Jump to ratings and reviews
Rate this book

Runcing #2

Runcing II

Rate this book
Kepulangan Hambali ke Batu Pahat bersama sebuah harapan. Ada hajat yang ingin ditunaikan. Namun, takdir ALLAH telah tertulis. Hadirnya bukan untuk menyulam kasih, tapi untuk melihat Seri Bakawali terus hidup. Permainan mistik ini harus ditamatkan walau apa pun yang terjadi. Kiai Shamsudin mesti dibantu! Biarlah lara perkasihan ini terus berlalu dibawa bayu.

“Seri Bakawali, maafkan aku! Aku terpaksa memadam namamu dari kamus hidupku." - Hambali -

Sepeninggalan Hambali, Longkai menjadi huru-hara. Sahak kembali untuk menuntut haknya. Kemunculan harimau dan kehilangan beberapa penduduk kampung menimbulkan misteri. Sahak sudah lama menunggu peluang untuk melunaskan dendamnya. Namun, Sahak tidak tahu. Membunuh Hambali bermakna dia perlu berhadapan dengan Yusof!

"Yusof, kutinggalkan tasbih ini di tangan kananmu. bukti aku adalah gurumu." - Kiai Shamsudin -

“Hambali! Kau akan mati di sini!” - Sahak -

"Sahak, manusia tidak akan dapat melebihi ALLAH dan Rasul. Kau akan terima pembalasan." -Yusof

488 pages, Paperback

Published January 1, 2023

2 people are currently reading
23 people want to read

About the author

Zharulnizam Shah Z.A.

8 books11 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (55%)
4 stars
10 (37%)
3 stars
1 (3%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 14 of 14 reviews
Profile Image for SS.
512 reviews5 followers
January 19, 2024
Tajuk: Runcing 2
Penulis: Zharulnizam Z.A
Penerbit: @bukuprima

📌 Dendam ini harus dilangsaikan dengan darah !

Dengan bantuan Batin Uda. Sahak menjadi lebih kebal. Lebih membara-bara perasaannya untuk membalas dendam terhadap Hambali. Namun, Sahak lupa. Dia juga perlu berhadapan dengan Yusof jika dia berniat ingin membunuh Hambali. Berjayakah Sahak?
Dan apa yang akan jadi pada Hambali?. Akan selamatkah Seri Bakawali dan terus hidup?

Cerita seram islamik yang mendebarkan.

Ini suggestion saya. Kalian beli & baca Runcing 1 dulu supaya lebih feel membaca, kenal karakter & cerita yang pernah terjadi sebelum ini. Tidaklah kalian lost track. Okay?. Saya kira ini satu penantian yang sangat berbaloi buat peminat penulis & Runcing 1. Puas ‼️ Bagi saya, Runcing 2 ialah sebuah naskah yang penuh pengisian. Bukan sekadar cerita seram kosong. Ada banyak elemen (cinta, aksi & mistik) yang dimasukkan penulis.

Gaya penulisan penulis yang puitis, tersusun rapi & penuh hemah membuatkan saya tak lepas membaca setiap patah perkataan yang ditulis. Kagum. Walaupun bukan kebiasaan saya baca gaya sebegitu. Tapi saya enjoy baca. Mungkin bagi sesetengah pembaca. Kalian akan rasa sedikit janggal dengan pengunaan bahasa yang penulis guna. Tapi why not kalian explore benda baharu. Kan? . Saya kira penulis banyak buat kajian untuk naskah ini. Perihal saka & ayat-ayat Al Quran harus diletakkan tempat yang bersesuai. Bukan boleh simply letak.

•Page turner ✔️
•Full of Emotion ✔️
•Character Development ✔️
•Recommended ✔️

Saya suka banyak scene dalam ni terutama sekali pada awal cerita di mana Batin Uda meminta anak buahnya mencari darah harimau di dalam hutan untuk menyelamatkan si Sahak daser tu. Fuh. Kita pula yang berpeluh baca. Hanya sebab seorang manusia yang angkuh. Ada yang terkorban.

