Mengisahkan Dhia Raihana, seorang gadis yang membesar dalam keluarga tentera yang terjatuh hati dengan kawan baik abangnya, Ehsan Eskandar. Macam-macam yang dia lakukan untuk membuatkan Ehsan balas cintanya. Beraninya seorang Dhia, dia sanggup melamar Ehsan untuk menjadi suaminya. Tapi, lepas dapat tahu Ehsan dah bertunang, dia pun mengalah dan menjauhkan diri. Alih-alih, Ehsan pulak dah terjatuh hati dengan Dhia dan kerana satu kejadian, pertunangannya diputuskan dan dia mula mengejar Dhia.
Aku tak meletakkan expectation yang tinggi pun untuk buku ni dengan harapan bila baca aku akan rasa at least okay dengan ceritanya. Tapi, disebabkan ceritanya yang terlampau panjang dan meleret, terlalu banyak villains sampai aku pun malas nak ambil tahu, at some point, aku skim through the pages je. Lelah nak menghabiskan. Kalau penulis tamatkan at 400+ pages, aku rasa okay lagi.
Dhia Raihana di permulaan cerita, seorang yang gedik. Pantanglah muka kawan abang dia tu hensem sikit, mulalah nak mengusyar. Jatuh cinta dia tu cepat ya. Aku pun tak faham macam mana dia boleh suka gila-gila dengan Ehsan yang dia belum kenal betul-betul. Aku mengharapkan watak dia akan jadi lebih matang seiring cerita tapi sampai ke sudah sama saja.
Ehsan yang mulanya digambarkan sebagai seorang yang dingin dan tegas, makin lama makin hilang identitinya yang ini. Tapi, masih boleh diterimalah dengan alasan dia dapat berkahwin dengan gadis pujaan dia. So, klise novel watak male lead beku sebelum kahwin, cair lepas kahwinlah. Sifat dia yang protektif dan garang, nampaklah selaras dengan identitinya sebagai tentera.
Cerita pekerjaan Ehsan pulak tak diceritakan secara details. Tapi bagi aku cukup babak-babak aksinya. Jujur kata, kalau novel ni fully focused on romance between main characters, memang aku dnf aje kot. Tapi sebab ada babak-babak aksi dan suspens, aku teruskan bacaan (walaupun tak ada plot progression on the villains). Cuma itulah, berapa kali entah near missed death. Rasa macam setiap kali pergi misi, mesti kata mati tapi sebenarnya tak mati pun, itu yang makin meleret kot haha.
Bagi aku, novel ni banyak ruang yang boleh ditambah baik. Mungkin penulis boleh fokus pada satu dua villains dan bagi la backstory depa. Part dialog pun aku rasa boleh perbaiki lagi sebab serious, conversation antara Ehsan dengan Dhia ni macam berulang aje. Apapun, tahniah penulis untuk karya pertama!