsessive/possessive dimana selama ni selalu diketengahkan oleh novel inggeris bercirikan romance/erotik/paranormal etc.
peah akui personaliti begini memang wujud di dunia.jadi persoalan yang timbul dalam kepala peah: wujudkah situasi lelaki begini di kalangan kita?
Done...Satu lagi kisah kahwin paksa tetapi ada kelaianan penceritaannya.Diza seorang yang sabar, terlalu merendah diri & bila tahap kesabaran melebihi had dia menjadi keras hati....Shahrin seorang yang ego dan bongkak tetapi boleh berubah apabila hati sudah sayang dan cinta kepada isterinya...Rahsia terbongkar memisahkan mereka tetapi ia merubah segala2nya..Ada pengisian nak tahu kena beli dan baca...
Penulis yang saya minati melalui karya Asam Pedas untuk dia. Namun cubaan kali agak kurang memuaskan hati saya.. mungkin kerana menyampah dengan watak hero... tapi dari segi bahasa dan penceritaan mmg saya tetap minat dgn penulis ini.
Sepasang Kurung Pink Karya Nureen Mirza Terbitan Alaf21
Karya ke-3 penulis bersama Alaf21 selepas Asam Pedas Untuk Dia dan Dihatiku Kau Disitu.. Mengisahkan Diza Irdina yg hidup bersama adiknya Daim selepas ibunya dipenjarakan atas tuduhan membunuh suami sendiri yg juga bapa tiri kpd Diza yg cuba memperkosa Diza.. Hidup Diza selepas itu penuh dgn pancaroba apabila sewaktu majlis perkahwinannya bersama org tercinta Hazif dibatalkan akibat rahsia yg disimpan selama ini terbongkar dan Diza dihina dan wajahnya diludah kerana Diza adalah anak banduan.. Selepas kejadian itu Diza hidup bersama adiknya Daim dan bertugas sbgi seorg pendidik.. Diza dan Daim bersekolah ditmpt yg sama.. Disekolah itu Diza tlh menarik perhatian seorg guru lain yg juga guru kpd adiknya Daim iaitu Cikgu Remy.. Cikgu Remy sememangnya meminatinya tp Diza sering bermain tarik tali.. Cikgu Remy ttp berusaha utk mendekati Diza dan semakin rapat dgn Daim dgn menawarkan kelas tambahan kpd Daim dlm subjek english memandangkan Daim kurang dlm subjek tersebut dan cikgu Remy dan Daim menjadi rapat dan Daim hanya memanggil cikgunya sbg abg jika diluar sekolah.. Selain itu juga Pn Lisa juga berkenan dgnnya utk dijodohkan dgn anak bujangnya Syahrin Haiqal yg sememagnya amat membenci wanita bertudung yg dianggapnya teruk lantaran kisah silamnya dimana tunangnya yg bertudung tertangkap bersama lelaki lain dan sejak itu Syahrin amat membenci wanita bertudung.. Pn Lisa amat risau dgn hidup Syahrin dan kerana itu Pn Lisa ingin menjodohkannya dgn Diza yg difikirnya mampu merubah Syahrin.. Pn Lisa sering menanti jawapan dr Diza yg sering mengelak utk memberi jwpan krn takut jika apa yg berlaku pdanya sblm ini terjadi kembali dan akhirnya Diza mengambil kptsan untk menceritakan kisahnya kpd Pn Lisa dan Pn Lisa menerimanya dgn tenang tdk spt apa yg dianggap oleh Diza.. Akhirnya Diza berkahwin dgn Syahrin yg pd mulanya ditentang oleh Syahrin sendiri.. Syahrin yg akhirnya memaksa ibunya utk meminag Diza utknya krn egonya yg mengetahui yg Diza pernah menolak dirinya krn Syahrin beranggapan blm ada pernah wanita menolak lamaranya.. Pada awal perkahwinan mereka berantakan sehinggalah masalah mereka semakin menjadi apabila Hazif muncul kembali menceritakan kisah hidup Diza sblm ini.. Apabila rahsia itu terbongkar Syahrin semakin menggila dan akibat itu Diza keluar dr rumah dah kembali kerumah lamanya.. Sejak itu semakin lama Syahrin semakin merindu dan sikap cemburunya apabila melihat kemesraan Diza dgn lelaki lain terutamanya Remy.. Apakah yg berlaku seterusnya? Adakah Diza akan bahagia bersama Syahrin? Atau apakah Diza memaafkan Syahrin.. Apakah Syahrin dpt menerima kisah silam Diza? Anda harus dptkan naskah ini segera dipasaran dgn harga RM23(sm) RM26(ss) naskah ini cukup rencahnya.. Ada air mata, romantik ternya sy amat berpuas hati dgn naskah ini dan menepati cita rasa sy dan amat berbaloi dimiliki dan naskah penulis ternyata membuat sy amt meminati karya penulis.. Naskah ini tdk mengecewakan spt naskah sblm ini.. Tahniah buat penulis
# p/s ini adalah pendapat peribadi tentang naskah ini dan setiap pembaca mempunyai citarasa yg berbeza
Ambik ko syahrin, sombong sangat, tau mengelabah bila di tinggal Diza, i think Diza shud dera / buli syahrin puas2 sebelum kembali kepadanya. Suami yg bodoh sombong grrrrrr.... Geram. But, to be expected, dah baca Asam Pedas Untuk Dia & Dihatiku Jau Disitu. Hero nya yg sepesen, but buat kita senyum at the end. Ia ler kan dah nama nya hero watak utama.
Karya ke3 Nureen Mirza. Tema kahwin paksa masih diguna pakai. Namun, jalan ceritanya agak unik. Kisah Diza, anak banduan dan Syahrin, si kaki 'dera'. Walau pada awalnya, saling membenci, akhirnya bahagia juga yang diraih. Apa2 pun sebuah karya yang masih lagi menarik untuk dibaca.
takde nak cakap apa..SKP memang terbaik..ambil masa dua puluh empat jer nak habiskan..jalan cerita tak cliche..kalau ada sequel SKP pun best jugakan...ngeh2..
Kurang memuaskan. Apa jadi pada Hazif?... selepas digertak oleh Syahrin terus senyap... Kurang setuju dengan Diza yg tak tegas sangat dengan Remy dan Hazif...