Runcing 2 ini ada berkaitan dengan saka juga. Jangan dibuat main perihal saka. Jangan sibuk mencari penyakit dengan perkara syirik & dibenci Allah SWT. Dan gabungan antara Hambali, Yusof & Kiai Shamsuddin memang acamgini 👍🏻 Semua harapan diletakkan pada Allah SWT.

📌 TAPI -- ada ghaso ghaso cam ada yang tergantung here and there. Ada sambungan ya ? Kan?. Runcing 3 please.l
Profile Image for Sarafarisreads.
36 reviews1 follower
December 27, 2023
Buku ni sangat la kena dengan pepatah omputih ‘Don’t judge a book by it’s cover.’

Cerita ni memang jujurnya best gile. Action dia well written, perjalanan cerita smooth dan penyusunan plot kemas. The conflict was well executed. Part bedebar memang bedebar. Part sedih tu aku kena stop kejap sebab sakittt. Bahasa yang dia gunakan memang sedap mata memandang dan mulut membaca sebab puitis tambah pula guna bahasa lama. Semua karakter solid dan ada peranan masing-masing walaupun cumalah side karakter. Romance dia pulak! Sakitnya tu disini.

Aku tak pernah baca Runcing I jadi tak tahu relate tak dengan novel kedua ni. Runcing II ni berlatar belakangkan selepas zaman penjajahan Jepun kalau tak silap. Kiranya zaman dulu jugak. Cerita die memang ada lawan lawan pendekar. Memang menarik bagi aku sebab penceritaan memang tak membosankan. Pastu die ceritakan kedua-dua belah pihak protagonist & antagonist. Bukannya sekadar kita follow cerita Hambali sahaja. Tapi cerita Yusof, Kiai Syamsuddin, even Sahak sekali. Cerita mereka berselang seli tapi jalan cerita masih tersusun. Cumanya ada part masa lalu yang buat aku confuse jugak la.

Buku ni memang susah nak letak weyh. Bayangkan aku, si mood reader yang asyik curang dengan buku, tak reti nak baca satu buku satu masa ni, selalunye amek masa paling minimum seminggu nak habiskan satu buku, boleh habiskan yang ni dalam dua hari. Sedap tak sedap. Citer die bukan thriller seram sampai kena tido bukak lampu malam-malam ok. Pastu cerita ni banyak sangat selitkan tentang agama Islam. Pasal zikir, solat malam, berbuat baik, jujur dalam berniaga. Bila nak cari bakal suami atau isteri kena pentingkan agama. Redha dengan ketentuan Allah & jangan sesekali bersangka buruk dengan Allah.

Pengakhiran novel ni memang baik dan everything was carefully put together and has a well deserved closure.
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
464 reviews40 followers
May 7, 2024
Sahak yang menghilangkan diri selepas kekalahan dengan Hambali kini telah kembali ke Longkai. Hambali telah pulang ke madrasah, dan sedikit terkejut dan terluka dengan berita yang diterimanya. Seri Bakawali pula menderita dengan sakit yang dialaminya.

Jika naskah yang pertama ilmu patung yang digunakan diceritakan dengan baik dan agak terperinci dan lengkap, kini ilmu busung pula diceritakan dengan cara yang serupa. Penuh dan lengkap. SH tidaklah tahu jika itu cara yang sebenarnya namun penulisan penulis mengenai ilmu-ilmu tersebut cukup terperinci hingga membuatkan SH merasakan ia benar. Rasa seperti betul-betul berlaku.

Membaca kisah Sri Bakawali yang menderit dek penyakitnya memang rasa kasihan dan ngeri dalam masa yang sama. Dengan orang kampung yang mulut puaka sesuka hati membuat cerita tanpa tahu hujung pangkal cerita. Geram sungguh.

Apa yang SH suka dalam naskah ini adalah bagaimana penulis menggambarkan Hambali dan Yusof yang tetap punyai kekurangan sebagai seorang manusia. Tidaklah terlalu sempurna tanpa cela. Jadi naskah ini SH rasa lebih dekat dengan realiti.

