Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tempat Pulang Paling Nyaman

Rate this book
Ingatlah, antara sebab kenapa kita masih boleh bernafas lagi pada hari ini adalah kerana Tuhan telah sediakan sesuatu untuk kita selesaikan.

-Azrul Azlan, Nur Masturah

Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." [Surah al-Baqarah: 156]

Betapa indah pesan ini; ketika dibadai derita, Tuhan mengingatkan kita akan tempat pulang, iaitu Tuhan sendiri, tempat pulang ternyaman.

Tuhan tak berkata hidup akan mudah, tapi Tuhan beritahu, sebesar apapun derita hidup, kita tetap akan ada Dia sebagai tempat pulang paling nyaman.

Buku ini, selain terkumpul pesan-pesan emosi dari al-Quran, ia mengajar kita tentang hidup bertujuan, tentang tempat pulang yang pintunya tak pernah tertutup, dan di dalamnya ada kenyamanan yang paling abadi.

Dari Tuhan kita datang, kepada Tuhan kita pulang.

Paperback

Published January 1, 2023

2 people are currently reading
11 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (30%)
4 stars
7 (70%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
7 reviews
February 20, 2024
Buku ni best. Buku healing yang beteraskan kisah² nabi terdahulu yang boleh kita ambil sebagai pengajaran. Pada saya, buku ni sangat² relate dengan apa yang saya hadapi sekarang dan pernah hadapi. Bukan buku healing kosong. Ada olahan daripada quran dan daripada perspektif kaunselor. Sebuah Buku healing yang membina. Recommended
Profile Image for Hasliza Rajab.
183 reviews8 followers
December 11, 2024
Pada akhirnya, kita akan kembali kepada Tuhan!

Bukan hanya buku self-healing yang biasa, buku ini membawa kita mencari nilai diri dan kekuatan untuk bangkit kembali melalui kisah-kisah para Nabi dan insan-insan yang diangkat kedudukannya di dalam al-Quran. Saya suka dengan laras bahasa yang penulis gunakan di mana ianya menggunakan laras bahasa yang bersifat reflektif dan menjetik emosi saya sebagai pembaca.

Ada satu bab yang menarik perhatian saya dan suka untuk saya kongsikan di sini, iaitu Jadilah Diri Sendiri. Saat dan ketika ini, kita didedahkan dengan pelbagai pengaruh luar yang secara tidak langsung membentuk diri dan peribadi kita. Hanya kerana ianya dengan satu klik sahaja, semua dipertontonkan di depan mata. Atau apa yang diistilahkan sebagai FOMO (Fear of Missing Out). Apa yang dihidangkan di media sosial, itulah yang akan kita cuba dapatkan. Tanpa kita sedar, ianya menekan dan memberi bebanan kepada kita. Kita bergantung hidup kepada sesuatu yang ilusi. Apa yang dipaparkan adalah hanya dari satu sudut. Kesannya, kita akan mengalami satu proses untuk tidak dapat menerima kenyataan apabila diri kita dirundung kesusahan dan kekecewaan dalam hidup.

Jangan cepat tertipu, jadi lah diri sendiri, bahagia lah dengan apa yang ada di sekeliling kita. Apabila kita menyedari hakikat ini, ianya akan banyak membantu kita untuk mengurus dan memandu hidup ke arah yang diredhai.

Apa yang best mengenai buku ini ialah di setiap akhir bab akan ada catatan daripada kaunselor. Di sini adanya perkongsian tip dan cara bagaimana untuk kita menangani sesuatu isu dan langkah yang boleh diambil untuk mengenal diri sendiri.

"Setiap dugaan adalah peluang untuk memperdalam ikatan dengan-Nya agar kita tahu bahawa suatu hari nanti kita akan bertemu dengan-Nya di tempat yang paling nyaman, Syurga yang kekal abadi".
Profile Image for Norhidayati Podari.
18 reviews
May 27, 2024
Buku yang sangat bagus. Boleh dikatakan antara buku untuk menyembuhkan. Nampak sederhana dari tajukanya. Tetapi pengisian yang sempurna. Contoh berdasarkan ayat di dalam Al-Quran lagi menyembuhkan jiwa.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.