Bahagian Sahak diubati oleh Batin Uda sedikit sebanyak memberikan gambaran kehidupan orang asli di suatu ketika dahulu. Bagaimana rapatnya mereka dengan alam. Banyaknya ilmu alam yang mereka ada untuk bertahan hidup dan mencari buruan di dalam hutan.
Profile Image for Fatinamudz.
115 reviews36 followers
December 31, 2023
“𝘿𝙖𝙧𝙞 𝙨𝙚𝙜𝙞 𝙩𝙖𝙪𝙝𝙞𝙙; 𝙨𝙚𝙨𝙪𝙣𝙜𝙜𝙪𝙝𝙣𝙮𝙖 𝙢𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙢𝙚𝙮𝙖𝙠𝙞𝙣𝙞 𝙢𝙖𝙠𝙝𝙡𝙪𝙠, 𝙠𝙚𝙮𝙖𝙠𝙞𝙣𝙖𝙣 𝙞𝙩𝙪 𝙝𝙚𝙣𝙙𝙖𝙠𝙡𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙢𝙖𝙩𝙖-𝙢𝙖𝙩𝙖 𝙙𝙞𝙡𝙚𝙩𝙖𝙠𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃 𝙎𝙒𝙏.”

Jujurnya, ini pertama kali saya membaca buku tulisan daripada penulis. Kisah mistik yang diketengahkan ini banyak memberi pengajaran dan membuatkan saya sedikit seram dengan apa yang jadi.

Garapan penceritaannya benar terperinci membuatkan saya sentiasa berdebar debar dengan apa yang jadi seterusnya. Setelah peninggalan Hambali dari Longkai, keadaan menjadi huru hara angkara Sahak dan munculnya harimau manakala anak perempuan Kiai Shamsuddin mengalami sakit mistik disebabkan dendam. Keyakinan dan percaya hanya pada ALLAH SWT setiap satunya ada jalan penyelesaiannya.

Banyak yang saya pelajari daripada penceritaan ini dan zikir Qalbi dan ayat ayat Al-Quran sebagai senjata untuk pertempuran ini. Pertempuran yang cukup hebat dan semuanya dengan izin ALLAH SWT.

Ilmu sihir yang ditunjukkan dalam cerita ini dapat menyedarkan kita ada betapa kejamnya seseorang itu hanyalah kerana dendam, menganiaya orang dan sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri.

Gandingan Hambali, Yusof, dan gurunya Kiai Shamsuddin cukup hebat dengan keyakinan mereka diletakkan pada yang Maha Esa dalam pertempuran ini.

Letakkan kepercayaan dan keyakinan kita pada ALLAH SWT. Banyak yang kita boleh ambil daripada penceritaan ini sebagai nasihat dan teladan.

Penceritaan yang cukup isi dan sangat teliti membuatkan nashkah ini lengkap. Jujur saya kata, ini adalah antara novel yang paling susah untuk saya ulaskan, risau tersalah kata. Akan tetapi, bacaan ini paling saya suka. Membuka mata saya tentang perkara mistik begini dan lebih lebih lagi mengingatkan diri saya sendiri. Pengakhiran ceritanya yang sangat puas hati.

🌿 5🌟

🌿 Terima kasih @bukuprima untuk nashkah ini 😊

🌿 Boleh dapatkan novel Runcing II dari website @karangkrafmall , Shopee Karangkraf Mall dan di Karangkraf Mall seksyen 15, Shah Alam
Profile Image for Kirahbacabukuni.
52 reviews12 followers
June 8, 2024
Runcing 2 pula kesinambungan kepada buku Runcing yang pertama. Di sini medan balas dendam terpateri. Mencari mana yang silap lalu ditentangi.

Sahak dengan ilmu khurafatnya. Diseru jin menjadi khadam. Selagi nyawa penegak agama tidak terlerai daripada badan, tidak sekali-kali dia beralah.

Tetapi ilmu batin harus ditentang dengan batin.

Lantas, Hambali dan Yusof menjadi watak penting dalam membanteras anasir sesat ini. Dengan izin Allah... yang batil diperangi, yang hak dijunjungi.

Mekarlah kembali bumi Longkai ini dengan tanahnya menjadi saksi, setiap perjuangan ada pengorbanan. Yang mati tetapkan mati saat ajal sudah dijanji Ilahi. Yang hidup perlu terus mandiri, patuh pada syariat pemilik nyawa ini.

Overall, buku first lebih pada sesi warming up untuk pengenalan kita kepada cerita Runcing ni. Bila dah masuk Runcing 2, aksinya lebih kencang. Ilmunya lebih padat. Lebih mengasyikkan! Kirah suka yang kedua lagi daripada yang first. Tapi tak pelik, setiap buku yang ada sekuel atau siri selalunya memang begitu.

Tapi kan, ada satu bendalah yang kita tak puas hati. Penulis ni kan dengki sungguh yer dengan readers 🤣. Tak bagi chance langsung kita nak kenen-kenenkan si polan dengan si polan. Semua habis dicantasnya HAHAHAHA. Habis licin semua dia tak bagi kita bergumbira langsung🥲🤣. Itu je yang tak puaih hati plus ending yang kedua tu macam tak cukup!! Disebabkan yang ni, kita tolak 0.5 bintang daripada buku ni 🤣. Dan penggunaan 'deh' yang berulang-ulang tu buatkan rythm ayat dia tak berapa sedap dibaca sebab macam awkward dekat situ. Contoh lain, kalau orang kita guna 'bah' dalam ayat dan rasa slang Sabah tu perlu dimasukkan dekat semua ayat, tapi sebenarnya tak pun. Sama juga dengan 'deh' dalam buku ni. Dia repetitive.

Apapun, recommended gais!

Btw, kenapa satu floppy satu stiff 🥹 Dorang adik-beradik gaduh ke? Hahahah. Kita suka Runcing 1 punya buku tu sebab floppy dan tak keras. Hopefully Buku Prima yang baru-baru lepas ni pun jadi floppy 🙈.
Profile Image for Anne Jalil.
10 reviews1 follower
January 17, 2024
Efek Runcing II sama macam buku pertama, perasaan rendah diri & kagum tapi kali ni dekat Hambali & Yusof. Penyerahan diri & tawakal dua pemuda ni dekat Allah swt memang Kak Ain salute. Kita yang biasa-biasa mesti paling tidak, rasa riak atau complaint dalam hati.
.
Sama macam Runcing I, tiada plot twist, awal-awal kita dah tahu siapa antagonis & protagonis. Kak Ain ambil masa 5 hari untuk baca buku ni sebab penceritaan En Zharulnizam sangat detailed, perlukan masa untuk memahami & imagine jalan cerita tu. Kak Ain paling suka part Batin Uda & pengikut dia semasa merawat Sahak
.
Kak Ain rate 4⭐️ sebab pace cerita kali ni lagi slow dari Runcing I & plot penceritaan banyak ketengahkan kisah Seri Bakawali & Hambali & jugak perjalanan hidup Yusof. Bengang jugak la dengan Kiai Shamsudin jodohkan anak dia dengan orang lain hanya sebab risau fitnah timbul.
.
Kalau dalam Runcing I, Kak Ain rasa Kiai Shamsudin seorang yang hebat tiada tolok banding, dalam Runcing I, Kak Ain sedar yang Kiai Shamsudin tetaplah hamba biasa yang diuji oleh Allah swt.
.
Recommended tapi Kak Ain bagi warning siap-siap untuk pembaca yang harapkan cerita fast-paced
Profile Image for Hamidah Effendi.
334 reviews2 followers
September 2, 2025
Review Buku Runcing 2.0 oleh Zharulnizam Shah

Kali ini, kisah masih berlatarkan Longkai sebagai tempat utama di mana perlawanan akhir bakal berlangsung. Musuh lama kembali, dan Hambali tidak lagi mampu berjuang seorang diri. Dia perlukan bantuan untuk berdepan dengan Sahak serta khadam barunya.

Ada juga selingan kisah tentang watak Seri—nampak macam sampingan, tapi sebenarnya membuka ruang potensi kepada watak lain yang boleh berkembang pada masa depan. Bahagian ini menambah lapisan menarik dalam cerita.

Berbeza dengan kisah cinta, elemen cinta-cintun tidak terlalu ditekankan dalam buku ini. Malah, watak yang patah hati pun digambarkan tetap meneruskan perjalanan mereka. Tema utama Runcing 2.0 lebih menonjolkan persaudaraan dan saling menyokong—tak kira watak baik atau jahat, nilai itu tetap diselitkan.

Keseluruhannya, buku ini lebih kepada menyelesaikan konflik yang tergantung dalam Runcing 1. Banyak persoalan terjawab, dan kisahnya lebih fokus kepada persediaan akhir serta perjalanan watak-watak menuju ke klimaks.
Profile Image for Atiqah Ahmad.
204 reviews2 followers
April 19, 2025
Kalau saudara penulis berencana untuk menghasilkan Runcing 3, aku takkan teragak-agak membelinya. Jujur satu kepuasan membaca kombo Runcing ni, begitu banyak pengisian, pengajaran, dan teladan yang boleh dijadikan pegangan.

Runcing 2 bagi aku sedikit lebih baik berbanding naskhah pertama, alur ceritanya lebih laju, konfliknya lebih dashyat, tidak kurang juga bebanan jiwa dan perasaan yang memilukan. Selain watak² utama yang penuh kaliber, watak Uteh Pian juga cukup membanggakan dengan prinsipnya yang kental dan berani.

Tolak 1 ⭐ kerana aku kurang berpuas hati dengan pertembungan akhir yang dirasakan terlalu singkat, jadinya keterujaan membaca tu seperti direntap. Sebab kedua adalah kesalahan ejaan, nama dan tatabahasa yang agak banyak sepanjang pembacaan. Tetapi secara keseluruhannya, kisah yang menginsafkan!
Profile Image for Su Zainudi.
135 reviews
August 16, 2024
4.75 ⭐

Sambungan Runcing. Wow factor masih bersambung dalam buku kali ini. Hambali yang memilih pulang ke Batu Pahat dikejutkan dengan kekecewaan (geram rasa sebab dalam masa sebulan je pun). Dan dia juga tidak menyangka dia akan menjadi watak penting dalam peristiwa yang mempertaruhkan Seri Bakawali

Manakala Yusof pula terkenangkan tempat asalnya Longkai. Seiring dengan perkembangan ilmunya, Yusof telah dilepaskan oleh Kiai Shamsudin untuk dijaga oleh Hambali. Kepulangan mereka memang dinanti oleh musuhnya.

0.25 ⭐ ditolak untuk beberapa kesalahan teknikal terutamanya pertukaran nama watak dan kesalahan ejaan. Tapi tidak begitu mempengaruhi speed pembacaan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
432 reviews40 followers
June 25, 2025
Hanya mampu baca separuh jalan sebab kisahnya tidak engaging. Kisah terlalu perlahan. Banyak sub-plot yang dirasakan tidak perlu dihuraikan panjang-panjang pun kerana tiada kaitan dengan cerita utama. Contohnya, waktu Hambali pulang dan kecewa apabila Seri Bakawali telah berkahwin. Saya tak rasa emotional dan patah hati sebab huraian berjela-jela. It kills the mood. Mohon penulis kekal dengan plot asal.
Profile Image for Mim.
36 reviews
February 11, 2025
Kali ni pertempuran lebih sengit. Kali ni lebih banyak hati yang terluka.

Pertemuan antara Hambali, Seri, Kiai Shamsudin dan Nordin rasa sayu sekali. Betapa manusia merancang dan berharap, perancangan Allah itu lebih pasti.

Bestt..
Profile Image for Tuts Rahim.
35 reviews
February 20, 2024
Best novel ni,dah lama cari novel yang ada unsur ilmu hitam dan ilmu putih,good job kepada penulis,cuma kalau boleh tulis tahun sekali sebab bila baca agak confuse time kejadian tu
Profile Image for Hanisah Hassan.
68 reviews1 follower
June 29, 2024
Banyak pengajaran yg boleh dapat dalam buku ni.

“Setiap takdir yang disusun Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan tersendiri utk hambaNya.”

“Orang yg hebat itu dapat memaafkan walaupun mampu membalas. Mendahulukan apa yg diperintah Allah daripada mengikut perasaan. Tidak sukar utk membalas dendam, tetapi orang yg berdendam bererti telah terpedaya dengan pujukan syaitan. Jika itu berlaku, maka syaitan telah menang dalam menyesatkan anak Adam a.s.”
Displaying 1 - 14 of 14 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.